Masa lunch di opis pantry aku bersembang dengan one chinese guys, mamat ni ialah vendor project manager company aku . Mula borak pasa hal kerja yang dan karenah2 user yang menyaikitkan hati. At end dia cerita pasal property investment pada aku, inilah topic yang aku suka nak dengar. Apa lagi, aku koreklah cerita dia, mamat ni pun bagitau yang dia pun dah lama involve dengan property investment. 1st house yang dia beli ialah sebuah flat di rawang dengan harga 18K, dengan bermodalkan 20K dia beli rumah ni cash dan sewakan pada kilang. Selepas setahun dia berjaya menjual flat ini dengan harga 4OK. Dari situlah lah dia membeli unit2 lelong, menyewakan. menjualnya. Dia juga ada membeli shoplot di Ipoh dan menyewakan kepada 7 Eleven, bayangkan berapa rentalnya kan .. lebih dari gaji yang dia terima sekarang ni .. agaknyalah yea. Mamat ni tidak tertumpu pada klang valley sahaja, beliau membeli hartanah di merata2 dan yang terbaru dia membeli tanah lelong yang berharga RM2 Juta.. nak pengsan aku nak dengarnya.. kayos betul .. muda lagi dan belum kawin lagi .. So aku cakapa pada dia .. why you still work here if u r already millioaire ? mamat ni cakap saya suka kerja ni .. aku cakap balik " wah u just worked here as a part time joblah "
So kesimpulannya whoever yang involve dgn property investment 5 year ago mmg boleh generata good income. Sekarang ni perception mengenai unit lelong dah berubah dan banyak saingan.. susah nak dapat good house with good location..
Motivated aku dengar cerita mamat ni.. bilalah aku nak sampai tahap ni .. bukan senang nak jadi senang .. tapi senang nak jadi susah ..
Aku decided tak nak bid apartment di Puncak Alam. Aku berpendapat agak berisiko kalau invest di puncak alam buat masa ini. Aku decide untuk membida sebuah unit kondo di Cheras pada minggu depan. Aku dah called up developer dan maintenance opis, outstanding almost 5K jugalah .. not 2 worry sbb bank covered semua OS. Hari weekend ni aku akan ke unit tersebut for onsite visit. Mengikut maintenance opis unit ni di diami oleh keluarga india yang katanya adalah owner. Aku tak caya sangant maintenance opis kadang menipu juga, aku dah pernah kena. Cakap ada orang , bila pergi rumah tak da orang tinggal. Kalau owner tinggal, mmg confirm aku tak bid, cari nahas tandanya ..
No comments:
Post a Comment