Amat meminati bidang hartanah dan ingin menjadikan ia sebagai batu loncatan untuk memenuhi impian persaraan awal .. insyaallah
Tuesday, November 23, 2010
Kenapa nak sewa rumah kalau boleh beli rumah
Kadangkala aku naik hairan mengapa orang yang sudah berkahwin tidak mahu membeli rumah. Bila aku bertanyakan kenapa tak nak beli rumah sedangkan anak pun ada ? Mereka menjawab saya nak beli rumah teres dan di kawasan sekian2 since saya kerja di tempat sekian2. Aku pun memberitahu kalau nak beli rumah teres boleh beli di kawasan rawang, kajang dan semenyih sebab landed property sana masih boleh di dapati less than 150K dan janganlah expectation nak beli semi-d atau bungalow pulak. Si polan ini menjawab jauh tu dari KL saya nak cari di kawasan PJ, Cheras, pendekata yang dekat dengan officelah. Aku pun berkata " kalau awak nak cari landed property di kawasan ni mmg2 mahal, average harga more than 300K. Si polan ni berkata takpalah bila ada rumah yang di jual murah baru saya beli. Yealah bilalah harga rumah nak turun di KL ni.
Yealah ada yang sanggup bayar sewa rumah RM700-1000 bertahun2 sebab keinginan memiliki landed property ( jenis orang ego). Aku selalu memberi nasihat percuma supaya membeli rumah pada kemampuan sekarang. Kalau beli rumah apartment yang berharga RM100K, monthly repayment not more than RM600 dan the house belonged to yours. Nak upgrade ker nak decorate macam istana pun your house. Jawapan yang paling glamour aku dapat ialah, nantilah setahun dua saya beli bila gaji saya naik.
Ada jugak yang terlalu ego membeli rumah di luar kemampuan, yang pelik dan ajaibnya bank boleh pulak lulus pinjaman. Bila dah bayar 4, 5 bayar HL installment barulah mengadu duit tak cukup sebab bayar HL installment yang tinggi. Kadangkala mereka2 ni ingat setiap tahun company nak bagi increment dan setiap 2 tahun dapat promotion, bila planning tak menjadi barulah mengelabah nak refinance. Kalau refinance nak kurangkan monthly installment, takpe juga tapi ada juga yang refinance at MV dan berjoli sakan dengan duit extra refinance tadi, then it goes to same cycle. Pepatah melayu mengatakan " yang di kejar tak dapat yang di kendong berciciran ". At the end rumah di lelong oleh bank dan nama pun kena blacklisted.
Ada jugak yang membeli rumah di kawasan KL sebab tersangat teringinkan rumah teres. Katanya untuk hari tua nanti boleh tinggal di rumah ini. Pada aku kalau ada extra duit why not boleh beli tapi dengan syarat rumah yang di duduki adalah milik sendiri bukan sewa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
actually boleh je kalau nak menyewa, tapi takleh lama2...just nak betul2 sure yang kita akan duduk situ lebih lama...
ReplyDeleteadvisable menyewa tidak lebih daripada 2 tahun maximum
Yea, sy setuju dgn pendapat En Farid kalau menyewa tidak melebihi 2 tahun.
ReplyDelete