Sunday, December 31, 2017

Last Entry 2017, Welcome 2018 ..

Wow agak lama tak update jurnal hartanah ini, dah nak masuk tahun baru lagi beberapa minit jer lagi. Ya tahun 2017 mmg aku agak sibuk dengan hal2 kebun, ulang alik ke kampung. Banyak kerja perlu di buatnya.

Masalahnya banyak kerja kena buat sendiri bila upah orang macam2 pulak cerita yang aku dengar, cerita tak sedaplah.. Bila diberi kerja, upah sekian2, bila halfway buat kerja demand upah lebih, umpana kerja kuli tapi nak gaji taukeh.. 

Banyak betul rintangan dan dugaannya berkebun tahun 2017, aku buat tak tahu ajer, kalau kita ambil hal mmg boleh putus asa dibuatnya. So far kebun limau aku bolehlah dibanggakan oleh petani separuh masa. Banyak yang aku belajar dalam penjagaan limau ni, dari segi pembajaan, jenis baja, jenis racun yang sesuai.. ada jugak idea yang aku terima yg tak logik pun ada...  

Insyaallah kalau ada rezeki aku nak mepelbagaikan tanaman seperti limau purut, durian belanda dan cempedak... Insyaallah tahun 2018 akan memulakan kebun baru untuk tanaman limau purut dan petai hybrid di tanah yang baru aku beli bulan lepas. Luas dalam 1.7ekar jer..Lokasinya sebelah main road dan ada anak sungai berbatu yang merentasi tanah ini.. 

August 2017 aku dan asben buat benda baru iaitu jual pokok2 buahan. So far alhamdulillah, dapat order besar dari sarawak, hantar guna kapal laut.. poslaju ke serata malaysia. Jumpa macam2 ragam orang, macam2 latarbelakang dan jutawan2 sempoi pun ada. Cumanya pada bulan 11 aku slowdown sikit sbb kerap ulang alik ke kampung dan family kak balik bercuti disini.. Ekonomi meleset ni aku pulak start buat bisnes.. ha2

Tahun 2017 ni aku dapat menambahkan 3 aset, syukur alhamdulillah. mmg banyak unit2 lelong yang bagus tapi aku mmg sesibuk sangat jadi aku banyak bagi priority pada kebun dan bisnes jual pokok... Insyallah tahun 2018 akan cuba nasib untuk bid sebuah unit lelong yang agak strategik lokasinya 


Tahun 2018 tahun cabaran dan keperitan untuk majoriti rakyat Malaysia, nilai RM yang susut, kenaikan harga barangan, minyak, makanan dan market hartanah yang agak soft yang menjadikan rakyat terhimpit kesusahan.. 

Apa kita nak buatkan, meraung pun takde gunanya, yang perlu kita buat kena berjimat cermat, potong mana2 perbelanjaan yang tak perlu, itu jer yg kita boleh buat. Even PRU14 tak lama lagi, jangan dok berharap apa2 keputusan mengubah corak ekonomi negara sekelip masa. 

Btw, Selamat Tahun Baru 2018 semoga Tahun 2018 ini menjadikan aku lebih sabar dan tabah ...







.. dan 

Thursday, July 20, 2017

Berhati2 memlih Tips beRUMAH banyak

Lately macam2 tips di alam siber mengenai pelaburan hartanah,. Setiap pakar2 memberikan 1001 kaedah tapi kadang2 aku pun boleh gelak jerlah, dengan persoalan boleh ker di apply dengan semudah itu, sesenang itu. 

Apa2pun sebelum apply apa2 tips nak beli rumah pertama rumah ke 2 3 4 atau ke 10, study tu jangan pulak anda tersontot kerana keghairahan utk berumah banyak. Tips2 yang diberikan itu bukan semuanya sesuai utk setiap orang. Kena ada entry dan exit plan sebab semua yg kita rancang tak semuanya ikut plan.. 

Senyum jugak aku tengok tips2 tak masuk akal, itu game orang yang berduit bolehlah. Property investment bukan skim cepat kaya tapi boleh jadi kaya dan juga boleh bankrap cepat.



Thursday, June 22, 2017

Tunggu Rumah Lelong Raya Haji

Nampaknya misi mendapatkan rumah lelong raya tak kesampaian, dua2 tewas.. Hari ni asben turun sebuah landed yang mana d taman ini sudah ada 2 buah rumah yg dbeli secara subsale dan lelong. Misi rumah lelong dan rumah ke 3 tidak kesampaian... Ingatkan dah beberapa kali takde bidder bolehlah dapat RP.. rupanya ramai pulak yg datang... Btw, lokasi ini taklah hot lagi sekarang ni tapi mana nak dapat landed med cost bawah 200K kan2. 

