Tuesday, December 14, 2010

Family Trip ke PD n MALACCA ...

Hari minggu yg menenatkan, bukanya penat bekerja, tapi penat berjalan2 ke PD dan Melaka. Trip kali ini di sertai oleh adik2 aku dan juga kakak aku sekeluarga. Mula2 gerak kat PD, sampai awal around 10:30am. Almaklumlah nak mengelakkan jammed dan juga anak2 aku bila jumpa laut berjam2lah dorang berendam. Anak2 aku dan anak saudara mandi-manda sampai tak ingat nak makan. Gerak dari PD pukul 3:00pm dan terus ke rumah adik aku yang dia beli di PD. Rumah ni masih dalam pembinaan. Kami semua berehat2 sebentar di rumah contoh yang kebetulan guard takda..

Dari PD gerak ke homesatay di Melaka. Aku pulak lupa nak print mak lokasi homestay, luckily aku ingat landmark dan sampai around pkl 6ptg. Untung owner homestay ni sbb aku lewat 4 jam check in :). Lepas isyak kami semua gerak ke Medan Ikan bakar umbai.. Sesat almost 1 jam. Aku bukannya familiar dengan jalan2 melaka ni .. lepas tanya2 orang akhirnya sampai jugak. Bila sampai di umbai, car park penuh dan terpaksalah parking di tepi2 parit. Orang punyalah ramai, semua kedai penuh dan ramai yang menunggu bila orang bangun lepas makan. Dari carian internet restoran ikan Parameswara yang paling popular so aku cakap pada kakak aku ke restoran tersebut. Tengok2 ramai nyer orang. Luckily anak2 saudara dan adik2 aku ni cekap2 belaka, aim mana meja yang nampak macam dah nak habis makan, cepat2 dorang duduk.Aku dan kakak aku pilih 2 ekor ikan siakap, 1 ekor ikan pari, sotong dan ketam dan add on kailan masak ikan masin dan 1 jug air epal, 1 jug teh o ais, jus mangga dan jus durian melaka dan juga nasi dua mangkuk ..since kepah di parameswara anak saudara aku kedai lain order kepah masa sweet sour. Mmg2 sedap dan berbaloi2. Untuk kesemua harga makanan ialah RM235 untuk 11 orang makan ..




Sampai homestay semuanya penat kekenyangan masing2 menerpa katil2 merehatkan perut..hehe.. Hari Ahad, check out pukul 12noon, sebelum check out kami kemaskan rumah, cuci dapur, sapu sampah dan cuci apa yang patut. Kakak aku lap2kan rak tv lagi. Aku tak payahlah, dia kata, homestay ni mmg best kalau tak cuci balik, esok2 owner tak nak kasi kami sewa. Untung lagi owner homestay tak payah2 susah payah nak kemas rumah .. lepas check out terus ke bandar hilir, macam lawatan sekolah, lawat sana-sini .. apapun kami semuanya gembira, yealah semuanya nak release tension terutamanya kakak aku baru habis exam paper akhir untuk completed degree dia, anak saudara aku angah yang baru abis exam 2nd year course law dan anak saudara aku yg bongsu abis spm .. yang cianya asben aku masih ada 2 paper pada 18th dan 19th Dec..

Sampai Cheras around 9:30pm,, exhausted betol,lepas mandi terus tidur sebab esoknya aku masuk opis tercinta ...

[ my brother ]

[ my sister n twin niece[kembar tak seiras ]

Thursday, December 9, 2010

Akhirnya unit ini berjaya di JUAL .. Seram2


Posting aku pada Wednesday, September 29, 2010 , refer pada url http://syahproperty.blogspot.com/2010/09/lagi2-cerita-rumah-lelong.html mengenai kes bunuh diri yang berlaku di dalam unit ini. Aku dapati unit ini dilelong pada RP RM30,300.00 dan akhirnya berjaya dijual pada RM50K. Tak tahulah samada unit ini di beli oleh saudara2 owner atau individu yang tak tahu langsung sejarah silam unit ini.
Apartment ini tidak di selenggara dengan baik dan pada malamnya lampu pun takda. Owner2 di sini membuat sambungan dari rumah memasang lampu di luar rumah. Owner2 dah cuak dengan sikap developer yang tak nak buat kerja tapi mahu penduduk bayar yuran penyelenggaraan. Whatever is aku dah let go rumah ini. Pengalaman liased dgn developer cekik darah ini untuk dapat consent letter for transfer punyalah menyakitkan hati …

Ps : En Farid, boleh cuba ABC di kedai makan bersebelahan dengan Masterskill mmg sedap ( rasanya kedai tu masih open)

Monday, December 6, 2010

Submit Housing Loan application

Lepas kerja aku jumpa banker hantar loan application dan dokumen2 potential buyer rumah klang aku. Since the asben dah ada HL untuk dua rumah dan dia decided letak his wife as a borrower. Masalahnya wife dia ada ASB loan dan loan kereta. Cuma aku takutkkan Bank akan mengambil kira ASB loan dan confirmed loan tak lulus.Banker cuba tengok macam mana dulu. Harap2 takde masalahlah.

Aku sempat borak2 dengan banker aku masalah rumah lelong. Dia minta aku tengokkan auction unit utk landed property di kawasan Cheras dan Ampang. Kata banker aku sekarang susah sangat nak cari rumah landed bawah 250K. Boleh di katakan a new project yang launch by developer melebihi 4OOK. Tak termampu nak beli kalau gaji less than 5K. Aku adalah briefed sikit pada banker serba sedikit pasal auction properties, tindakan yg perlu di ambil sebelum decide membida rumah lelong. Yealah dia pun dah banyak tolong aku. Win2 situation, aku nak dapatkan loan dan dia nak kejar RM2juta target untuk sebulan..

Hari ini kawan aku mak datin bagi tahu yang buyer rumah dia di rawang dah bayar deposit 2% dari harga jualan. Masalahnya SNP belum sign sebab buyer masih menunggu duit dari hasil jualan rumah dia. Tak silap dah 1 months + kawan aku ni hold deposit dia. Kawan aku bagi tau yang ada 2 orang ready buyer yang mahukan rumah itu. Aku nasihatkan kawan aku supaya memberikan masa 1 month lagi pada buyer dia untuk sign SNP dan bayar balance 8% dari selling purchase price. Kalau buyer masih tak dapat adakan balance downpayment maka kawan aku akan pulangkan 2% deposit. So that kawan aku boleh proceed deal dgn salah satu confirmed buyer yg betul2 ada duit. Susah jugak nak jual rumah ni, macam2 karenah. Apa yang aku hairankan kalau tak cukup kantung janganlah gatal2 nak buat deal.. yang susahnya owner. cian mak datin ni ..(takpe mak datin kayos..anak belajar di IPTA bawak EVO)

Tapi yg syoknya dia nak belajar pasal property investment. Rasanya lepas ni aku dgn mak datin ni boleh daftar kursus hartawan hartanah oleh tuanbri dari satu solution. Tuanbri tak kenal aku tapi aku kenal tuanbri ..he3

Saturday, December 4, 2010

Selangor to give discount on lease renewal

From : http://www.starproperty.my/PropertyScene/PropertyNews/8804/0/0

-------------------------------------------------------------------------------

SHAH ALAM: The Selangor government will give a discount to landowners in the state when the lease on their plots expire.

Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim said the premium for renewal in prime areas could be high and the state wanted to help.

He said the discount quantum had yet to be decided but assured it would be based on market rates.

He said this after receiving several computers from AMD Global Service on behalf of the state government.

The computers will be distributed to eight welfare homes.

Khalid was commenting on Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin announcement last Wednesday that state governments can only renew or extend the period of leasehold land to not more than 99 years.However, Muhyiddin had said renewal or extension would only be approved if the land was not needed by the government for public purposes.

Meanwhile, Khalid said the state government was working on a plan to encourage lease holders to renew after 30 years.
Currently, Khalid said most landowners waited until the end of the lease to apply for renewal.

Friday, December 3, 2010

Dah ada confirmed buyer untuk apartment Klang

Malam semalam aku ke klang berjumpa dengan potential buyer tunjukkan rumah. Umur dorang around aku jugaklah. Dorang berminat nak beli untuk investment. Since harga yang aku tawarkan adalah 30K rendah dari MV, jadi dorang segan nak tawar lagi. Cuma dorang nak aku mark up harga rumah so that dorang tak perlu nak keluar duit untuk 10% deposit. Hari ni aku call banker yg biasa aku deal untuk arrange pre-approve loan. Aku dah hantar borang loan dan minta pembeli sediakan dokumen-dokumen yang aku listkan. Once loan approve baru aku akan arrange untuk sign Sales an Purchase Agreement. Tak kisahlah walaupun bank akan kenakan penalty sebab jual masa lock in period dan kena bayar RPGT, yang pastikan aku dah mendapat keuntungan melebihi modal yang aku laburkan masa beli rumah ini pada bulan May yg lalu.

Aku decided tak nak let go rumah teres aku di Cheras walaupun ada a fews potential buyer yang betul2 berminat nak beli since company aku enforce MOF 70% untuk rumah ke3 dan seterusnya. Tak kisahlah walaupun aku kena topup RM36 sebulan dan every month kilang stokin bayar sewa promptly. Lagipun aku ada plan yg lebih bagus untuk rumah ni. Yang mana2 unit bagus rental return aku akan retained.

Wowow kerajaan 1Malaysia announced kenaikkan harga ron95, gula dan lpg. Dahlah kuasa beli kita berkurangan 30%/ di tambah pula dengan kenaikan terbaru ini maka harga barangan akan meningkat2 lagi (walaupun kerajaan kata harga barangan tak naik). Aku tak nafikan harga komoditi dunia meningkat tapi aku berpendapat kerajaan boleh membendung kenaikan ini. Kata Idris Jala, kadar inflasi di Malaysia masih di tahap yang rendah. Yealah takkan dia nak kata pula inflation goes up, pulak. Pada aku kenalah berjimat cermat dan elakkan dari berbelanja dari perkara yang tidak penting, but dont ever2 to slash your kids education expenses. Bercakap pasal kids education, tahun ni aku belum masukkan duit untuk SSPN anak2 aku. Actuallay aku tak minat sangat nak simpan SSPN tapi untuk dapatkan max tax relief RM3000 tu yang aku masuk.

What ever is hidup mesti ceria, berusaha, bertawakal dan bersyukur dengan rezeki yang allah berikan\kurniakan kepada kita.

Thursday, November 25, 2010

MOF @ LTV ruling Q&A

Q : The BNM circular said "new housing loan extended... ", what
does the word "extended" means ?
A : The word extended means all loans approved on 3rd November 2010 is
subjected to the new LTV ruling (irrespective of submission date).

Q : What about refinancing with or without top up loan? Is it bound by
this circular?
A : All refinancing inclusive of top up loan so long it is the third property is
subjected to the new LTV ruling.

Q : What about projects with 2 SPA (one for property and
one for renovation or for car park). Are both agreements subject to
this 70% guide?
A : Yes, both are subjected to the new LTV ruling.

Q : Is it still possible to use FD pledge method to increase margin for
loans for third property?
A : No, FD pledge is not the same tenor as loan tenor.

