Friday, December 30, 2011

Gi ke BTHO MRT Information Office

Hari ini aku ambil cuti tahunan sebab hantar anak sulong menghadiri sessi orientasi bagi murid tingkatan 1. Selesai urusan di sekolah menengah aku ke sekolah KAFA untuk menbayar yuran dan membeli buku teks utk princess aku. Kalau bayar hari ni masa buka sekolah nanti tak lah aku kelam kabut kesana-sini. Petang tadi aku ke MRT Information Office yang baru di buka di Bandar Tun Hussein Onn. Nak tahu alignment dan kedudukan station MRT ni. Aku nak kepastian dimana letaknya stesen MRT sebabnya dari website dorang kedudukan station tu tak dapat aku nak agak. Yang best nyer aku di berikan penerangan yang lanjut oleh staff di situ siap terangkan lokasi setiap stesen berpandukan skrin besar yang terdapat disitu. aku minat nak tahu stesen are rumah aku ajer. Hari-hari lalu plaza phoenix yang sekarang ini giat melakukan renovation. Ingatkan station akan melalui dalam plaza phoenix,macam stesen putra plaza pantai, rupanya station akan berada betul2 di hadapan plaza phoenix, Menurut pegawai tersebut plaza phoenix akan di jadikan hotel. Next stesen ialah Taman Suntex yang akan di dirikan selepas plaza tol batu 9 dekat dengan pasar basah, next ialah taman cuepacs yang mana stesennya di tapak bekas kandang lembu .. area kampung melaka tu ..just nak shared pembinaan lebuharaya KLORR - KL Outer Ring Road (KLORR) sedang giat di jalankan yang mana ia akan bersambung dengan SILK highway .. dah ada a fews yang mati masa korek terowong .. next stesen ialah Bandar Tun Hussein Onn tapi sebenarnya ia akan berada betul2 di belakang plaza tol batu 11 next to ESSO , kawasan Cheras Perdana ...menurut pegawai tersebut rancangan asal ialah station BTHO adalah bersebelahn carrefour dan akan terus ke pekan batu 11 area c180 but ada bantahan dan masalah pengambilalihan tanah.. hmmm next station ialah Balakong, Stesen ni akan terletak berhadapan Pusat Flora Cheras .. macam tak kena pulak stesen ni .. berita baik bagi penduduk taman indah dan kasturi .. walking distance ajer jaraknya.. next stesen ialah taman koperasi yang stesennya di bina next to petronas simpang balak .. berita buruk untuk penduduk saujana impian dan juga prima saujana sebabnya rancangan asal stesen akan di bina berhadapan dengan TESCO kajang tapi stesen tersebut akan di bina berdekatan hospital KPJ kajang.. hmmm ... next stesen bandar kajang .. Kata pegawai tersebut tahun 2017 barulah projek ini akan siap .. Alignment dan station adalah final dan tidak akan ada apa-apa perubahan selepas ni .. [mungkin akan berubah kalau ada changes selepas PRU13 ??. Dengan adanya station MRT yang jaraknya walking distance dengan kawasan perumahan dah pastinya harga akan mengila naik. Bolehlah cuber survey2.

Wednesday, December 28, 2011

Rumah Lelong : Urusan pindahmilik belum selesai

Agak dah lama juga aku tak mengupdate blog ni.. tersangat sibuk. Update terkini ialah rumah di Cheras selamat di sewakan pada bulan December dgn kadar sewaan RM550 sebulan. Penyewa adalah pasangan baru berkahwin dari negeri pantai timur. Harap2 lamalah dorang menyewa rumah ni, lagipun aku nak hold unit ini bagi tujuan sewaan sahaja. Urusan pindah milik tak dapat di sempurnakan dalam masa 90 hari yang diberikan oleh bank pelelong. Aku tak salahkan lawyer aku sebab pihak pemaju mengambil masa untuk membuat pengesahan walaupun beberapa reminder di hantar. Even aku pun follow up dengan pihak pemaju. Tempoh penyelesaian di lanjutkan selama dua bulan lagi yang tak syoknya bank pelelong mengenakan penalti BLR +4.00 atas baki belian. Rumah ni dalam keadaan yang teruk jugak macam gambar di bawah ni, sbb itulah aku dapat pada RP kot. ==== Sebelum ====
=== Selepas ====

Tuesday, November 29, 2011

Busy dan Progress

Minggu2 yang memenatkan dan terlalu sibuk. Dua minggu lepas ke pejabat pemaju settlekan beberapa perkara berkenaan rumah lelong yang aku menang pada hujung bulan sept yang lalu. Sepatutnya mmg takde masalah tapi di sebabkan staf2 nyer mungkin takde motivasi bekerja, itu sebabnya tersangat lembab dorang buat kerja. Bila kita call suara macam marah2, tak suka kita call, kalau tak suka buatlah kerja dan takde sapa yang akan kejar.

Kerja-kerja d rumah lelong dah siap, progress lambat sebab Indon yang janji nak pasang tiles bertangguh2, sampaikan aku naik angin. Agaknya nak minta bayaran lebih kot. Minta quotation dari beberapa kontraktor at last dapat jugalah kontraktor yang quote harga yang agak baik. Upah termasuk dengan buang tangki air, dan potong piping besi. Lantai parkei yang mana rosak tu aku n asben repair dan repaint.Jiran sebelah rumah tanya kenapa aku repair rumah tu elok2, kalau setakat nak sewakan buat simple2 ajer, katanya. Kos keseluruhan repari rumah ni around RM1800 tak termasuk peti ais. Ni dah kira jimat sebab rumah ini dah bergrill, kalau tak rabak jugaklah poket aku.

Rumah ini dah ada penyewa yang dah confirmed nak menyewa dengan kadar RM550. Rumah ini aku sediakan peti ais satu pintu, dapur gas dan kipas di ruang tamu dan bilik2. Dari apa yang aku dapat tahu kadar sewa ini mmg standard untuk kawasan ini. Dari +CF pula dapat RM297 sebulan setelah di tolak installment dan maintenance, tapi untuk rumah ini MOF hanyalah 70% dari PBB. Banyak juga modal yang aku kena keluar.

Ada bersembang dgn owner2 lama di sana, menurut mereka perbincangan penduduk dengan pihak pemaju untuk mengambilalih kawasan perumahan ini sudah di adakan. Outcome tu aku tak sure, pada aku ambil alih pun okay jugak sbb dapat pampasan or dapat rumah yang lebih besar. Kawasan perumahan sebelah akan di ambil alih oleh sebuah pemaju gergasi tapi apa yang aku dengar pihak pemaju tidak dapat memenuhi permintaan penduduk... tu standardlah.

Since sekarang ini cuti sekolah, banyak call yang aku n asben terima. macam2 fesyen ada. Since asben aku asyik sibuk dengan meeting, jadi banyak call tak dapat di jawab. Bila call back kebanyakkan nyer tak nak jawab, merajuk kot. Aku tak salahkan dorang sbb dorang ada banyak pilihan dan letakkan kita d tempat dorang, of course kita akan ambil tindakan yang sama. Ada juga yang tak nak bayar booking, ada juga yang tak kisah, bayar full payment, ada juga nak check in lewat, ada juga yg tukar tarikh saat2 akhir, ada juga yang last minutes cancel, ada juga yang bagitau dah bank in tapi tak bank in. Apa2 aku mmg seronok dan sbb inilah masanya nak earn lebih.

Lagi satu perkembangan ialah aku n asben mengedarkan rempah masak hitam ke kedai runcit area rumah aku. Rempah masak hitam ini adalah keluaran pertubuhan peladang kawasan kampung aku. Mmg sedap dan senang. Kalau sapa2 yang nak try bolehlah email nama dan alamat korang ke syahproperty@yahoo.com untuk dapatkan sebungkus rempah ini secara percuma [limited 5 orang ajer].

Ada a fews things yang aku akan sharekan dalam next entry ..

Wednesday, November 16, 2011

Tanah Untuk di Jual di Sungai Sumum Hutan Melintang, Perak

Ada reader blogger dari Bagan Datoh nak let go tanahnya di Hutan Melintang. Susah nak cari seller yang nak jual tanah sekarang ini.Hutan Melintang pun tengah pesat membangun, macam2 dah ada, yang terbaru adalah pasaraya billion. Tambahan lagi sekarang ini Bagan Datoh dah ada Sekolah Sains, dan pembinaan cawangan kampus UITM dan pengkalan Tentera Laut akan di bangunkan dalam masa terdekat. Kalau ada yang ada plan bila bersara nanti nak tinggal kampung inilah masanya untuk membeli tanah. Tanah makin hari bukan makin murah yea.. itu realitinya.

Buat masa ini tanah ini ditanam dengan tanaman kelapa. Siapa2 yang ada bakat mengait buah kelapa or boleh panjat pokok kelapa inilah masa anda buat duit. Buah kelapa siap mesin di area rumah aku RM2.50..

Kalau siapa2 yang berminat boleh menghubungi owner tanah melalui email iaitu mgtarfn@gmail.com

Details tanah adalah seperti berikut

lokasi : tepi jalan kampung yang bertar.
kawasan : Parit 11, Batu 20 Sungai Sumun
mukim: Hutan Melintang
title:malay reserve
Sekatan-sekatan kepentingan :tiada
keluasan : 2.5 ekar (satu geran 2 nama)
tanaman sekarang: kelapa tua
keadaan tanah: rata dan sesuai untuk tanaman kelapa sawit atau membina rumah
bekalan api dan air : tiada masalah
harga : 30 K seekar

Tuesday, November 15, 2011

Progress urusan rumah lelong dan Cuti Sekolah akan TIBAAAA

Busy sangat lately, di opis, di rumah dan banyak benda yang kena follow up. Progress rumah yang di beli thru auction pun agak perlahan. Lawyer dah hantar surat pada D.. iaitu pemaju bagi rumah tersebut.. Surat di hantar 3/10, lawyer dapat replied semalam tapi surat bertarikh 27/10. Bila called PIC cuti,makan bila ada nanti saya check dan update ... fuyoo.. mmg lembab betul

Hari Khamis kena ke opis pemaju untuk settlekan outstanding owner lama sebelum maintenance di ambil alih oleh JMB. Tak sangka pulak owner lama masih terhutang dengan pemaju but luckily tak banyak sangat dan boleh claim dengan bank pelelong. Harap2 semuanya berjalan lancar selepas ini dan looks like kena minta extension sbb tinggal lagi 1 1/2 saja tempoh yang diberikan oleh bank pelelong.

Insyallah dalam bulan depan rumah dah boleh disewakan at least boleh cover bayar outstanding. Bila beli rumah lelong ni macam hal2 akan timbul dan memeningkan kepala. Standard rumah lelongkan even beli rumah subsale pun kadang2 pening jugakan..

