Teringat aku masa aku baru2 kawin dengan asben aku.. Gaji yang dapat ngam2 ajer..Masa aku pregnant 3 bulan aku dan asben decided beli kereta kancil sebab senang nak kemana2 dan balik kampung. lagipun nielah kereta pertama kami .. Masa takda anak, taklah teruk sangat. Lepas aku melahirkan anak dengan follow up dengan HUKM dan keperluan anak duit gaji tak berbaki langsung dan kadangkala tak cukup. Simpan awal bulan, hujung bulan ambil balik .. Masa tu mmg perit betul.. aku dan asben bawa bekal hari2 ke tempat kerja. Kalau telur ayam tu macam2 aku pelbagaikan masak, sambal telur, kari, kurma dan paling simple goreng bawang.. aku hanya peruntukkan RM200 belanja dapur setiap bulan.. yealah gaji aku dan asben tak sampai 2K sebulan, dengan sewa rumah, ansuran kereta, bil api-air, susu dan pampers anak, upah pengasuh, ulangalik ke HUKM, insurance dan duit bulanan pada parents. Susah macam mana pun tak pernah aku minta pinjam dari orang tua.
Beli ikan dan sayur dan pasar malam ajer, kalau ikan2 tu beli yang longgok2 ajer, 3 longgok RM5, kalau sayur tu 3 ikat RM2, beras pula, kalau ada yang paling murah itulah pilihan aku.. kalau ada budget lebih baru beli udang dan sotong ... mmg perit .. anak aku pula hanya pakai pampers waktu malam saja sebab nak berjimat ..
Kami berdua tabah dan sabar melalui liku2 perjalanan hidup di kala itu. Mmg perit tapi aku belajar menhargai nilai setiap sen duit.. Pada masa itu kawan aku buka pusat tuisyen di rumahnya dan asben aku buat partime ambil student2 pergi dan balik ke pusat tuisyen 3x seminggu. Walaupun upahnya RM120 ia dah seribu rahmat dengan rezeki yang di terima..
Alhamdulillah masa anak aku yang sulong berumur setahun aku dapat promotion dan adalah sedikit increment.. ini pun dah syukur.. lepas 3 tahun aku bertukar kerja di tempat baru dengan perbezaan gaji almost RM1K.. syukur alhamdulillah.. selepas 9 bulan berkerja aku mendapat ESOS sebanyak 37000 unit sebab company nak list di KLSE... tahun pertama bonus company beri 6 bulan gaji ... dari situlah aku menyimpan sedikit demi sedikit gaji aku , asben aku pun bertukar kerja dan mendapat gaji yang agak baik juga ...
Kadangkala aku naik pelik bila orang cakap takde duit nak makan, nak beli susu anak, nak bayar kereta padahal bila dapat gaji joli sakan, beli baju mahal2, makan di tempat mahal2 dan boleh bercuti tempat mahal2 ... Pada aku biarlah kita berpada2 semasa berbelanja dan yang pentingnya ikut kemampuan bukan ikut nafsu .. Aku pernah hidup susah dari kecil, ambil upah cabut kacang tanah, petik daun tembakau, petik cili, ambil upah tanam jagung... bayangkan lepas waktu sekolah terus ke mana2 yang bagi upah buat kerja .. bila sekolah petang, pagi2 aku ke kebun getah tolong kutip getah sekerap .. macam2 aku buat .. Yealah bapa aku hanya beli baru masa time raya ajer .. kalau nak beli baju t-shirt ker, seluar ker kena cari duit sendiri .. betapa bertuahnya budak2 sekarang siap demand2 nak notebooklah, PS/2, handphone, baju kasut berjenamalah ...
Alhamdullilah aku amat bersyukur kepada Allah Taala dengan rezeki dan kebahagiaan aku kecapi..
No comments:
Post a Comment