Sunday, January 31, 2010

Utusan Malaysia [30th Jan 2010] - Kadar faedah dinaikkan?

KUALA LUMPUR 29 Jan. - Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini membayangkan bakal menaikkan kadar faedah selepas mengekalkan kadar sedia ada hampir setahun.

Gabenor BNM, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, Malaysia perlu 'mengembalikan' semula kadar faedah seperti biasa untuk mengelakkan gelembung aset, meskipun ia belum berlaku dalam ekonomi lagi.

Tambah beliau, pengekalan kadar faedah semasa boleh mengakibatkan pelbagai risiko akibat ketidakseimbangan kewangan.

''Kadar faedah yang rendah dan terlalu lama akan menyebabkan orang ramai memindahkan aset dan kewangan kepada pasaran yang menawarkan sistem kewangan yang normal bagi meningkatkan pulangan ke atas simpanan masing-masing.

''Keadaan ini, jika tidak ditangani segera akan menimbulkan pelbagai masalah di kemudian hari.

''Kita tidak mahu menunggu sampai ia berlaku sebelum membuat sebarang tindakan,'' katanya ketika ditemui selepas syarahan awam oleh Dr. Abbas Mirakhor anjuran Inceif di sini hari ini.

Beliau berkata, BNM mengambil keputusan untuk mengurangkan kadar faedah secara signifikan pada tahun lalu dalam usaha menangani kemelesetan.

''Sebab itu, BNM mengurangkan kadar faedah ke paras paling rendah tetapi kita perlu 'mengembalikan' kadar faedah ke tahap normal semula,'' jelasnya.

Ditanya mengenai unjuran penganalisis mengenai kenaikan kadar faedah yang sederhana selepas ini, Zeti bagaimanapun enggan mengulas.

''Saya tidak mahu komen mengenai kedudukan kadar faedah kerana setiap kali mesyuarat MPC, keputusan akan dibuat dan ia diumumkan,'' jelas beliau.

Jawatankuasa Dasar Monetari dijadualkan mengadakan mesyuarat kedua pada 4 Mac ini.

Beliau berkata, kenyataan mengenai polisi monetari mengenai pengekalan OPR sebanyak dua peratus baru-baru ini tidak sepatutnya dilihat sebagai indikator mengetatkan dasar kewangan.

Perbezaan perlu dibuat untuk mengembalikan kadar faedah dan mengetatkan kadar faedah memandangkan teras polisi (monetari) untuk mengekalkan akomodatif bagi menyokong pertumbuhan, terutama pada persekitaran, yang mana inflasi kekal sederhana, tambah Zeti.

BNM yang mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat MPC Selasa lalu berkata, dasar monetari akan kekal menyokong pertumbuhan bagi memastikan pemulihan ekonomi betul-betul kukuh.

Tetapi, pada masa yang sama, MPC juga menyedari akan keperluan untuk memastikan pendirian dasar monetari adalah wajar bagi mengelak ketidakseimbangan kewangan yang mungkin berlaku disebabkan oleh kadar faedah yang terlalu rendah untuk satu tempoh masa yang lama.

Tuesday, January 26, 2010

Loan Rumah Lelong

Hari agak malang sikit pagi2 motor aku tak boleh hidup, terpaksalah aku tolak ke kedai motor, taklah jauh sangat tapi ponetlah jugak. Pomen kedai motor cakap fuse kena ganti, aku cakap gantilah ajer.. lepas motor aku di baiki aku ke HQ jumpa Ivy ambil Housing loan offer letter dan dia beritahu yang dia akan forwardkan semua2 dokumen pada lawyer comapany untuk prepare loan agreement. Dia pun bagi tau dokumen umtuk tukar hakmilik rumah yang aku buat full settlement dah di hantar pada lawyer siti. Alhamdulillah..


Tengahari asben aku call bagi tau RHB loan officer mintak faxkan dokumen2 yang aku dah emailkan semalam dengan alasan email tak di terima.. aduiii . aku pun fakkan pada RHB dan call asben aku bagi tau. Aku call MBSB follow up samada dokumen yang aku emailkan dah di terima atau belum.. the lady cakap dah di terima. Syukuran..