Kata orang kalau sudah tertulis rezeki kita, ia menjadi rezeki kita.. Cuba mesti cuba ...kan

Apa2pun hari raya tetap meriah, walaupun tak menang rumah hari ni.. Kita cuba raya haji pula... Apapun usaha tangga kejayaan..

Malam esok dah nak balik kekampung berhari raya dan juga tak tengok kebun limau .. almaklumlah puasa mmg tak turun ke kebun langsung..

Apa2pun SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.. 

Thursday, June 15, 2017

Unit Terlelong Balik..

Baru2 ni ada buat onsite survey sebuah rmh lelong...bila sampai d lokasi rmh tersebut mendapati rmh tu siap bergrill baru, tingkap pun ditukar ..Kata asben apa kes pulak ni takkan rmh dah siap renovate nak kena lelong pulak..

Sebelum gi onsite takdelah aku check history rmh ni.. tekaan aku betul bahawa rmh ini pernah dilelong sebelum ino dan terjual.dengan harga yg agak luarbiasa maksudnya over market value.. Agaknya sapalah yg over excited yg bid over mv dan dengan excited nyer pulak renovate rmh tu cantik2..

If tak called off paling takde pembida.tersebut paling2 takde rugi paling minimun 15K.. Ini tak termasuk kos ejen lelong, legal fees dan etc

Masuk lelong bukan macam lumba lari bermatian nak menang.. masuk lelong niat nak menang terjadilah mcm kes ini..

Insyaallah akan turun lelong, kali ni asben akan turun.. kot2 ada dapat rumah lelong raya...  harap2 boleh menanglah at least sebijik ..


.

Friday, June 9, 2017

Komtroversi Melor, BBB

Alkisah penyelewengan JMB Residensi melor belum ada penhujungnya..

Yang peliknya ialah;
1. Syarikat tak berdaftar dgn COB
2. Salah seorang pengarah syarikat pengurusan adalah staff pemaju
3. AJk bagitahu Pengerusi resign di sebabkan issue ini
4. Bendahari update bagitahu pengerusi bersama ajk pergi buat laporan polis mengenai issue ini
5. Selama 2 tahun acct Jmb tidak d audit
6. Tiada pemantauan cash flow oleh JMB
7. Ada resit d issue oleh pengurus bangunan mengunakan resit apartment lain

8. Tunggakan bil TNB, Syabas, Lift dan gaji pekerja
9. Lift selalu rosak walaupun sudah appointed kontraktor utk selenggara
10. Jmb tidak mahu share laporan polis dengan owner..kata mereka kot biarlah rahsia

Pendapat akulah kabinet Jmb lama mestilah step down sebab terbukti lena diulit mimpi hampir 2 tahun. La ni bila ada issue besar macam semuanya cergas2 belaka.. 

Jika kabinet jmb baca posting aku ni, sudah2lah.. step down adalah jalan terbaik...Rasa bertanggungjawab atas kekecohan dan kecelaruan ini adalah kerana bukan hanya salah pengurus bangunan sorang saja tapi barisan jmb pun sama juga. 

So.. Janganlah ada pula pakatan nak kekalkan jmb lama.... ayuh kita vote orang2 baru..  jangan dok fikir pasal capital appreciation pasal rental tapi pikir pasal long term .. 

17hb june moh undi line up baru...!!!!

Monday, June 5, 2017

Selamaat Berpuasa dan Residensi Melor, BBB

Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua.. satu cabaran juga tahun ini dengan keadaan cuaca yg tidak menentu, sekejap panas dan hujan. Walau bagaimana ia menguji ketahanan fizikal dan menginsafi pada kita dengan nasib mereka yang hidupnya agar sukar. Ya, kita masih boleh makan setiap hari jika dibandingkan dengan mereka yang terjejas kerana peperangan, kebuluran dan kedaifan..

Sejak Jumaat lepas pangsapuri melor atau sekarang ini dikenali sebagai residensi melor kecoh dengan tunggakan bil TNB sebanyak 50K yang diberitahu oleh staff pemaju. Tapi mengikut FB COB MPKJ mereka menerima laporan bahawa tunggakan tersebut adalah RM100K,, Kemungkinan wujudnya salahguna kuasa oleh pihak JMB ? Mungkin juga terdapat monopoli kuasa oleh seseorang ? Terdapat pakatan2 tertentu yang memungkinkan terdapat ajk JMB di pinggirkan dalam organisasi JMB ?