Nak sharekan sikit pasal cerita kawan di opis yang beli rumah di Putra Perdana. Alkisahnya dia dan asben membeli rumah tersebut secara subsale, dalam SNP dia letak nama asben dan dia, bila apply loan dia letak nama asben dia. Bank luluskan loan dan keluarkan Letter of Offer. Asben dia pun signed Loan agreement. Lepas dapat consent developer kawan ni pun buat pengeluaran EPF dan dah dapat duit pun. Yang jadi masalahnya bank loan baru dapat tahu yang kawan ni nama dia kena blaclisted dengan CCRIS sebab hutang kad kredit jadi dorang taknak buat disbursement pada bank seller. Since dia dah dapat EPF dia pun settlekan loan kad kredit tapi bank loan masih taknak disburse. Dorang advised kawan ni buat SNP baru yang mana letak nama asben dia saja. Kawan ni tak pulak minta advise aku bila beli rumah, bila signed baru nak cakap. Kalau CCRIS record tak baik mmg sakitlah kalau CTOS lepas settle nama boleh di keluarkan dalam masa 1 hari. Dalam kes ini aku salahkan kawan ni sbb tak jadi pemimjam yang bertanggungjawab dan bank pun terlalu gelojoh mengejar target, keluarkan offer letter tanpa buat credit checking. Kalaulah EPF tahu gerenti dorang demand kawan ni refund balik pengeluaran yang di buat. Yang besh nyer jugak dorang pun dah pindah masuk rumah tu dengan izin ownerlah.. rasa2 menyesal tak owner ni bagi dorang ni duduk free sedangkan dia masih dok bayar bank loan..
Ada juga bank yang tak nak beri loan jika nama di SNP orang lain dan pemohon adalah orang lain. eg kalau SNP nama asben sahaja, apply loan under wife.. jadi sebelum plan nak beli rumah better check betul2 dengan bank. lain bank lain SOP nyer yea.

Banyaklah pulak aku tulis ni, bermula 19/11 ni cuti persekolahan akan bermula, berita gembira bagi aku sebabnya ada menerima tempahan untuk unit di bukit merah dan komisyen ..Ada yang senang nak deal, ada yang susah, ada juga yang takut bila kita suruh bank in deposit, almaklumlah sekarang ini banyak betul penipu yang songlap duit. Ada juga owner2 asal di sana called bertanyakan pendapat samada bagus managed sendiri atau bagi laketown uruskan. Pasal hal ni mmg aku tak nak beri pendapat apa2 sebabnya kalau managed sendiri ada pasang surutnya lagi pun aku beli pun berganda2 lebih murah dari dorang. Lagipun biarlah management yang uruskan kalau ramai yang buat sendiri dan ramai yang tak bayar maintenance pulak. Macam kes TBR bila makin ramai keluar, TBR mamagement buat macam2 untuk menindas owner yang managed unit sendiri .. Kalau sapa2 ada unit semi-D dan bungalow di BM, sila email pada syahproperty@yahoo.com. Ada dapat a fews call yg berminat nak menyewa ..



Cuti sekolah ni jugaklah aku OFF iron baju sekolah anak2..bercuti !!. next year anak sulong akan naik form 1 dan anak bongsu naik darjah 2 dan bertambahlah umur aku ..

Pada 11.11 yang lalu adalah hari jadi anak bongsu aku, sebagai memenuhi hajat dia aku buatlah birthday party keluarga di rumah, just jemput adik2 dan kakak aku ajer. yealah mana nak jumpa tarikh 11.11.11 lagi ..

Thursday, November 3, 2011

Staff Housing Loan

Baru-baru ni dapat email dari yang HR mengenai changes staff housing loan rate. Nampak mmmg menarik bagi mereka yang belum ambil staff housing loan..

Yang best nyer ialah tempoh pinjaman dilanjutkan dari umur 55tahun ke 65tahun.. katakan umur staff tersebut 30tahun bermakna dia boleh memanjangkan tempoh pinjaman selama 35tahun. Staff di beri pilihan samada memilih kadar tetap pinjaman 3.5% sepanjang tempoh pinjaman atau BLR -4.00 tapi interest capped up to 8% sahaja. Maksudnya jika staff memilih BLR -4.00 jika sekarang ini BLR adalah 6.6% maka interest pinjaman perumahan adalah 2.6% dan jika BLR naik mengila sehingga 15% !! jadi staff hanya di kenakan 8% interest. Since aku ada housing loan dengan company jadi kadar faedah aku di turunkan dari 4% ke 3.5%. Staff hanya di benarkan mempunyai satu loan sahaja. Balance HL dengan company pun tak banyak sangat less than 80K.. kalau refinance dengan bank lain dan lanjutkan tempoh pinjaman rasanya ok jugak. so that aku boleh boleh apply loan untuk tujuan flipping.. since takde lock in period, penalti ... dan takde clause menyatakan staff tak boleh apply loan untuk tujuan investment ...

Ada yang aku dengar dan baca kata harga rumah dah "soft", betul ker ? ekonomi tak menentu dan sektor pembuatan dah affected. Pada akulah apa yang penting adalah berhati-hati dengan spending kita, kalau boleh jangan terlalu ghairah berbelanja. Tak kisah ekonomi upside down ker atau stabil tapi kita ingat selalu financial planning kita sendiri. Sbbnya takde orang yang akan kawal "nafsu" dan keinginan kita selain dari kita sendiri. So kena ingat janganlah pulak jadi terlalu kedekut.. susah jugak tu.. Ada juga yang cakap "watpa ada duit banyak kl kita tak gunakan ". Bukan tak boleh gunakan tapi kenalah pada tempatnya.. kan.

Hari sabtu ini aku akan balik ke Bagan Datoh untuk hari raya haji dan juga ambil bahagian ibadah kordan lembu dengan adik-beradik asben dan juga menjenguk kebun kelapa yg dah lama aku tak jenguk.. dan juga mesyuarat adik-beradik asben mengenai cadangan penubuhan pondok pengajian di tanah arwah atuk. Insyaallah semuanya akan menjadi kenyataan dengan izin dariNYA.

Di kesempatan ini aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada muslimin dan muslimat rakan2 blogger. Aku berdoa kepada Allah semoga di permudahkan rezeki, jauhi dari sifat takbur, bongkak dan hindari dari segala maksiat.

Friday, October 21, 2011

progress

Loan rumah yang di beli thru auction di luluskan. Asben apply dari beberapa bank iaitu RHB yg offer blr -1%, Alliance -0.75%, BSN -1% dan Public Bank -1.3%. Mmg aku mengharapkan loan dari Public Bank sebab beri BLR minus paling tinggi untuk loan bawah RM50K. Lagipun lawyer yang buat documentation adalah panel Public Bank. Lagipun inilah 1st time beli rumah lelong dan ambil loan dari bukan bank pelelong. Setahu akulah Public Bank ni susah sikit nak beri loan compared dengan bank-bank lain. Lock in period adalah 3 tahun dan penalti 2% dari loan amount jika full settlement dalam masa lock in period. Compared dengan Alliance Bank lock in period 5 tahun dan penalti RM5K. Syukur alhamdulillah asben dah signed offer last 2. Dapat pre-approved credit card dan membership waived cuma kena "sedekah" bagi gomen. Inilah 1st credit card asben dalam hidup dia. Sebelum ini mmg takde langsung credit card sbbnya dia malas nak bercredit2 card.Katanya credit card aku pun dah cukup.Inipun sbb termasuk dalam loan letter offer Public.

Weekend lepas meyambung kerja2 mengecat dan mengemas rumah, perabut2 yg dah tak boleh digunakan sudah di buang oleh cleaner2 di situ. Nampak lapang sikit rumah. Kerja mengecat dah siap cuma di bahagian dapur dan bilik air belum buat sebab tengah tunggu indon pasang tiles.Tiles di beli dari Jalan Reko Kajang, survey 4 kedai at last dapat yang berkenan di hati. Pinjam 4WD adik sebab tiles ni berat juga, bab mengangkat tiles dari GF ke 4th Flr mmg2 memenatkan, lenguh habis satu badan.

Thursday, October 20, 2011

Kerja di hujung minggu

Hari minggu yg lepas memulakan mengecat rumah di cheras. Sesampai di sana tengok2 meter air belum di sambungkan lagi..hmmm budak maintenance tu janji nak pasang pada hari isnin tapi sampaikan hari sabtu pun belum di pasang. hangin2.. asben call dan budak maintenance bagi tahu yg dia akan datang pasang around 6pm .. dah sampai takan nak balik pulak kan. Jadi mulalah mengecat pintu-pintu rumah yag sepatutnya di cat last sekali.

Bila di tengok banyak juga kerja yang nak di bereskan .. almaklumlah rumah tak berjaga sampaikan cat siling pun jadi warna kekuningan. Rasa2nya almost berbelas tahun tak di cat. Almost 7pm barulah budak maintenance tu datang bawakan meter air dan pasangkan. Takan nak marahkan sabor ajerlah.

Since anak2 semuanya balik ke kampung jadi rasa tak perlulah nak rushing balik rumah. Disebabkan cat rumah ni lama tak bercat jadi kena buat coating dulu dan cat kali kedua. Cat pun bancuh pekat kalau tak berkali2lah kena cat. Turun dari rumah ni almost 4am dan sebelum balik minum di kedai mamak..ponet gilos ..

Hari ahad datang balik menyambung kerja mengecat banyak lagi yang kena buat next week ..

Tuesday, October 18, 2011

Al-fatihah - Allahyarhamah Norasiah Binti Jaafar

Lebih kurang pukul 7pm tadi aku mendapat perkhabaran yang kawan aku meninggal dunia kerana kanser. Aku mengenali arwah semenjak bekerja di syarikat tempat aku kerja sekarang. Lama-kelamaan aku menjadi akrab dan selalu bercerita mengenai perancangan dan peluang-peluang perniagaan. Perasaan aku menjadi sebak apabila mendapat berita ini..

Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan saya berharap sesiapa yang membaca entry ini bersama sedekahkan al-fatihah kepada arwah ..

Thursday, October 13, 2011

Pendapat Peribadi Mengenai Budget 2012

Mengenai budget yg di bentangkan oleh PM minggu lepas. Apa yang aku nyatakan adalah pendapat peribadi dan pandangan aku sahaja.

-Pembiayaan Skim Rumah Pertamaku dinaikkan kepada RM400,000
*** harga rumah baru akan menjadi lebih mahal [macam mengalakan property buble ajer]

- Struktur gaji lebih baik dengan kenaikan gaji 7-13 peratus
*** Wowow best nyer, alangkah baiknya kalau kerajaan menguatkuasakan undang2 minimun increment untuk sektor swasta at least 7%. Jangan tak percaya ada operator kilang yg increment nyer less than RM20 setahun !!! . Kalaulah increment aku 12%pa wowow

- Kenaikan gaji tahunan antara RM80-RM320 mengikut gred
** Gaji orang kerajaan ajer yg naik [no wonder ajer aku punya tax refund dapat suku
ajer]. Ada juga yang harap dapat more than yg Pak Lah kasi dahulu.. Najib do a same but lesser before GE

- Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500
** Yang ini aku tak nak komen sbb bonus sbb aku dapat lebih :) Yg kasihannya sektor perkilangan ikut suka ajer majikan dorang nak kasi ada yg dapat 1/3 pun ada, ada tak dapat langsung pun ada.

- Bayaran khas RM3,000 kepada bekas anggota, duda dan balu polis khas dan polis tambahan
** Yg ini mak aku akan dapat sbb arwah abah adalah bekas polis bantuan zaman darurat. Siap dapat pingat dan sijil lagi tu..

- Kenaikan pencen 2 peratus setahun
** Yang ini mak aku akan dapat juga tambahan RM5.40 ajer ... Mak aku cakap kenaikan tak sampai harga sekilo ikan temenung.. he2

- Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000
** Tak layak .. orang pencen boleh tuntut ker ?