Q : Any guideline to define "on best effort basis" as per BNM? To what
level of details should we be doing?
A : “On best effort basis” is up to the point of exhausting all avenues to
determine whether the loan is for third property.

Q : What type of housing loans are affected by the new LTV ruling ?
A : The identification of such Housing Loans are as follows :
i) In CCH are those facilities with pre-fix HLFNPRSR (priority sector),
HLFNNNPS (non priority sector) and STLNFNCE (staff Housing Loan).
ii) For applicants who are government servant - refer to salary slip & look
out for Government Housing Loan deduction
iii) For applicants with Housing Loan as employment benefit - refer to the
salary slip & look out for Housing Loan deduction.

Q : Are cases submitted before 3rd November 2010 and those pending
documents and appeals but approved on 3rd November 2010 affected
by the new LTV ruling?
A : The new LTV ruling is applicable to ALL housing loans approved from 3rd November 2010. Pending cases before 3rd November 2010 but approved on 3rd November 2010 will also be subjected to the new LTV ruling. Appeal cases (higher MOA, reinstatement and decline appeal), will also be subject to the new guideline.

Q : What is the treatment for joint accounts ?
A : For joint account housing loans, each joint account holder shall be
deemed to have one account, eg. in the case of a joint housing loan
account that is held by two borrowers, each borrower will be deemed to
have one(1) outstanding housing loan account. The same principles apply
if the borrower has other joint housing loan accounts with other borrowers.

E.g. husband & wife where husband has three housing loans in CCH and
wife has only one housing loan in CCH. If they apply a new housing loan
under joint names, then the new LTV ruling is applicable. However, if loan
is applied under wife's name alone, then new LTV ruling is not applicable.
The key word is BORROWER.

Q : What about financing of MRTA/GMTA ?
A : Financing for MRTA/GMTA shall be excluded from the computation of
MOA. So, for cases that falls under max MOA 70%, we can still finance
70%+MRTA + Legal Fee + Valuation Fee.

Q : How about additional cost for renovation and add-on fixtures ?
A : Property value shall include the renovation and add on fixtures and the
TOTAL purchase price shall be subject to the new LTV ruling for 3rd
property.

Q : How about properties with commercial titles such as service
apartments and SOHO ?
A : Service apartments and SOHO (Small Office Home Office) are considered
for residential dwelling purposes, hence, are subjected to the new LTV
ruling.

Q : How about companies buying residential properties and taking up a
loan ?
A : Companies are considered non-individuals and buying residential
properties and applying loans are subject to the new LTV ruling. The key
word is RESIDENTIAL properties. In this regard, applying for TL loans is
also considered affected by the new LTV ruling.

Q : What about financing of more than 2 properties under 1
CA/application?

A Yes, the new LTV ruling applies.

Tuesday, November 23, 2010

Kenapa nak sewa rumah kalau boleh beli rumah


Kadangkala aku naik hairan mengapa orang yang sudah berkahwin tidak mahu membeli rumah. Bila aku bertanyakan kenapa tak nak beli rumah sedangkan anak pun ada ? Mereka menjawab saya nak beli rumah teres dan di kawasan sekian2 since saya kerja di tempat sekian2. Aku pun memberitahu kalau nak beli rumah teres boleh beli di kawasan rawang, kajang dan semenyih sebab landed property sana masih boleh di dapati less than 150K dan janganlah expectation nak beli semi-d atau bungalow pulak. Si polan ini menjawab jauh tu dari KL saya nak cari di kawasan PJ, Cheras, pendekata yang dekat dengan officelah. Aku pun berkata " kalau awak nak cari landed property di kawasan ni mmg2 mahal, average harga more than 300K. Si polan ni berkata takpalah bila ada rumah yang di jual murah baru saya beli. Yealah bilalah harga rumah nak turun di KL ni.

Yealah ada yang sanggup bayar sewa rumah RM700-1000 bertahun2 sebab keinginan memiliki landed property ( jenis orang ego). Aku selalu memberi nasihat percuma supaya membeli rumah pada kemampuan sekarang. Kalau beli rumah apartment yang berharga RM100K, monthly repayment not more than RM600 dan the house belonged to yours. Nak upgrade ker nak decorate macam istana pun your house. Jawapan yang paling glamour aku dapat ialah, nantilah setahun dua saya beli bila gaji saya naik.

Ada jugak yang terlalu ego membeli rumah di luar kemampuan, yang pelik dan ajaibnya bank boleh pulak lulus pinjaman. Bila dah bayar 4, 5 bayar HL installment barulah mengadu duit tak cukup sebab bayar HL installment yang tinggi. Kadangkala mereka2 ni ingat setiap tahun company nak bagi increment dan setiap 2 tahun dapat promotion, bila planning tak menjadi barulah mengelabah nak refinance. Kalau refinance nak kurangkan monthly installment, takpe juga tapi ada juga yang refinance at MV dan berjoli sakan dengan duit extra refinance tadi, then it goes to same cycle. Pepatah melayu mengatakan " yang di kejar tak dapat yang di kendong berciciran ". At the end rumah di lelong oleh bank dan nama pun kena blacklisted.

Ada jugak yang membeli rumah di kawasan KL sebab tersangat teringinkan rumah teres. Katanya untuk hari tua nanti boleh tinggal di rumah ini. Pada aku kalau ada extra duit why not boleh beli tapi dengan syarat rumah yang di duduki adalah milik sendiri bukan sewa.

Monday, November 22, 2010

Jalan2 di hujung minggu

During the weekend aku, asben dan anak2 ke Aquaria KLCC tengok ikan. Entrance ticket aku beli masa MATTA fair dapatlah discount sikit. Aquaria KLCC 2x besar dari Singapore Aquaria, cuma yg kurang bestnya di KLCC ikan2 tak banyak dan biasa2 ajer, ikan jerung pun aku nampak ada 2 ekor ajer. btw, janji anak2 aku enjoyed .. itu yang penting ... almost 2 jam di dalam Aquaria.

Lepas keluar dari Aquaria, anak2 main2 di taman KLCC, hari tu budak2 pun tak ramai jadi tak adalah nak berebut2 dorang naik main. Teruja aku melihat anak2 gembira bermain dan gelak ketawa merekalah pengubat penat dan penghilang stress.

Malamnya aku n asben bawak dorang tengok wayang cerita Harry Potter. Walaupun aku tak suka sangat dengan cerita Harry Potter tapi sebagai memenuhi kehendak anak2 aku layan ajer lah.

Pada 11/12 aku adik beradik aku akan ke PD berkelah dan seterusnya akan ke Melaka. Aku dah booked homestay rumah teres. Actaully aku nak sewa condo sebab ada kolam renang tapi disebabkan hanya diberikan satau parking aku decided sewa homestay rumah teres. Yealah kita bukan tau samada kawasan tu selamat ker tak. Kakak aku plan nak makan ikan di Umbai, katanya sedap. Belum pernah aku kat sana makan ikan bakar yang selalu aku pergi ialah belakang istana.




Thursday, November 18, 2010

Bank Still Giving 90% MOF ?? Betul ker ?

Hari Rabu lepas aku terima call dari seorang loan officer dari sebuah bank tempatan. Aku pun terkejut bila dia cakap nak offer housing loan pada untuk rumah apartment yang aku book bulan lepas. Aku cakap aku dah cancel pembelian setelah aku mendapat tahu yang pihak pemaju menjual unit yang lain dengan spec yang sama serendah 93K sedangkan harga yang di jual pada aku RM137K. Perbezaan harga 44K banyak tu, aku beli untuk invest bukan nak duduk. Kalau projek ni siap, sapa2 yang beli pada 93K memamg boleh dapat untung at least 50K. Tak ada pulak pihak kerajaan mengekang BAPAK SPECULATOR seperti developer ni. Sepatutnya kementerian yang bertanggungjawab memantau BAPAK SPECULATOR seperti pemaju ini .. inilah penyumbang property bubble di
Malaysia bukan investor ikan bilis macam kita2 ni..

Berbalik kepada bank officer tadi, dia tanya kenapa aku tak nak ambil ASB loan ? aku cakap asben aku dah ambil dan aku malas nak memenuhi loan commitment aku incase nak beli rumah lagi. Aku bertanyakan, sekarang ni bank hanya berikan 70% loan untuk rumah ke 3 dan seterusnya. Menurut officer ni, so far katanya pihak HQ belum berikan memo dan bank beliau masih memberi 90% MOF. Biar betul ? submit loan lepas tu tak lepas macam mana.. kalau betul mmg baguslah. Kalau siapa yang ada pending loan boleh contact aku, cuba nasib manalah tau boleh dapat 90% MOF ..

Unit No. D-14-22, Rumah Pangsa Sri Penara terjual pada 78K dari RP 48K pada 13th Nov, kenaikkan 30K. Penara masih menjadi hot cake oleh pembida2 terutamanya bagi blok D sebab ia adalah blok baru. Bilalah aku nak dapat Penara ni !

Hari ni Najib umumkan yang projek MRT akan mula di bangunkan pada Julai 2011 dan semestinya dalam keadaan terdekat ini laluan MRT akan di muktamadkan. Banyak sangat spekulasi sampaikan aku pun sukar nak percaya iaitu laluan MRT akan ke Hulu Langat .. So kita nantikan pengumuman laluan MRT ini dan tengok mana2 kawasan yang bagus untuk investment.

Tuesday, November 9, 2010

Pelaburan Kebun Getah

Hari Deepavali aku sekeluarga balik ke kampung aku di utara perak sebab adik aku bayar nazar buat kenduri kesyukuran. Bestnya balik kampung, almaklumlah kampung aku kan...

Perkara menarik sekarang ni ialah orang kampung sekarang ni buat duit sebab getah buku basah dah naik harga RM5.50 sekilo, mahal tuh. Aku teman mak aku ambil duit hasil getah dari kedai getah yang di pawahkan pada seorang rakan arwah ayah aku. Bila aku tengok resit urusniaga .. banyak giler. Hasil jualan harian ialah around RM500- 550. tapi kena bahagi dualah diantara mak aku dan penoreh getah tu .. Katakan dalam sebulan boleh toreh dalam 20 hari x RM500 = RM11K ... banyak tu .. aku nak toreh getahlah kalau macam ni ... No wonderlah ramai sekarang ni balik kampung toreh getah dan menternak kambing, lembu .. besh nyer aku tengok. Sapa cakap tinggal di kampung tak leh kaya. zahirnya nampak tak kaya, tapi duit berkepok2 di bank ...

Since la ni MOF 70% aku nak beralih arah investment pada tanah pulak. Aku ada call a fews broker di area kampung aku, harga boleh tahan jugaklah tak lah semahal Bagan Datoh.. Aku ingat nak beli tanah kosong dan tanam getah since RISDA ada memberi bantuan untuk penanaman semula getah. Ada nak jual 5 ekar pada RM60K tapi mak aku tak kasi sebab katanya orang kampung tu tak mesra alam. Jadi aku malaslah nak bantah pulak.. nanti tak dapat berkat orang tua pula .. so kalau ada-adalah ..

