Saturday, November 21, 2009

Cita dan Harapan

Inilah kali pertama saya menulis tentang pelaburan hartanah di dalam blog. Saya amat meminati bidang ini sejak lama dahulu lagi Sebelas tahun yang lalu saya telah membeli dua buah rumah yang saya fikirkan sebagai satu pelaburan, tapi agak malang kerana sedikit pengetahuan dan kurang research hartanah yang saya beli tidak dapat menjana pendapatan kepada saya. Salah sebuah rumah saya dapat di jual dengan perbezaan RM3K sahaja dari harga belian dan sebuah lagi di sewa dgn RM150 vs bank installment RM250. Dah rugi RM100 dan MV kini hanya sekitar RM25K.

Sekarang ini sekali lagi saya mencuba kali kedua dalam pelaburan hartanah setelah membuat sedikit research mengenai selok belok pembelian secara lelong dan sub sale.

Buat masa ini saya di dalam proses pembelian rumah teres di Cheras secarA sub sale dan sebuah apartment di Shah Alam secara lelong. Insyallah saya akan berkongsi cerita bersama anda kronologi pembelian tersebut. Harapnya semua berjalan dengan lancar ... Insyallah