Sunday, May 26, 2013

takde rezeki kakak dan kebun d kampung


Minggu lepas aku turun untuk membida sebuah landed  untuk kakak . Unit dilelong pada kali ke dua.jangkaan aku takde org sbb kawasan tak hot..

Masa register aku dapat tahu yg aku adalah org yg ke 15 yang daftar.. adohai
. Aku perhatikan ada beberapa unit yang mempunyai lebih dari satu pembida mereka kawtim untuk memberi laluan kepada seorang pembida sahaja. So that dapat RP..

Masa sesi lelongan aku dapati akulah heroin kerana semua pembida adalah lelaki
. Lawan2 harga dah lebih limit yang kakak tetapkan
.. takde rezeki.. abg ipar sedih sangat sbb tak dapat. Unit ini..sbb dia mmg nak sangat.

Insyaallah aku akan turun lg utk membida sebuah landed utk kakak yang mana unit ini satu kawasan perumahan dengan aku dan juga bersebelahan dengan rumah opis mate.. harap2   aadalah rezeki kakak kali ni..

Pada waktu terdekat ni juga aku akan turun lg untuk membida sebuah apartment yg jauh nun di sana .. tunggakkan melebihi 2 angka dan bank tak cover tunggakan.

Semalam balik kekampung tengok progress naikkan tanah dan ddalam parit.. kebun kelapa bukan kelapa sawit... naik sulam balik kelapa dan tanam semula pokok pisang... baru seekar siap .. ada lagi satu setengah lagi .. la ni harga tanah ni dah naik lebih satu kali ganda.  Insyaallah asben nak bina pondok kecil kat tanah ni ..

Dalam dua minggu siaplah kot tahun ni tahun sibuk sikit..insyallah semoga allah permudahkan segala urusan

Blh naik sampai ni .. jarak sampai hujung tanah lebih kurang 500 meter sbb buka tanah 90 kaki sahaja


Jentera jengkaut. Tanah ni lot no 1 .. jln kampung ..
Add caption

Sunday, May 12, 2013

Kekalahan kali ke2 dlm 1 bulan

Kekalahan kali kedua dalam tempoh 2 minggu. Kedua2 unit di terletak di area yang sama. Sengit sekarang ni nak dapatkan unit lelong.

Unit lelong aku masuk tempohari adalah unit medium cost, 5th Flr.. keadaan rumah mmg teruk gila.. yang teruk2 nilah aku suka dengan harapan takde saingan, tapi telah menarik ramai pembida.. Dua kali asben buat onsite visit... tapi apakan daya bajet aku tak tinggi cuma additional 5K dari RP... [ gambar rumah tu seperti di bawah ]





Insyaallah dalam bulan ini aku akan masuk lelongan mahkamah, rumah ini untuk kakak di australia.. Katanya saja beli kalau beli tiap2 tahun boleh balik bercuti. Awal tahun ini kakak sulung berjaya mendapatkan sebuah rumah landed di Ipoh ,, kali ini pulak kakak kedua aku pulak mencuba nasib medapatkan unit lelong.

Rumah sekarang ini didiami oleh penyewa.. menurut jiran sebelah rumah rumah ni dah dibuat minor renovation. Dalam minggu depan aku akan selesaikan semua siasatan ..

Hari ini juga aku membuat onsite visit keatas dua unit lelong di kawasan yang sama.. dua2 masih belum diduduki.. Cuma tunggakkan maintenancenya mencipta sejarah tertinggi dalam2 rumah yang aku survey.. Harap2 dengan tunggakan yang berlambak ni takdelah orang lain berminat ..

Tempat suam2 pun susah juga sekarang ni,. apa2pun kalau rezeki itu di tetapkan pada kita inshaallah kita dapat memilikinya ..

Siapa2 yang berminat nak beli rumah lelong atau nak jual atau sewakan rumah boleh calling2 atau sms ke my asben - 012-250 2824 ....