Sunday, November 7, 2010

Berita Buruk [ Pelaksanaan MOF 70% Bagi rumah Ke3 dan Seterusnya ]

Pada 3 Nov 2010, BNM mengumunkan MOF untuk rumah ketiga dan seterusnya di tetapkan pada 70%. Berita buruk bagi pelabur2 hartanah but good news pada mereka yang bercadang membeli rumah pertama dan kedua. Langkah baru ini bagi mengekang speculator hartanah menaikkan harga ikut suka hati. Pada pendapat aku langkah BNM ini akan merencatkan perkembangan hartanah di Malaysia. Pada aku ini berita baik bagi jerung2 hartanah yang mempunyai modal yang banyak kerana inilah masanya mereka akan membeli hartanah2 dengan harga yang murah. Mereka2 ini tak perlukan bank loan pun. So kita2 yang ikan bilis mendapat bahana dengan langkah kurang bijak oleh BNM ini yang kononnnya mengekang property bubble. Aku rasa banyak lagi cara2 yang boleh mengekang property bubble dan bukan cara kurang bijak ini.

Lepas ini bilik auction akan lenggang dan hanya mereka2 yang mempunyai cash saja yang merembat pada harga betul2 rendah dari MV. Bayangkan kalau Penara berjaya di bida pada 50K maka modal yang di perlukan ialah RM15K + 5K ( legal fees), ni tak termasuk lagi dengan bayaran maintenance, cukai pintu dan kos repair rumah. Pendekata kita perlukan at least RM25K untuk memiliki Penara... wowow banyak tu ...

Aku dan asben lepas ni dah tak merasa MOF 90%, masing2 dah ada lebih dua nama dalam CCRIS..

Wednesday, November 3, 2010

hARi yAng Membosankannnnnnnnn !!!!!!!!

Hari ni membosankan aku... macam2 masalah timbul kena complain dengan boss aku. Biasalah boss orang atas tembak dia dengan rasa bertanggungjawab dia akan " delagate " masalah pada staff dia . Boring betullah aku hari ni...betul2 takde mood betul ..

Aku buat bodoh ajer, malas aku nak membela diri. boss kalau kata dia tu betul .. bila cakap apapun dia saja yang betul .. Kalau tension2 nanti aku jugak yang lebih sakit hati nanti.. so aku luahkan keboringan aku di blog aku ni.. kasi releaselah .. Aku plan nak resigned tapi kalau aku cabut pada tempat kerja sekarang ni susah jugak aku nak " mengular " dan curi2 masa buat apa yang aku buat sekarang ni. Kalau tempat baru aku tak tahu lagi nasib aku .. Dilemma aku di buatnya ..

So aku kena buat derk ajerlah ..nak marah aku ker, nak buat apa ker.. lantaklah lagi aku ambil hal lagilah aku sakit hati .. apa yang penting HAPPPPPPPPPPPPPPPPY ... YEEHAAAAAAA

Sunday, October 31, 2010

Nak let go rumah

Last week aku advetised dua buah rumah aku for sale. Aku dapat banyak calls bertanyakan kedua2 rumah. Penat aku melayan calls2, kalau bzz sangat aku duat derk ajer. So far dah ada tiga orang yang minat dengan rumah teres di cheras. Harap2 aku dapat let go 1 atau 2 biji untuk ambil balik modal dan juga untuk pembelian unit2 seterusnya. Insyallah.

Listing terbaru ada juga unit2 yang menarik perhatian aku, aku decided untuk hold dulu sebab aku pun bzz sket dgn kerja di opis dan d rumah. Tapi kadang2 tu bila ada unit2 yang bagus terpikat juga aku nak masuk bidding. Ada a fews kawan asben yang berminat dengan rumah teres lelong tapi bila aku baca POS ialah adalah court auction bukan public auction. Aku kalau court auction di fobia sikit sebab kalau nak mintak time extension kita kena upah lawyer untuk buat court presentation. Menurut lawyer aku cost estimation +-RM5K. Everthing up to court samada nak grant atau tidak. Walaupun bukan aku yang beli tapi aku kena uruskan incase anything happen. Ada juga agent2 yang lepas tangan macam tu ajer, at the end bidder lose 10% deposit dan juga kena bayar legal fees sedangkan rumah terlepas .. be careful my dear.

Banyak yang aku nak taip, tiba2 macam takde mood, pulak.. bila aku ada mood aku akan sambung lagi ..

Thursday, October 28, 2010

Keluar Masuk Duit ..

Beberapa lepas aku cerita pasal nak renew roadtax kereta aku. Dua2 kereta aku kena blacklisted sebab saman speeding aku tak bayar lagi. Aku hanya boleh renew 6 bulan ajer roadtax kalau tak bayar saman. Macam siot ajer aku dengar. Nak tak nak kenalah aku melawat balai trafik jalan bandar. Ada dua saman speed trap dan 1 saman parking. La ni dah takde discount2, kena bayar full.. hmmm malas aku nak cakap panjang dengan rela hatinya aku " sedekahkan " RM630 kepada kerajaan malaysia yang aku cintai ini.. 1Malaysia katakan ...

Semalam lawyer called bagi tau yang bank pelelong dah bagi cheque refund untuk rumah apartment cheras aku. Syukur Alhamdullilah dapatlah aku duit sikit cover balik duit saman aku. Btw, maintenance office sampai hari ni belum clear aku nyer cheque..tapi bank pelelong dah refund pada aku ..dah kasi aku ambillah ..bolehlah aku gunakan duit tu, bayar ansuran duit maintenance ..

Apartment2 yang aku survey beberapa minggu lepas di sapu bersih oleh pembida2.. cayalah ..

Monday, October 25, 2010

Tugasan Hari Ini

Hari ni asben aku mula berkerja di Bangi harap2 semuanya okay. Alhamdulillah harap2 tempat baru ni dia dapat explore lagi field yang dia kerja sekarang. His previous company counter offer but my asben refused to accept, not interesting offer katanya. Well to me less work but good pay ..bankrupt company kalau semua ada intention macam aku .. btw that's a fact of life .. nothing come easy .. we need to hunt for a money for life .. Pagi2 aku dah gerak dari rumah ke Maybank KL Main. Bila sampai di lobby Maybank macam mengimbau kenangan lampau dimana aku pernah kerja di Menara lepas aku grad. Mmg best kerja di Menara, semuanya mudah, makan-minum, shopping,tranportation dan juga senang aku meet up kawan2 masa lunch ..Aku sampai di Lobby at 9.18pm, isuse cash cheque untuk bank in duit asb kakak aku yang dia TT aku 3 weeks ago. Branches hanya limited certain amount untuk bank in ASB pakai cash cheque. Tulah sebabnya aku kena datang ke Menara maybank

Lebih kurang 10 mins waiting nombor queue dan terus ke kaunter, biasalah kena thumb print .. nak masuk duit kena thumb print sebab aku issue cash cheque. Maybank ni kadang2 buat aku naik angin ajer.. btw this is my 1st employer that I worked. Urusan di Maybank selesai aku terus ke Jalan Ampang jumpa lawyer ambil geran rumah since aku dah full settled housing loan company aku. Lepas ambil geran dan dokumen aku terus ke opis, sampai awal aku hari ni.

Hari ni di opis tidaklah sibuk sangat dapat jugak aku relax sket... best nyer hari nie. Esok aku kena renew roadtax dan insurance since dua2 kereta expired end of this month. Kena pergi awal takut kalau incase kereta aku kena blacklisted since a fews saman ekor yang aku belum bayar lagi ...

Thursday, October 21, 2010

Borak2 dgn Silent Jutawan Hartanah ..

Masa lunch di opis pantry aku bersembang dengan one chinese guys, mamat ni ialah vendor project manager company aku . Mula borak pasa hal kerja yang dan karenah2 user yang menyaikitkan hati. At end dia cerita pasal property investment pada aku, inilah topic yang aku suka nak dengar. Apa lagi, aku koreklah cerita dia, mamat ni pun bagitau yang dia pun dah lama involve dengan property investment. 1st house yang dia beli ialah sebuah flat di rawang dengan harga 18K, dengan bermodalkan 20K dia beli rumah ni cash dan sewakan pada kilang. Selepas setahun dia berjaya menjual flat ini dengan harga 4OK. Dari situlah lah dia membeli unit2 lelong, menyewakan. menjualnya. Dia juga ada membeli shoplot di Ipoh dan menyewakan kepada 7 Eleven, bayangkan berapa rentalnya kan .. lebih dari gaji yang dia terima sekarang ni .. agaknyalah yea. Mamat ni tidak tertumpu pada klang valley sahaja, beliau membeli hartanah di merata2 dan yang terbaru dia membeli tanah lelong yang berharga RM2 Juta.. nak pengsan aku nak dengarnya.. kayos betul .. muda lagi dan belum kawin lagi .. So aku cakapa pada dia .. why you still work here if u r already millioaire ? mamat ni cakap saya suka kerja ni .. aku cakap balik " wah u just worked here as a part time joblah "

So kesimpulannya whoever yang involve dgn property investment 5 year ago mmg boleh generata good income. Sekarang ni perception mengenai unit lelong dah berubah dan banyak saingan.. susah nak dapat good house with good location..

Motivated aku dengar cerita mamat ni.. bilalah aku nak sampai tahap ni .. bukan senang nak jadi senang .. tapi senang nak jadi susah ..

Aku decided tak nak bid apartment di Puncak Alam. Aku berpendapat agak berisiko kalau invest di puncak alam buat masa ini. Aku decide untuk membida sebuah unit kondo di Cheras pada minggu depan. Aku dah called up developer dan maintenance opis, outstanding almost 5K jugalah .. not 2 worry sbb bank covered semua OS. Hari weekend ni aku akan ke unit tersebut for onsite visit. Mengikut maintenance opis unit ni di diami oleh keluarga india yang katanya adalah owner. Aku tak caya sangant maintenance opis kadang menipu juga, aku dah pernah kena. Cakap ada orang , bila pergi rumah tak da orang tinggal. Kalau owner tinggal, mmg confirm aku tak bid, cari nahas tandanya ..

Saturday, October 16, 2010

Puncak Alam Good For Property Investment ???

Semalam aku dan asben ke Puncak Alam membuat tinjauan disini since lately unit2 lelong almost sapu bersih. Mostly tidak di jual dengan RP..ada pertarungan antara pembida2.. Sampai d Puncak Alam around 3pm melalui jalan Meru, Klang.. Kalau malam2 bahaya juga kalau drive ikut jalan ni. At 1st jumpa pintu masuk utama ke Kampus Puncak Alam. Berdekatan dengan pintu masuk ada sebuah restoran MCD, dari luar banyak juga orang di dalamnya ( sorry aku dah boikot MCD). Masih banyak kawasan lapang yang belum di bangun yang majoriti di miliki oleh IJM ( banyak papan tanda tulis nama IJM jd aku assumed tanah tersebut di miliki oleh IJM). Aku mmg tak tahu area puncak alam ni, pakai redah aje. 1st Taman perumahan yg aku masuk ialah Taman Cakera Purnama. Majoriti penduduk adalah melayu dan ada jugak unit2 yg tak berpenghuni.

