Thursday, September 30, 2010

Submit Housing Loan application

Kerja d opis taklah sibuk sangat tapi dapat problem2 yang menyakitkkan hati di tambah lagi dengan peel user2 aku yang high demand.. semuanya nak cepat.. perkataan yang paling biasa aku dapat urgent, pls expedite, ASAP .. berasap telinga aku dengar. Tengok muka bos aku si dustbin pun dah demotivated, since dia tak tahu benda yang aku buat dia tak berani nak ganggu team aku. Team aku ni semuanya independent, tak menyusahkan dia langsung, dia tu cuma tempat merekod MC... senang jaga team aku ni .. sebab tu ler dia geram sesangat dengan aku. Apa2 aku terus ke HOD bypass dia .. sebab dia tak cerdiklah aku tak refer pada dia... kalau dia cerdik susah jugak aku nak manipulate dia ... tu yang syok, aku buat apa pun tak ganggu performance kerja aku.. so dia tak leh nak kacau aku..

Lupakan cerita politik opis. Lepas habis kerja aku ke cheras jumpa banker submit housing loan application pada banker aku. Walaupun branch dah tutup, aku boleh masuk branch. Rate dia tak berapa bagus compared dengan bank lain.. tapi dia cuba minta dari HQ. Rumah apartment yg aku beli ni bukanlah auction unit tapi unit dari beli dari developer. Apartment ni expected completion end tahun 2012. Hanya satu blok sajer consist 90 unit sahaja.. one floor hanya 9 unit sahaja. unit aku di tkt 9, taknak top floor nanti bocor. Apartment ni terletak di Bandat Tun Hussein Onn berdekatan sangat dengan rumah tinggal sekarang. Non bumi unit dah sold out sebelum launching. Pada aku pergi launching hanya tinggal 3 unit bumi lot yg tinggal, aku ambil satu tinggal lagi 2 unit.. masa dok borak2 dengan sales person banyak non bumi datang tanyakan. Since BTHO pesat membangun dengan adanya CARREFOUR, Lake Valley, berdekatan pula dengan Jusco Cheras Selatan, Econsave, Columbia Hospital dan coming soon C180... mmg potential untuk investment bagus.. harap2lah. .. yea

Esok aku akan cuba fix appointment dengan bank lain untuk submit loan juga. At least aku taklah menaruh harapan pada satu bank ajer.. di buatnya tak approve atau MOF 80%, pengsan juga aku di buatnya. Rasanya takde masalah since aku takde hutang lain selain dari loan rumah.. quota boleh masuk lagi.. rumah nilah rumah termahal aku beli .. lebih 100K... rumah aku duduk pun baru 95K ajer masa beli dulu .. itu pun 6 tahun lepas .. sebab kilang bankrap dan bank lelong rumah ni ..

Btw, aku ucapkan terima kasih pada reader2 aku, makin hari makin banyak. Apa yang sharekan adalah dari pengalaman aku sendiri dan juga sket pasal apa yang terlintas di fikiran aku, jadi aku taiplah ....

Harap2 esok dan hari mendatang adalah hari yang menceriakan kita semua. So senyum selalu dan sayangi orang yang dekat dengan anda .... arios amigos n selamat malam

Wednesday, September 29, 2010

Lagi2 Cerita Rumah Lelong

Malam semalam aku tengok listing unit2 lelong dan terpandang satu unit lelong yang aku pernah menetap di blok tersebut. Market value apartment tersebut around 90K tapi di lelong 26K. Ada kisah sebalik mengapa unit tersebut tak di beli sampai sekarang walaupun pernah di lelong beberapa kali. Apa yang aku di beritahu oleh my ex-sitter aku ialah ada orang mati bunuh diri dalam rumah tersebut. Kes bunuh diri ni berlaku sebelum aku pindah masuk ke blok tersebut. Tapi ada orang tinggal di rumah tersebut sampai sekarang... cuma yang gerun sikit bila time nak raya cina, anjing2 akan menyalak kearah rumah tersebut ..sekarang tak tahu lagilah..

Itu sebabnya masa aku buat survey aku selalu tanya jiran unit2 lelong samada ada ker perkara yang tak kena dengan unit tersebut atau ada kes bunuh diri. Yealah kita sebagai pelabur hartanah takkanlah nak beli rumah yang ada history yg mengerunkan dan advertised untuk sewa dan jual.. tak syok rasanya kan ..

Btw, sepatutnya aku turun ke EHSAN untuk bid sebuah apartment, siap ambil 1/2 day leave lagi. Around pukul 10am aku call EHSAN samada unit ni ON or CALLED OFF, the officer bagi tau unit CALLED OFF. Luckily aku sempat cancelled cuti 1/2 day aku, kena simpan cuti since balance dah tak banyak lagi. Actually unit ni pernah di lelong dalam bulan May tapi tak tahu kenapa unit ni di reauction balik.. tapi called off di saat2 akhir. May auction last bid adalah pada RM47K .... berbaloi ker.. flat lama, leasehold, one room, top floor, bumi lot ,bid2 tinggi ? rental around RM250-350 lah ...

