Tuesday, January 24, 2012

Pelaburan Hartanah : Berhati2

Sekarang ini dah ramai yang buka mata untuk membuat pelaburan hartanah, emas, perak dan tanah. Sebelum ini ramai yang terarah pada pasaran saham, bila keluar IPO baru ramai yang apply sampaikan oversubscribed berpuluh-puluh kali. Teringat pada tahun 1994 [kalau tak silaplah] tolong hantar application form  untuk arwah ayah apply share HICOM. Sampaikan terlalu banyak yang pohon MIDF buka kaunter di Stadium Merdeka. Kerana teruja dengan shares aku kerja di Securties Firm, dua tahun jugak tu. Bahayanya main shares ini bila kita beli ikut orang beli dan buat short sales [ Contra]. Bila nak jual kena call Remisier sebab dahulu kalau kita beli shares kita akan dapat sijil [ scripts] dan sekarang ini semuanya di hujung jari anda. Bila buat shares trading di mana-mana sahaja...Sekarang ini langsung tak ambil tahu pasal shares trading walaupun aku kerja di salah sebuah Investment Bank, sbbnya malas nak citer ..

Ok, aku just nak cerita pasal pelaburan hartanah iaitu rumah sebab benda ini yang aku buat sekarang ini. Emas dan Perak masih tengah peringkat kajian lagi :). Sebelum kita decide beli rumah ada beberapa perkara yang kita mesti faham bukan ikut suka hati. Kalau ada kelapangan aku akan tengok listing hartanah lelong dan juga subsale. Apa yang aku tengokkan ada juga listing yang memberi maklumat tidak benar seperti pegangan tanah, sebagai contoh ada agent yang meletakkan  iklan bahawa pegangan tanah adalah FREEHOLD yang sebenarnya tanah tersebut adalah LEASEHOLD dan sebaliknya, ada juga Proclamation Of Sales yang memberi maklumat tidak betul. Ada juga yang memberi maklumat salah mengenai luas rumah / luas tanah dan juga tempoh pajakan tanah. Bila aku telefon agent bertanyakan dorang macam blurr2.

Semenjak-menjak aku menjinakkan diri dengan pelaburan hartanah ini banyak yang aku belajar dan tahu "tipu daya" iklan dan maklumat hartanah yang di iklankan. Ya, tidak semua kena tipu tapi kalau kita yang kena amacam ? mesti frustkan. Ada kes bila beli rumah tak boleh pindah milik sebab pemaju dah bungkus dan tak dapat cari receiver. Pemaju tak jelaskan cukai tanah dan tertunggak berjutaan pun satu hal juga. Walaupun kita appointed lawyer tapi kalau ada kes-kes macam ini pun dorang pun tak boleh buat apa-apa. 

Ada kes dimana keghairahan untuk memiliki rumah mereka bersetongokol dengan pemaju untuk mendapatkan pinjaman sedangkan mereka tidak layak. Bila bayaran loan kena di jelaskan banyak yang merungut tak boleh nak bayar end up rumah kena lelong sedangkan pemaju tengah menikmati hasil yang mana rumah yg dibina 100% berjaya di jual. Bila rumah kena lelong  owner yang terlolong-lolong. Ada juga yang "mark up" harga rumah dan lebihan duit kononnya nak melabur dalam ASB tapi akhirnya terlebur entah dimana... 

Jadi rajin2kanlah membuat carian di internet, blog, buku dan kalau malas sangat silalah menghadiri seminar-seminar pelaburan hartanah yang dianjurkan oleh sifu-sifu hartanah kita. 






Friday, January 20, 2012

Percubaan Pertama di Tahun Baru Gagal

Pagi semalam aku n adik turun ke lelongan untuk membida sebuah unit flat low cost. Mmg dah menduga rumah ini semestinya ada saingan sebab location agak menarik juga. Dulu orang pun tak berapa nak pandang pun, kawasan persekitran yang tidak memuaskan, tersorok dan terlindung. Yuran penyelenggaraan pun tak mahal sangat siap ada pak guard lagi. Sekarang ni market Value dan sewa pun dah naik. Siapa sangkakan dulu sejuk sekarang ni dah jadi hot cake pula...

Untuk kali ini aku berJV dengan adik.. Untuk unit ni ada 4 orang pembida termasuk adik aku .. he2. Dah diskus dgn adik harga maksimum yang kita orang akan bid, dan juga aku sanggup bayar jika ada orang nak kawtim .. Nasib tak menyelebahi kali ini sebab harga naik melebihi budget kitaorang, naik RM17K dari Reserve Price. Masih bawah market value tapi kalau beli untuk duduk mmg2 bagus. Rumah pun  kosong dah ditinggalkan, lampu2 semuanya ada dan dah siap pasang fully grill, air masih ada dan elektrik ajer owner dah potong.

Dah ada beberapa unit yang dah dishortlistedkan, insyaallah lepas cuti CNY ni akan buat onsite survey dan check tunggakkan. Malas nak buat awal2 sebabnya kalau called off frust pulak di buatnya. Sekarang ini aku buat seminggu sebelum tarikh lelongan.

