Thursday, July 15, 2010

Dah Dapat Refund Cheque dari EON

Hari Isnin kerani bank loan legal firm called beritahu EON Bank dah hantar cheque refund dan aku boleh collect bila2 masa. Hari Selasa lepas kerja aku terus ke Kajang ambil cheque dan terus berkejar ke rumah sebab adik aku bagitau adik-beradik nak berkumpul di rumah aku since kakak aku dan keluarga balik bercuti di Malaysia..Sampai rumah terus masak, luckily adik aku balik awal tolong masak sekali. Kalut jugaklah almaklumlah 20 orang nak makan ... kalau kakak aku di kelantan ada sekali dengan anak2nya 8 orang .. kena makan kedailah ...

Lepas isyak semua dah datang dan gamatlah rumah aku di buatnya.sekali-sekala gamat takpalah kan.. banyak juga di borakkan ... anak saudara lelaki yg duduk di Malaysia nie slang BI dia pure Australian, kadang2 aku pun tak dapat tangkap apa yang dia cakap... aku cakaplah pada dia .. go and watch TV , here programme very interesting ... dia cakap pada aku not interesting at all, no kissing2 hmmm amboi kecik2 dah mengatal .. kakak aku pun risau jugak sebab kawan2 dia semuanya mat salleh .. dan di sana pergaulan mmg terlalu bebas .. sebab tulah kakak aku masukan dia ke sekolah islamic private islamic school ...

No comments:

Post a Comment