Hmm aku ada intend nak bid sebuah apartment yg akan di lelong pada next month. This weekend kot aku nak survey unit ni .. dan check segala outstanding eg developer late payment interest, cukai pintu, api, air dan yg penting sekali sapakah yg tinggal dalam rumah tu dan sejarah rumah tersebut ..nilah homework yang aku selalu buat sebelum masuk auction ...nak tak nak kena buat juga, biar susah kita buat homework daripada susah di kemudian hari .. kalau dapat ejen yang bagus tapi of courselah kita kena bayar fees dia kan .. nak jimat dan nak belajar buatlah sendiri .. untuk yag paling AFDAL ...

Sunday, September 26, 2010

Survey Tanah

Hari sabtu semalam aku ke Bagan Datoh untuk buat survey tanah. Aku sekeluarga gerak dari rumah aku di Cheras around 7:30pm, bagus jalan2 pagi, rasa fresh sikit. Singgah di Sungai Buloh untuk breakfast since aku tak sempat nak sediakan di rumah. Sampai di Pekan Selekoh around pukul 10:30am, jalan2 di pekan hari untuk beli buah-buahan sebagai buah tangan. Sampai di rumah abang ipar aku hanya isteri dan anak2 ajer ada sebab abang aku ni menziarahi orang kampung yang meninggal dunia pada pagi itu. Around pukul 12noon aku, asben, abang ipar dan broker tanah ke lokasi yg pertama, luas tanah 5 ekar 14 pole, tanaman kelapa makan bukan sawit .. tanah mmg cantik tepi jalan kampung, buka 12 pokok kelapa x 25 p.k. Tanah mmg cun tapi harga pun cun jugaklah RM140K .. actually broker ni saja tunjukkan tanah ni .kott aku minat ... Kalau ada duit mmg bagus untuk investment, tebang pokok kelapa upgrade dengan sawit .. tak lari RM45 sesekar.. rumah boleh buat kebun sawit pun boleh dapat ...mmg bagus .. yg cantik lagi satu geran satu tuan .. since budget aku tak cukup aku tak belilah

Lepas tu kami semua ke lokasi kedua, tanah betul2 tepi jalan kampung, luas tanah 1 ekar ?? pole, tapi yang tak cun nya buka tanah 2 p.k .. around 20-25 kaki ajer .. confirm tak leh buat rumah.. kalau untuk bercucuk tanam to okaylah ..

Aim aku beli tanah 1-2 ekar ajer untuk investment, apa yang aku tengok sekarang ini ramai orang yang berminat beli tanah di kampung untuk tujuan investment dan juga untuk menetap di kampung pada hari tua. Layanlah gambar yg aku ambil semalam semasa survey tanah







Friday, September 24, 2010

Rumah Lelong

Terima Kasih aku ucapkan kepada mereka yg sudi menjengah blog aku. Aku just shared pengalaman dalam bidang hartanah ini. Ada suka suka, ketawa, menangis itulah yang aku lalui setakat ini. Belum ada tahap putus asalah .. aku dah nekad untuk menrealisasi cita2 aku untuk bersara dari dunia pekerjaan lagi 9tahun, one year gone. Alhamdulillah setakat ini aku dan asben mempunyai beberapa rumah teres, flat low cost dan medium cost. Aku rasa pencapaian yang agak bagus bagi aku setakat ini. Aku banyak belajar dari blog pelabur hartanah, buku dan jurnal dari suratkhabar. Yealah kadangkala kita tengok orang2 yang berjaya nampak senang ajer, macam makan kacang tapi bila sendiri yang lalui baru tau betapa sukarnya.

Aku just called banker aku bertanyakan samada margin of financing untuk rumah ke 3 dan seterusnya di turunkan kepada 80%. Menurut banker aku so far dia belum dapat memo dari HQ, tapi buat masa sekarang ni MOF 80% atau 90% depending kepada rekod CCRIS, CTOS pemimjam dan juga current loan commitment. Yealah bank pun nak buat jugakan, macam kitalah kalau kita dah tahu orang yang culas bayar takkan nak bagi pinjamkan, kalau bagi pun sikitlah..