At the end aku sampai juga ke Residensi Warnasari yang menjadi rebutan oleh pembida2. Aku dapati banyak betul unit2 kosong.. 80% 3rd and 4th Flr tidak berpenghuni. Kawasan perumahan yang agak bersih jugalah, yealah ramai orang tak duduk of course tak banyaklah sampahkan. Persekitaran yang sunyi, aman dan tenang mmg sesuailah untuk student. Aku ada membuat tinjauan di beberapa unit lelong disini ada yang berkunci dan ada yang tidak. Kebanyakkan unit jadi tempat longgokkan sampah dan store jiran2, ada juga yang jadikan unit tersebut tempat menyidai pakaian. Dari meter ada masih ada fuse ada yang tiada begitu juga dengan meter air. Bagi unit2 di 4th Flr nampak ada kesan bocor.. even dari bawah dah nampak kesan2 air di siling dan ada juga siling pecala. Overall unit lelong di sini oklah. Semasa survey aku terserempak dengan 4 orang student UITM yg di tangga apartment, aku bertanyakan berapa u all bayar sewa rumah, katanya RM350 basic. Tapi di sebabkan di Puncak Alam banyak sangat rumah dan apartment kosong jadi agak susah nak dapatkan rental yang bagus. Penawaran melebihi permintaan. Menurut student tadi sekarang ni kampus Puncak Alam dah sesak sangat sampaikan nak makan di kantin kampus pun susah, kalau next semester kalau ada penambahan student tak tahulah betapa sesaknya di kampus.

Aku berpendapat kalau nak beli rumah atau di apartment puncak alam mestilah pada harga yang betul2 rendah. Risikonya ialah jika cerita student tu benar maka perpindahan degree course dari Shah Alam ke Puncak Alam mungkin mengambil masa, kerana uitm perlu membina bangunan tambahan bagi menampung penambahan pelajar2. So far ada course degree berpindah dari Shah Alam ke Puncak Alam untuk sem december. Jadi aku kena fikir sedalamnya samada decide nak beli atau tidak.. Bagusnya kalau beli sekarang harga masih rendah lagi. Soalanya jika aku berjaya membeli rumah tersebut dapatkah aku menyewakan atau menjualnya ? For investment kalau kita lambat mendapat return of course ia akan effect kepada Cash Flow. Monthly kita kena bayar bank loan, maintenance, api, air dan yearly kena bayar cukai pintu.

Buat masa ini aku kena fikirkan samada to proceed or wait n c ...








Wednesday, October 13, 2010

Ragam2 Penyewa

Aku nak shared beberapa pengalaman aku mengenai ragam penyewa2 rumah. Of courselah yang menyakiti hati .

Kes pertama
Penyewa adalah one group student UITM. Masa nak rumah bukan main lagi tak tengok rumah pun dah bayar booking fees. Masuk bulan ke 3 dah buat perangai bayar sewa rumah lewat. By right kena bayar before 5th, on 6th aku sms tanya nanti saya bank in before raya. Bila balik raya check account duit belum terima. At the end cakap ada tak account CIMB senang nak buat online transfer. At the end dia masukkan juga on 15th ... Bulan ni selepas aku desak beberapa kali baru nak bank in. Aku check account CIMB takde bila tanya acct mana yang dia bank in baru cakap bank in ke acct maybank.. siap sound aku lagi " jangan kata saya tak bayar pulak " . Last month bank in ke account cimb , this month bank in ke acct maybank.. Apapun mamat ni akan pindah keluar dari rumah aku Nov end sebab course dia berpindah ke puncak alam. Elok jugaklah keluar, tiap2 bulan aku kena jadi ceti ingatkan dia..Nak jadi pelabur hartanah yang berjaya aku kena jadi macam cetilah ...sms2 dan call2..

Kes kedua

Penyewa dah bayar booking sebulan. Kerana kesian aku kasi dia masuk awal sbb dia janji akan bayar baki deposit bila dapat gaji. Aku SMS dan call berpuluh kali tak berjawab, almost seminggu aku call tak dapat2. Aku pergi rumah aku tapi berkunci, mengikut jiran2 diorang tak nampak pun sapa2 yang keluar dari rumah. At the end aku sms cakap nak cari di opis then baru dia balas sms cakap yang dia tak tinggal di rumah sebab berperang2 dengan asben dia tahap nak cerai berai. At end malas aku pening kepala, pergi rumah tukar mangga dan cari penyewa baru ..

Kes Ketiga

Yang ni sebelum aku involve dengan property investment. Penyewa ni masa nak rumah tak dan aku nak habiskan mengecat rumah dah nak masuk rumah. Siap offered dia akan habiskan mengecat dan betulkan apa yang rosak. Deposit aku mintak 1+1 ajer. Masuk bulan ke 6 dah buat hal, bayar lewat, macam alasan di beri seperti ;

1. mak saya pinjam duit saya
2. anak saya demam
3 asben saya berhenti kerja
4 asben belum dapat gaji

at the end aku terpaksa halau dorang sebab dah 4 bulan tak bayar sewa dengan api dan air kena potong. Aku minta pada wife , dia kata minta pada asben dengan alasan asben dia lari balik kampung. dia takde duit nak bayar. Sebab di desak mengalahkan along at the end asben dia bayar semua tunggakkan api dan air, sewa rumah sampai la ni tak bayar2 ..

Kes ke 4

Yang ni pun sebelum aku involve dengan property investment. Penyewa adalah ex-staff asben aku. Tahun pertama payment bagus. Masalah bermula bila dia beli kereta. Dah mula bayar lewat, cakap nak bayar lusa, bila sampai masa, cakap duit takde .. alasan2 dia lagi power seperti ..

1. asben belum dapat gaji
2. anak sakit
3. wife kurang darah
4. wife balik kampung
5. Mentua pinjam duit
6. Bergaduh dengan wife
7. Bergaduh dengan mentua
8. Nak bercerai dengan wife
9. Kereta rosak

At end lepas aku dah desak2 bila nak bayar sewa rumah diorang cakap dorang nak pindah. Aku sound masih ada 2 bulan sewa rumah tak bayar + dengan tunggakan api/air. Cakap nak bercerai-berai lepas tu wife dia cakap " alah kitaorang bukan pun banyak berhutang dengan awak " aku cakap kalau tak banyak bayarlah sekarang " sekarang saya takde duit.. nanti tiap2 bulan saya bayar installment.. hampas sampai sekarang seposen pun dia tak bayar. Siap bersumpah dengan nama allah yang dia akan bayar.... aku cakap pada dia aku tak halalkan setiap duit yang dia hutang dan setiap air yang dia minum dan ambil air sembahyang ..

So kita alert ragam2 penyewa kita kalau tak nanti kita yang merana ...

Saturday, October 9, 2010

Serah Rumah dan dapat penyewa baru ......

Hari yang memenatkan hari ni. Bakal tennat aku utk apartment cheras nak pindah masuk esok sebabnya boss asben dia hanya bagi cuti hari Isnin. Lepas ambil anak aku dari pusat tuisyen terus ke sana untuk pasang 2 pintu toilet. Lepas asben aku buat measurment baru sedar yang extension wire tertinggal di rumah. Since lampu dinding belum lagi dan kena balik rumah ambil extension wire aku suggest kat asben aku pintu toilet beli bila dah beli lampu dan lepas ambil extension.

Terus ke kedai lampu di Balakong, budget aku untuk 3 lampu dinding less than RM100 ajer. Tengok2 adalah lampu within aku nyer budget dan ada discount 30% lagi. Masa bayar amoi tulis resit aku kena bayar RM109 aku pun tanya balik you tak tolak ker ? dengan selamba badak dia cakap pada aku hanya satu lampu ajer ada discount 30% dan lagi 2 lampu takde discount. Aku argue dengan amoi tu, kalau takde discount why you put 30% tag to the light. Berulang2 dia cakap lampu tu nett price. Berulang aku cakap why you put discount tag ? at last dia kasi juga discount 30% pada kedua2 lampu yg jumlahnya RM85.50. Yealah aku pun dulu2 pernah kerja di supermarket, kalau salah price tag kena ikut harga seperti yang di tagging. Aper ingat aku ni tak sekolah ker ?

Lepas beli lampu terus kerumah ambil extension dan ke kedai hardware beli pintu toilet. Almost 2 jam jugaklah asben aku pasang pintu toilet. Around pukul 4:00pm aku bertolak ke Shah Alam untuk jumpa orang nak sewa rumah. Satu appt pukul 5pm dan sorang lagi 5:30pm. Jalan punyalah jammed, masa tol di puchong aku terpaksa queue di laluan tunai sebab lupa bawak TnG. Adalah pulak mangkuk2 yang tak reti bahasa ikut suka potong queue macam tol tu diorang ajer yang bayar... Bengkeq betullah dengan sikap pemandu yang tak tahu malu. Kalau aku bawa bulldozer mau ajer aku langgar kereta dorang ....

Sampai simpang keluar mentari court ada pulak pemandu teksi berhenti ambil penumpang, ada sorang pemandu lori asyik dok hon2, dan sorang mamat tak sabar nak keluar simpang, geramnya hati aku. Aku buat bodoh ajer berhenti belakang teksi, mamat tu hon2 aku peduli apa. Aku pun bayar roadtax juga.

Sampai Shah Alam dah 5:30pm at the end aku bawak kedua2 bakal penyewa tengok rumah. Student yg dok rumah ni akan pindah keluar pada 1/12 sebab course dia berpindah ke Puncak Alam. Tunjuk rumah dan brief sikit pasal rumah ni. Masa borak di bawah lepas tengok rumah student uitm ni confirmed nak sewa rumah ni dan terus mintak nombor account aku.. manalah aku bawak nombor account. Jadi aku cakap malam nanti aku smskan nombor acct.. Rezeki2 .. syukran2 ..

Aku terus ke apartment Cheras untuk pickup asben dan anak aku. Masa mengemas penyewa dan asbennya datang nak ambil kunci rumah. Lepas aku serahkan kunci aku sekeluarga balik kerumah dengan rasa penat tapi masih ceria sebab hari ni aku dapat duit ...Apa yang penting apa yang kita buat mestilah ikhlas dan jangan sesekali menipu orang



Thursday, October 7, 2010

CF course, bank negotiation ...

Hari ni aku masuk opis setelah course financial cash flow dah selesai. Its very interesting course eventhough not related to my opis work but good apa yang aku buat sekarang. Kena analyse company report, asset, shares, stock, cash, creditors, debtors cam2 lagilah untuk tengok company cash flow samada bank consider bagi loan atau tidak. Baru aku tahu eventhough company declared loss tapi bank boleh kasi loan after CF analyse di lakukan dan of courselah mesti ada assumptions.. Very though to me yang takde accounting background but very good exposure... maklumlah free company sponsored .. tq boss2 sebab approved training aku .. ( kalau boss aku baca blog aku ni yang banyak mengutuk dia gerenti takde bonus tahun ni )..

Kawan asben aku mintak tolong aku negotiate dgn one of the foreign bank untuk buat installment on overdue repayment.. Bila aku tengok OS dia banyak betul iaitu RM31K. Last payment yg ayah dia bayor on 22/9/2010, lepas tu tak bayor. Rumah pun dah renovated bagus tapi monthly repayment tak di bayarnya. Rumah ni rumah lama yg di beli dengan harga 60k ajer and now after renovation MV around 300K to 350K. Besok aku cuba nego dengan bank ni. Dari statment yg aku tengok on 2/4/2010 ada legal fee amounting RM2000 aku rasa ni 1st reminder yang bank served pada ayah kawan asben. Kalau RHB dah gerenti masuk listing lelong..

