Lagi 3 hari kita akan berpuasa, Insyallah raya pada hari Jumaat. Kalau ikutkan calendar 1 Syawal fall on this coming friday. Anak2 aku hari ini dah balik ke kampung aku di Perak dengan uncle and auntie diorang..... sampai hati diorang tinggalkan aku .. huhuhu .. dengan alasan sekolah dah cuti, tak nak pergi nursery dan rumah opah ada astro (mentang2 rumah aku takde astro) anak2 aku decided nak balik dulu ke kampung. Lagipun diorang ni mmg ngam dengan adik2 aku .. dah biasa jalan2.
Semalam aku n asben ke matta fair, puas survey aku beli 2 malam hotel di Trengganu dan family package untuk masuk aquaria klcc .. aku malas nak beli2 banyak since next year aku sekeluarga plan nak pergi melbourne, australia ..
Aku punya bzz hari ini di opis, sampaikan kepala aku migraine ..lepas tu aku buat pelan2 ajer .. aku bila dah naik migraine ni mulalah nak muntah, mata berair2 .. sharp2 pukul 5pm aku chow dari opis ... dah lah hujan petang tadi ... tak leh bawak laju2 .. silap2 aku beraya di hospital pulak .. bab jatuh motor lagi 2 hari nak raya sampai pengsan2 .. kena tahan wad .. dah jadi pengajaran pada aku ... tu kisah sebelum kahwinlah ... effectnya tangan sebelah kiri aku ni takleh bawak barang berat2 dan lutut aku sebelah kanan tak boleh terlanggar benda keras ...yealah dulu sorang2 takde nak fikir sapa2 kecuali mak ayah ajer ...
Since aku dan asben kerja sampai hari rabu so malam tu baru nak gerak ke kampung. Pagi2 tadi asben aku ke Penang sebab kena attend meeting di Sony Penang,since dia tak sempat nak balik rumah sebelum buka puasa, jadi aku buka puasa sorang2 ajer di rumah. Boring nyer.. apa tidaknya all this while berbuka dengan anak2 dan asben .. almost 9pm baru asben aku sampai di rumah ... dia bagi tau yang dia ada interview dengan sebuah electronics company di bangi this Wed, hmmm company ni very well known dan banyak benefits.. tapi tak tahulah berapa yang diorang nak bayar .. pada aku kalau takde increment 30% up from current salary, just forget it lah .. rugi betul ... insyallah kalau ada rezeki adalah ...
No comments:
Post a Comment