- Caruman majikan KWSP untuk gaji bulanan di bawah RM5,000 dinaikkan kepada 13 peratus
** Yang ini company aku 16%.. mmg okaylah

- Warga Emas - Caj pendaftaran pesakit luar percuma di semua hospital dan klinik kesihatan termasuk Klinik 1Malaysia
** Mak aku pencen dan ada adik beradik kerje gomen dah semestinya free.

- Penerusan subsidi bil elektrik RM20
** average bil aku RM60pm.

- Penerusan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM33.3 bilion
** ??

- Yuran sekolah percuma
** Percuma tapi sekolah akan minta yuran PIBG dlll... [ even nak ganti white board pun minta dari parents ]

- Bantuan RM100 untuk semua pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5
** Cara pembayaran ?

- Baucar buku RM200 kepada pelajar IPTA
** Berita baik pada anak2 saudara aku di U

- FELDA Global Ventures Holdings disenaraikan di Bursa Malaysia untuk jadi syarikat konglomerat global
- Peneroka akan dapat durian runtuh
** Makcik aku di Trolak mmg kayos. Boleh membodek buah durian di belakang rumah dia.

Yang aku tak puashati ialah RPGT untuk hartanah yang dilupuskan less than 2 year naik dari 5% to 10%. Bolehkah dapat membendung kenaikan mendadak harga hartanah ? Good news for genuine buyer ? Kalaulah semua yang beli rumah ini untuk tujuan tempat tinggal dah banyak developer yang dah bungkus. Good move ? hmmmm

Sunday, October 9, 2011

Ops masuk rumah

Semalam aku n asben bayar maintenance opis untuk buat bayaran, since boleh bayar ansur2 aku bayar separuh sahaja. Menurut pekerja maintenance ramai juga orang di situ bertanyakan bagaimana hendak membeli rumah lelong aku menang ni. Dia tak tahu procedure macam mana nak membuat bidaan. Macam terkilan ajer mukanya bila dia bercerita dan bila aku beritahu harga yang aku dapat. Dia beritahu ada orang baru beli rumah di ground floor dengan RM120K dan katanya mv rumah aku tu around 70k. Aku n asben just diam ajer. Air akan disambungkan esok, asben pun dah ambil nombor HP orang yg buat maintenance di apartment tersebut.

Tombol pintu depan dah rosak, yang ada cuma pintu grill, berbekalkan kunci2 gril di rumah, asben cuba membuka tapi gagal. Cuba cungkil2 cangkuk gril pun gagal, at the end terpaksa mengunakan cara kasar iaitu mengopek grill.. Bila pintu dah berjaya di buka, wowow keadaan rumah seperti baru di serang garuda, bersepah2,macam2 barang ada.. pc, printer, helmet, rim motor, akuarium, kasut2, beg2, termasuklah beberapa plat no. . semasa buka pintu tadi ada jiran yang datang tengok juga. Yg besh nyer ada asoh jiran selang satu rumah ambil barang2 plastik dan tin2 minuman. Ada bangkai tikus mati, bau pun menusuk hidung. almaklumlah tikus tu kebuluran sbb takde apa nak di makan agak nyerlah.

Keadaan rumah standardlah rumah lama, cuba dinding bilik air dan dapur kena buka dan ganti sbb banyak yg terkopek. Kena cari indon yg buat, anggaran cost termasuk upah dan barang2 tak lebih dari RM1K. Kira jimat jugaklah sbb rumah ni dah ada kipas di hall, lampu2, dan bergrill. Piping di bilik air kena buat lagi sekali sbb tak berapa kemas. Yg ini asben boleh buat sendiri dengan bantuan isterinya iaitu akulah... projek bersama asben n wife..








Friday, October 7, 2011

1st house in KL

Assalamualaikum semua...

Lama jugak aku tak mengupdate blog ni.. sibuk dengan kerja2 di opis dan di rumah... Kadang2 tu ada masa sikit tapi takde mood nak menaip...

Perkembangan terbaru ialah aku berjaya mendapat unit lelong di cheras pada RP. Tak sangka betul rasanya sbb rental di kawasan agak bagus dan berbaloi dari segi pulangan sewa. Ini adalah unit pertama dalam sejarah hidup aku, mempunyai rumah di Kuala Lumpur, sbb yang lain2 adalah di selangor, perak. Apa yang aku pelik ialah tunggakan2 tak lah banyak mana ;

TNB : RM62.40
Air : RM29.00
Cukai Pintu DBKL : RM172.00
Maintenance : RM800.00

Dari perbualan aku dengan jiran yang tinggal selang lima pintu rumah ni, dahulunya ada pelajar yang memyewa rumah ini dan baru berpindah dua bulan yang lepas sebab mengetahui unit ini akan di lelong oleh bank. Sebab itulah tunggakan TNB dan Air sikit ajer. Menurut jiran tersebut beliau mengenali owner dan pelik mengapa rumah boleh terlelong. Katanya beliau sudah menyewa di siti almost 5 years dgn kadar sewa RM450 dan sekarang ini dah naik ke RM500 bagi unit "penthouse". Bagi unit 1st dan 2nd kadar sewa melebihi RM650.00 dan majoriti penyewa adalah pelajar....

Seperti biasa aku appoint lawyer yang sama mengendali rumah2 yang di beli melalui lelongan. Asben sudah apply loan dari a fews bank dan semuanya akan memberi jawapan dalam minggu depan. Harap2 boleh dapat 90% MOF, tapi chances tu very2 slim... Since loan rumah ni less than 50K ada bank yang tak nak bagi loan termasuklah MBSB..

Weekend ni plan dengan asben nak buang sampah sarap. Tak boleh nak cuci lagi sebab JMB dah cabut meter air sebab ada tunggakkan maintenance. Dah called JMB dorang bagi tahu boleh buat 3 kali installment untuk bayar maintenance, bila pembayaran di buat barulah dorang pasal meter. Since bank cover semua, jadi aku akan bayar semua OS esok..

Kawan asben called semalam yang jirannya hendak menjual rumah di section 7 shah alam dengan harga RM70K [3r 1b 1t 650sft]. Harga pun agak bagus untuk unit section 7 yang senang untuk mendapatkan penyewa dan sewa yang baik. Insyaallah malam ini hendak kesana. Kalau jadi ini adalah projek pertama JV dengan adik aku ...

Just nak sharing info. kalau nak check tunggakan cukai pintu, just pergi Pejabat DBKL jalan raja laut, hanya perlu bawa POS dan bayaran RM40 di kenakan. Untuk lain2 Majlis Perbandaran, seperti MPKJ, MBSA, MBHS ..etc. just call dan dorang akan beri info, tiada bayaran di kenakan. Untuk TNB pun just call Call centre dorang.

Tuesday, September 20, 2011

KALAU ,,,,

kita kaya ada orang lebih kaya dari kita
kita cerdik ada oranng lebih cerdik dari kita
kita ada banyak harta ada orang ada lebih harta
kita banyak duit dalam bank ada orang ada lebih lagi
kita berbangga dengan status ada orang yg lebih mulia mertabatnya

Pendekata tak perlulah kita bersikap RIAK dengan kelebihan yang kita ada kerana dengan RIAK itu membuat kita lupa bahawa ada orang mempunyai kelebihan dari kita tapi mempunyai sifat rendah diri.

Saturday, September 17, 2011

Survey Rumah Lagi

Ada a fews properties lelong yang dah di shortlisted manarik perhatian aku. Ada dua buah unit terletak di kawasan yg HOT tapi chances called off tu mmg adalah. Sayang kalau owner lepaskan. Ada info yang aku dapat yg unit tersebut akan di roboh dan di gantikan medium kos apartment yang berkeluasan lebih dari 900sft.. dan jika owner menyewakan unit tersebut penyewa akan di tawarkan dgn harga RM140K.. info ini boleh di percayai sbb ayah kawan aku ada rumah di kawasan tersebut..... kalau sapa yang dapat rumah ini mmg bertuahlah... tapi yg tak syoknya owner yang mendiami rumah tersebut. Satu unit lagi pun cun juga, kosong dan ditinggalkan terbiar. Pada aku dapat rumah terbiar lebih baik dari rumah yang di diami oleh owner...

Next kami ke sebuah kawasan perumahaan, yg ini naik, turun tangga. Ada yg kosong dan ada yang berpenghuni. Ada satu unit yang mempunyai RP yang paling lowest. Since pintu rumah tersebut asben aku bertanyakan samada mereka adalah penyewa atau owner. Jawapan pertama ialah mereka mengatakan yang mereka adalah owner rumah tersebut dan bertanyakan kenapa asben menanyakan soalan tersebut kepada mereka. Asben menerangkan yang rumah yg di duduki oleh mereka akan di lelong dalam masa yang terdekat. Si isteri pun beritahu yang rumah tersebut adalah rumah abang beliau dan dalam proses penjualan kepada beliau. Katanya SnP dan bank loan sudah approved. So aku beri nasihat percuma supaya memberitahu abang beliau untuk menghubungi bank pelelong berbincang dan membatalkan perintah lelong. Si suami pula berkata yang dorang dah banyak berhabis touch up rumah tersebut. Apa yang aku beritahu kalau unit tersebut terlelong SnP beliau akan terbatal. Kasihan juga couple ni aku tengok. Kalau lelongan masih ON aku mungkin masuk unit ini dan menjual kembali kepada couple ini yang pastinya harga lebih murah dari harga yang abang dia jual ..

Sekarang ini bank pelelong meletakkan RP agak tak masuk akal, ada unit yg aku pernah masuk yang dahulunya RP kurang dari 50K dah jadi 60K. Ada juga yang more than MV. Agak2lah kalau kita ada rumah di kawasan tersebut adakah bank akan nilaikan pada RP tersebut..Adakah market value di kawasan tersebut telah naik tanpa aku sedari ?

Mmg seronok buat survey, tak beli tak apa dan apa yang penting kita dapat mengetahui banyak benda melalui survey. Kalau agak2 malas nak buat, tak ada masa boleh contact agent lelong seperti tuanbri, izwan yang pasti nyer memberikan perkhidmatan terbaik.

Monday, September 12, 2011

"Pertarungan Dua Alam "

Hari Sabtu lepas aku n asben mencuba nasib mebida 2 buah rumah di " Dua Alam ". Homework kedua2 rumah aku lakukan bagi mengelak kerumitan jika menang unit yang di bida. 1st rumah masih baru lagi, township yang dibangunkan oleh sebuah pemaju besar. Yang uniknya unit ini adalah berstatus lowcost tapi tidak seperti lowcost yg lain yg pernah aku tengok. Walking distance ke Sekolah, infrastruktur lengkap, design rumah mengalakkan unit rimba2. Aku juga menghubungi Lembaga Perumahan Hartanah Selangor bahagian perundangan bagi mendapat kepastian mengenai kelulusan pindahmilik bagi pembelian melalui lelongan. Mengikut OIC jika pembelian melalui lelongan mereka tidak akan reject tapi kalau melalui subsale mereka akan memberi kelulusan mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Sampai di NCM, alangkah malangnya unit tersebut last minutes call off. Jadi kitaorang breakfast di NCM dan masuk bilik lelongan melihat unit2 lain yang di lelong. Yang menariknya unit Desa Mentari dari RP 55K naik ke 80K !! . Tak banyak unit yg di lelong dan kebanyakkannya dapat RP.