Aku sampai rumah almost 9pm, asben aku cakap RHB cakap fax terima tapi very darker tak nampak apa2.. Takpalah esok aku akan personally hantarkan kepada RHB.. senang citer .. Asben juga bagitau yang AMBANK called tanya direction rumah lelong untuk tangkap gambar ...harap AMBANK dapat berikan jawapan dengan segera ...

Since aku lewat makan dan hari ini pay dah aku sekeluarga menjamu selera di batu 9 cheras .. on the way anak2 dah terlelap nasiblah diorang bangun apabila di kejutkan.. aku ni bukannya tak kisah pasal makan asalkan sedap dan semestinya murah ...hehehe .. sekali sekala apa salahnya kan ..

Friday, January 22, 2010

Menang Bidding

Almost two weeks aku tak update blog sebab tersangat bzz dengan kerja2 di opis, keluarga dan follow dengan bank dan lawyers.

Perkembangaan terbaru aku berjaya beli sebuah apartment dengan 57K .. Walaupun RP44K di sebabkan kawasan yg strategik dan infra yang baik aku ambil keputusan untuk bid the max RM60K. MV untuk rumah ni paling lowest adalah RM80K.

Semalam asben dah apply loan dari 4 bank iaitu AMBANK, EON, RHB dan MBSB, tengoklah saper yang dapat bagi loan. Semalam juga asben aku bayar OS maintenance charges ke manintenance opis sengal dan bayar OS cukai pintu di MBSA... Hari ni aku dah fakkan segala receipt pada lawyer untuk buat reimbursement dari bank...Aku juga melantik legal firm yg sama untuk proeses rumah lelong ke dua aku..

aku ingat nak stop dulu beli rumah lelong tapi malam semalam ternampaklah pulak rumah lelong di kawasan yg pernah kalah dahulu. Masa lunch aku call maintenance opis tanya OS amount, fulamak dia punya OS punyalah banyak RM4612. Aku tanya ada orang duduk ker rumah ni, dia cakap ada dan katanya sehari dua ni diorang akan kuncikan air .. aku tambah pulak eloklah rumah pun nak kena lelong elok jugalah kalau di potong ajer air tu ...hehehe .. jahat aku kan ....

Saturday, January 9, 2010

Kalah Lagi ...

Hari ni pagi2 aku dan asben pergi auctioneer office Ng Chan Mau. Wow, ramainya orang sampaikan registration counter sesak dan aku ambil masa almost 1/2jam nak buat registration. Yang terjumpa dua orang apek cina yang bid rumah sama di ehsan on last tuesday. Asben aku masuk dulu dalam auction room sebab takut takde seat. Aku dah suspen gak sebab ramai pulak yang buat registration di counter federal auctioneer sampaikan mereka dah kehabisan paddle. So the lady cakap , diorang akan pakai nama masa bidding nanti.. phew ...

Walaupun aku dah menjangka aku ada saingan dan tak di sangka ada 7 pembida untuk rumah ni. mak ooi ramainya ...hancus harapan .... aku hanya angkat tangan 2 kali pada harga 67K dan 71K .. at last unit di menangi oleh pembida lain pada harga RM78K .. too high to me for investment kalau nak duduk no problem ler ..

Ada lagi garden park akan dilelong pada masa yang terdekat ini .. aku akan mencuba dan cuba lagi ...Kejap lagi aku akan buat survey rumah lagi .....

Friday, January 8, 2010

Penara Unit Called Off

Dapat call dari Nikki beritahu yg Sri Penara yg aku nak bid esok last minutes called off. Tak palah seku angnya ada usaha dari pemilik tersebut amir hamzah menyelamatkan rumah ini terlelong. Pada saya berminat dengan hartanah lelong pun agak pelik mengapa mereka2 ini membiarkan rumah di lelong walhal sewa rumah dan market value itu dah almost satu kali ganda vs repayment. Pada pendapat aku rasanya mungkin money management mereka yang kurang bijak atau mungkin pakai dulu esok bayar. At the end berbulan2 tertunggak lepas tu pasrah rumah terlelong macam itu sahaja.

Aku tak lah tersangat kecewa sbb chances aku nak menang sangat tipis sebab budget aku ciput aje iaitu not more than 65K.

