Tak pernah dalam blog jurnal hartanah aku bercerita mengenai hiburan tapi aku terpanggil untuk menekan keyboard ini untuk menaip entri series drama Janji Kekasih ...
Masa sahur pukul 5am ada tv3 menyajikan slot drama Janji Kekasih. Actually aku tak pernah mengikuti drama bersiri ini setiap hari jumaat. Apa yang menarik aku ialah jalan cerita yang bercorak keislaman yang aku rasakan ia drama yang terbaik aku pernah tonton. Cerita bagaimana seorang gadis yang hanyut dengan duniawi kerana kurang didikan agama yang oleh orangtuanya. Jiwa yang kosong yang diisi dengan maksiat. Dengan bantuan rakan biliknya dia menjadi muslimah yang baik dan menginsafi segala perkara yang di lakukan pada masa yang lampau. Aku catch up episode 1-12 di Tv3 website .. mmg2 best drama ini
Lakonan Jue Aziz adalah yang terbaik sekali, agak terkejut juga apabila beliau berjaya membawa watak karina dengan penuh berkesan dan begitu bagus sekali. Mmg begitu ayu beliau mengenakan tudung dan aku berharap ia sedikit sebanyak memberi kesan terhadap peribadi beliau. Syabas aku ucapkan pada zeila jalil kerana menerbitkan drama yang terbaik sekali ...
Lagu Afghan yang di gunakan dalam drama bersiri ini adalah bagus sekali. Aku amati lirik lagu beliau yang betul menginsafi termasuk aku, yang selalu alpha mengejar kebendaan di dunia ini .. Walaupun ia hanyalah sebuah cerita yang di garap oleh manusia tapi aku pasti ia berlaku di kalangan kita ...Aku pernah melalui zaman2 remaja dan mempunyai kawan yang alim dan juga terpengaruh dengan gejala maksiat .. selepas tamat belajar di kolej semuanya membawa haluan masing2. Tapi yang aku teringat kawan perempuan kolej aku yang meinggal dunia akibat kemalangan pada tahun 1994 di jalan ipoh yang menurut cerita yang aku dengar akibat mabuk dan pada masa yang sama beliau mengandung tanpa nikah .. entahlah apa silapnya .. ayahnya seorang yang berpendidikan dan senang tapi beliau menyewa rumah sendirian di keramat kerana tidak mahu orangtuanya mengongkongnya .. aku masih ingat lagi semasa aku dan arwah menaiki bas dari bangkok bank ke keramat yang mana satu group lelaki yang mengacau beliau di dalam bas mini, yang kelakarnya beliau menjerit dalam bas tu cakap apa tengok2 tak pernah tengok orang ker .. arwah ini seorang yang cantik dan baik dengan semua orang, tak pilih kawan langsung..tidak sombong .. ini yang aku ingat dia ni sampai ke hari ini.. semoga allah ampuni dosa-dosanya dan letakkan beliau di kalangan yang beriman .. al fatihah ...
Apapun kita tunggu esok untuk siri terakhir bagi slot zehra .. what ever is Im enjoyed with the drama .. congrats to zeila and Jue ...
Lirik Lagu Padamu Kubersujud – Afghan
Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu Ya Allah
[*]
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
[**]
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa
[***]
Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud
Back to [*][**][***]
Back to [**][***]
No comments:
Post a Comment