Selepas NCM, kami bergerak ke Istana Hotel untuk membida unit kedua. Masa asben buat pendaftaran aku sempat mendengar Milan Doshi talks. Ramai betul yang datang almaklumlah FOC. Acara lelong delayed almost 1:30pm. 1st time bawa anak2 ke auction, teruja dorang tengok, asyik menanyakan rumah mana yang nak beli. Acara lelongan dimulakan dengan unit yg mempunyai banyak pembida. sengit2 betul.

Terdapat 12 pembida untuk unit yang kitaorang masuk. wowow, tipis, nipis itulah 1st impression aku ... tup2 Mr Wong dari NCM terus upkan 20K dari RP... wowow dah melebihi maksimum price yang aku n asben tetapkan. Aku merasakan adalah tidak masuk akal membida unit tersebut melebihi 120K almost market price tuh.. mungkin pemenang tersebut dah buat sedalam2nya research potential lokasi tersebut.

Pencarian di teruskan lagi samada unit lelong atau subsale, yang menjanjikan return yang bagus.

Thursday, September 8, 2011

Monday, September 5, 2011

Sanggupkah kita ..

Kali ni nak shared kisah rumah lelong di Ipoh. Rumah ini berdekatan dengan rumah pak cik, kira jiran jugaklah. Actually pakcik pun tengah mencari2 rumah untuk tinggal di Ipoh since dia akan bersara tahun depan. Aku pun terkeluarlah cerita pasal rumah lelong di taman rumah pakcik, RP pun mmg menarik juga, berdekatan dengan TESCO Ipoh. Ada sebuah rumah lagi yang di lelong takde bidder masa aku check sebelum balik ke kampung. Mengikut isteri pakcik owner rumah masih mendiami rumah tersebut dengan keluarganya, hidup agak susah kerana kehilangan kerja dan anaknya di sahkan mengidap kanser yang mana sekarang ini berulang alik ke hospital buat kimoterapi. Sedih betul aku mendengarnya. Pakcik aku cakap janganlah bid rumah tersebut sebab kasihankan owner yang akan kehilangan tempat tinggal. Itu sebabnya sebelum membida sesebuah rumah aku akan menyiasat siapakah yang mendiami rumah tersebut. Aku pun beritahu pakcik supaya dia dapat menasihati owner rumah tersebut untuk berbincang dengan bank dengan kadar segerea sebelum rumah terlelong.

Walaupun semurah mana RP rumah tersebut janganlah kita ketepikan kesedihan, kesusahan orang lain. Bayangkanlah kalau kita di situasi owner tersebut, hilang perkerjaan, anak mengidapi kanser .. anak demam pun kita dah tak boleh tidur malam ...

Sebelum pulang aku meminjam laptop pakcik dan mendapati lelongtips telah mengupdate bahawa unit tersebut telah terlelong, dari RP 59K naik ke 82K. Apakah nasib keluarga owner ini, sedih aku memikirkannya.

Friday, September 2, 2011

Suasana di Hari Raya

Baru balik dari kampung semalam setelah seminggu berada di sana. Berkumpul dengan kakak2, adik2, dan anak2 sedara mmg mengamatkan rumah. Masing2 ada cerita masing2, mmg2 best nyer bila berkumpul. Kakak sekeluarga tak sempat beraya di Perak sebab sibuk membuat persiapan anaknya mendaftar di UM minggu ini. Actually dia dah dapat offer sambung belajar di Jordan tapi disebabkan semenanjung arab sekarang ini agak tegang dengan pergolakkan politik maka anak sedara decided belajar di UM, course Usuluddin. Bangga jugak aku ni sbb anak sedara aku ni hafizah 30 juzuk al-quran. Alhamdullilah ..

Sehari sebelum raya bergotong raya memasak rendang, bakar lemang yang menjadi tradisi keluarga aku. Yang syoknya semua persiapan kali ini di buat di luar rumah di atas pangkin di bawah pokok rambutan sebabnya tak nak dapur bersepah ..

Pada hari raya ramai sedara datang rumah, kaum lelaki pula pusing satu kampung bersama orang surau ke setiap rumah. Tradisi ini dilakukan setiap tahun, tak pernah miss walau sekali pun. Anak2 aku pula sibuk beraya di sekitar kampung. Kampung aku ni kecil ajer jadi tak perlu risau.

Malamnya kami berbbq di luar rumah,panggang ayam. Hangus2 pun sodap jugak. Raya ke2 aku bertolak kekampung asben di Bagan Datoh.Sebelum itu aku sekeluarga ke rumah bapa sedara asben di Ipoh. Ada perkara yang aku nak sharekan di next entry nnt. Ini pasal rumah lelong. Adik2 dan kakak ipar beraya di rumah mentua dorang. almaklumlah kedua ayah dan mak mertua aku dah meninggal jadi sbb itulah pada awal raya semuamya beraya sebelah mertua.


Wednesday, August 24, 2011

Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

Assalamualaikum semua .. selamat berpuasa dan menyambut hari raya minggu depan. Semoga bulan ramadhan dan syawal ini memberikan kita lebih dekat kepadanya.

Lamanyer aku tak meng'update' blog. Actually sebelum puasa sampailah pertengahan puasa aku tak sihat, asyik demam, batuk dan selsema. Tiap2 minggu ke klinik tukar antibiotik. Nasib baik anak2 sihat dan tiap2 hari aku suruh dorang ambil vitamin C.

Ada a fews reader bertanyakan hal2 mengenai rumah, procedure beli rumah, pasal loan dan ada jugak yang iklankan nak jual tanah di Bagan Datoh. Insyaallah aku cuber replykan dalam masa yang terdekat [mood sudah ada]

Macam2 perkara dan berlaku sepanjang tempoh tersebut. Antaranya, kawan aku berkahwin for 2nd time, wowow mengalahkan anak dara yang kahwin. Apa2 pun aku bagi tau pada dia peduli apa orang nak cakap apa yang penting dia bahagia dan bukan asben orang..hehe2.

Percubaan untuk mendapatkan rumah lelong kos rendah di kampung aku gagal. Actually mak aku yang minta aku belikan rumah ini, di sebabkan syarat2 yang ditetapkan oleh perbadanan negeri perak agak ketat, jadi mak aku menggunakan nama beliau sebagai pemohon. Siap ada sesi interview lagi tu di Ipoh, jawapan yang di terima mengecewakan "permohonan" anda di tolak dengan alasan pasangan anda sudah memiliki rumah dan gaji melebihi RM2.5K. Bila pulak gaji mak aku 2.5K ni .. sedangkan pencen yang di terimanya ialah RM300 ajer... dorang pergi jumpa taukeh kedai getah kot.. Apa2pun bukan rezeki kita orang . mungkin rezeki "krxxx2" dorang ... bab ni malas nak ulas.. banyak sangat politikus .

Family boss adik aku datang merisik, satu kejutan jugak ni ..terkejut di buatnya. Aku cakap pada adik akuu, masa dia ambil diploma aku yang cadangkan course mana yang dia nak pilih, masa ambil degree aku yg recommend course apa yang menjamin peluang kerja, lepas belajar aku yang syorkan kerja mana yang boleh dapat beri income yang bagus. Pasal jodoh tu dia kena decide sendiri sbb ini adalah kehidupan dia, kalau belajar dan kerja, kalau tak suka anytime boleh tukar but not pasangan hidup ..Keputusan di muktamadkan yang adik aku akan melangsungkan pertunangan pada 1.10.2011 ini ..

Berita gembira tapi sedih jugaklah sebab aku tak dapat nak berjoli dengam duit jualan 2 buah rumah. Bank dan buyer baru minggu lepas buat 1st disbursement ke bank loan aku.. Maksudnya aku kena menunggu lagilah ...yang bagusnyer aku dapat simpan duit tu ...

Dah booking flight dan hotel ke KK pada bulan 12 nnt, percutian keluarga bersama adik2 dan mak aku. Belum pernah jejak tanah sabah lagi, rasa excited jugak nak pergi sana terutamanya anak2 akulah..

Di kesempatan ini aku menyusun sepuluh jari meminta ampun sekiranya penulisan di blog ini menyinggung mana-mana pihak tanpa aku sedari. Kepada yang memandu ke kampung tu [termasuklah aku] berhati2 di jalanraya, biar lambat asalkan selamat, pastikan tahap "kesihatan" kenderaan anda di tahap yang terbaik dan jangan jadikan hari raya kali ini adalah yang terakhir untuk anda.

Saturday, July 16, 2011

Release Tension & Update progress rumah

Hari ini sekeluarga di perak. company asben buat annual dinner dan staff interaction day sini. Release jugak tension di tempat kerja yang menyesakkan fikiran. Bukan aku ajer yang rasa macam ni di opis. Yealah sometimes kita jadi out of control bila ada orang pijak2 kepala kita. Kalau sekali sekala tu takpelah. lupakan cerita sedih di opis ..isnin aku cuti, hari selasa masuk opis .. huhu2 .

Cerita gembira nyer ialah dua minggu lepas S&P apartment di Cheras dah signed, duit 10% pun di terima selepas di tolak 2% dari RPGT. Tolak sana-sini still ada untung lagi. Apa2pun syukran2. Untuk rumah Rimba2, lawyer dah advised buyer bank untuk buat 1st disbursemant. Insyaallah sebelum raya puasa dapatlah baki hasil jualan since buyer apartment di cheras tak ambil loan dan untuk unit di Shah Alam buyer ambil 70% loan.

Nak liquid hartanah bukanlah proses yang senang dan perlukan kesabaran. Lawyer ni kalau kita tak push tak jalan, tak call jangan harap kita dapat tahu progress. Bila kita call baru beritahu nak itu dan ini, bila kita scan dan email document yang dikhendaki, dan bagi tahu pun takde dia nak checkkan. Sampai kita call buyer cakap yang lawyer dia ni tersangat lembab barulah terhegeh2 dia call kita.. nilah salah satu cabaran pelabur hartanah ikan bilis macam aku ni, beli rumah murah2, cari buyer, untung sikit2 untuk rolling2 buat modal. Kl yang banyak duit tu, dia beli peram, ambil sewa, 3-4 tahun, refinance balik dapat lebihan beli lagi rumah. Since aku ni jenis malas nak manage banyak2 rumah dan modal pun kecil, jadi yang mana aku boleh letgo aku letgokan. So far overall dengan baki rumah yang aku sewakan still ada +VE Cash Flow. Jadi bulanan aku tak perlukan sesen pun bayar loan installment. Yg berita gembiranya rumah teres yang aku beli tahun lepas pada 95K, MV nyer dah naik almost 50%.

Ada a fews unit di hot area yang akan di lelong dalam masa yang terdekat ini yang menjanjikan +CF dari sewaan dan juga at least 20% dari MV.. Kena survey ni.. actually unit di kawasan ini pernah di tawarkan pada asben aku 10 tahun yang lalu sebaba sebelum kahwin dia ada rumah di "STING Garden ". Disebabkan masa tu aku ada bad experience dengan tenant yang penyewa unit di Kajang jadi aku nekad tak nak beli unit tersebut dan unit tersebut diberikan pada adik ipar aku dan sewanya bulanannya sekarang ialah RM65O... kalau tak kayos mokcik !!

Bab2 membeli rumah ni banyak benda kita kena ambil kira, jangan pula kita ikut2 orang. Orang beli di sini, kita beli jugak. Bila kita stuck tak semestinya kawan kita stuck. BLR nak lagi ker ?? makin menurunlah +CF aku .. BLR naik menandakan rakyat malaysia semakin berduit !! hmm .??