Baru tadi aku survey rumah yang aku akan bid esok. Keadaan sekeliling kawasan rumah tersebut bersih, covered parking, siap ada kolam renang lagi, tahap kebersihan dan sekuriti yang bagus. Insyallah kalau ada rezeki adalah yea. Aku takan bid terlampau tinggi sebab rental kawasan ini tak berapa tinggi tapi selepas di buat pengiraan still ada +VE CF ...

Thursday, January 7, 2010

Pergi Bidding Lagi

Hari ni di opis taklah bzz macam semalam. Oklah adalah masa aku buat follow up dengan bank dan lawyer pasal urusan jualbeli rumah yg masih belum selesai. Aku juga ada call a dua syarikat yang buat maintain unit yang aku dah shortlisted untuk bid this week end. So far kedua2nya OS figure taklah tinggi sangat. Harap2 kali ni adalah rezeki ...

Asben aku out station ke JB sebab kena pergi ada emergency meeting dan now on the way back to KL. Harap2 esok dia tak out station sebab malam esok aku nak buat last survey sebelum masuk bidding hari sabtu nie..

Aku dah buat pengiraan yang loan aku dengan asben masih ada quota. Worst come to worst aku akan buat OD jika loan tak lepas. Selepas dah dapat ownership tengoklah kalau boleh let go atau refinance balik untuk cover OD. Insyallah so far ada juga perkara yang aku rancang tak ikut schedule tapi sometimes benda ni tak dapat kita elakkan. So kena banyak bersabar dan bertenang sebab banyak perkara yang membolehkan kita tension tahap gaban.

Wednesday, January 6, 2010

Cerita pada hari bidding dan hari yg teramat2 bzzz

Semalam takde rezeki sebab kalah bidding unit di mahkota cheras. There is a 4 bidders yang masuk termasuk aku.. 2 chinese guys, one chinese lady. RP 4OK naik ke RM51K.. last aku angkat pada RM48K. Walaupun MV kat situ min 55K aku taknak ambil risk. Kalau ada rezeki lain kali boleh cuba lagi di mahkota cheras ..

Nak citer sikit masa aku buat registration di counter ada one chinese guys tukar unit di saat akhir ke unit no 2 yang aku nak bid. So, orang yang buat registration cakap mana boleh tukar2, si apek ni cakap " saya banyak duit, mau beli rumah " okay u boleh order pizza saya belanja " apa2pun the lady just proceed the changes .. aku cakap pada the lady macam ni ada ker ? dia cakap sini banyak sindiket " hmmm so biasalah ulat ni bukan setakat di puduraya sajer ada, public auction pun ada.. yang jenis ni ulat sebarang ulat, ulat kayo2 ..

Lepas unit aku tak dapat terus aku ambil balik bank draft dan kebetulan masa turun aku terjumpa one of the bidders yang bid unit yang sama. Dia bagitau yang dia cuba kawtim dengan the lady yang menang bayar dia RM1K untuk tarik diri, tapi the chinese lady nak lawan juga ..

Takpelah at least sekurangnya aku jadikan dia sebagai satu pengalaman yg boleh aku jadikan panduan di masa hadapan..

Hari ni di opis banyak betul masalah pagi2 lagi dealers tak boleh buat deal sebab system down, pass tu pulak SWIFT pulak buat hal, then problem dengan reuters. pendekata 2 case severity 1 dan 2 case severity 2. Pening kepala di buatnya kena buat escalation dan calling for latest updates. yang sakit hatinya downtime dgn uptime timing yang diberikan tak betul dan aku terpaksa kena buat beberapa kali confirmation.

Masa lunch time aku pergi encash balik bank draft dan disebabkan bzz aku keluar lunch pada 12:20noon .. tak sempat lunch just tapau dan makan dalam opis. Aku buat bodoh ajer makan eventhough my boss tak suka.. perut dah lapar belasah ajerlah..

Esok harap2 taklah bzz sangat macam hari ni..insyallah

Tuesday, January 5, 2010

Assignment Hari Ini ...