Pada pendapat aku to play safe better assumed bank just bagi 80% MOF, at least kita be prepared incase bank tak kasi MOF 90%. So kalau yang nak masuk auction tu mesti buat budget duit yang kena ada seperti downpayment, lawyer fees, OS maintenance fees, OS cukai pintu dan juga kos repair rumah. Jangan ingat ngam2 ada RM5k dah boleh bid rumah RM50K. Banyak betul yang aku tengok unit di reauction sekarang ini. Adakah mereka yang menang itu bid ikut nafsu untuk menang atau termakan dengan kata2 ejen,lawyer lembab, developer tak nak co-operate ? At the end whose is suffered ? bukan orang lain tapi KITA .. Due to that reason aku buat budgeting sebelum aku bid rumah lelong walaupun aku tahu aku belum tentu menang.

Waktu kerja dah habis aku nak balik rumah dulu.. bye

Tuesday, September 21, 2010

Survey Tanah Di Bagan Datoh This Weekend

Abang ipar di kampung bagitau ada tanah 1 1/2 ekar kebun kelapa nak jual di Bagan Datoh. Menurut abang ipar aku tanah ini lot nombor tepi jalan kampung yang mana boleh buat rumahlah. At 1st penjual ni jual dengan rega 40K dan now dia decided nak let go at 35K .. Hmmm aku masih dok pikir belum decide lagi .. Last year aku dah beli 2.5 ekar kebun kelapa di Bagan Datoh dengan harga RM40K... tanah ni pun cun jugak .. tepi jalan kampung .. kiri kanan ada rumah orang ...

Dato Zahid Hamidi dah announced yg UITM cawangan Bagan Datoh, MRSM dan sekolah teknik akan di bina di sini. So harga tanah di sini di jangkakan akan naik dalam masa 2 tahun lagi ... Beli dan flip pun okay jugak kan ... Sekarang ni orang Bagan Datoh jual tanah masih pakai ekar, lepas2 ni mungkin pakai kaki pulak kot ..kaya rayalah orang Bagan Datoh...



Dari pengalaman aku invest dalam tanah pun okay jugak, beli, upgrade dengan sawit lepas tu jual.. bayangkan kakak aku beli kebun getah seluas 3.5ekar 6tahun lepas sebanyak RM27K di kampung aku di utara perak, sekarang ni seekar tanah dia pun paling kurang RM30K .. Banyak yg aku dah tengok tapi kalau invest dalam tanah kena ada ready money.. maklumlah orang kampung ni semuanya diorang nak cash tak percaya bank loan.. itu yang tak tahan tu ...


This weekend aku dan asben akan turun ke Bagan Datoh untuk buat tinjauan ke atas tanah ni.. manalah tau kot2 bersempadan dengan kubur .. aku dah pernah terkena dah pasal ni ... luckilylah aku pergi survey dulu sebelum beli ... ngam2 tanah bersempadan dengan tanah perkuburan ..cancel terus

Monday, September 20, 2010

Kerja2 di Apartment Cheras

Semalam aku dan asben ke rumah apartment di Cheras siapkan kerja2 mengecat rumah. Asben aku mulakan dengan mengecat siling dan aku pulak touoh up pintu bilik, since pintu ni tak perlu nak cat sumer aku just touch2 .. bila habis satu aku pintu aku buat, aku perasan yg colur yg aku touch tak ngam. since aku hanya beli 1 Liter mana cukup 1 liter jadi aku kena beli lagi 1 liter ..aku terpaksa keluar cari kedai cat untuk carikan federal paint code 956... banyak kedai yg tutup .. buka tapi takde cat ni .. at the end jumpalah juga aku di Balakong ...kedai bersebelahan denan AMBANK ..sejam juga aku keluar ...

Nampak simple ajer mengecat ni .. tapi kena ada seni jugak .. yealah kalau semua nya berupah mmmg rabaklah poket .. dalam dunia ni mana ada yang murah2kan ...

Layanlah hasil kerja aku dan asben ...











Monday, September 6, 2010

Coretan akhir Ramadhan

Lagi 3 hari kita akan berpuasa, Insyallah raya pada hari Jumaat. Kalau ikutkan calendar 1 Syawal fall on this coming friday. Anak2 aku hari ini dah balik ke kampung aku di Perak dengan uncle and auntie diorang..... sampai hati diorang tinggalkan aku .. huhuhu .. dengan alasan sekolah dah cuti, tak nak pergi nursery dan rumah opah ada astro (mentang2 rumah aku takde astro) anak2 aku decided nak balik dulu ke kampung. Lagipun diorang ni mmg ngam dengan adik2 aku .. dah biasa jalan2.

Semalam aku n asben ke matta fair, puas survey aku beli 2 malam hotel di Trengganu dan family package untuk masuk aquaria klcc .. aku malas nak beli2 banyak since next year aku sekeluarga plan nak pergi melbourne, australia ..