Wednesday, July 13, 2011

I HATE YOU DUSTBIN .....TONG SAMPAH

Kenapa aku terSANGAT benci DUSTbin sebabnya...

1. staff2 "peliharaan dia" boleh ikut suka mak bapak dorang datang masuk kerja
2. staff2 "peliharaan dia" selalu MIA
3. staff2 "peliharaan dia" boleh EL, MC sesuka hati
4. staff2 "peliharaan dia" main games di PC dan ipad waktu kerja
5. staff2 "peliharaan dia" pandai berlakon
6. staff2 "peliharaan dia" Suka mengadu
7. staff2 "peliharaan dia" Suka buruk2kan staff lain
8. Dustbin kalau staff lain MC ker, EL ker bila balik cuti takde nak tanya khabar ker, yang penting pada dia ialah " where is your MC or supporting document ?
9. Dustbin gila kuasa
10 Dustbin "blocking" staff lain so that "peliharaan dia" boleh naik
11. Racist " should i use this word"???
12. Dustbin buruk2kan staff dia pada orang lain
13. Dustbin suka "melawat" unit lain untuk menjaja cerita staff2 dia
14. Dustbin selalu anggap dia ajer yang betul
15. Dustbin tak IT Oriented walaupun dia kerja IT ..
16. Dustbin mahu staff dia takut dengan dia so that dia "control" staff

..DUSTBIN.. WE HATE U ..

PS :staff2 "peliharaan dia" kalau nak pergi mengadu pasal posting aku ni .. SILAKAN, karpet merah aku bentangkan pada u ALL ..

Monday, July 4, 2011

Mari BERSIH

Perkataan BERSIH ni adalah perkataan yang amat popular sekarang ini Berbagai-bagai reaksi dan pendapat aku tengok dan lihat. Kita di beri akal fikiran oleh Allah Taala dan kita boleh berfikiran denga waras samada ia tindakan wajar atau tidak. Adakah tindakan itu akan memberi manafaat pada diri, keluarga, bangsa dan agama kita. Kalau setakat terikut-ikut kerana keghairahan yang tak bertempat, eloklah menggunakan hari tersebut untuk Mari BERSIH version aku ;

BERSIHKAN HATI dan JIWA, buang segala sifat-sifat tamak haloba, bongkak hasad dengki ..etc

BERSIHKAN DIRI, eloklah juga kalau nak ke SPA, salon, bersihkan apa yang patut

BERSIHKAN RUMAH, puasa pun dah dekat dan selepas tu kita akan berhari raya, jadi bolehlah bersihkan persekitaran dalam dan luar rumah. Cuaca yang panas ni amat sesuai untuk mengecat di luar rumah

BERSIHKAN HARTA buat kiraan zakat2 seperti emas dan simpanan yang mesti keluarkan [boleh refer pada website MAIS untuk pengiraan]

BERSIHKAN HUTANG PUASA

BERSIHKAN KOMPUTER, delete unwanted files seperti temporary files, cookies dan run defragmentation dan pastikan tiada virus yang menginap di dalam PC anda.

Saturday, June 25, 2011

Hal2 Rumah

Dah lama tak update blog ni.. hari ni baru ada kelapangan sikit. Hari Sabtu lepas sepatutnya turun ke NCM membida sebuah flat buruk tapi di sebabkan anak bongsu aku tak sihat, muntah2 dan cirit-birit dan kena admitted di Hospital Columbia pada pagi sabtu dan discharge pada hari Isnin. Aku n asben decided tak membida unit tersebut.

Masih menunggu lawyer buyer prepare SnP rumah shop apartment, punyalah slow. Insyallah dalam minggu depan asben dah boleh sign dan collect deposit. Bolehlah buat apa yang patut. Harap2 dalam masa terdekat ada lagi berita gembira. Jualan rumah di Shah Alam pun tak dapat2 lagi, 1st disbursment pun tak buat lagi ke Alliance Bank. Slow nyer...

Listing2 unit lelong nampaknya menarik2. Dari segi rental rate mmg boleh dapat +CF cuma dari MV tu aku tak berapa pasti. So yang mana2 yang nak baru start tu bolehlah cuba2 buat survey. Sekarang ni masa agak terhad almaklumlah asben tengah dok struggle menyiapkan 3 assignment yang submission nyer lagi seminggu. Nak pergi sorang macam boring pulak.

My office colleagues nyer housemate nak mencuba nasib membida sebuah rumah yg RP nyer hmmmm ..Aku dapatkan rasakan mmg2 pertarungan sengit masa sesi lelong nnt almaklumlah perbezaan RP and MV terlalu besar.

Thursday, June 2, 2011

Shop Apartment dah dapat confirmed buyer

Syukur alhamdulillah dah ada confirmed buyer untuk unit shop apartment di Cheras. Unit ini di beli thru auction pada awal tahun lepas. Netting profit pun ada dan berbaloi2 juga selepas di tolak dengan legal fees, penalti, RPGT,mgmt fees and misc pun. Tidaklah berganda2 tapi cukuplah dengan rezeki yg diberikan kali ini. Aku telah menetapklan syarat pada buyer baru yang mereka hanya boleh mengeluarkan penyewa semasa setelah TA tamat tempoh.

Buyer akan bayar secara tunai jadi rasanya dalam tempoh pindah milik menjadi lebih cepat dan mudah. Harap2 jangan pula buyer buat last minute cancellation.

Wednesday, June 1, 2011

Family Jalan2 - Part1

Hari sabtu kami sekeluarga bertolak dari rumah pukul 7:00am ke KT. Melalui google map perjalanan dari rumah aku ke Batu Rakit mengambil masa 7jam sbb tulah bertolak awal2. Singgah di Kuatan untukl breakfast dan di 7Eleven Paka beli barang. Since aku takde GPS jadi hanya berpandukan map dan sign board untuk ke Batu Rakit. Berhenti beberapa kali sebab sesat dan akhirnya sampai jugalah di Gem Beach Resort, Batu Rakit. Menurut pakcik kedai makan di luar kawasan resort, majoriti penduduk adalah nelayan. Kawasan pantainya bersih, mmg cantik dan [ no wonderlah kakak aku bila balik malaysia mesti datang trengganu untuk bercuti. Anak bongsu beritahu pada asben kalau boleh dia nak tinggal di sini selama-lamaya dan suruh beli rumah di sini. Mungkin dia rasa seronok dengan persekitaran di sini.

Keesokkannya baru kami sekeluarga melawat Muzium, Taman Tamadun Islam, masjid kristal.. Since dah penat berjalan di Muzium bila sampai di TTI nak melangkah pun dah tak larat. Jadi kami sewa basikal untuk melawat monumen2, kalau naik TRAM tak boleh nak lepak2 di setiap monumen. Ada a fews monumen yang ada tayangan video mengenai sejarah monumen. Dah panas2 dan letih lepak sekejap di dalamnya untuk menghilangkan panas.. Cuma aku agak terkilan sebab di restoran B'Benteng yang berada di TTI ini mengadakan life performance di sebelah malam yang mana satunya ahli perempuan band tersebut " free hair ". Yealah dah nama taman tamadun islam sepatutnya kenalah islamik sikit, malu kita kat pelancong asing dengan TTI kita ini. Ini pendapat peribadi akulah ...:)

esok sambung part 2




Thursday, May 26, 2011

Cuti Sekolah

Esok adalah hari terakhir sekolah dan bermula cuti pertengahan tahun persekolahan. Minggu ini exam week anak-anak, hmm harap2 dorang dapat menjawab dengan baik. Hari Sabtu ni kami sekeluarga akan ke Kuala Trengganu bercuti di sana. 3H 2M. Resort ini terletak di tepi pantai dan ada swimming pool mmg memenuhi ciri2 kehendak anak2 aku. Anak sepasang ajer jadi layan ajerlah. Harap anak2 bergembira dan enjoy dengan percutian kali ini, dan doakan kami sekeluarga selamat pergi ke KT dan selamat sampai ke rumah.Insyaallah

Untuk cuti sekolah so far ada beberapa malam guest yang bayar booking menginap di BM. Ada yang dah confirmd nak menginap tapi belum bank in deposit buat cancellation. Harap2 bulan ini sewaan BM akan meningkat bersempena dengan cuti sekolah.

Last week colleagues di opis menang unit lelong di PJ, location yang bagus dan rental pun takde masalah, lagipun ada a fews staff di opis menyewa di sini. 1st time masuk auction dan menang, rezeki dia dapat pada Reserve Price. Unit pulak kosong dan dah boleh buat apa yang patut.

Insyallah ada berita baik dalam seminggu dua ni, ada potential buyer nak tengok rumah. Harga yang di offer pun berpatutan since unit2 ni di beli melalui lelong. Tendancy dengan kilang stokin di sambung lagi setahun, sbb asben nak tengok berapa MV untuk rumah ini tahun hadapan.

Tuesday, May 17, 2011

Survey Rumah lagi ..

Unit lelong di area rumah aku called off. Takde rezeki lagi nampaknya. Hari minggu yang lalu aku n asben pergi meninjau2 rumah lelong di Cheras xxxxx. Kawasan perumahan ni berdekatan juga dengan rumah yang aku tinggal sekarang. Kawasan perumahan yang teratur tapi majoriti penduduknya berbangsa cina. Pada aku itu tidak menjadi hal. Yang menjadi kehairanan aku ialah kebanyakkan unit corner lot tidak berpenghuni, tingkap dan pintu pun semuanya takde... Luas betul tanah untuk unit corner lot. Sampai di unit lelong tersebut, unit berpenghuni dan ada anjing di parking. Kawasan rumah yang agak berselerak dan kotor. Kalau unit2 yang berpenghuni kalau boleh di elakkanlah. Tak kisah kalau dorang nak duduk FOC sehingga pindah milik selesai, tapi kalau dapat spesis yang tak nak berganjak sampai kita nak dapat court order tu yang tidur tak lena dan pening kepala.

Next kami ke unit apartment yang berdekatan dengan unit yang pertama tadi. Rasanya unit dah lama siap tapi tertangguh handover pada pemilik, sebab aku tak tahu pulak, tak sempat nak interview penduduk. Unit tersebut berada di tingkat 3 but perpenghuni, wow grill rumah ni jenis baik siap ada bunga2 lagi. Asben aku cakap kalau dapat rumah ni, grill rumah tukar dengan rumah aku yang cokia .. he2 .. macamlah frame pintu rumah aku sama dengan rumah ni ..