Suddenly asben aku ke Kedah untuk attend emergency meeting di opis client. Sepatutnya malam ni dia kena bawak contractor untuk tengokkan bumbung bocor di apartment Cheras aku.. jd kena postponed esoklah itupun kalau dia sampai KL awal. Tennats nak masuk rumah hari ahad ni. Contractor ni cekap rasanya within a day dia boleh settled.. harap2lah ... Asben aku pun dah served resign notices to current employer on last Tuesday untuk rejoin company lama dia since ex-boss dia offer gud salary.. tiba2 company yg dia interview sebelum raya called dan hantar email offered employment.. walapun company bangi less pay but dia punya bagus ada car loan with zero interest, company trip, family trip dan very gud medical benefits extended to family ... so asben aku akan decide once back from Kedah ...

Monday, October 4, 2010

Apartment Cheras dah ada penyewa & attend Cash Floy Analysis course

Syukur Alhamdulillah, apartment aku dah ada penyewa. Semalam penyewa dan suaminya datang tengok rumah dan terus bayar 2 bulan deposit, balance setengah bulan akan di bayar bila kunci di serahkan pada 15th ni. Aku advertised di mudah.com dan OLX ajer, actually aku letak RM550 since family aku discounted RM20 . jd sewanya ialah RM530. Okaylah monthly repayment to bank RM304 dan maintenance fee ialah RM44 ajer. At least ada +CF RM181 sebulan. Apartment ni just walking distance ke bank, kedai makan, kedai kereta motor, mamak dan macam lagi kedai ada.. Weekend ni asben aku kena pasang pintu bilik air dan kena panggil contractor betulkan bumbung bocor.

Isnin till Rabu aku attend Cash Flow Analysis training di Bangi Training Centre. Trainer pelik sebab IT Staff datang training yg takde related dengan job scope. Actually aku just apply training ni tup2 HOD dan HR approved aku.. Mestilah aku attendkan kalau di luar entah berapa ribu raban fees dia. Yealah asyik dengar perkataan Cash Flow ajer tapi tak tahu what the really meaning. Day 1 very interesting, the speaker is a very experienced singaporean gentlemen. Tak boring langsung, very energy n pandai to attract audience. Banyaklah juga term2 yang aku faham macam NWC, CA, CL,LC, basic of OIF(Operating, Investing n Financing)dan simple CF calculation. Yg malas sikit dia kena buat case study ..luckily group case study kalau individual .. apalah aku nak jawab .. yealah aku bukannya accouting background.. masa study dulu adalah sket belajar accouting.. Actually course yang aku attend ni sesuai utk mereka yang ambil CCP paper 3 ...

Okay esok sambung lagi

Thursday, September 30, 2010

Submit Housing Loan application

Kerja d opis taklah sibuk sangat tapi dapat problem2 yang menyakitkkan hati di tambah lagi dengan peel user2 aku yang high demand.. semuanya nak cepat.. perkataan yang paling biasa aku dapat urgent, pls expedite, ASAP .. berasap telinga aku dengar. Tengok muka bos aku si dustbin pun dah demotivated, since dia tak tahu benda yang aku buat dia tak berani nak ganggu team aku. Team aku ni semuanya independent, tak menyusahkan dia langsung, dia tu cuma tempat merekod MC... senang jaga team aku ni .. sebab tu ler dia geram sesangat dengan aku. Apa2 aku terus ke HOD bypass dia .. sebab dia tak cerdiklah aku tak refer pada dia... kalau dia cerdik susah jugak aku nak manipulate dia ... tu yang syok, aku buat apa pun tak ganggu performance kerja aku.. so dia tak leh nak kacau aku..

Lupakan cerita politik opis. Lepas habis kerja aku ke cheras jumpa banker submit housing loan application pada banker aku. Walaupun branch dah tutup, aku boleh masuk branch. Rate dia tak berapa bagus compared dengan bank lain.. tapi dia cuba minta dari HQ. Rumah apartment yg aku beli ni bukanlah auction unit tapi unit dari beli dari developer. Apartment ni expected completion end tahun 2012. Hanya satu blok sajer consist 90 unit sahaja.. one floor hanya 9 unit sahaja. unit aku di tkt 9, taknak top floor nanti bocor. Apartment ni terletak di Bandat Tun Hussein Onn berdekatan sangat dengan rumah tinggal sekarang. Non bumi unit dah sold out sebelum launching. Pada aku pergi launching hanya tinggal 3 unit bumi lot yg tinggal, aku ambil satu tinggal lagi 2 unit.. masa dok borak2 dengan sales person banyak non bumi datang tanyakan. Since BTHO pesat membangun dengan adanya CARREFOUR, Lake Valley, berdekatan pula dengan Jusco Cheras Selatan, Econsave, Columbia Hospital dan coming soon C180... mmg potential untuk investment bagus.. harap2lah. .. yea

Esok aku akan cuba fix appointment dengan bank lain untuk submit loan juga. At least aku taklah menaruh harapan pada satu bank ajer.. di buatnya tak approve atau MOF 80%, pengsan juga aku di buatnya. Rasanya takde masalah since aku takde hutang lain selain dari loan rumah.. quota boleh masuk lagi.. rumah nilah rumah termahal aku beli .. lebih 100K... rumah aku duduk pun baru 95K ajer masa beli dulu .. itu pun 6 tahun lepas .. sebab kilang bankrap dan bank lelong rumah ni ..

Btw, aku ucapkan terima kasih pada reader2 aku, makin hari makin banyak. Apa yang sharekan adalah dari pengalaman aku sendiri dan juga sket pasal apa yang terlintas di fikiran aku, jadi aku taiplah ....

Harap2 esok dan hari mendatang adalah hari yang menceriakan kita semua. So senyum selalu dan sayangi orang yang dekat dengan anda .... arios amigos n selamat malam

Wednesday, September 29, 2010

Lagi2 Cerita Rumah Lelong

Malam semalam aku tengok listing unit2 lelong dan terpandang satu unit lelong yang aku pernah menetap di blok tersebut. Market value apartment tersebut around 90K tapi di lelong 26K. Ada kisah sebalik mengapa unit tersebut tak di beli sampai sekarang walaupun pernah di lelong beberapa kali. Apa yang aku di beritahu oleh my ex-sitter aku ialah ada orang mati bunuh diri dalam rumah tersebut. Kes bunuh diri ni berlaku sebelum aku pindah masuk ke blok tersebut. Tapi ada orang tinggal di rumah tersebut sampai sekarang... cuma yang gerun sikit bila time nak raya cina, anjing2 akan menyalak kearah rumah tersebut ..sekarang tak tahu lagilah..

Itu sebabnya masa aku buat survey aku selalu tanya jiran unit2 lelong samada ada ker perkara yang tak kena dengan unit tersebut atau ada kes bunuh diri. Yealah kita sebagai pelabur hartanah takkanlah nak beli rumah yang ada history yg mengerunkan dan advertised untuk sewa dan jual.. tak syok rasanya kan ..

Btw, sepatutnya aku turun ke EHSAN untuk bid sebuah apartment, siap ambil 1/2 day leave lagi. Around pukul 10am aku call EHSAN samada unit ni ON or CALLED OFF, the officer bagi tau unit CALLED OFF. Luckily aku sempat cancelled cuti 1/2 day aku, kena simpan cuti since balance dah tak banyak lagi. Actually unit ni pernah di lelong dalam bulan May tapi tak tahu kenapa unit ni di reauction balik.. tapi called off di saat2 akhir. May auction last bid adalah pada RM47K .... berbaloi ker.. flat lama, leasehold, one room, top floor, bumi lot ,bid2 tinggi ? rental around RM250-350 lah ...

Hmm aku ada intend nak bid sebuah apartment yg akan di lelong pada next month. This weekend kot aku nak survey unit ni .. dan check segala outstanding eg developer late payment interest, cukai pintu, api, air dan yg penting sekali sapakah yg tinggal dalam rumah tu dan sejarah rumah tersebut ..nilah homework yang aku selalu buat sebelum masuk auction ...nak tak nak kena buat juga, biar susah kita buat homework daripada susah di kemudian hari .. kalau dapat ejen yang bagus tapi of courselah kita kena bayar fees dia kan .. nak jimat dan nak belajar buatlah sendiri .. untuk yag paling AFDAL ...

Sunday, September 26, 2010

Survey Tanah

Hari sabtu semalam aku ke Bagan Datoh untuk buat survey tanah. Aku sekeluarga gerak dari rumah aku di Cheras around 7:30pm, bagus jalan2 pagi, rasa fresh sikit. Singgah di Sungai Buloh untuk breakfast since aku tak sempat nak sediakan di rumah. Sampai di Pekan Selekoh around pukul 10:30am, jalan2 di pekan hari untuk beli buah-buahan sebagai buah tangan. Sampai di rumah abang ipar aku hanya isteri dan anak2 ajer ada sebab abang aku ni menziarahi orang kampung yang meninggal dunia pada pagi itu. Around pukul 12noon aku, asben, abang ipar dan broker tanah ke lokasi yg pertama, luas tanah 5 ekar 14 pole, tanaman kelapa makan bukan sawit .. tanah mmg cantik tepi jalan kampung, buka 12 pokok kelapa x 25 p.k. Tanah mmg cun tapi harga pun cun jugaklah RM140K .. actually broker ni saja tunjukkan tanah ni .kott aku minat ... Kalau ada duit mmg bagus untuk investment, tebang pokok kelapa upgrade dengan sawit .. tak lari RM45 sesekar.. rumah boleh buat kebun sawit pun boleh dapat ...mmg bagus .. yg cantik lagi satu geran satu tuan .. since budget aku tak cukup aku tak belilah

Lepas tu kami semua ke lokasi kedua, tanah betul2 tepi jalan kampung, luas tanah 1 ekar ?? pole, tapi yang tak cun nya buka tanah 2 p.k .. around 20-25 kaki ajer .. confirm tak leh buat rumah.. kalau untuk bercucuk tanam to okaylah ..

Aim aku beli tanah 1-2 ekar ajer untuk investment, apa yang aku tengok sekarang ini ramai orang yang berminat beli tanah di kampung untuk tujuan investment dan juga untuk menetap di kampung pada hari tua. Layanlah gambar yg aku ambil semalam semasa survey tanah







Friday, September 24, 2010

Rumah Lelong

Terima Kasih aku ucapkan kepada mereka yg sudi menjengah blog aku. Aku just shared pengalaman dalam bidang hartanah ini. Ada suka suka, ketawa, menangis itulah yang aku lalui setakat ini. Belum ada tahap putus asalah .. aku dah nekad untuk menrealisasi cita2 aku untuk bersara dari dunia pekerjaan lagi 9tahun, one year gone. Alhamdulillah setakat ini aku dan asben mempunyai beberapa rumah teres, flat low cost dan medium cost. Aku rasa pencapaian yang agak bagus bagi aku setakat ini. Aku banyak belajar dari blog pelabur hartanah, buku dan jurnal dari suratkhabar. Yealah kadangkala kita tengok orang2 yang berjaya nampak senang ajer, macam makan kacang tapi bila sendiri yang lalui baru tau betapa sukarnya.