Aku punya bzz hari ini di opis, sampaikan kepala aku migraine ..lepas tu aku buat pelan2 ajer .. aku bila dah naik migraine ni mulalah nak muntah, mata berair2 .. sharp2 pukul 5pm aku chow dari opis ... dah lah hujan petang tadi ... tak leh bawak laju2 .. silap2 aku beraya di hospital pulak .. bab jatuh motor lagi 2 hari nak raya sampai pengsan2 .. kena tahan wad .. dah jadi pengajaran pada aku ... tu kisah sebelum kahwinlah ... effectnya tangan sebelah kiri aku ni takleh bawak barang berat2 dan lutut aku sebelah kanan tak boleh terlanggar benda keras ...yealah dulu sorang2 takde nak fikir sapa2 kecuali mak ayah ajer ...

Since aku dan asben kerja sampai hari rabu so malam tu baru nak gerak ke kampung. Pagi2 tadi asben aku ke Penang sebab kena attend meeting di Sony Penang,since dia tak sempat nak balik rumah sebelum buka puasa, jadi aku buka puasa sorang2 ajer di rumah. Boring nyer.. apa tidaknya all this while berbuka dengan anak2 dan asben .. almost 9pm baru asben aku sampai di rumah ... dia bagi tau yang dia ada interview dengan sebuah electronics company di bangi this Wed, hmmm company ni very well known dan banyak benefits.. tapi tak tahulah berapa yang diorang nak bayar .. pada aku kalau takde increment 30% up from current salary, just forget it lah .. rugi betul ... insyallah kalau ada rezeki adalah ...

Thursday, September 2, 2010

The best ever drama that I watched- Janji Kekasih

Tak pernah dalam blog jurnal hartanah aku bercerita mengenai hiburan tapi aku terpanggil untuk menekan keyboard ini untuk menaip entri series drama Janji Kekasih ...

Masa sahur pukul 5am ada tv3 menyajikan slot drama Janji Kekasih. Actually aku tak pernah mengikuti drama bersiri ini setiap hari jumaat. Apa yang menarik aku ialah jalan cerita yang bercorak keislaman yang aku rasakan ia drama yang terbaik aku pernah tonton. Cerita bagaimana seorang gadis yang hanyut dengan duniawi kerana kurang didikan agama yang oleh orangtuanya. Jiwa yang kosong yang diisi dengan maksiat. Dengan bantuan rakan biliknya dia menjadi muslimah yang baik dan menginsafi segala perkara yang di lakukan pada masa yang lampau. Aku catch up episode 1-12 di Tv3 website .. mmg2 best drama ini

Lakonan Jue Aziz adalah yang terbaik sekali, agak terkejut juga apabila beliau berjaya membawa watak karina dengan penuh berkesan dan begitu bagus sekali. Mmg begitu ayu beliau mengenakan tudung dan aku berharap ia sedikit sebanyak memberi kesan terhadap peribadi beliau. Syabas aku ucapkan pada zeila jalil kerana menerbitkan drama yang terbaik sekali ...

Lagu Afghan yang di gunakan dalam drama bersiri ini adalah bagus sekali. Aku amati lirik lagu beliau yang betul menginsafi termasuk aku, yang selalu alpha mengejar kebendaan di dunia ini .. Walaupun ia hanyalah sebuah cerita yang di garap oleh manusia tapi aku pasti ia berlaku di kalangan kita ...Aku pernah melalui zaman2 remaja dan mempunyai kawan yang alim dan juga terpengaruh dengan gejala maksiat .. selepas tamat belajar di kolej semuanya membawa haluan masing2. Tapi yang aku teringat kawan perempuan kolej aku yang meinggal dunia akibat kemalangan pada tahun 1994 di jalan ipoh yang menurut cerita yang aku dengar akibat mabuk dan pada masa yang sama beliau mengandung tanpa nikah .. entahlah apa silapnya .. ayahnya seorang yang berpendidikan dan senang tapi beliau menyewa rumah sendirian di keramat kerana tidak mahu orangtuanya mengongkongnya .. aku masih ingat lagi semasa aku dan arwah menaiki bas dari bangkok bank ke keramat yang mana satu group lelaki yang mengacau beliau di dalam bas mini, yang kelakarnya beliau menjerit dalam bas tu cakap apa tengok2 tak pernah tengok orang ker .. arwah ini seorang yang cantik dan baik dengan semua orang, tak pilih kawan langsung..tidak sombong .. ini yang aku ingat dia ni sampai ke hari ini.. semoga allah ampuni dosa-dosanya dan letakkan beliau di kalangan yang beriman .. al fatihah ...

Apapun kita tunggu esok untuk siri terakhir bagi slot zehra .. what ever is Im enjoyed with the drama .. congrats to zeila and Jue ...


Lirik Lagu Padamu Kubersujud – Afghan

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu Ya Allah

[*]
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

[**]
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

[***]
Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

Back to [*][**][***]

Back to [**][***]