Asben aku tertarik dengan unit flat berdekatan dengan rumah aku. Actually aku n asben dah pernah meninjau unit tersebut tahun lepas. Unit tak berpenghuni, pintu, tingkap, wiring semuanya dah hilang di kebas oleh penagih dadah. Unit ni berada di tingkat atas sekali dan aku tengok siling pun banyak yang dah pecah even atap genting di buka. Unit ni bagusnya ialah juz walking distance ke kawasan perkilangan. Majoriti penduduk adalah pekerja kilang yang terdiri dari Bangla, Myammar, Vietnam, Indon. Untuk sewa rasanya takde masalah untuk dapat RM300 tapi untuk jual balik tu agak susah kot. Mengambil kira faktor keselamatan dan kos baik pulih aku decided tidak membida unit tersebut walaupun RP RM23K ajer. Unit ni dah di lelong tapi tak tahu samada ada bidder atau tidak [kalau no bidder, sapa2 yang minat nak beli, blh contact aku untuk dapatkan alamat rumah]

Banyak pulak yang aku taip ni. Hari Jumaat lepas banker aku telefon bertanyakan samada aku ada details tak pasal rumah lelong di Bandar xxxxxx. Menurut ceritanya, valuer bank dia bagi tahu kemungkinan yang rumah jirannya akan di lelong dalam masa terdekat ini. Menurut valuer, maid rumah lelong tersebut beritahu maid beliau yang tuan rumah akan berpindah ke Putrajaya. Yang menguatkan mengatakan unit itu akan di lelong sebab ada papan tanda yang gantung oleh ejen lelong yang hanya menyatakan jalan rumah dan RP tanpa no rumah. Mmg betul yang unit lelong itu ialah rumah jiran valuer banker aku. Unit pun dah renovated dan extended, mmg berbaloi2. Banker aku nampaknya interested dengan rumah ni dan bolehlah berjiran dengan valuer dia. Menurut banker aku value rumah ni at least RM550K.. yang bestnya tanah berstatus freehold dan well planned township, dah ada pasaraya besar, bank2, klinik2 dan lain2 lagi.

Aku pun nak shared juga kisah kawan aku, bertanyakan samada rumah jiran dia di lelong atau tidak. Kisahnya macam ni, satu hari dia nampak jirannya sibuk memasukkan barang2 kedalam lori. So dia ni tanyalah adakah dia hendak berpindah ? jiran nya menjawab Ya, ini adalah hari terakhir untuk saya berpindah. Kawan aku ni confused sikit sebab mengapa jiran dia beritahu hari ini adalah hari terakhir untuk berpindah. Esoknya, di opis kawan aku minta aku checkkan, mmg betul yang unit tersebut telah di lelong dan di jual. Lepas owner lama berpindah, datanglah owner baru, since kawan aku dah tahu yg unit ini di beli thru auction, jadi dia pun bertanya samada owner nak duduk atau nak sewa. Owner baru beritahu yang dia nak menjual pada RM750K slightly nego..padahal rumah di beli pada RM470K. Rumah ni betul2 next to rumah kawan aku. Rumah mmg renovated dan extended. Apa2pun kalau rezeki kita ada rumah tersebut akan jadi rezeki kita.

Next entry nak story sikit pasal projek bot adik. Bot telah di angkut dari Kuala Perlis ke Port Dickson.

Wednesday, May 11, 2011

CIMB BLR/BFR is 6.6% effective 11 May 2011

Sejajar dengan kenaikkan OPR oleh BNM, effective 11th May CIMB BLR/BFR increased to 6.6%. Pada sesiapa yang ambil package BLR minus tu tunggulah surat kenaikkan ansuran bulanan.

Tuesday, May 3, 2011

Handover rumah kepada penyewa baru

Pada 1st May asben ambil kunci dari penyewa lama yang pindah keluar. Ada beberapa barang yang di tinggalkan sebab lori tak muat. Since barang2 still boleh di pakai so asben keptlah barang tersebut. Lagipun penyewa baru ni pasangan yang baru berkahwin dan isterinya masih menuntut di IPTA. Untuk rumah ini setelah ditolak yuran penyelenggaraan dapat +CF RM220. Mmg tak susah cari penyewa tapi nak cari penyewa yang bagus tu yang susah, nak melayan karenah dorang. Btw, as a owner selagi dorang bayar promptly kita mesti jaga dorang baik2. Sekurang2nya 2 3 bulan call bertanyakan khabar, jangan pula bila dorang tak bayar ajer baru nak call dorang ..

Untuk kes yang student minta extension sewa rumah, asben kasihan sangat pada dorang sbb tak sampai hati nak minta dorang keluar sbb sekarang ni final exam. Luckily asben dapat slow talk dengan penyewa baru. Pening jugak nak meng"kawtim"kan masalah ni, alhamdullilah semuanya selesai dengan baik.

Gambar di bawah ialah barangan tinggalan penyewa lama, rezeki kepada penyewa baru.




Friday, April 29, 2011

Staff last DAY .. sedihnya

Hari aku down sikit sebab hari ini ialah contract staff aku last day.. Yealah dia kerja dgn team aku almost 3 tahun. Aku mmg tak boleh nak cakap2 banyak2 pada dia sbb air mata ni dah bergenang2.. Banyak kenangan yang aku sharedkan bersama-sama dengan dia. Actually ni semua mainan politik opis aku, dapat boss lak suka bermuka2, semua benda nak takut. Aku minta boss aku liase dengan HR untuk serapkan ke permanent staff, tapi macam curah air atas daun keladi... buat derk ajer

Since boss aku ni agak lembs aku terpaksa by pass terus ke top bosses. Aku nyer employment ni pelik sikit, payroll under group tapi bos under different entity.. Jadi top boss group akan liase dgn HOD dept aku. Sah2 minggu depan dia akan tarik muka dengan aku.. Aku harap bos group dapat kawtim untuk tarik balik contract staff. Kalau diorang hantar new staff banyak benda yang aku kena ajar, banyak benda jugaklah aku kena buat...makin busylah aku... :)

Wednesday, April 27, 2011

Masalah : Penyewa Minta Extension Sewa Rumah

Hari ini aku dapat sms dari student yang menyewa rumah aku di Shah Alam yang minta extension pindah keluar. Actually aku dah dapat confirmed penyewa yang sudah bank in deposit. Kalau dorang beritahu awal2 bolehlah aku arrangekan sebelum aku terima deposit dari bakal penyewa baru. Ini tidak, lagi 3 hari nak pindah keluar baru nak minta extension. Actually dorang ada ni ada last paper pada 10th May, yang aku herannya dorang dah tahu jadual peperiksaan tapi gatal2 beri notis pindah keluar awal. Kasihan pun ada, tapi since aku dah terima deposit dari penyewa baru takkanlah aku nak cancel pula sbb dorang pun dah beri notis pada tuan rumah. Mana pulak dorang nak duduk pulak ..

Whatever is aku kena " kering hati " minta student tu pindah keluar pada 1st May. Masalah yang sepatutnya tak berlaku kalau dorang berpasal semasa beri notis pindah.. Luckily aku masih simpan SMS pindah keluar sebagai bukti incase ibubapa student tu call aku. Agak2nya dorang nak duduk free sebelum penyewa baru masuk. Kalau rumah aku di Bukit Beruntung ker mmg aku kasi duduk free sbb boleh "guarded " rumah aku sementara aku mendapat penyewa baru.

Nampaknya lepas ni aku nak buat satu peraturan yang mana kalau mana2 penyewa yang hendak pindah keluar dorang kena nyatakan secara bertulis, so that masalah hari ini takkan akan berulang di masa hadapan.

Monday, April 25, 2011

Air paip Halusss

Baru jap tadi dapat call dari penyewa, dia komplen pasal pressure air rendah. Kalau buka air di bilik air, di dapur air tersangat kecil.. Rumah ni pula takde tangki air. Dulu rumah ini takde masalah dengan air, okay ajer.. Aku minta penyewa check dengan jiran2 samada dorang menghadapi masalah yang sama atau tidak. Kalau penyewa bujang tu kira okay jugaklah kalau family mmg2 masalahlah.

Harap2 jangan ada kebocoran paip sebab upah untuk hacking agak costly juga. Rumah ni baru jugak, takkan ada masalah piping. Apa2pun esok akan call maintenance opis untuk mendapatkan kepastian..

Saturday, April 23, 2011

Update Hari Ini

Hari ini anak2 pergi sekolah ganti dan asben pulak attend last paper. Lepas ni ada lagi satu semester lagi yang perlu dihabis untuk course TM dia. Ada juga paper yang dia nak repeat sbb tak dapat grade bagus katanya. Pada aku kalau dah lulus tu oklah tapi katanya nanti transkrip tak cun ... Lepas ini pula cadangnya nak sambung lagi untuk master. Since asben ni suka baca buku jadi aku encouragelah dia further studies. Aku ni pulak, jenis yang agak malas nak baca buku, kalau masa study dulu pun, lagi 2-3 bulan baru srtuggle baca buku. Since scope kerja asben agak luas jadi chances untuk career advancement dia bagus compared dengan scope kerja aku...

Banyak dapat call untuk tempahan suria laketown pada hari buruh. Since unit aku dah ada orang reserved jadi aku offer unit2 orang lain. Alhamdulillah dapat jugak komisyen untuk 4 malam. Lepas ni aku akan lebih aggresive promotekan suria laketown. Apa yang pentingnya ialah kena pastikan handphone mesti selalu ON dan kalau guest SMS kena reply within 1 hour, kalau lambat memamg melepaslah .. Guest pun bila dah confirmed nak menginap, bila kita suruh bank in duit cepat juga dorang bank in deposit tapi juga guest yang tak nak bank in takut kalau kena tipu. Ada juga yang guest bertanya2 macam kadang2 sampai berbelas2 SMS kena reply.

Apa2pun aku enjoyed dan puashati dengan pencapaian aku sekarang. Malam ni ingat nak ke Red Wok di Bangi since dah lama dah tak bawak2 anak2 makan steamboat. Kata adik makanan di sini sedap2 belaka..

Monday, April 18, 2011

Unit called off dan update rumah sewa

Hari Khamis lepas dapat berita tak baik, unit yang banker aku nak bid kena called off. Unit ini pernah lelong 3x tapi 2x called off. Bila aku called bagi tahu, macam sedih nada suaranya. Perbezaan RP dan MV almost 60K juga.

Hujung bulan ni ada dua penyewa rumah akan keluar, salah satu rumah ialah yang dalam proses penjualan. Harap2 bulan 7 semuanya settlelah. Untuk satu rumah dah ada penyewa yang akan masuk selepas current tennant pindah keluar. Untuk rumah kakak pula dah ada tennant yang bayar deposit tapi selepas seminggu dia cancel booking dengan alasan nenek dia masuk dan amat2 perlu duit dengan segera jadi dia nak balik RM1000 duit booking. Atas sifat berperikemanusiaan asben aku decided pulangkan deposit dan tennat setuju untuk bayar RM100 duit minyak. Biasalah kalau kita deal dengan bakal-bakal penyewa ni macam2 ragam kita jumpa. Apa2pun aku jadikan ia sebagai satu pengalaman yang terindah [kalau aku cakap yang terburuk of course aku akan rasa de-motivated kan].. Btw, hari ini dah ada penyewa lain yang confirmed dan dah bank in deposit. Syukur alhamdulillah..

Hari Sabtu lepas ke PC fair di KLCC, oramg punyalah ramai, bersesak-sesak, nak parking pun susah. Tujuan aku ialah untuk survey desktop PC untuk anak2 aku since pc di rumah aku dah outdated dan yang jadi mangsanya notebook aku dan asben dorang pakai main games. Kalau beli PC ini bolehlah dorang nak tekan keyboard tu kuat2.Kebanyakkan booth jual notebook, yang jual pc pun hanya yang branded brand ajer. Hargapun sama dengan harga online.. Macam kurang bestlah tahun ni compared dengan last year. Semalam dapat juga beli PC + monitor + wifi receiver dan untuk RAM aku upgraded dari 2gb to 6gb. Since cpu ni mini tower jadi aku cadang nak beli graphic card yang boleh support 3D games.

