Aku nak shared beberapa pengalaman aku mengenai ragam penyewa2 rumah. Of courselah yang menyakiti hati .
Kes pertama
Penyewa adalah one group student UITM. Masa nak rumah bukan main lagi tak tengok rumah pun dah bayar booking fees. Masuk bulan ke 3 dah buat perangai bayar sewa rumah lewat. By right kena bayar before 5th, on 6th aku sms tanya nanti saya bank in before raya. Bila balik raya check account duit belum terima. At the end cakap ada tak account CIMB senang nak buat online transfer. At the end dia masukkan juga on 15th ... Bulan ni selepas aku desak beberapa kali baru nak bank in. Aku check account CIMB takde bila tanya acct mana yang dia bank in baru cakap bank in ke acct maybank.. siap sound aku lagi " jangan kata saya tak bayar pulak " . Last month bank in ke account cimb , this month bank in ke acct maybank.. Apapun mamat ni akan pindah keluar dari rumah aku Nov end sebab course dia berpindah ke puncak alam. Elok jugaklah keluar, tiap2 bulan aku kena jadi ceti ingatkan dia..Nak jadi pelabur hartanah yang berjaya aku kena jadi macam cetilah ...sms2 dan call2..
Kes kedua
Penyewa dah bayar booking sebulan. Kerana kesian aku kasi dia masuk awal sbb dia janji akan bayar baki deposit bila dapat gaji. Aku SMS dan call berpuluh kali tak berjawab, almost seminggu aku call tak dapat2. Aku pergi rumah aku tapi berkunci, mengikut jiran2 diorang tak nampak pun sapa2 yang keluar dari rumah. At the end aku sms cakap nak cari di opis then baru dia balas sms cakap yang dia tak tinggal di rumah sebab berperang2 dengan asben dia tahap nak cerai berai. At end malas aku pening kepala, pergi rumah tukar mangga dan cari penyewa baru ..
Kes Ketiga
Yang ni sebelum aku involve dengan property investment. Penyewa ni masa nak rumah tak dan aku nak habiskan mengecat rumah dah nak masuk rumah. Siap offered dia akan habiskan mengecat dan betulkan apa yang rosak. Deposit aku mintak 1+1 ajer. Masuk bulan ke 6 dah buat hal, bayar lewat, macam alasan di beri seperti ;
1. mak saya pinjam duit saya
2. anak saya demam
3 asben saya berhenti kerja
4 asben belum dapat gaji
at the end aku terpaksa halau dorang sebab dah 4 bulan tak bayar sewa dengan api dan air kena potong. Aku minta pada wife , dia kata minta pada asben dengan alasan asben dia lari balik kampung. dia takde duit nak bayar. Sebab di desak mengalahkan along at the end asben dia bayar semua tunggakkan api dan air, sewa rumah sampai la ni tak bayar2 ..
Kes ke 4
Yang ni pun sebelum aku involve dengan property investment. Penyewa adalah ex-staff asben aku. Tahun pertama payment bagus. Masalah bermula bila dia beli kereta. Dah mula bayar lewat, cakap nak bayar lusa, bila sampai masa, cakap duit takde .. alasan2 dia lagi power seperti ..
1. asben belum dapat gaji
2. anak sakit
3. wife kurang darah
4. wife balik kampung
5. Mentua pinjam duit
6. Bergaduh dengan wife
7. Bergaduh dengan mentua
8. Nak bercerai dengan wife
9. Kereta rosak
At end lepas aku dah desak2 bila nak bayar sewa rumah diorang cakap dorang nak pindah. Aku sound masih ada 2 bulan sewa rumah tak bayar + dengan tunggakan api/air. Cakap nak bercerai-berai lepas tu wife dia cakap " alah kitaorang bukan pun banyak berhutang dengan awak " aku cakap kalau tak banyak bayarlah sekarang " sekarang saya takde duit.. nanti tiap2 bulan saya bayar installment.. hampas sampai sekarang seposen pun dia tak bayar. Siap bersumpah dengan nama allah yang dia akan bayar.... aku cakap pada dia aku tak halalkan setiap duit yang dia hutang dan setiap air yang dia minum dan ambil air sembahyang ..
So kita alert ragam2 penyewa kita kalau tak nanti kita yang merana ...
No comments:
Post a Comment