Semalam dah kalah masa lelongan, hari ini pula frust jugak sebab dah arranged dengan agent nak tengok rumah pada pukul 9pm tadi. Agent bawa someone tengok rumah tu pada pukul 8:30pm dan orang tu terus confirmed beli dan bayar initial deposit. Kecewa2 .. Takpelah esok akan ke PD berbbq di tepi laut dengan adik2, kakak n my mum.. Tak payah risau pasal penginapan sebab adik baru ajer ambil kunci rumah barunya disana. Harap2 jalan tak sesak ...



Tuesday, January 17, 2012

Akhirnya Dapat juga ..

Baru Semalam lawyer ipoh bank in reimbursement claim bayaran maintenance dan cukai pintu untuk unit di Bukit Merah. Inilah rekod paling lama dapat balik duit dari bank pelelong. Pembelian di buat pada hujung bulan november 2010, pembayaran di buat pada bulan 2, 2011. Walaupun tak banyak tapi duit jugak kan.. Aku pun macam naik malas nak buat follow up dengan lawyer.. akhirnya dapat juga duit aku balik. Pindah milik semuanya dah completed. 


So far unit di BM ni okay jugak dengan returnnya, bukan tiap-tiap hari ada orang nak sewa tapi masa cuti sekolah pada bulan 11 dan 12 sambutan pun amat mengalakkan. 


Yang aku benggang sangat ada owner yang cilok gambar advertisement aku dan publish di tempat yang sama aku advertised. Ada juga guest yang call dan keliru, terpaksalah aku komplen pada syarikat iklan suruh dorang tarik balik gambar yang di cilok dari advertisement aku. Bukan senang nak dapat kepercayaan orang untuk buat tempahan pada unit persendirian kalau dorang buat macam ni bukan aku saja yang tak dapat booking, dia pun sama juga. Almaklumlah sekarang ni banyak sangat penyangak-penyangak penipu yang kerjanya nak ambil duit orang. 





Monday, January 16, 2012

MLM oh TiDAK !!!

Just nak shared kat sini apa yg diberitahu oleh adik yang berkerja di sebuah syarikat IT di Cyberjaya. Nama company tu aku tak nak bagitahulah sebab setahu aku banyak readers yang kerja di Cyberjaya. Adik aku ini kerjanya sebagai programmer .net yang tengah dok bertungkus lumus menyiapkan salah satu projek IT untuk sebuah jabtan kerajaan... sampaikan kadang2 tak balik rumah..kalau akulah gerenti aku demand naik gaji . 


Begini kisahnya ada 2 orang office mate dia ajak dia join seminar company MLM. Adik aku ni spesis aku juga payahlah kalau ajak attend seminar MLM ni. Jawapan adik pada opis mate dia ialah NO .. nnt kakak marah [ aku juga yang dapat nama]. 2 orang kawannya dah joined MLM ni dan sekarang ni tengah dok sibuk apply personal loaan RM20K. Beraninya dorang ni, aku pesan pada adik suruh dorang masuk blog aidid mu'addib yang ada ulas pasal syarikat MLM ni. Aku tak naklah nak bagi tahu apa nama syarikat tu. Aku cakap pada adik supaya nasihatkan kawannya supaya jangan join dan jangan buat PL untuk join MLM syarikat ni. Pada akulah daripada buat MLM ni lebih baik buat property investment, tapi kena belajar dahululah macam mana selok beloknya bukan main terjah ajer......

Sunday, January 15, 2012

Court stops bank from selling off woman’s apartment

The Star 09/01/2003
http://www.hba.org.my/news/2003/103/court_stops.htm


A High Court yesterday granted a businesswoman an injunction to restrain a bank from selling her apartment by way of public auction. Justice R.K. Nathan in his judgment said that because a strata title had been issued on the apartment unit belonging to Ooi Chin Nee, Citibank Berhad should have made an application to the court to obtain an order for the sale of the apartment. The bank should not have proceeded to sell the apartment by way of public auction. “It should have instead taken a transfer of the title on the property from the developer to Ooi and then executed a charge in the bank's favour,” he added. Citibank in August last year pursuant to the power granted under the Deed of Assignment, proceeded by way of public auction to sell Ooi's apartment at Taman Impian, Leader Garden, Tanjung Bungah.

Ooi, represented by M. Thayalan, claimed that since the strata title had been issued and registered in the name of the developer Leader Garden Sdn Bhd, Citibank could not proceed with the auction of the property. Ooi had sought an injunction to restrain Citibank or its agent from selling the pro- perty by way of public auction, and a declaration that Citibank’s action in issuing the proclamation of sale on the property was against the rules of natural justice. In rejecting the affidavits affirmed by Citibank's vice-president Andrew Ho Beng Teik and director Yuen Mun Yew, Justice Nathan said there was an error on the part of the solicitors in not checking to see that the affidavits were affirmed on behalf of Citibank and not on behalf of Ooi. “Just because the plaintiff (Ooi) did not raise objections, it does not mean that this court must accept the affidavits,'' he said. Justice Nathan said that at least if there had been an affidavit to rectify the errors even at a late stage, he would have, in the interest of justice, acceded. Moira Toh Siew Ling represented Citibank.