Aku just called banker aku bertanyakan samada margin of financing untuk rumah ke 3 dan seterusnya di turunkan kepada 80%. Menurut banker aku so far dia belum dapat memo dari HQ, tapi buat masa sekarang ni MOF 80% atau 90% depending kepada rekod CCRIS, CTOS pemimjam dan juga current loan commitment. Yealah bank pun nak buat jugakan, macam kitalah kalau kita dah tahu orang yang culas bayar takkan nak bagi pinjamkan, kalau bagi pun sikitlah..

Pada pendapat aku to play safe better assumed bank just bagi 80% MOF, at least kita be prepared incase bank tak kasi MOF 90%. So kalau yang nak masuk auction tu mesti buat budget duit yang kena ada seperti downpayment, lawyer fees, OS maintenance fees, OS cukai pintu dan juga kos repair rumah. Jangan ingat ngam2 ada RM5k dah boleh bid rumah RM50K. Banyak betul yang aku tengok unit di reauction sekarang ini. Adakah mereka yang menang itu bid ikut nafsu untuk menang atau termakan dengan kata2 ejen,lawyer lembab, developer tak nak co-operate ? At the end whose is suffered ? bukan orang lain tapi KITA .. Due to that reason aku buat budgeting sebelum aku bid rumah lelong walaupun aku tahu aku belum tentu menang.

Waktu kerja dah habis aku nak balik rumah dulu.. bye

Tuesday, September 21, 2010

Survey Tanah Di Bagan Datoh This Weekend

Abang ipar di kampung bagitau ada tanah 1 1/2 ekar kebun kelapa nak jual di Bagan Datoh. Menurut abang ipar aku tanah ini lot nombor tepi jalan kampung yang mana boleh buat rumahlah. At 1st penjual ni jual dengan rega 40K dan now dia decided nak let go at 35K .. Hmmm aku masih dok pikir belum decide lagi .. Last year aku dah beli 2.5 ekar kebun kelapa di Bagan Datoh dengan harga RM40K... tanah ni pun cun jugak .. tepi jalan kampung .. kiri kanan ada rumah orang ...

Dato Zahid Hamidi dah announced yg UITM cawangan Bagan Datoh, MRSM dan sekolah teknik akan di bina di sini. So harga tanah di sini di jangkakan akan naik dalam masa 2 tahun lagi ... Beli dan flip pun okay jugak kan ... Sekarang ni orang Bagan Datoh jual tanah masih pakai ekar, lepas2 ni mungkin pakai kaki pulak kot ..kaya rayalah orang Bagan Datoh...



Dari pengalaman aku invest dalam tanah pun okay jugak, beli, upgrade dengan sawit lepas tu jual.. bayangkan kakak aku beli kebun getah seluas 3.5ekar 6tahun lepas sebanyak RM27K di kampung aku di utara perak, sekarang ni seekar tanah dia pun paling kurang RM30K .. Banyak yg aku dah tengok tapi kalau invest dalam tanah kena ada ready money.. maklumlah orang kampung ni semuanya diorang nak cash tak percaya bank loan.. itu yang tak tahan tu ...


This weekend aku dan asben akan turun ke Bagan Datoh untuk buat tinjauan ke atas tanah ni.. manalah tau kot2 bersempadan dengan kubur .. aku dah pernah terkena dah pasal ni ... luckilylah aku pergi survey dulu sebelum beli ... ngam2 tanah bersempadan dengan tanah perkuburan ..cancel terus

Monday, September 20, 2010

Kerja2 di Apartment Cheras

Semalam aku dan asben ke rumah apartment di Cheras siapkan kerja2 mengecat rumah. Asben aku mulakan dengan mengecat siling dan aku pulak touoh up pintu bilik, since pintu ni tak perlu nak cat sumer aku just touch2 .. bila habis satu aku pintu aku buat, aku perasan yg colur yg aku touch tak ngam. since aku hanya beli 1 Liter mana cukup 1 liter jadi aku kena beli lagi 1 liter ..aku terpaksa keluar cari kedai cat untuk carikan federal paint code 956... banyak kedai yg tutup .. buka tapi takde cat ni .. at the end jumpalah juga aku di Balakong ...kedai bersebelahan denan AMBANK ..sejam juga aku keluar ...

Nampak simple ajer mengecat ni .. tapi kena ada seni jugak .. yealah kalau semua nya berupah mmmg rabaklah poket .. dalam dunia ni mana ada yang murah2kan ...

Layanlah hasil kerja aku dan asben ...











Monday, September 6, 2010

Coretan akhir Ramadhan

Lagi 3 hari kita akan berpuasa, Insyallah raya pada hari Jumaat. Kalau ikutkan calendar 1 Syawal fall on this coming friday. Anak2 aku hari ini dah balik ke kampung aku di Perak dengan uncle and auntie diorang..... sampai hati diorang tinggalkan aku .. huhuhu .. dengan alasan sekolah dah cuti, tak nak pergi nursery dan rumah opah ada astro (mentang2 rumah aku takde astro) anak2 aku decided nak balik dulu ke kampung. Lagipun diorang ni mmg ngam dengan adik2 aku .. dah biasa jalan2.

Semalam aku n asben ke matta fair, puas survey aku beli 2 malam hotel di Trengganu dan family package untuk masuk aquaria klcc .. aku malas nak beli2 banyak since next year aku sekeluarga plan nak pergi melbourne, australia ..

Aku punya bzz hari ini di opis, sampaikan kepala aku migraine ..lepas tu aku buat pelan2 ajer .. aku bila dah naik migraine ni mulalah nak muntah, mata berair2 .. sharp2 pukul 5pm aku chow dari opis ... dah lah hujan petang tadi ... tak leh bawak laju2 .. silap2 aku beraya di hospital pulak .. bab jatuh motor lagi 2 hari nak raya sampai pengsan2 .. kena tahan wad .. dah jadi pengajaran pada aku ... tu kisah sebelum kahwinlah ... effectnya tangan sebelah kiri aku ni takleh bawak barang berat2 dan lutut aku sebelah kanan tak boleh terlanggar benda keras ...yealah dulu sorang2 takde nak fikir sapa2 kecuali mak ayah ajer ...

Since aku dan asben kerja sampai hari rabu so malam tu baru nak gerak ke kampung. Pagi2 tadi asben aku ke Penang sebab kena attend meeting di Sony Penang,since dia tak sempat nak balik rumah sebelum buka puasa, jadi aku buka puasa sorang2 ajer di rumah. Boring nyer.. apa tidaknya all this while berbuka dengan anak2 dan asben .. almost 9pm baru asben aku sampai di rumah ... dia bagi tau yang dia ada interview dengan sebuah electronics company di bangi this Wed, hmmm company ni very well known dan banyak benefits.. tapi tak tahulah berapa yang diorang nak bayar .. pada aku kalau takde increment 30% up from current salary, just forget it lah .. rugi betul ... insyallah kalau ada rezeki adalah ...

Thursday, September 2, 2010

The best ever drama that I watched- Janji Kekasih

Tak pernah dalam blog jurnal hartanah aku bercerita mengenai hiburan tapi aku terpanggil untuk menekan keyboard ini untuk menaip entri series drama Janji Kekasih ...

Masa sahur pukul 5am ada tv3 menyajikan slot drama Janji Kekasih. Actually aku tak pernah mengikuti drama bersiri ini setiap hari jumaat. Apa yang menarik aku ialah jalan cerita yang bercorak keislaman yang aku rasakan ia drama yang terbaik aku pernah tonton. Cerita bagaimana seorang gadis yang hanyut dengan duniawi kerana kurang didikan agama yang oleh orangtuanya. Jiwa yang kosong yang diisi dengan maksiat. Dengan bantuan rakan biliknya dia menjadi muslimah yang baik dan menginsafi segala perkara yang di lakukan pada masa yang lampau. Aku catch up episode 1-12 di Tv3 website .. mmg2 best drama ini

Lakonan Jue Aziz adalah yang terbaik sekali, agak terkejut juga apabila beliau berjaya membawa watak karina dengan penuh berkesan dan begitu bagus sekali. Mmg begitu ayu beliau mengenakan tudung dan aku berharap ia sedikit sebanyak memberi kesan terhadap peribadi beliau. Syabas aku ucapkan pada zeila jalil kerana menerbitkan drama yang terbaik sekali ...

Lagu Afghan yang di gunakan dalam drama bersiri ini adalah bagus sekali. Aku amati lirik lagu beliau yang betul menginsafi termasuk aku, yang selalu alpha mengejar kebendaan di dunia ini .. Walaupun ia hanyalah sebuah cerita yang di garap oleh manusia tapi aku pasti ia berlaku di kalangan kita ...Aku pernah melalui zaman2 remaja dan mempunyai kawan yang alim dan juga terpengaruh dengan gejala maksiat .. selepas tamat belajar di kolej semuanya membawa haluan masing2. Tapi yang aku teringat kawan perempuan kolej aku yang meinggal dunia akibat kemalangan pada tahun 1994 di jalan ipoh yang menurut cerita yang aku dengar akibat mabuk dan pada masa yang sama beliau mengandung tanpa nikah .. entahlah apa silapnya .. ayahnya seorang yang berpendidikan dan senang tapi beliau menyewa rumah sendirian di keramat kerana tidak mahu orangtuanya mengongkongnya .. aku masih ingat lagi semasa aku dan arwah menaiki bas dari bangkok bank ke keramat yang mana satu group lelaki yang mengacau beliau di dalam bas mini, yang kelakarnya beliau menjerit dalam bas tu cakap apa tengok2 tak pernah tengok orang ker .. arwah ini seorang yang cantik dan baik dengan semua orang, tak pilih kawan langsung..tidak sombong .. ini yang aku ingat dia ni sampai ke hari ini.. semoga allah ampuni dosa-dosanya dan letakkan beliau di kalangan yang beriman .. al fatihah ...

Apapun kita tunggu esok untuk siri terakhir bagi slot zehra .. what ever is Im enjoyed with the drama .. congrats to zeila and Jue ...


Lirik Lagu Padamu Kubersujud – Afghan

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu Ya Allah

[*]
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

[**]
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

[***]
Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

Back to [*][**][***]

Back to [**][***]

Monday, August 30, 2010

Coretan Ramadhan

Bulan puasa ni aku tak berapa rajin nak update blog ni. Masa banyak di luangkan melayan anak2 aku. Persiapan baju raya untuk anak2 dah siap cuma diri aku ni yang belum beli apa2 lagi, ingat esok baru nak ke kajang shoping untuk diri aku dan asben. Aku akan bercuti dari 9hb Sept till 15hb sept sambung pula dengan hari satu malaysia. Aku akan bertolak ke kampung aku di perak pada 8th Sept selepas berbuka puasa. Harap2 jalan janganlah sesak. Asben aku ni bila jalan jammed mulalah mata dia pun layu, aku pulak kalau jam mmg cukup malas nak drive ...

