Thursday, June 22, 2017

Tunggu Rumah Lelong Raya Haji

Nampaknya misi mendapatkan rumah lelong raya tak kesampaian, dua2 tewas.. Hari ni asben turun sebuah landed yang mana d taman ini sudah ada 2 buah rumah yg dbeli secara subsale dan lelong. Misi rumah lelong dan rumah ke 3 tidak kesampaian... Ingatkan dah beberapa kali takde bidder bolehlah dapat RP.. rupanya ramai pulak yg datang... Btw, lokasi ini taklah hot lagi sekarang ni tapi mana nak dapat landed med cost bawah 200K kan2. 

Kata orang kalau sudah tertulis rezeki kita, ia menjadi rezeki kita.. Cuba mesti cuba ...kan

Apa2pun hari raya tetap meriah, walaupun tak menang rumah hari ni.. Kita cuba raya haji pula... Apapun usaha tangga kejayaan..

Malam esok dah nak balik kekampung berhari raya dan juga tak tengok kebun limau .. almaklumlah puasa mmg tak turun ke kebun langsung..

Apa2pun SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.. 

Thursday, June 15, 2017

Unit Terlelong Balik..

Baru2 ni ada buat onsite survey sebuah rmh lelong...bila sampai d lokasi rmh tersebut mendapati rmh tu siap bergrill baru, tingkap pun ditukar ..Kata asben apa kes pulak ni takkan rmh dah siap renovate nak kena lelong pulak..

Sebelum gi onsite takdelah aku check history rmh ni.. tekaan aku betul bahawa rmh ini pernah dilelong sebelum ino dan terjual.dengan harga yg agak luarbiasa maksudnya over market value.. Agaknya sapalah yg over excited yg bid over mv dan dengan excited nyer pulak renovate rmh tu cantik2..

If tak called off paling takde pembida.tersebut paling2 takde rugi paling minimun 15K.. Ini tak termasuk kos ejen lelong, legal fees dan etc

Masuk lelong bukan macam lumba lari bermatian nak menang.. masuk lelong niat nak menang terjadilah mcm kes ini..

Insyaallah akan turun lelong, kali ni asben akan turun.. kot2 ada dapat rumah lelong raya...  harap2 boleh menanglah at least sebijik ..


.

Friday, June 9, 2017

Komtroversi Melor, BBB

Alkisah penyelewengan JMB Residensi melor belum ada penhujungnya..

Yang peliknya ialah;
1. Syarikat tak berdaftar dgn COB
2. Salah seorang pengarah syarikat pengurusan adalah staff pemaju
3. AJk bagitahu Pengerusi resign di sebabkan issue ini
4. Bendahari update bagitahu pengerusi bersama ajk pergi buat laporan polis mengenai issue ini
5. Selama 2 tahun acct Jmb tidak d audit
6. Tiada pemantauan cash flow oleh JMB
7. Ada resit d issue oleh pengurus bangunan mengunakan resit apartment lain

8. Tunggakan bil TNB, Syabas, Lift dan gaji pekerja
9. Lift selalu rosak walaupun sudah appointed kontraktor utk selenggara
10. Jmb tidak mahu share laporan polis dengan owner..kata mereka kot biarlah rahsia

Pendapat akulah kabinet Jmb lama mestilah step down sebab terbukti lena diulit mimpi hampir 2 tahun. La ni bila ada issue besar macam semuanya cergas2 belaka.. 

Jika kabinet jmb baca posting aku ni, sudah2lah.. step down adalah jalan terbaik...Rasa bertanggungjawab atas kekecohan dan kecelaruan ini adalah kerana bukan hanya salah pengurus bangunan sorang saja tapi barisan jmb pun sama juga. 

So.. Janganlah ada pula pakatan nak kekalkan jmb lama.... ayuh kita vote orang2 baru..  jangan dok fikir pasal capital appreciation pasal rental tapi pikir pasal long term .. 

17hb june moh undi line up baru...!!!!

Monday, June 5, 2017

Selamaat Berpuasa dan Residensi Melor, BBB

Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua.. satu cabaran juga tahun ini dengan keadaan cuaca yg tidak menentu, sekejap panas dan hujan. Walau bagaimana ia menguji ketahanan fizikal dan menginsafi pada kita dengan nasib mereka yang hidupnya agar sukar. Ya, kita masih boleh makan setiap hari jika dibandingkan dengan mereka yang terjejas kerana peperangan, kebuluran dan kedaifan..

Sejak Jumaat lepas pangsapuri melor atau sekarang ini dikenali sebagai residensi melor kecoh dengan tunggakan bil TNB sebanyak 50K yang diberitahu oleh staff pemaju. Tapi mengikut FB COB MPKJ mereka menerima laporan bahawa tunggakan tersebut adalah RM100K,, Kemungkinan wujudnya salahguna kuasa oleh pihak JMB ? Mungkin juga terdapat monopoli kuasa oleh seseorang ? Terdapat pakatan2 tertentu yang memungkinkan terdapat ajk JMB di pinggirkan dalam organisasi JMB ?

Pada pendapat akulah, jika kita telah dipilih dan sedia memikul tanggungjawab yang di amanahkan maka sepatutnya kita berpegang kepada amanah ini.Bukannya bila timbul masalah barulah tuding menuding dan alasan2 yang diberikan. Jika kita tidak mampu memikul, mengalas amanah kita wajib memberitahu ketidakbolehan memegang amanah itu.

Apa2pun AGM ke2 akan diadakan pada 17hb ini mungkin dapat menjawab persoalan2 owner oleh kabinet JMB... Rasanya AGM ini mungkin panas, walau sepanas mana pun, bukan mencari salah siapa tapi mencari solusi terbaik untuk Residensi Melor. Nak gaduh2 tak perlu sebabnya rumah kita2 semua di situ, semuanya jiran so jalan terbaik adalah kata sepakat dan muafakat,..

Wow2 ramai benor owner2 masuk baca pasal 1st AGM ... baca2 jugak 17hb jangan lupa turun pulak,