Pagi2 nie aku hantar adik aku kat Komuter Serdang sebab arii ni aku cuti tak leh pergi kerja dgn dia, lepas tu hantar anak aku pergi tadika smart reader.

Terus balik rumah dan terus on notebook dan surf internet, to confirm unit yang aku akan bid hari ni tak called off. Syukur, so far takde called off. Harap2 aku dapat pada RP. Aku dah buat survey tentang OS bills seperti maintenance, api, air, IWK dan cukai pintu... amountnya taklah banyak dan di tanggung oleh bank up to auction date. Kalau dapat unit ni dah boleh buat sewa sebab unit ni kosong, api dan air ada lagi .. dan dalam 3 bln lagi sebuah pasaraya besar yang kini dalam pembinaan akan di buka dan unit ini walking distance aje .. dan min, rental ialah RM350 dan the max is RM450.. Semua document dah aku siapkan dalam file dan takde yang tertinggal ...

Banyak tempat aku nak pergi ni, mula2 Maybank nak buat ASB withdrawal untuk settlekan housing loan, pass tu pergi AMBANK ambil release letter then pergi JPJ buat ownership cancellation, then pergi TTDI bayar balance 10% pada developer then baru aku nak pergi auctionner office then nak pergi sentul park rumah sewa kakak aku sebab tennant dia nak moving out .. so hari yang akan meletihkan aku hari ini.. pada aku no problem.. sebab aku enjoyed buat ini semua ..

Harap2 adalah rezeki aku hari nie yea...

Saturday, January 2, 2010

Aktiviti Tahun Baru

Dah masuk tahun 2010 dan umur aku pun tua setahun..tahun 2009 baru aku mula buat research sikit padal property investment. last year aku dapat beli sebidang tanah dan beberapa unit rumah, syukur alhamdulillah. aku masih lagi belajar selok belok hartanah ni dan banyak masa di habiskan di depan komputer dan buat survey rumah2. Aku pun dah lunaskan loan kereta dan pada 6th Jan aku akan langsaikan pula loan rumah yg aku duduk sekarang ni. Walaupun aku boleh refinance paling rendah pun dalam RM170k rumah aku ni untuk dapatkan extra duit tapi aku tak nak buat sebab rumah ni dah jadi aset aku tanpa hutang...

Aku berharap segala outstanding belian rumah tahun lepas dapat di selesaikan secepat mungkin. Aku berharap juga yang tahun 2010 dapat memberikan aku kekuatan dan semangat untuk lebih berusaha memajukan diri. Aku berharap jua segala halangan rintangan dapat aku tempuhi dan tidak melunturkan semangat aku. Jika orang lain boleh berjaya mengapa tidak aku.


Semalam aku buat BBQ di rumah dan jemput kakak aku dan anaknya BBQ di rumah aku. sajer aje sebab dah lama tak berkumpul, berborak dengan diorang. maklumlah kakak aku ni selalu ajer outstation dan anak2nya belajar di IPTA dan berasrama penuh.



Note : my son, my niece (bakal lawyer) dan roomate dia from Sri Lanka - Shabi


Hari ni aku dengan asben repair kereta kancil yg mana ada ada barang yang rosak ( ntah tak pandai aku menyebutnya) almost 4 ratus juga melayang. Kancil ni kenderaan utama jalan2 di KL, sebab mudah nak cilok dan parking. kalau kereta waja susah nak park dan cilok dan semestinya minyak kancil lebih jimat... hmmm .

Next week 4th Jan sekolah dah buka, asben aku yang cuti sebab anak bongsu aku tukar tadika ke smart reader. Asben aku yg excited benar nak hantar... rezeki pun ada , no problem hantar jelah .. pagi2 asben aku dah ke sekolah rendah dan agama belikan buku2 sekolah anak sulung aku.

on 5th aku cuti sebab nak pergi bidding dan pergi JPJ buat cancellation tuntutan bank pada kereta waja aku. Surat tu dah siap awal bulan 12 tahun lepas aku yang malas nak buat cancellation.

Esok tak tahulah apa plan untuk esok, ingat nak survey rumah lagi kalau tak aku nak berkebun belakang rumah aku.. tanam pokok cili, bendi dan terung.. senang nak hidup sekarang ni sebab musim hujan ...