Tuesday, January 10, 2012

Cerita pasal rumah

Sessi persekolahan anak2 dah bermula dan bermulalah kesibukan di pagi hari. Yang beshnya anak yang sulung dah pandai sterika baju sendiri, so jadi kalau aku tak sterika dia akan sterikakan.. walaupun masih tak setanding dengan quality ironing aku tapi bolehllah .. masih ingat lagi masa aku sekolah dulu, every weekend kena bakar kayu jadikan arang, lepas tu masukkan arang dalam iron arang.. nak masuk form 4 baru elektrik masuk ke kampung ... malam pakai lampu bateri kereta, kalau bateri habis pakai gasolin, kalau lampu gasolin buat hal, pakai pelita, TV hitam putih ajer pakai bateri kereta, itupun pasang waktu malam ajer ... pergi sekolah naik kereta tambang, satu kereta masuk almost 20 orang, riba2 sampai 2 layer .. once dah pandai bawa basikal, pergi sekolah kayuh basikal pulak, kalau hujan masa tulah dapat OFF day .. Sekarang ini zaman anak2 kita semuanya dah senang ... Harga rumah sekarang naik mengila2 macam tak masuk akal. Rumah teres di kawasan rumah aku pun naik more than 250K tu without renovation. Tapi bukan semua kawasan yea, ada juga kawasan yang menjunam2 harga turun dan ada juga yang dulu takde orang minat nak beli sekarang ni orang dah minat seperti puncak alam, sungai buloh, putra perdana, semenyih. Mcm menyesal ajer tak beli rumah di puncak alam dulu.. la ni susah nak dapat good buy .. Harga rumah baru developer lagilah melampau2 mahalnya .. Selak2 lelongtips ada satu dua yang aku shortlisted, ada yang aku rasa bagus untuk flipping.. petang tadi call banker katanya sekarang ni banknya mengetatkan syarat2 kelulusan pinjaman, banyak application yang tak lepas sbb bank megambil kira netting income selepas di tolak segala hutang dan EPF .. alhamdulillah aku boleh buat loan lagi tapi MOF 70% ajerlah. So yang rasa2 berhajat nak tambah rumah tu better check dengan banker dahulu terutamanya sebelum beli rumah dari lelongan. Kalau HL tak lulus boleh cuba buat PL, tapi dua2 tak lulus tak ke haru namanya [pinjam kata2 AE :)

Tuesday, January 3, 2012

Esok sekolah dah buka

Hari ini aku masih berholiday di rumah, actually aku tersilap ambil cuti sebabkan ingatkan sekolah mula hari ini rupanya bermula esok. BTW, since aku cuti dah approved dan boss dustbin aku pun berholiday sampai hujung minggu ni jadi malas aku nak buat leave cancellation. Lagipun semua buku2 dan bayaran tambahan aku dah bayarkan cuma bayaran bas sekolah belum bayar lagi. Selalunya aku bayar tambang bas sekaligus untuk 11 bulan. Insyaallah esok lepas balik kerja aku akan jumpa dengan kakak driver bas settlekan. Bayaran yuran KAFA pun aku bayar untuk tempoh 11 bulan minggu lepas. Menurut ustazah KAFA masih ada ibubapa yang masih belum jelaskan bayaran yuran sekolah tahun lepas anak mereka. Tak banyak pun cuma RM20 ajer bayaran bulanan. Anak2 semuanya excited nak pergi sekolah esok, kasut sekolah pun dah ready di muka pintu rumah.Harapan aku tahun ini ialah anak sulong aku yang masuk form 1 menumpukan perhatian yang lebih pada pelajaran. Keputusan UPSR yang lalu tidak memberangsangkan. Walaupun begitu aku tetap berbangga dengan dia. Btw, pada minggu lepas sepatutnya aku aku membida sebuah rumah di Cheras tapi called off sehari sebelum lelongan.. hmm takde rezeki. Kalau dapat mmg menjanjikan +CF almost RM300 selepas di tolak loan installment dan maintenance. Insyaallah aku akan membida sebuah landed property pada bulan March nnt itupun kalau tak called off.

Monday, January 2, 2012

Selamat Tahun BARU 2012

Hari ini dah dua hari kita berada dalam tahun 2012 dan bertambahlah angka pada umur kita kan .. Persoalannya adakah azam tahun lepas kita terlaksana atau ia hanya perkataan yang kita nyatakan tanpa ada usaha untuk mencapainya. Untuk diri aku pula ada yang tercapai dan ada juga yang tidak, manusia hanya merancang hanya allah yang menentukan. Tiba2 blank pula nak taip apa.. just nak shared gambar masa percutian di KK pada 10.12 yang lalu.