Adik aku sekarang ni lepak di rumah sebab company sms yang dia kerja dulu dah kena jual. Bulan lepas company dia bayar half month gaji, dah lah opis kena pindah ke USJ.. biasalah company nak suruh staff berhenti mmg diorang plan buat macam ni supaya dengan relahatinya staff resign...since dia pun baru ajer konvo di uniten pada 8/8 jadi aku nasihat cari company yag betul2 stabil lagipun dia ambil major dalam IT networking so tak susah sangatlah nak cari kerja sebab tak ramai student ambil course ni sebab very tough.

Bulan puasa tahun ni depan rumah aku so far so good takde macam tahun2 lepas main mercun bom depan rumah aku. Aku ingat lagi tahun lepas rumah aku ni macam kawasan lapang sasar, anak2 jiran tetangga aku main macam dia ingat depan rumah aku ni macam rumah dia. Yg paling kurang ajarnya main mercun campak2 dekat porch kereta aku... aku dan asben cakap tak diendahkan langsung. Sampai tahap diorang campak mercun bom masa asben aku reverse kereta, sampai aku call polis peronda suruh berhenti depan rumah diorang ni. Tahun ni kalau diorang berani main lagi mmg nahaslah ..

Ada cerita menarik pasal rumah kakak aku di sentul. Minggu lepas tennant kakak aku call bagitau jiran sebelah pasal besi penyidai ngam2 dekat dengan meter air dan gantung pakaian dalam depan rumah . Since rumah kakak aku ni endlot jadi kalau nak kerumah kena lalu bawah bra dan coli jiran dia ni.. actually aku pun notice jiran ni gantung pakaian dalam masa aku repair rumah. Since tennant kakak aku tak puashati dengan jiran ni, kenalah aku dan asben pergi jumpa jiran ni... aku pun sound2 baik pada dia yang mengatakan aku nak pasang grill dari sempadan rumah ke rumah kakak aku .. hmm tau pulak dia kata area ni walkaway public area dan aku tak pasang grill...aku sound pada dia suruh buka balik besi penyidai kain since dia dah menceroboh kawasan. Aku terpaksa auta pada dia yang tennant aku dari sarawak ada pantang kalau ada pakian dalam di sidai depan rumah ia akan bawa bad luck .. walaupun dia macam tak puashati dengan aku dan asben dia mesti kena hormati jiran tetangga jugak. Aku tak sound tak bertempat, kalau dia dah menceroboh kawasan kita takan nak buat derk ajerkan. menurut tennats kakak aku so far so good ....

Esok ada hari kemerdekaan ke 53 bagi negara tercinta kita, biasalah tiap2 tahun aku kibarkan bendera depan rumah aku untuk menanam semangat patriotik di jiwa anak2 aku ...Bila aku amati bangsa kita masih ketinggalan di belakang, masih mundur tapi mendahului bagi stastistik kes buang anak, penyalahgunaan dadah, penghuni penjara, kes dera, merempit .. etc ...Dari segi ekonomi pula kita masih di takuk yang lama dan walaupun ada DEB, bangsa kita masih lemah dan kalaulah idea NEM oleh adik PM kita di realisasikan .. apa jadi pada kita ( hmmm ayah dia buat DEB anak bongsu daia ada idea NEM ??)....tapi pada aku ... walaupun DEB ini kekal selama-lamanya tapi kalau bangsa kita tidak menggunakan kemudahan ini apa gunanya ...bayangkanlah tabungan ASB khas untuk bumi belum pernah dalam sejarah tabungan ini penuh ....

Tak kira dimana reader blog saya berada, saya ucapkan SELAMAT HARI MERDEKA KE 53...

Saturday, August 14, 2010

Salam Ramadhan

Salam ramadhan aku ucapkan pada reader yang follow aku nyer blog ... Alhamdulillah dah masuk hari ke4 kita berpuasa. Cuaca agak panas buat masa ini bukanlah halangan tapi ia satu dugaan pada kita. Bayangkan merek2 yang kebuluran di luar sana, tiada makanan dan mengharapkan bantuan orang luar. Kemarau bertahun2 yang mengakibatkan tanaman2 dan ternakan mati. Sungguh beruntung kita di Malaysia ini, dengan sumber2 yang ada dan anugerah cuaca yang baik oleh allah taala. Tapi ada juga yang tak tahu berterima kasih dan mengharapkan ihsan....

Bulan ramadhan ni aku tak banyak aktiviti aku lakukan. Proses2 guaman untuk rumah2 aku dah selesai jua akhirnya. Unit2 lelongpun kurang menarik dan kalau adapun harga masih tinggi. Ada a fews kawan2 yang suruh aku carikan unit2 lelong untuk tujuan investment, so far aku tak berani lagi nak recommend sebab unit yg ada pun tak bagus. Cuma aku masih follow up dengan bank pelelong untuk relisting unit klang. Aku dah ada ready bidder untuk unit ini. Bosan betullah dengan bank ni.. camna nak reduce NPL kalau buat kerja terhegeh2 ...

Sekarang ini aku dok usha2 condo2 yang mempunyai faciilties unuk di jadikan homestay dan juga berdekatan dengan public transport. Aku plan untuk rumah ni sebagai rumah singgahan untuk saudara-mara dan kawan2 kakak aku dari australia semasa melancong di KL. Potential memamg ada since kakak aku boleh buat advertisement di arabic area di sana. Lagipun adik aku boleh bantu dari segi tourist guide dan transportation. Yealah tak semua yang kita rancangkan menjadi kenyataan tapi sekurangnya kita ada rancangan daripada takde.. kan

Monday, August 9, 2010

Peluang Bisnes ..

Almost 2 week aku tak update blog aku. Almaklumlah kakak aku sekeluarga bertandang rumah aku jadi aku spent masa dengan diorang. Banyak juga yang diorang shopping di sini sebab barang2 di Malaysia ni agak murah.. Since SOGO tengah buat sale banyak jugaklah yang diorang beli ..Hari Ahad minggu lepas adik ipar kakak aku datang ziarah rumah aku, just datang borak2 di rumah aku. Tapi yang menarik perhatian aku ialah peluang bisnes yang agak bagus. Adik ipar adik aku beli jubin di China dan di hantar ke Iraq. Duit tak payah keluar since pakcik dia beri duit untuk pembelian dan dia earned komisen dari pakcik dia.. tapi katanya quality jubin mmg teruk sebab setiap penghantaran at least 25% rosak .. untung tetap untung katanya.. akmaklumlah negara pun hancur jadi diorang mmg perlukan jubin untuk buat rumah.. dia suruh asben aku carikan factory jubin dan perabut pejabat yang okay untuk dapatkan produk catalog untuk dia serahkan pada pakcik dia di iraq ...

Lagi satu peluang bisnes yang menarik ialah menjadi tourist guide. Tak susah sangat just book diorang punya hotel, homestay, tiket kapal terbang, sewa kereta, shopping dan bawa ke tempat2 yang menarik. Aku nak marah betul dengan orang2 kita yang mengambil kesempatan keatas pelancong asing. Bayangkanlah masa adik ipar kakak aku bercuti di Langkawi pengusaha kereta sewa charged diorang RM100 untuk 4 jam.. Dahlah tu sekali makan breakfast yang berharga RM20 diorang charged RM60... Kalau teksi KL lagilah charged triple.. lagi satu sebuah travel agency di BB charged RM300 untuk service charge booking firefly ticket ke Penang... Abang ipar aku terkena juga beli durian di area rumah aku sekilo RM12 sedangkan untuk local di charge hanya RM8 ajer..

Yang aku marah sangat nilah jika beginilah sikap segelintir rakyat malaysia maka runtuhlah industri pelancongan negara kita.. Kakak aku akan war-warkan pada kawan2 dia dan saudara belah asben dia kalau nak datang Malaysia aku boleh arrangekan.. so kalau ada sapa yang ada homestay yang berdekatan dengan public transport bolehlah bagitau aku ...

Kakak aku dah balik ke Australia pada hari khamis lepas.. alhamdulillah kalau ada rezeki contract staff outsourcing dengan syarikat telecomunication asben dia akan datang untuk buat presentation. Masa di KL abang ipar ada berjumpa dengan one of top management syarikat tersebut since diorang mmg memerlukan project manager untuk membina menara pemancar handphone di Malaysia... maksudnya abang aku kena supply staff untuk syarikat ni ...sebelum migrated abang ipar aku ni dulu adalah country manager di Filipina, Thailand dan Indonesia ..apapun aku salute kakak dan abg ipar aku.. walaupun senang diorang berjimat cermat mengenai perbelanjaan.. bukan kedekut apa yang penting education anak2 dan simpanan pada hari tua ...

Actually banyak yang aku nak taip lagi tapi mata pun dah mengantuk ..esok aku sambung lagi mengenai cerita bidder aku yang tak faham bahasa dan cerita menarik di Fun Fair ..

Tuesday, July 27, 2010

Arrange sign LO & relisting auction unit ....

Last week aku arrange En J sign loan agreement di Damansara. Since dia dengan pakcik dia tak familiar dengan jalan KL, aku suruh mereka tunggu di pintu gerbang darul ehsan sempadan Selangor\KL.. Terus bawa ke pejabat lawyer sign documents yang di sediakan ... entahlah samada sempat atau tak sebab contract valid till mid of august ..Tapi aku yakin lawyer dapat siapkan dengan sebelum due date sebab bank pelelong dan bank loan adalah sama.. selalunya mereka contra off saja amount ... tak macam RHB dan EON .. walaupun bank sama.. procedure dia sama macam loan dengan bank lain .. agak leceh ... diorang suka tengok NPL figure tinggi kot2 ... Apapun aku kena follow up dengan developer dan lawyer agar dapat complete sebelum due date..

Kelewatan ini disebabkan Mr J apply loan goverment tapi ken reject, sebab government not allow pinjaman untuk membeli rumah lelong .. ( rumah jugak kan ) .. kalau tak mmg confirm dah settle kalau apply loan dari bank pelelong ...

Aku masih menunggu bank pelelong untuk listkan balik satu unit apartment di Klang untuk re-auction. Dah fews email aku hantar, tapi bank pelelong buat derk ajer ... hmmm bila dah ada confirmed bidder yang sanggup bayar pada last auction reserve price pun main tarik tali lagi ... bidder ini adalah seorang penolong pengarah di government opis yang berkerja di east malaysia .. aku naik segan jugak bila dia tanya padal tarikh re-auction... bank ni tak duit ker ..apapun kena follow up lagi esok ...

Aku tengok unit2 lelong sekarang ini tidak menarik, kalau adapun.. lebih dari RM100k ... itupun off 10%-20% dari market value .. to me is not worth it ...asben aku ada 2-3 kawan dia berminat nak beli rumah lelong untuk investment. Since unit2 yang kurang menarik aku tak nak recommend pada mereka .... nanti kalau tak dapat sewa dan jual balik aku yang akan malu dengan diorang .. unless if they inssist .. itu aku tak boleh cakap apa2lah .. bid sajalah ..

Monday, July 26, 2010

Department Trip Ke Penang

Hari Jumaat lepas aku dan staff unit2 lain ke Penang buat lawatan ke Dell APCC... Bertolak dari opis aku around 8am dan sampai di Prai Auto City almost 1noon. Lunch di Golden Triangle, menu lunch ialah masakan Thai, memamg sedap. Tak terlarat nak makan almaklumlah Dell yang bayor.. makan free katakan .. lepas lunch terus ke Dell APCC tengok camna pemasangan notebook, desktop pc dan server di pasang. Actually di APCC sebenarnya hanyalah tempat pemasangan tahap akhir ..Tengok macammana diorang upload software OS secara terus database ...