Monday, April 11, 2011

Banker nak bid rumah lelong

Hari dapat call dari banker yang dia berminat nak membida sebuah rumah teres. Menurutnya semalam dia pulang kerumah mertuanya dan terpandang papan tanda yang di letakkan di rumah tersebut. Yang beshnya rumah tersebut belum pernah dihuni oleh sesiapa, keadaanya rumahnya pun okay. Dia beli bukan untuk investment tapi untuk duduk sendiri. Dia ada menelefon ejen yang papan tandanya di lekatkan di rumah tersebut, tapi ejen yang advised pun just suruh dia beli bank draft atas nama bank pelelong. Tak advise apa2pun, inilah perkara yang tak patut di lakukan oleh ejen. Mmg bank boleh generate income sebab ramai bidder akan hilang duit deposit jika ejen just nak makan komisen bank. Unit reauction balik, bank dan ejen boleh buat duit lagi. Walaupun dia banker tapi beliau kurang berpengetahuan mengenai lelongan rumah..

Ada a fews yang aku minta dia checkkan dan membuat carian hakmilik sebelum membuat keputusan membida unit tersebut. Since dia pun banyak tolong hal2 bank ini so inilah masa yang aku kena tolong dia pula. Nampaknya kena apply half day dari my boss " Dust-bin" ..

Last week aku terpandang advertisement sebuah apartment di Shah Alam hendak di jual subsale. Rentalnya pun minimum RM1K, mmg hot cake. Aku cuba nego harganya tapi owner juz beri diskaun RM4K ajer. Nak jual balik boleh kot tapi ambil masa rasanya sbb status bumi lot. Dihadapan unit tersebut akan di bangunkan unit2 bungalow yang harganya mmg aku tak mampu nak beli. Hari ini aku hantar sms, owner beritahu dah ada buyer yang letak deposit .. cepat juga dia dapat buyer ...hmmm

Tak mestinya auction properties ajer boleh dapat pada harga yang bagus tapi kalau pandai cari boleh dapat pada harga lelong.

Saturday, April 9, 2011

Masalah dgn Housekeeper

Hangin satu badan aku sekarang ini. Semalam ada guest bertanyakan samada hari ini ada tak bilik yang available di Suria. Aku pun bagi tahu yang ada kekosongan esok dan minta guest bank in deposit. Kalau confirmed baru aku akan smskan no akaun tapi dia tak balas sms. Lebih kurang pukul 11am guest tadi bertanyakan samada bilik masih ada kekosongan atau tidak dan aku bagi tau masih ada. Aku pun sms bagitau pada housekeeper Suria yang ada last minit guest nak check in hari ini. Housekeeper bagitau yang hari ini ada guest yang dah booking 2 hari lepas thru dia.. Woit .. Aku dah cakap pada housekeeper kalau ada guest yang menginap booked thru dia kena bagi tau aku, so that aku alert. Yang aku marah sangat ini nampaknya housekeeper nak buat duit dan tak jujur. Last week pun sama bila ada guest nak masuk dia suruh masuk unit di LTSA alasanya bilik aku tak ready. Luckily guest call aku balik dan bagi tau, dan guest tetap mahukan menginap di Suria.

Yealah kalau nak buat pun janganlah sampai aku dapat tau.

Friday, April 8, 2011

Kisah dan Tauladan - Part 1

Terpanggil nak tulis lepas baca di blog Mat Joe Kisah si isteri yang di tinggalkan oleh si suami kerana tergila2kan minah indon.

Aku nak shared pula kisah yang di ceritakan oleh kawan aku. Alkisah ni lebih kurang macam inilah ..

Ada sepasang suami isteri yang sungguh rajin berkerja, kalau ada lebih masa semuanya di ambil walaupun pada hari raya. Bila ada saudara kawin pun tak nak balik kampung dan beri alasan anak sakit dan tak tidak sihat sedangkan dorang kerja overtime. Dorang ni berkerja di tempat yang sama dan berkerja shift yang sama. Bila dapat anak sorang dorang minta baby sitter jagakan, sampaikan anak dah masuk tiga pun anak2 di tinggalkan di rumah pengasuh. Since anak2 pengasuh dan besar dan bekerja anak pengasuh pun seronok melayan anak pasangan suami tersebut. Since pasangan ini sibuk dengan berkerja dan masa2 anak di habiskan dengan pengasuh, bila pengasuh balik kampung dan bercuti anak2 pasangan tersebut pun di bawa bersama. Walaupun kerja siang malam pun kehidupan pasangan ini biasa2 ajer tak nampak senang pun, dapat duit habis macam tu sahaja..kereta pakai waja ajer ..masih menyewa.. mengapa yea ?

Pada suatu hari tempat kerja pasangan tersebut menawarkan skim VSS dan pasangan tersebut decided mengambil skim VSS tersebut. Pampasan yang di terima banyak juga. Bila dah dapat duit tu masa tulah ber " honeymoon " joli katak dengan duit yang diterima. Almost 4 bulan dorang duduk rumah tak berkerja tapi anak2 masih di hantar ke rumah pengasuh. Mungkin dorang dah penat dulu kerja siang malam, now nak berehatlah agaknya.

Pada bulan ke 5, si isteri yang berkerja kembali sedangkan si suaminya pulak menghabiskan duit dan asyik berangan2 nak jadi kaya. Nak labur sana dan sini tapi akhirnya habuk pun tarak sedangkan duit almost nak habis. Bila duit nak habis baru tersedar nak beli rumah dan buat pelaburan, kalau duit dah tinggal ciput tu baik simpan ajerlah untuk kecemasan .. at the end semua duit habis.

Saudara2 mara belah si suami suruh balik kampung untuk mengerjakan projek pertanian kononnyalah. Setelah berbincang pasangan tersebut decided yang si suami yang balik ke kampung untuk memulakan projek dan si isteri dan anak2 akan menyusul selepas 2 bulan kemudian. Pasangan tersebut decided letgo semua barang2 rumah pada kawan2 yang si isterinya pula menyewa bilik berhampiran dengan rumah pengasuh. Bulan demi bulan si suami menyepikan diri dan tidak mengirimkan duit walau sesen pun untuk perbelanjaan anak2. Nasib baiklah si isteri masih berkerja dan gaji bulanan yang di terima cukup2 untuk bayaran pengasuh dan sewa bilik. Masalah lain juga timbul apabila anak2 pasangan tersebut dah takde rasa hormat, sayang pada si isteri. Tidak menyalahkan anak2 tapi ini adalah salah pasangan tersebut yang terlalu mengajar wang duit tapi pada masa yang sama hidup jadi lagi worst.

Pengajaran dari cerita kawan aku ini ialah janganlah sesekali kita mengejar wang ringgit dan harta di dunia sehinggakan abaikan tanggungjawab kita kepada allah, kasih dan sayang pada anak2, pasangan hidup dan juga ikatan silaturahim kekeluargaan. Perancangan kewangan mesti ada, berbelanja ikut keperluan bukan nafsu . Dan jangan biarkan anak2 tidur bangun berhari2 di rumah pengasuh sehinggakan kasih sayang mereka kepada kita sudah tiada..

Part 2 mungkin disambung apabila dapat info terkini..

Thursday, April 7, 2011

Signed SnP

Hari sabtu lepas ke klang signed SnP dan dapatlah 10% downpayment dari buyer. Seronok pun ada, sedih pun ada, yealah melepaskan hak kita pada orang lain.. Pergi seorang ajer sebab asben buat kerja kontrek di rumah mengali mencari kotak bomba yang tak pernah aku tengok semenjak kitaorang beli rumah ni dari kilang yang bankrap 7 tahun yang lalu.. Yealah rumah aku ni dulu hostel perkerja bangla, bila beli rumah ni dulu depan rumah dah macam ada busut. Yang nampak di tengok hanyalah paip bomba yang berwarna kuning. Minggu sebelum bomba datang bagi bagitau yang aku bersalah menyimen kotak bomba, aku cakaplah seumur aku duduk tak pernah aku tengok kotak bomba di hadapan rumah aku. Since anjing dan kucing selalu menjadikan hadapan rumah ini sebagai tandas aku n asben dengan rajinnya menyimen dihadapan rumah 2 tahun lepas. Akhirnya jumpa jugaklah kotak bomba ni ..

Berita yang mengembirakan adalah ada sebuah rumah di lorong hadapan rumah aku nak di lelong dalam masa terdekat tapi ada penyewa yang mendiami rumah ni. Market value area sini pun meningkat since pembangunan giat di jalankan. Nak cari yang penyewa takde masalah sebabnya selalu ada orang ronda2 bertanyakan kalau ada orang nak sewakan rumah. Insyaallah kalau tak call-off aku dan adik akan JV untuk membida rumah tersebut ..

Thursday, March 31, 2011

The star : Landlord perplexed over TNB’s demand to pay RM3,500 for ‘electricity theft’

KUALA LUMPUR: A landlord who settled about RM5,000 in electricity bill arrears chalked up by his errant Tenaga Nasional Bhd (TNB) tenant thought that would be the end of the matter.

Stanley Sien, 51, said he was irked with TNB's inaction against its staff, despite several complaints that they had run up the arrears.

He then paid up the arrears, repaired his badly maintained terrace house in Puchong for RM16,000 and signed a new tenant in 2009.

Then came the shocker last October a legal notice from TNB demanding Sien to pay up RM3,452.49 for “stealing electricity”.


Surprised: Sien showing the legal notice which he received for “stealing electricity”.

“After I paid the outstanding arrears, there was an understanding with TNB that the file would be closed and there would be no more extra charges.

“However, despite the mutual agreement, I was shocked to receive the legal notice later,” he said.

“It was their own employee who stole the electricity, so why should I pay?

“I had so much problems with the TNB tenant who did not even pay my rental for more than a year.”

Sien said the TNB worker concerned had been able to reconnect power supply on his own whenever it was disconnected.

“I don't know how he did it,'' he said, adding that he had filed several complaints to TNB to contest the initial arrears amounting to RM5,000 but was told nothing could be done since his tenant had reconnected the supply himself.

When contacted, TNB said it was investigating the complaint.

TNB chief operating officer Azman Mohamed was unavailable for comment as he was overseas

PENDAPAT AKU

As a landlord kenalah memeriksa bil2 rumah sewa kita at least 3 bulan sekali. Untuk TNB kita boleh register e-services https://e-services.tnb.com.my/scripts/wgate/zeservices/! dan untuk syabas ialah http://www.syabas.com.my/checking_bills/register_form.php. Senanglah kita monitor bil-bil tenants dan kalau ada oustanding bolehlah kita ingatkan pada tennat. Secara tak langsung kita educate tenants untuk bayar bil promptly.

Pendapat aku as a landlord walaupun penyewa beliau adalah pekerja TNB dan telah mencuri bekalan elekrik ia bukan menjadi satu alasan untuk landlord tidak membayar bil yang tertunggak. Tendancy agreement adalah diantara landlord dan penyewa iaitu staff TNB bukannya dengan syarikat TNB. So no pointlah landlord nak bring up perkara ini kepada pihak pengurusan TNB. Sebagai contoh, kita menyewakan rumah pada staff CIMB, dan loan rumah tersebut adalah dari CIMB. Jika penyewa tidak membayar sewa yang mana sewa itulah untuk membayar bayaran bulanan pada bulan tersebut, adakah boleh kita cakap pada CIMB, staff awak tak bayar sewa jadi bulan ini awak tolak gaji dia [penyewa]? Sudah tentu jawapannya TIDAK.. so same goes to the above case..