Pada pendapat akulah, jika kita telah dipilih dan sedia memikul tanggungjawab yang di amanahkan maka sepatutnya kita berpegang kepada amanah ini.Bukannya bila timbul masalah barulah tuding menuding dan alasan2 yang diberikan. Jika kita tidak mampu memikul, mengalas amanah kita wajib memberitahu ketidakbolehan memegang amanah itu.

Apa2pun AGM ke2 akan diadakan pada 17hb ini mungkin dapat menjawab persoalan2 owner oleh kabinet JMB... Rasanya AGM ini mungkin panas, walau sepanas mana pun, bukan mencari salah siapa tapi mencari solusi terbaik untuk Residensi Melor. Nak gaduh2 tak perlu sebabnya rumah kita2 semua di situ, semuanya jiran so jalan terbaik adalah kata sepakat dan muafakat,..

Wow2 ramai benor owner2 masuk baca pasal 1st AGM ... baca2 jugak 17hb jangan lupa turun pulak,

Monday, May 22, 2017

Bantuan dari Moa dari madu ke laut

Agak kesal dengan pegawai pertanian daerah aku. Aku ada apply bantuan baja hujung tahun lps.. follow up pd bulan Feb katanya bantuan akan dberikan selewatnya pd bulan Mei...

Bila tiba bulan 5, follow up balik bertanyakan bila baja nak sampai. Kol2 berjawab, bila watsapp dijawabnya permohonan ditolak, dengan alasan bajet dipotong, hanya kelulusan pd projek fertigasi dan madu kelulut...Maksudnya pegawai pertanian ni mainkan aku sampai kelaut...huhu...

Aku pun hantar messenger ke jabatan pertanian perak pun tak berbalas.. hantar juga ke ahli parlimen aku nampaknya dia sangat2 sibuk, tak berbalas..agaknya bila Pru baru nak dia jawab..

Apapun inilah sikap agensi pertanian kita,ya, aku msh mampu nak beli baja tapi kl sikap pegawai pertanian bersikap auta .. apa jadi pada petani2 yg sangat2 perlukan bantuan utk projek pertanian mereka.. 







Friday, April 21, 2017

Masalah Rumah Lelong : Strata

Ada masalah dengan rumah lelong yg aku beli, pemaju dah buat presentation di PTG untuk strata, dalam carian pun dah tercatat Strata.  Masalahnya bila lawyer nak buat perfection strata, pihak pemaju suruh buat Deed Of Assigment, katanya documentation dorang tak lengkap. Tak boleh buat strata, yang lawyer aku hangin adalah, kalau documentation tak complete, kenapa gatal2 gi buat strata presentation di PTG, ni namanya bodoh menyusahkan, harapnya nama yang gah, tapi buat kerja di kepala lutut. Sampai aku yg tak tahan ni, kol pemaju nyer PIC.

Bank pulak sorilah yea, kalau land search clearly perkataan " strata" mati hidup semula dorang takkan release duit.. Bank pelelong dah granted untuk extension tapi kalau kes macam ni mmg buang duit bayar extension.

The only solution ialah, banker aku akan minta dengan financing bank dan kenalah aku keluarkan duit buat full settlement, dan financing bank akan disburse duit once perfection strata completed. Bila entahlah ...

Nilah salah satu cabaran apabila beli rumah lelong... hmmm btw, rumah ni api dah masuk dan air mmg dah ada, insyaallah mid next month dah boleh sewakan....


Tuesday, April 18, 2017

Update Kebun Limau

Lama tak update citer pasal kebun limau, alhamdulillah progress kebun so far so good. Pokok membesar dengan baik, cuma kalau ada yang mati kira standardlah. 

Cabaran dari cuaca yang panas, pokok kepanasan, dengan adanya silvershine dapatlah pokok tu bertahan, bila hujan pula, rumput2 cepat pula tinggi.. 

Kebun limau no 2 pula tidak berpagar, datang pulak lembu2 dari kampung sebelah makan rumput, kalau setakat makan rumput aku tak kisahlah sangat, mmg bagus tapi banyak pokok rosak sebab di sondol dan dipijak, daun bendi dan cempedak pun habis di makannya...Cabaran2.

Rutin setiap kali balik kampung, petik cili, membaja pokok cili, sembur baja foliar  CY787 dan racun serangga malathion diselang seli dengan Mitac. So far untuk kebun limau 2 nampaknya keadaan pokok lebih baik mungkin di sebabkan kurang lindungan pokok2, matahari cukup. manakala kebun limau 1, kiri kanan ada pokok2 tinggi dan bukaan tanah yg agak sempit..