Dari APCC aku ke Dell HQ di mana ada dua orang system engineer beri briefing tentang product2 mereka. biasalah bersungguh2 diorang terangkan .. tapi bagus juga innovation yang mereka lakukan ...since dah kenyang melantak jadi .. mata2 pun ala2 layulah ...apa2 its very interesting ...

Bermalam dua malam di Hydro Hotel yang full sponsored by vendor .. hari ahad baru balik KL ...

Monday, July 19, 2010

Jutawan tapi kerja sebagai Cleaner cum pencuci toilet

Hari Jumaat malam kakak aku sekeluarga datang kerumah dan bermalam. Bagus juga dia singgah di rumah aku dari tinggal di hotel sebab pada masa inilah kitaorang boleh bergurau senda, makan minum bersama2. Mmg meriahlah ruma aku...

Aku nak sharekan cerita yang paling menarik dari abang ipar aku. Ceritanya begini, ada kawan dia seorang kontraktor australian yang mana suami isterinya adalah jutawan. Umur couple ni around 50 tahun dan anak2 pun semuanya dah berkerja. Company dia mempunyai around 50 orang.. besar jugaklah takan nanti jutawankan.. tapi isteri dia bekerja sebagai cleaner cum pencuci toilet di syarikat yang sama di mana suaminya adalah mempunyai contract dengan syarikat gergasi. Selaku owner mat salleh ini yang humble ini bekerja bersama dengan engineer untuk memantau kerja harian. My brother in law bertanyakan kepada couple mat salleh ni kenapa allow wife dia berkerja sebagai cleaner cum pencuci toilet. Mereka menjawab sebab hanya engineer dan pekerja yang dibenarkan sahaja boleh masuk ke opis main contractor. Di sebabkan wife dia ni takde apa nak buat di rumah dan boring sesangat jadi wife dia decided jadi cleaner di main contractor office so that dia boleh makan bersama dan boleh jumpa selalu .. Sebabnya masa asben di rumah agak terhad sebab busy dengan kerja harian... Abang ipar aku cakap wife dia bawak kerja yang berharga AUD200k datang kerja ....bayangkan betapa kayanya diorang nikan .. tapi australian percaya kalau tak berkerja umur tak panjang .. so diorang akan kerja selagi termampu ...

Sanggupkah kita berkerja sebagai cleaner di syarikat suami kita berkerja sedangkan kita mampu ? Kalau orang kita kalau asben kerja manager isteri kerja sebagai kerani pun dah malu..Pada couple mat salleh ini perasaan sayang each others tak pernah luntur..

Pengajaran pada aku adalah sayangilah orang di samping kita selagi mereka2 berada dekat kita...

Thursday, July 15, 2010

Mengimbau Kembali Sejarah Hidup Aku

Teringat aku masa aku baru2 kawin dengan asben aku.. Gaji yang dapat ngam2 ajer..Masa aku pregnant 3 bulan aku dan asben decided beli kereta kancil sebab senang nak kemana2 dan balik kampung. lagipun nielah kereta pertama kami .. Masa takda anak, taklah teruk sangat. Lepas aku melahirkan anak dengan follow up dengan HUKM dan keperluan anak duit gaji tak berbaki langsung dan kadangkala tak cukup. Simpan awal bulan, hujung bulan ambil balik .. Masa tu mmg perit betul.. aku dan asben bawa bekal hari2 ke tempat kerja. Kalau telur ayam tu macam2 aku pelbagaikan masak, sambal telur, kari, kurma dan paling simple goreng bawang.. aku hanya peruntukkan RM200 belanja dapur setiap bulan.. yealah gaji aku dan asben tak sampai 2K sebulan, dengan sewa rumah, ansuran kereta, bil api-air, susu dan pampers anak, upah pengasuh, ulangalik ke HUKM, insurance dan duit bulanan pada parents. Susah macam mana pun tak pernah aku minta pinjam dari orang tua.

Beli ikan dan sayur dan pasar malam ajer, kalau ikan2 tu beli yang longgok2 ajer, 3 longgok RM5, kalau sayur tu 3 ikat RM2, beras pula, kalau ada yang paling murah itulah pilihan aku.. kalau ada budget lebih baru beli udang dan sotong ... mmg perit .. anak aku pula hanya pakai pampers waktu malam saja sebab nak berjimat ..

Kami berdua tabah dan sabar melalui liku2 perjalanan hidup di kala itu. Mmg perit tapi aku belajar menhargai nilai setiap sen duit.. Pada masa itu kawan aku buka pusat tuisyen di rumahnya dan asben aku buat partime ambil student2 pergi dan balik ke pusat tuisyen 3x seminggu. Walaupun upahnya RM120 ia dah seribu rahmat dengan rezeki yang di terima..

Alhamdulillah masa anak aku yang sulong berumur setahun aku dapat promotion dan adalah sedikit increment.. ini pun dah syukur.. lepas 3 tahun aku bertukar kerja di tempat baru dengan perbezaan gaji almost RM1K.. syukur alhamdulillah.. selepas 9 bulan berkerja aku mendapat ESOS sebanyak 37000 unit sebab company nak list di KLSE... tahun pertama bonus company beri 6 bulan gaji ... dari situlah aku menyimpan sedikit demi sedikit gaji aku , asben aku pun bertukar kerja dan mendapat gaji yang agak baik juga ...

Kadangkala aku naik pelik bila orang cakap takde duit nak makan, nak beli susu anak, nak bayar kereta padahal bila dapat gaji joli sakan, beli baju mahal2, makan di tempat mahal2 dan boleh bercuti tempat mahal2 ... Pada aku biarlah kita berpada2 semasa berbelanja dan yang pentingnya ikut kemampuan bukan ikut nafsu .. Aku pernah hidup susah dari kecil, ambil upah cabut kacang tanah, petik daun tembakau, petik cili, ambil upah tanam jagung... bayangkan lepas waktu sekolah terus ke mana2 yang bagi upah buat kerja .. bila sekolah petang, pagi2 aku ke kebun getah tolong kutip getah sekerap .. macam2 aku buat .. Yealah bapa aku hanya beli baru masa time raya ajer .. kalau nak beli baju t-shirt ker, seluar ker kena cari duit sendiri .. betapa bertuahnya budak2 sekarang siap demand2 nak notebooklah, PS/2, handphone, baju kasut berjenamalah ...

Alhamdullilah aku amat bersyukur kepada Allah Taala dengan rezeki dan kebahagiaan aku kecapi..

Dah Dapat Refund Cheque dari EON

Hari Isnin kerani bank loan legal firm called beritahu EON Bank dah hantar cheque refund dan aku boleh collect bila2 masa. Hari Selasa lepas kerja aku terus ke Kajang ambil cheque dan terus berkejar ke rumah sebab adik aku bagitau adik-beradik nak berkumpul di rumah aku since kakak aku dan keluarga balik bercuti di Malaysia..Sampai rumah terus masak, luckily adik aku balik awal tolong masak sekali. Kalut jugaklah almaklumlah 20 orang nak makan ... kalau kakak aku di kelantan ada sekali dengan anak2nya 8 orang .. kena makan kedailah ...

Lepas isyak semua dah datang dan gamatlah rumah aku di buatnya.sekali-sekala gamat takpalah kan.. banyak juga di borakkan ... anak saudara lelaki yg duduk di Malaysia nie slang BI dia pure Australian, kadang2 aku pun tak dapat tangkap apa yang dia cakap... aku cakaplah pada dia .. go and watch TV , here programme very interesting ... dia cakap pada aku not interesting at all, no kissing2 hmmm amboi kecik2 dah mengatal .. kakak aku pun risau jugak sebab kawan2 dia semuanya mat salleh .. dan di sana pergaulan mmg terlalu bebas .. sebab tulah kakak aku masukan dia ke sekolah islamic private islamic school ...

Monday, July 12, 2010

Weekend Activity .............

On last Friday, aku turun untuk membida sebuah kondo di kajang, takde rezeki, kalah lagi. Yang menang adalah seorang perempuan melayu, harga yang dia dapat agak tinggi juga, hanya 16 ribu kurang dari developer price .. ( developer masih ada a fews unit yg available untuk di jual).

Pada hari jumaar tennant kakak aku di sentul called bagi tau TV rosak, ayoyo.. aku cakap hari sabtu aku akan kesana bersama asben untuk gantikan toilet flush set ..

Pada pagi sabtu aku ke Jalan Pasar carikan kipas untuk rumah medium cost di Shah Alam. Aku sampai almost 9am, satu kedai pun tak buka lagi, awal benor kot.. terus ke Pandan Jaya breakfast, lepas breakfast pergi semula ke jalan pasar. Semua kedai dah buka dan terus ke kedai elektrik beli kipas dan a fews item. Jalan2 anak aku merengek2 nak beli kereta control yang boleh menari, tunggang terbalik .. at last beli jugaklah bagi dia happy sikit, almaklumlah aku akan ke shah alam dan tidur semalam disana utk siapkan rumah medium cost aku. Terus gerak ke Sentul, asben aku gantikan flush, betulkakn pinti toilet dan ganti plug di dapur. Aku pun test TV,rupanya TV ni tukar siaran sendiri. Aku rasa board panel dia dah circuit, sbb tulah dia sewel2. Aku cakap pada penyewa kakak aku yang aku akan loan satu unit TV pada diorang dan akan di hantar pada malam ahad.

Siap kerja almost 3pm, terus ke Shah Alam dan makan di Section 2. Terus gerak ke rumah dan asben aku pun ukur kedudukan railing, kipas dinding. Dah siap pasang railing, terus pasang tikar getah,malas nak lengah2.. lagi cepat lagi bagus.. Lebih kurang pukul 10pm aku sekeluarga ke Section 2 untuk dinner. Balik rumah semula pukul 12am dan sambung kerja2 basuh toilet dan bilik air. Pagi ahad aku cuci tingkap cermin dan asben aku pula pasang kipas dinding untuk bilik dan kipas siling. Lebih kurang pukuk 12noon, student tu datang untuk masuk rumah. Semua dah selesai dan student tu bayar aku balance deposit seperti yang di persetujui pada hari Isnin lepas .. Lunch dulu di section 2 dan terus gerak kerumah di Cheras.. mmg ponet gilos

Malamnya around pukul 8pm aku dan asben ke Sentul hantar loanner unit TV. Yealah since rumah tu partly furnish kenalah jaga hati tennants, kalau lengahkan pula , gerenti hujung bulan dia minta kita discount rental .. Tengoklah macam mana nanti, biar kakak aku yang decide samada nak ambil TV dia di kampung, repair atau beli TV baru ..

Hari ini kerani bank loan called bagi tau yg refund cheque dah dapat .. Esok lepas kerja aku akan kesana ambilkan cheque ..

Pagi esok kakak aku sekeluarga yang menetap di Melbourbe akan sampai di Malaysia around 7am. Since adik lelaki aku akan pickup diorang aku taklah ke KLIA. Banyak jugaklah aku nak borak dengan dia since dah 3 tahun tak jumpa, cuma YM dan phone call saja ..