Tuesday, April 12, 2016

Projek Limau Nipis : Pembersihan Tanah

Letih dan penat itulah yang aku boleh nyatakan, namun ia satu kepuasan :). Masa cuti sekolah yg lalu mana2 pokok yang tidak dikhendaki telah di tebang . Setelah hampir 3 minggu dan di musim panas pokok2 cepat kering dan boleh di bakar.

Bertolak dari KL selepas subuh dan sampai di kampung dalam pkl 9:30pagi.. Alhamdulillah store barang dah siap dan pendawaian elektrik pun dah siap. Terus ke kebun dan operasi kumpul dan bakar di lakukan.. Musim panas ni masa pembakaran kena kawal api takut melarat ke kebun sebelah...

Pada sebelah petangnya selepas asar hujan mula turun keesokkanya ambil 2 orang pekerja dengan upah RM120 untuk kerja kumpul dan bakar dan di bantu oleh asben, aku ni tolong sikit2 jer sbb tangan aku ni la ni limited kekuatannya..

Overall semuanya siap, lagi sekali balik, insyaallah kutip saki baki jer.  Alhamdulillah ada 3  batang durian yang berbunga.. insyaallah boleh dapat makan buahnya...

Target penamaman pokok limau nipis sebelum puasa dan bergantung pada keadaan cuaca. If worst scenario kenalah buat sistem fertigation ke siap pokok limau..




Thursday, April 7, 2016

Tambahan Duti Setem

Lawyer call bagi tahu ada tambahan sebanyak RM860 untuk pembelian rumah JV dengan kakak.. hmm, sebabbnya rumah tu aku beli pada harga RM117K dan LHDN nilaikan RM160K. Ingatkan boleh terlepas. Btw, di kawasan yang sama ada rumah yg transacted pada RM180K dan RM200K. Kiranya LHDN ada bagi discount jugaklah.


Rumah ni di beli secara subsale bukan lelong. Kiranya ni dapat sebab dapat direct nego dengan owner... sbb belian secara tunai

Insyaallah akan di buat sedikit renovation di parking menggunakan baki barang binaan renovation rumah kakak. Buat parking berbumbung... Ni rumah landed low medium cost yang mana pemilikkan tidak tertakluk dengan syarat2 dari LPHS. Ada kemungkinan akan refinance balik pada MV dan duit yang dapat balik tu utk rumah seterusnya. Dari pengiraan aku sewa rumah ni dapat cover untuk monthly refinance nyer repayment.

La ni sibuk ulang alik ke kampung untuk projek limau nipis.. mggu depan last MC lepas tu dah masuk keja.. Mesti berserabut ....

Tuesday, April 5, 2016

Staging Kena Curi

Bulan lepas masa aku balik ke kampung, beberapa set staging aka perancah abang ipar yang diletakkan di belakang rumah telah dicuri. Yang geramnya accessori staging diletakan di bawah paket simen gam dan compound, dan juga diutup dengan papan plastik. Si pencuri ni mengangkat simen, ambil semua accessori staging dan susunkan kembali simen dan menutup kembali dengan plastik.

Aku perasan bila staging yang ditinggalkan satu yang rosak dan yang sepasang yang mini. besi galang staging yang tinggal hanya 9 set... agaknya tak sempat nak ambil kot. 

No wonderlah jiran belakang aku tak pernah2 ON lampu belakang rumah tiba2 rajin buka lampu. Bila aku anak beranak bising2 di belakang rumah, buat derk dalam rumah, seorang aku jiran aku, kalau kitaorang buat kerja di belakang tersembullah muka dia. Kali ni dia membisu. Dah terasa pelik masa tu. Adakah terdapat unsur2 pakatan kecurian staging ?? Aku bukan tak nak report polis tapi end up berjam2 di balai lepas tu sampai di meja pengawai penyiasat, just kata cover report.. 

Yang geramnya setiap end rumah ada grill yang di pasang, dan  semua penduduk di kedua2 belah ada kunci . Adakah staging di curi oleh salah seorang jiran aku ??? .. 

Minggu lepas aku macam perasan staging tu yang hilang dan kontraktornya duduk satu row aku. Staging tu digunakan untuk ubah suai salah seorang penduduk taman aku.. Aku perhatikan staging tak cukup sifat. Banyak staging takde galang, kan galang tu di rumah aku, tak sempat nak ambil kot . La ni aku dah simpan di dalam parking. Kalau aku tanya sampai matilah nak mengakukan ...

Apa2pun jika ini benar tanggapan aku, semoga mereka mendapat pembalasan di dunia dan di akhirat.