Limau nipis yang berusia 4 bulan


tumbesaran yang bagus

Lada siam, ada permintaan

Limau kapas, tanam 2 pokok, buat air mmg sedap, wangi aromanya

Friday, April 14, 2017

Loan refinance cash out LULUS

Alhamdulillah loan refinancing utk cash out dah approved dan LO pun dah signed, dapat rate cun jugak. Walaupun sudah melebihi jumlah XI bank masih nak bagi loan, kata banker CCRIS akak semuanya  0,  Cumanya bank lately mmg berhati2 nak approve, macam2 dorang nak check dan verify, Kalau dulu2 submit form hari ini dalam masa 7 hari LO dah keluar. La ni 2 mggu tu kira bagus dah.

Submit pada 4 bank, so far yang bagi feedback approved cuma 2 bank, yang lagi 2 tu masih dalam proses, apa yang dia process pun tak tahulah, tapi rate 2 bank ni tak cantik sangatlah.  Actually bukannya banker tak tahu berapa bank yang kita submit loan, dorang ada system yang boleh trace tapi cumanya dorang tak tahu bank mana, cuma nampak amaunnya sahaja..

LO pun signed di kedai mamak jer, adalah juga banker shared tips2 untuk dapatkan loan.. Katanya masih ada ruang lagi untuk buat loan, ruang DSR msh ada.

Beberapa hari lalu ada masuk lelong tapi kalah, rumah buruk di nun sana. Untuk market rental jer sbb unit low cost. Lawan sampai limit yg ditetapkaan , insyaallah akan mencuba nasib dalam masa terdekat..

Apa2pun market subsale agak menarik sekarang ni, mencuba utk nego2 utk harga terbaik

Wednesday, April 12, 2017

Apa Backup Plan Kita

Apa backup plan kita ? Macam poyo jer tajuknya.  Apa yang aku citerkan apa akan terjadi pada kita tiba2 hilang kerja. Tiba2 kena terminate, company tutup, kena transfer jauh2, kena frame, macam2lah  sebabnya kan..

Sedangkan masa ada  duit, asyik nak melabur makan angin, hutang credit card tapi bayar minimun, beli rumah wow gedabak besau2, dengan alasan apa nak takut, company tempat aku kerja secured, taip2 tahun untung, increment paling cikai 7% setahun... Gaji bulan2 habis bayar hutang, habis bermewah2

Apa yang aku nak bagitau sediakan tabungan secukupnya yang mungkin situasi2 yang tidak diinginkan berlaku samada dalam bentuk tabungan duit atau hartanah, Walaupun hartanah susah nak liquid tapi at least kita ada jugak duitnya di situ..

Jangan ingat company yang kita kerja ni boleh survive sampai kita pencen, sampai kita rasa duit kita cukup.. We wont know what will be happen in future kan..


Thursday, March 30, 2017

Unit Ke 2 Tahun Ini

Alhamdulillah rezeki tahun ini, dapat sebiji lagi sebuah rumah med cost yang diperolehi dari lelongan. Bawah MV l 30% discount dari market subsale. Unit ini JV dengan kakak yang akan di beli secara cash dengan me Refinance unit JV sedaiaada untuk cash out ... Kalau aku ambil loan ini aku kena come out 30% deposit, kalau aku refinance tak perlu keluarkan apa2 kos, lagipun rumah yang aku beli dulu mmg2 bawah market value... Satu unit sendiri satu unit JV, kira rezeki tahun ni
 
Walaupun bank la ni banyak sangat rules itu ini, insyaallah dalam masa terdekat ada news yang bagus dari en\cik banker. La ni bank mmg agak reluctant nak bagi loan dan aku rasa mungkin bank2 memperkecilkan portion untuk loan.... whatever janji loan lulus..
 
Dah berjumpa dengan ownernya, owner pun okay, katanya dia bersyukur sebab orang kita yang beli dan beliau akan berpindah bila semua urusan selesai. Aku pun tak kisah, lagipun apa hak kita yang baru bayar 10% nak suruh dia pindah. Perbincangan pun bagus, semoga semuanya berjalan dalam keadaan yang baik..
 
Syukur loan tempohari dah lulus walaupun banyak halangannya ... dan pasal kerja alhamdullilah dapat bonus walaupun berkurangan sebulan tapi aku bersyukur sebabnya increment agak luarbiasa 4 angka jugak, syukur2 boleh buat hutang rumah lagi.
 
