Pada 3 Nov 2010, BNM mengumunkan MOF untuk rumah ketiga dan seterusnya di tetapkan pada 70%. Berita buruk bagi pelabur2 hartanah but good news pada mereka yang bercadang membeli rumah pertama dan kedua. Langkah baru ini bagi mengekang speculator hartanah menaikkan harga ikut suka hati. Pada pendapat aku langkah BNM ini akan merencatkan perkembangan hartanah di Malaysia. Pada aku ini berita baik bagi jerung2 hartanah yang mempunyai modal yang banyak kerana inilah masanya mereka akan membeli hartanah2 dengan harga yang murah. Mereka2 ini tak perlukan bank loan pun. So kita2 yang ikan bilis mendapat bahana dengan langkah kurang bijak oleh BNM ini yang kononnnya mengekang property bubble. Aku rasa banyak lagi cara2 yang boleh mengekang property bubble dan bukan cara kurang bijak ini.
Lepas ini bilik auction akan lenggang dan hanya mereka2 yang mempunyai cash saja yang merembat pada harga betul2 rendah dari MV. Bayangkan kalau Penara berjaya di bida pada 50K maka modal yang di perlukan ialah RM15K + 5K ( legal fees), ni tak termasuk lagi dengan bayaran maintenance, cukai pintu dan kos repair rumah. Pendekata kita perlukan at least RM25K untuk memiliki Penara... wowow banyak tu ...
Aku dan asben lepas ni dah tak merasa MOF 90%, masing2 dah ada lebih dua nama dalam CCRIS..
No comments:
Post a Comment