Thursday, March 30, 2017

Unit Ke 2 Tahun Ini

Alhamdulillah rezeki tahun ini, dapat sebiji lagi sebuah rumah med cost yang diperolehi dari lelongan. Bawah MV l 30% discount dari market subsale. Unit ini JV dengan kakak yang akan di beli secara cash dengan me Refinance unit JV sedaiaada untuk cash out ... Kalau aku ambil loan ini aku kena come out 30% deposit, kalau aku refinance tak perlu keluarkan apa2 kos, lagipun rumah yang aku beli dulu mmg2 bawah market value... Satu unit sendiri satu unit JV, kira rezeki tahun ni
 
Walaupun bank la ni banyak sangat rules itu ini, insyaallah dalam masa terdekat ada news yang bagus dari en\cik banker. La ni bank mmg agak reluctant nak bagi loan dan aku rasa mungkin bank2 memperkecilkan portion untuk loan.... whatever janji loan lulus..
 
Dah berjumpa dengan ownernya, owner pun okay, katanya dia bersyukur sebab orang kita yang beli dan beliau akan berpindah bila semua urusan selesai. Aku pun tak kisah, lagipun apa hak kita yang baru bayar 10% nak suruh dia pindah. Perbincangan pun bagus, semoga semuanya berjalan dalam keadaan yang baik..
 
Syukur loan tempohari dah lulus walaupun banyak halangannya ... dan pasal kerja alhamdullilah dapat bonus walaupun berkurangan sebulan tapi aku bersyukur sebabnya increment agak luarbiasa 4 angka jugak, syukur2 boleh buat hutang rumah lagi.
 
Plannya tahun ni akan berJV2 dengan adik beradik untuk beli rumah lelong atau subsale.. Next unit ....:)

Wednesday, March 15, 2017

Banker " Kekwat"

Nak citer sikit pasal Financial Advisor atau pun senang citer kita panggil Banker :)) .. As usual aku akan mintak banker aku yang uruskan akan tetapi loan aku dikategorikan " not favourable " sbb dalam POS tertera masih lagi berstatus Master Tittle.. Actually Strata Tittle dah keluar dah tahun lepas, tapi perfection tidak dibuat oleh owner, rumah dah masuk listing lelong takkan nak buat perfection. Ada logiknya jugaklah kan owner tak nak buat.. Btw banker aku akan appeal sbb carian di PTG dah showed strata dah keluar. Harapnya HQ boleh considerlah 

As backup plan aku ada apply dengan bank pelelong sendiri... bila cakap aku beli dari auction, muka banker tu macam blur2, terus bagi tau saya nak confirm dengan Branch Manager samada nak terima atau tidak. Katanya kalau lelong ada time frame takut loan tak boleh disburse dengan segera.. Wei ni Bank punya NPL aku kasi clear pun teragak2 nak bagi loan... BM dia pun jumpa aku cakap yang sama, aku bagi tau ni bukan 1st time aku beli thru auction. Katanya MOF mungkin dalam 60% jer. 

2nd bank aku gi, mintak semua docs, katanya MOF hanya ikut reserved price. Beza harga dengan harga menang tak banyak sangat. Apply jerlah. Banker nampak sempoi, tapi bertanya kat aku loan rumah ke berapa ? aku bagi tahulah aku ada banyak loan rumah btw DSR blm hit max walaupun campur dengan loan ni..

3rd bank, bank no 1 d malaysia.. tanyakan aku property baru ke subsale ? aku bagi tau beli thru lelong. Bila dengar perkataan lelong macam kena sampuk, bagi tahu dorang tak finance lelong. Dia bagi tau aku hanya panel2 bank yang buat financing untuk lelong. 1st time kita dengarkan.. Bla2 dia explain. Silap haribulanlah dia nak kelentong kat aku jer. Aku cakap lah dalam BI kat banker ni, adakah SOP semua branches macam i ?  Ya atau tidak ? Aku cakap lagi, aku datang dengan berselipar pakai tshiirt jangan ingat aku tak tahu procedure. Aku bagi tau yang aku akan HQ. Baru dia bagi tau dia tak tahu sangat pasal financing lelong.. Bila aku nak angkat kaki barulah dia cakap elok2 dengan aku.. Nak tanya pada senior banker yg masa tu tengah entertain customer lain. lps customer tu blah, senior banker ni bagitau takde masalah pun, dia pun go thrulah aku nyer dokumen. Senior banker tu bagitau 1st banker tu mmg pemalas, tak banyak kes yang dia handled pun, suma mau tolak.,  Ada jugak banker pemalas... yang best partnya banker yg 1st persoalkan kenapa aku nyer EA form format lain dari bank dia .. tanyakan apa pangkat aku, aku bagitau kat EA kat ada tertulis pangkat apa...

Cuma apa yang aku nak highlightkan sini ialah janganlah diperbodohkan oleh banker  yang brtali leher, rupa macam steward, stewardes cakap ikut suka hati dia, tak tahu procedure.

BTW, aku mmg akan bawakan kes ini ke BNM supaya banker2 yang kurang cerdik ini supaya lebih cerdik di masa yang akan datang termasuklah banker bank pelelong. Bak complain ni aku mmg suka :)) 

Next time aku nak gi bank pakai baju berkot or berkebaya, kasut tumit tinggi baru nampak ada gaya baru dorang nak layan..haha

Monday, March 6, 2017

Rumah Lelong 1st 2017

Akhirnya penantian mendapatkan sebiji rumah lelong yang sekian lama tak menang2 akhirnya tercapai. Taklah dapat RP kena berlawan2 jugak. Alhamdulillah, harga taklah rendah sangat tapi bawah MV..

Rumah berstatus med cost dan berdekatan dengan stesen MRT. Aim kali ini ialah untuk beli dan flip sbb tu aku fokusnya unit med cost untuk flipping sahaja.. Untuk sementara menanti market okay, bolehlah sewakan, adalah CF nyer jugak.

Rumah masih dara tak pernah dihuni, since lock nya yg ssh nak dipecahkan aku minta tukang kunci opis bukakan pintu.. upah RM50 jer.. dia godek2 tak sampai 5 mins pun dah terbuka pintu.. Kalau tombol2 biasa2 tu, hentak 2 3 x dah terbarai..Kalau asben aku, katanya dia nak drill lubang kunci, dahlah pintu rumah petak2, nanti rosak pulak pintu lagi ruhi..  Buka kunci pun malam2, air ada cuma api jer takde... Jiran2 pun sporting jugak... he2

Beli lelong ni tak susah mana pun, ada masa boleh buat sendiri... tak perlu bayar ribu riban.. 

Yang takut2 nak beli lelong bolehlah riki2 market subsale, boleh try nego2 dengan agent\owner..