Tuesday, March 29, 2011

S&P

Hari ini lawyer called untuk fix appointment sign S&P. Aku minta arrangekan hari sabtu sebab pejabat lawyer di Klang, kalau di kl senang juga aku mengular keluar dari opis. Aku mintak lawyer bagitahu pada buyer suruh dia beli bank draft untuk bayar 10% downpayment. Yealah di buatnya cek tendang, susah jugak tu. Untuk minimisekan risk guna bank draft ni kira selamatlah. Hari Sabtu lepas aku kesana, rasa macam sedih pun ada, sbb nak letgo rumah ni. Yealah inilah 1st house yang aku beli dari developer yang lain2 tu semuanya dah 2nd hand. Since aku perlukan modal untuk rolling jadi aku terpaksa letgo rumah ini jugak. Unit ni pun aku dapat macam kira rezeki juga sebab ada seorang buyer yang loannya tak lepas. Kebanyakkan penduduk di sini adalah pelajar UITM. Dulu masa dapat kunci punyalah susah nak dapat penyewa, bila bawa potential penyewa bila dorang tengok takde orang duduk semuanya tak jadi menyewa. Selepas sebulan baru ada student yang menyewa, sekarang ni apartment ni dah macam hostel student uitm.

Hari Ahad asben menyertai majlis gotong royong di Klang bersama2 penduduk apartment. Since kitaorang dah kenal beberapa commitee apartment tu senanglah nak berhubung kalau ada apa2 hal yang timbul. Ada a fews thing yang asben dapat tahu yang developer berhutang RM46K dengan Syabas. Since dia pun dah kena blacklisted jadi dia pun lepas tangan ajer.

Mengenai projek bot adik, kakak setuju nak financekan.. yealah setakat AUD kan lebih tinggi dari RM. So far adik dah ke jabatan marin, dah dapat cari orang untuk jagakan bot dia di PD. Harap2 projek dia berjayalah

Monday, March 21, 2011

Cadangan Projek Bot Adik


Lepas Isyak adik and wife dia datang rumah untuk further discuss pada projek bot dia. Actually dia ada mentioned nak meng"involve"kan diri dalam projek bot dua minggu lepas. Aku pun bukannya tahu sangat pasal2 bot ni. Masa lunch dia sms tanyakan pendapat aku dan since aku agak bzz sikit hari since my boss " dustbin " baru balik bercuti dari phuket malas nak bersms2 dengan adik. Suruh dia datang rumah untuk aku berikan pendapat yang aku tak langsung pasal investment yg dia nak buat. Planning permulaan adik ialah untuk bawa kaki2 pancing dalam 4, 5 orang memancing di laut dan bawa orang bersiar2 menaiki bot. Adalah juga aku tanyakan dari segi kos pembelian bot, insurance penumpang, lesen, storage, gps pengesan ikan,kenderaan untuk tarik bot di jalanraya dan juga lain2 kos. Dari apa yang dia terangkan pada aku nampak jugalah marketing strategy untuk promote servis yang dia akan offer. Berkobar2lah dia bercerita pada aku n asben.. Dari situ aku nampak ada potensi jugak projek bot dia ni yang boleh generate income yang bagus. Sebelum ini adik buat part time beli second hand big bike, touch up lebih kurang lepas tu jual, dapatlah untung sikit. Dari segi finance still dalam pertimbangan kakak aku...sebab dialah yang diharapkan untuk men"finance"kan projek bot adik .. aku taknak nak involve sbb benda yang aku tak tahu dan tak minat malas nak involve .. Gud luck my Bro !!!

Wednesday, March 16, 2011

Menunggu draft S&P dari lawyer lembs....

Pagi2 aku call lawyer yang prepare S&P bertanyakan bila dorang nak emailkan aku draft S&P untuk aku review. Jawapan yang aku terima ialah " saya dah email dah ", cuba check email u balik ". Kalau dah terima takkanlah aku pagi2 nak call dorang. Pukul 4pm, kerani lawyer called dan tanyakan samada aku dah terima email atau tidak. Aku bagitahu tak dapat lagi dan suruh kerani tu faxkan draft ke opis aku. Jawapan sakit jiwa aku terima ialah " banyak pages, susah nak fax ". Macamlah susah sangat nak print dan fax.. hish... geramnya..

Baru tadi aku called buyer bagitau yang lawyer yang dia lantik tersangatlah lembab, aku siap sound lagi kalau by 12noon esok aku tak dapat draft aku akan minta my own lawyer untuk preparekan S&P. Setahu aku semua legal firm dah ada standard template dan just amend mana2 perlu saja. Selang berapa minit, lawyer dari legal firm called bagitau yang dorang dah email. Aku cakap kalau tak dapat takkan aku nak " membising " pada dorang. Dia janji pagi esok dia akan check balik email. Dah kerja aku mengadap pc silap oranglah .. btw esok aku akan mengejar dam mengejar lawyer lembab ni ... ada harapanlah process till 2nd disbursement ni akan mengambil masa yang panjang. Aku dah kena sebelum ni, processs penjualan rumah takes almost 2 year baru completed..

Pengajaran pada aku ialah as a seller, kita appoint lawyer yang kita kenal yang berkerja dengan pantas untuk menyediakan S&P. One more thing, tak perlulah susah2 kita nak review contents dan clause2.. sebab of course ia akan protect kita punya interest.

Masing2 di opis tengah tunggu bonus yang akan di kreditkan bersama2 gaji pada 26th ni .. berapalah aku dapat tahun ni..company aku ni tiap2 tahun declared profit naik dan naik, apa tidaknya, dari ada family day la ni takde family day, dari ada anual dinner sekarang dah takde, dulu ada family company trip, la ni dah takde, dulu beli kereta 1% interest la ni dah naik ke 4%, dulu HL interest dari 3.6% dah naik 4% .. dan macam2 lagilah .. sebab itulah company boleh tunjuk pada shareholder yang profit naik dan naik lagi.. whateverlah janji tiap2 bulan aku dapat gaji, tiap2 tahun dapat increment dan bonus.. [ dalam sejarah aku pernah kerja satu company ni, dapat 12 bulan bonus tapi masa tu gaji baru RM500 ajer]

Sunday, March 13, 2011

Update Seminggu

Hari Khamis minggu lepas, aku n asben ke Mahkamah tinggi Seremban menemani classmate asben membida rumah double storey di nilai. Pukul 8:30am dah terpacak di mahkamah, breakfast dahulu di restoran di hadapan mahkamah. Pukul 9am buat registration, ramai nyer orang... selesai registration, lepak2 di luar bilik lelong. Kawan asben ni beli untuk tinggal sendiri bukan untuk tujuan invest. Jam menunjukkan 11am acara lelongan belum bermula lagi, bukan aku ajer yang mengeluh, auctioneer dan lawyer bank pelelong pun sama. At last 11:40am barulah unit kawan asben di panggil dan terdapat 17 bidder bagi unit ini. Hanya bidder saja yang di panggil masuk. Unit ini berjaya di bida oleh seorang pakcik melayu. This 1st try dari kawan asben untuk membeli properties thru auction.

Skim rumah pertama yang di lancarkan baru2 ni akan menrancakkan lagi hartanah di negara kita. Pada sesiapa yang layak sebelum decide membeli dan sain S&P, better consult your banker kerana terdapat a fews T&C yang kena alert. Tak pasti samada semua bank menggunakan T&C yang sama atau tidak. Jangan ingat bank bagi MOF 100%, sesen pun kita tak perlu keluar duit langsung.

Hari sabtu balik ke kampung ziarah mentua abang ipar meninggal. Minggu sebelumnya ada melawat dia IJN,actually arwah ni mempunyai sakit jantung dan kencing manis dan sepatutnya menjalani pembedahan bypass pada bulan april. Di sebabkan kencing manis di tahap serius, sebelah kakinya terpaksa di potong. Pada hari tersebut sempat juga berborak panjang dengan arwah yang nampak begitu ceria. Menurut isterinya arwah meninggal dalam tidur dan di sedari pada pukul 4:30am, sebelum meinggal beliau call kakak ipar pada 9:30mlm supaya menjaga adik2. Allah menyayanginya, pada umur 50 tahun arwah meninggal. Al-Fatihah

Thursday, March 3, 2011

Satu rumah berjaya letgo

Syukur alhamdullillah apartment Shah Alam dah ada confirmed buyer. Semua dokumen yang di perlukan oleh lawyer sudah di serahkan untuk penyediaan SnP. Ada juga potential buyer yang nak bayar cash tapi kurang hari harga yang aku tetapkan. Ada juga yang bersungguh2 yang nak beli dan dri berikan masa tapi macam main2, bila republish dalam mudah.com baru cakap nak submit loan. Rata yang called up, semuanya property investor ataupun anak dorang belajar di UITM. Profit yang dapat pun mmg oklah lagipun SnP dengan developer and legal fees on Dec 2009 yang bermodalkan 10K ajer.

Insyallah dalam minggu seminggu dua dah boleh sign SnP dan collect downpayment. Kalau ikutkan mmg sayang tapi untuk terus meng "invest" terpaksalah letgo sebab taknak menggunakan fund yang ada untuk projek baru.

Sekarang ni tengah mengintai2 a fews unit yang pernah lelong sebelum ini tapi takde bidder. Kawasan ni selalunya tak menarik perhatian tapi kalau ada yang alert pembangunan kawasan ini sememangnya akan ada saingan nanti.

Sunday, February 27, 2011

UNIT CALLED OFF

UNIT CALLED OFF. Owner bukan sahaja menyelesaikan oustanding payment dengan bank tapi juga membayar semua outstanding maintenance dengan JMB. Kadang2 tu owner mengharapkan kawan, saudara mara yang menyewa rumah untuk membayar bank installmnent tapi kadang2 ada orang tak jujur, yang akhirnya memakan diri sendiri. Kadang2 kita tak tahu masalah2 owner..kan.

Apa yang menariknya unit ini tak berpenghuni, sudah ada strata tittle, freehold, end lot dan walking distance ke sebuah pasaraya besar.





Friday, February 18, 2011

Esok nak pergi buat Onsite Survey..

Esok aku n adik akan membuat onsite survey unit lelong yg akan di lelong dalam masa terdekat ini. Ptg td called developer untuk check samada ada defaulter mempunyai tunggakan LPI dan juga samada kunci sudah handover atau tidak. Malangnya OIC developer tak nak berkerjasama kerana hanya membenarkan auction bank lawyer berurusan dengan mereka. Aku pernah liased dengan developer yang sama tahun lepas dan mereka memberikan kerjasama yang baik pada aku. Tahun ni tak boleh pula, katanya kena ikut company procedure. Hmmm nak buat macam mana dah rules dorang.. Esok cuba nak masuk ke apartment ini untuk meninjau2 samada unit ini berpenghuni, siapa yang tinggal, kalau ada peluang nak interview jiran, selongkar peti surat untuk dapatkan apa2 maklumat seperti bil air/air [ kalau tak berkuncilah ], dan juga nak jumpa maintenance office staff [ rasanya tak banyak sebab unit ini agak baru juga dan bank covered all the OS kecuali LPI]. Untuk area ini aku pernah membida beberapa kali tapi semuanya kalah dan menjangkan bidders untuk unit ini melebihi 10 orang termasuklah juga ulat2 gonggok. RP untuk ini ialah more than 50% off from MV, kalau dapat mmg2 berbaloi2. Aku berdoa agar allah mempermudahkan urusan onsite survey esok, insyaalah