Thursday, July 25, 2013

Berganti Penyewa, bertambah +CF

Penyewa rumah Cheras bertukar ganti setelah penyewa lama menyewa hampir 2 tahun. Sewa rumah mmg cantik  tak perlu nak remind dia, mmg masuk. Katanya dapat kerja gomen di negerinya.

Walaupun begitu yang bagusnya aku menaikkan sewa RM50 untuk penyewa baru yang mana menambahkan lagi +CF ke RM330 sebulan, Alhamdulillah .. Penyewa pun baru berkahwin dan seorang staff bank di KLCC dan suaminya pulak seorang engineer. Bab pemilihan penyewa ni aku mmg agak cerewet, mmg preferred pada pasangan yang baru berkahwin dan juga penyewa wanita. Sebabnya kebiasaannya mereka jarang buat hal dan prompt bayar sewa. Penyewa lama keluar pagi, penyewa baru masuk malam .. kiranya takdelah rumah tu kosong. 

Bab rumah di Klang pulak, asben dapat call dari kakak JMB pangsapuri menanyakan samada penyewa aku berpindah keluar ke. Asben cakap, penyewa tak cakap apa2 pun. Kakak tu bagitau yang ada lori ambil angkut keluar barang dari rumah aku... hmmmm.. contact penyewa tak berangkat pulak ...

Esoknya kakak tu confirmed bagitau yang penyewa aku dah LARI .. lari pun larilah aku pun suka .. sbbnya aku tak rugi apa2 sebab aku masih pegang duit deposit penyewa.. lagipun penyewa ni bayar sewa selalu lewat tapi tak tertunggak ..  

Malamya ke rumah tu, mmg rumah di tinggalkan bersama2 dengan perabut2  yang masih boleh di pakai...nasib baik juga aircond aku tak di kebasnya ..

Rumah perlu di kemaskan dan di cat semula ..

Since hari sabtu asben ada kelas d inspen jadi kerja2 mengemas dan mengecat di lakukan tengah malam sampai waktu sahur, tidur dan paginya meneruskan kerja2 sampai ke malam .. mmg penatlah ..

Minggu seterusnya macam tu jugak .. akhirnya disiapkan dalam 2 kali visit.. nampak berseri2 rumah ni ... 

Asben ni kalau rumah tak kemas dia takkan bagi potential penyewa tengok .. katanya malu .. 

Dapat  banyak kol bertanyakan rumah ni .. akhirnya finalised penyewa yang mempunyai anak dan mereka ni datang dari Pahang semata mencari2 rumah sewa sebabnya wifenya kena transfer ke klang.. rumah ni mmg dekat sangat dengan tempat kerja nnt ..rumah ni kosong selama 3 minggu jugak .. btw masih di cover dengan deposit penyewa lama

Penyewa baru juga minta asben carikan baby sitter, since asben kenal dengan Kakak JMB dia minta tolong carikan.. At last dapat juga baby sitter penyewa baru aku ..
Har ini aku akan serahkan kunci pada adik penyewa esoknya dorang datang bersama2 dengan lori membawa barangan dari Pahang ..

Apa2pun untuk rumah ni, ada penambahan CF sebanyak RM80.. yang best rumah ni aku sediakan aircond dan juga water pump... incase kalau air low pressure, dorang boleh on kan water pump ni .. 

Dah dapat penyewa baru, rumah di Balakong pula bagi notis keluar pada hujung bulan ogos .. Dah advertised , banyak dapat kol dan berjaya dapat penyewa seperti kriteria yang aku mahukan iaitu pasangan yang baru berkahwin .. ada  juga penambahan CF sebanyak RM50 dari rumah ni..

Terdapat penambahan CF sebanyak RM180 setelah bertukar penyewa... pertukaran penyewa bukanlah satu musibah tapi juga memberi kita sebagai tuan rumah mendapat sewa pada harga sewaan terkini .. btw, kalau tempat yang susah sangat nak dapatkan penyewa mmg satu musibah ... 

Aku dah serve notice pindah keluar pada kilang yang menyewa rumah teres di cheras .. dah 4 tahun dorang menyewa .. aku ni continue sewa dari owner lama sebenarnya .. Insyaallah nak renovate rumah ni .. buat porch, pasang tiles, tambah bilik air, buat table top dapur .. Takda masalah sangat nak monitor sebabnya rumah ni dekat sangat dengan tempat tinggal aku .. dalam 2 KM ajer ..target aku lepas penambahan sewa aku nak at least 10% dari kos renovate.. boleh kot .. 

Masuk lelong asyik kalah ajer .. lebih baik aku renovate rumah at least aku dapat jugak penambahan dari segi sewa.

Saturday, July 6, 2013

Apa2 aje

Sebulan lebih tak mengupdate blog ni. 
Banyak perkara berlaku...

Dua minggu anak sedara belah asben meninggal dunia di HTAR, Klang, umur baru 11bln, operate 3x di IJN dan satu paru2 kecut dan sepanjang hidupnya di IJN dan HTAR, hanyta seminggu saja merasa di bawa balik rumah. Aku n asben membawa arwah balik ke rumah adik ipar ke Shah Alam, menitis airmata ni, masa melihat arwah. Allah lebih menyayanginya..

Di opis pulak sibuk pulak, user asyik cari aku ajer, mcm2 projek ...masa bln puasa weekend ada system upgrade.. nak mengadap user2 cerewet...  lepas raya lg sibuk weekend pun kena kerja sbb opis akan berpindah ke bangunan baru yang areanya sesak .. tak boleh hint sbb nnt uols tahu kerja kat mana.. aku ni low profile .. even rami staff2 pun hanya tahu nama aku tapi tak tahu sapa aku..

Kebun di kampung pun dah selamat di paritkan dan telah di tanam dengan 800 pokok pisang... anak pokok pisang dan tanam sekali RM1.30 sepokok. murah .. kalau aku nak tanam mmg tak laratlah.. esok lepas kelas asben di INSPEN akan terus ke kampung sampai hari Isnin .. nak tanam serai, kunyit dan pokok limau nipis.. nak berjasa pada tanah pulak.. aku kan orang kampung jadi tua2 nnt aku mmg nak duduk di kampung, aman, damai, tenang. anak aku mmg tak suka kalau aku bagitau nak duduk di kampung ... siap bagitahu lagi "mummy mesti duduk dengan adik " ... 

Alhamdulillah aku tumpang gembira anak sedara kembar aku dapat posting cikgu nun di sarawak dan yang seorang lagi baru  habis law di UIA, dan start kerja di law firm.. 

Insyaallah esok akan turun membida sebuah flat murah2 ajer.. rumah okay lagi tp persekitarannya kureng sikit tapi market sewa mmg ada .. sewa pada kilang2 ... kalau mmg RP mmg kena settle cash .. asyik2 kalah ajer lately ...  rumah ni medium cost, developer dah bungkus tapi freehold .. sampah sarap mmg bertimbun2 ..