Tuesday, September 18, 2018

Clause Notis Pindah

Setelah 8 bulan buat sewaan bilik banyak juga karenah2 penyewa2 ni. Kes terbaru ialah ada 3 orang penyewa yg menyewa bilik. Hujung bulan 8 bagi tau yg utk bulan 9 dorang nak gunakan deposit sebulan. Mmg tak setujulah aku sebab aku hanya ambil deposit sebulan dan. Rm100 sahaja. Kalau ada kerosakkan dan barang2 hilang mmg nayalah. Selepas beberapa hari dorang bagitau nak pindah keluar
. Pulak dah.

Kata salah sorang dari mereka 2 orang dah balik kampung. Dan dia akan kemaskan barang2 bawa keluar dan kemas itupun 14hb baru officially hand over kunci.  Apa aku kisahkan duit deposit kan ada.. Malas. Cakap banyak dan berkira aku transfer rm100 setiap sorang. Lps tu dorang meroyan mana lagi deposit sebulan... Aku. Pun terangkan kena bagi notis sebulan sebelum pindah. Mmg aku stated dlm TA penyewaaan at least 6 bulan bukannya 6 bulan TA expired. Tu yg beria2 minta deposit balik.. Siap nak ugut2 lagi.. Apa. Aku kisahkan... Jikalau ada penyewa gantian okaylah.

Nampaknya aku kena tulis besar siap color merah supaya penyewa2 ni sejelas2nya faham
..

Friday, September 14, 2018

Penyewa Banker

Baru2 ni penyewa aku ni pasangan banker, setelah  dua tahun menyewa dorang berpinda ke rumah sendiri di semenyih. Since dorang ni good bayor untuk bulan terakhir sewa guna deposit sebulan. Bila dorang berpindah terus minta dipulangkan depo sewa sebulan dan depo utiliti. Katanya semua bil2 dorang bayar termasuklah IWK .. Bukannya aku tak monitor bil2 dorang kan.. tapi seronok tengok perangai orang... Tunggakan bil api RM300++, dan air dlm RM17.. Bila aku bagitau deposit akan ditolak mulalah meroyan minta dikembalikan segera deposit... Macam tak puas hati sangat bila aku tahu tolak deposit.. Aku pun transferkan baki deposit tu tapi sebelum tu aku dah bagitau dorang kena bayar balik kat aku incase ada bill2 yang terakhir yg belum dicajkan.. Kalau aku tahu tahap meroyan ex-penyewa mmg aku chargekan kerosakan flush di bilik air, sampai terbarai jatuh, dengan shower yang hilang, lubang aircond yg tidak di plaster, dan berlubang2 dinding kena paku.. aku ni baik sangat kot .. 

Disebabkan statement IWK dapat lambat aku tengok lebih setahun dorang tak bayar bil IWK ... bila bagi statement kat dorang sampai hari ni dorang tak bank in lagi duit tu ..Kalau aku nak gegar dorang tempat kerja dorang pun boleh jer anytime.. aku nak tengok bila dorang nak bank in duit tu 

Friday, September 7, 2018

over confident boleh jadi accident

Lately banyak betul rumah2 lelong bawah market value, yg baru2 siap pun berlambak2 kena lelong. Harga lelong bawah RM100K ++ murah dari developer jual.. Ini yang aku katakan dulu, kalau takde power holding jangan berani nak beli unit high cost iaitu melebihi RM350K keatas. Mmglah rumah cantik, lawa, ada berbagai2 facilities, ada swimming pool dibandingkan dengan unit2 2nd hand.. Mmg classlah ada rumah macam ni tapi bila nak bayar bulan2 perit sampai makan pun nak catu2. Aku bab2 nak bergaya tapi ikat2 perut ni mmg aku tak setuju, pada aku yg penting jaga cash flow kita , berbelanja bawah kemampuan, dan penting jangan ikut2 orang.

Mmglah SA untuk unit2 baru promote bagai nak rak, gaji RM3-4K dah boleh beli rumah RM400K siap dengan 0% DP, free legal fees , free air con dan lain2. Bila unit dah siap bayar bank katakan RM1500 sebulan, maintenance RM200, sedangkan market sewa baru RM1000 jer. Kena top up RM700 bulan2. Ini kalau unit dapat disewakan kalau takde sapa nak sewa bulan RM1700 nak kena tanggung. Nak jual pun takde buyer maka tanggunglah beberapa tahun...kot2 boleh tanggung oklah kan

Pelaburan hartanah mmg terbukti boleh jadi hartawan dan juga boleh jadi papa kedana juga. Sebagai contoh Bukit Beruntung hanya selepas 20 tahun baru kawasan ini naik, Ramai yang beli disini dulu termasuklah boss opis aku, bulan2 bayar RM500 hehe.. Banyak yang terlelong dan terbiar begitu sahaja. Masa tu ramai yang mengharapkan bukit beruntung akan naik seperti Shah Alam.. Btw Shah Alam pun dulu2 pun ambil masa nak matang juga. Itu yang aku katakan Power Holding itu perlu dalam pelaburan hartanah, kalau kita mampu "sara" di masa2 suram. Jangan jadi budak opis aku buat personal loan ratus ribu sebab yakin tiap2 tahun ada increment... over confident boleh jadi accident.

Mmglah aku beli rumah lelong tapi aku tak nak rumah bangsa aku kena lelong sebbab kegelojohan sendiri ...

Ada kawan aku kata minat nak beli SOHO d semenyih dan aku bagi tahu kalau nak beli, beli dekat2 KLCC .. 




Wednesday, September 5, 2018

3rd House for the year

Alhamdulillah berjaya dapat sebuah rumah melalui lelongan baru-baru ni.. nak kata untung sangat taklah bawah MV dalam 30%  jer but potentially akan melonjak naik selepas setahun dua lagi.. Untuk market sewa takde masalah sbb access jalan yg bagus tambahan ada pula bas MRT yang lalu betul2 depan rumah ni... Rumah pun dah renovated, plaster siling, ada kipas, wet kitchen dan kitchen cabinet tapi kena repairlah.. rumah dah kosong, owner dah cabut lari 2 tahun yg lepas..

Cadang nya nak sewakan perbilik untuk upkan CF, lagipun tak jauh sangat rumah ni dari rumah aku.. Lagipun asben dah sound, jauh2 sewakan rumah dekat2 bolehlah sewa bilik dan disewakan kepada lelaki sahaja. Katanya kalau perempuan susah nak tegur2 dan tak boleh sewenang2nya masuk rumah untuk pembaikan dan bawa tenant baru masuk.. Lagipun perempuan ni sensitif susah nak di tegur..

Rupanya sekarang ni ulat2 lelong cari makan jadi negotiater lelong pulak, naik pangkat pulak ya.. Walaupun satu purnama sekali aku muncul d dewan lelong tapi kenal lah mereka ni.. Yg ejen melayu pun guna negotiater lelong ni bernego dengan aku... Simpanlah duit tu bang buat modal beli rumah lain tak pun sedekah ke rumah anak yatim ada pahalanya daripada "membeli" harga maruah aku... agak2 terasa tak.. 

Bulan September bulan hari jadi aku dan asben, semoga diberikan kesihatan yang baik, rezeki yg berterusan dan dilindungi dari musibah2..