Kerja d opis taklah sibuk sangat tapi dapat problem2 yang menyakitkkan hati di tambah lagi dengan peel user2 aku yang high demand.. semuanya nak cepat.. perkataan yang paling biasa aku dapat urgent, pls expedite, ASAP .. berasap telinga aku dengar. Tengok muka bos aku si dustbin pun dah demotivated, since dia tak tahu benda yang aku buat dia tak berani nak ganggu team aku. Team aku ni semuanya independent, tak menyusahkan dia langsung, dia tu cuma tempat merekod MC... senang jaga team aku ni .. sebab tu ler dia geram sesangat dengan aku. Apa2 aku terus ke HOD bypass dia .. sebab dia tak cerdiklah aku tak refer pada dia... kalau dia cerdik susah jugak aku nak manipulate dia ... tu yang syok, aku buat apa pun tak ganggu performance kerja aku.. so dia tak leh nak kacau aku..
Lupakan cerita politik opis. Lepas habis kerja aku ke cheras jumpa banker submit housing loan application pada banker aku. Walaupun branch dah tutup, aku boleh masuk branch. Rate dia tak berapa bagus compared dengan bank lain.. tapi dia cuba minta dari HQ. Rumah apartment yg aku beli ni bukanlah auction unit tapi unit dari beli dari developer. Apartment ni expected completion end tahun 2012. Hanya satu blok sajer consist 90 unit sahaja.. one floor hanya 9 unit sahaja. unit aku di tkt 9, taknak top floor nanti bocor. Apartment ni terletak di Bandat Tun Hussein Onn berdekatan sangat dengan rumah tinggal sekarang. Non bumi unit dah sold out sebelum launching. Pada aku pergi launching hanya tinggal 3 unit bumi lot yg tinggal, aku ambil satu tinggal lagi 2 unit.. masa dok borak2 dengan sales person banyak non bumi datang tanyakan. Since BTHO pesat membangun dengan adanya CARREFOUR, Lake Valley, berdekatan pula dengan Jusco Cheras Selatan, Econsave, Columbia Hospital dan coming soon C180... mmg potential untuk investment bagus.. harap2lah. .. yea
Esok aku akan cuba fix appointment dengan bank lain untuk submit loan juga. At least aku taklah menaruh harapan pada satu bank ajer.. di buatnya tak approve atau MOF 80%, pengsan juga aku di buatnya. Rasanya takde masalah since aku takde hutang lain selain dari loan rumah.. quota boleh masuk lagi.. rumah nilah rumah termahal aku beli .. lebih 100K... rumah aku duduk pun baru 95K ajer masa beli dulu .. itu pun 6 tahun lepas .. sebab kilang bankrap dan bank lelong rumah ni ..
Btw, aku ucapkan terima kasih pada reader2 aku, makin hari makin banyak. Apa yang sharekan adalah dari pengalaman aku sendiri dan juga sket pasal apa yang terlintas di fikiran aku, jadi aku taiplah ....
Harap2 esok dan hari mendatang adalah hari yang menceriakan kita semua. So senyum selalu dan sayangi orang yang dekat dengan anda .... arios amigos n selamat malam
No comments:
Post a Comment