Plannya tahun ni akan berJV2 dengan adik beradik untuk beli rumah lelong atau subsale.. Next unit ....:)

Wednesday, March 15, 2017

Banker " Kekwat"

Nak citer sikit pasal Financial Advisor atau pun senang citer kita panggil Banker :)) .. As usual aku akan mintak banker aku yang uruskan akan tetapi loan aku dikategorikan " not favourable " sbb dalam POS tertera masih lagi berstatus Master Tittle.. Actually Strata Tittle dah keluar dah tahun lepas, tapi perfection tidak dibuat oleh owner, rumah dah masuk listing lelong takkan nak buat perfection. Ada logiknya jugaklah kan owner tak nak buat.. Btw banker aku akan appeal sbb carian di PTG dah showed strata dah keluar. Harapnya HQ boleh considerlah 

As backup plan aku ada apply dengan bank pelelong sendiri... bila cakap aku beli dari auction, muka banker tu macam blur2, terus bagi tau saya nak confirm dengan Branch Manager samada nak terima atau tidak. Katanya kalau lelong ada time frame takut loan tak boleh disburse dengan segera.. Wei ni Bank punya NPL aku kasi clear pun teragak2 nak bagi loan... BM dia pun jumpa aku cakap yang sama, aku bagi tau ni bukan 1st time aku beli thru auction. Katanya MOF mungkin dalam 60% jer. 

2nd bank aku gi, mintak semua docs, katanya MOF hanya ikut reserved price. Beza harga dengan harga menang tak banyak sangat. Apply jerlah. Banker nampak sempoi, tapi bertanya kat aku loan rumah ke berapa ? aku bagi tahulah aku ada banyak loan rumah btw DSR blm hit max walaupun campur dengan loan ni..

3rd bank, bank no 1 d malaysia.. tanyakan aku property baru ke subsale ? aku bagi tau beli thru lelong. Bila dengar perkataan lelong macam kena sampuk, bagi tahu dorang tak finance lelong. Dia bagi tau aku hanya panel2 bank yang buat financing untuk lelong. 1st time kita dengarkan.. Bla2 dia explain. Silap haribulanlah dia nak kelentong kat aku jer. Aku cakap lah dalam BI kat banker ni, adakah SOP semua branches macam i ?  Ya atau tidak ? Aku cakap lagi, aku datang dengan berselipar pakai tshiirt jangan ingat aku tak tahu procedure. Aku bagi tau yang aku akan HQ. Baru dia bagi tau dia tak tahu sangat pasal financing lelong.. Bila aku nak angkat kaki barulah dia cakap elok2 dengan aku.. Nak tanya pada senior banker yg masa tu tengah entertain customer lain. lps customer tu blah, senior banker ni bagitau takde masalah pun, dia pun go thrulah aku nyer dokumen. Senior banker tu bagitau 1st banker tu mmg pemalas, tak banyak kes yang dia handled pun, suma mau tolak.,  Ada jugak banker pemalas... yang best partnya banker yg 1st persoalkan kenapa aku nyer EA form format lain dari bank dia .. tanyakan apa pangkat aku, aku bagitau kat EA kat ada tertulis pangkat apa...

Cuma apa yang aku nak highlightkan sini ialah janganlah diperbodohkan oleh banker  yang brtali leher, rupa macam steward, stewardes cakap ikut suka hati dia, tak tahu procedure.

BTW, aku mmg akan bawakan kes ini ke BNM supaya banker2 yang kurang cerdik ini supaya lebih cerdik di masa yang akan datang termasuklah banker bank pelelong. Bak complain ni aku mmg suka :)) 

Next time aku nak gi bank pakai baju berkot or berkebaya, kasut tumit tinggi baru nampak ada gaya baru dorang nak layan..haha

Monday, March 6, 2017

Rumah Lelong 1st 2017

Akhirnya penantian mendapatkan sebiji rumah lelong yang sekian lama tak menang2 akhirnya tercapai. Taklah dapat RP kena berlawan2 jugak. Alhamdulillah, harga taklah rendah sangat tapi bawah MV..

Rumah berstatus med cost dan berdekatan dengan stesen MRT. Aim kali ini ialah untuk beli dan flip sbb tu aku fokusnya unit med cost untuk flipping sahaja.. Untuk sementara menanti market okay, bolehlah sewakan, adalah CF nyer jugak.

Rumah masih dara tak pernah dihuni, since lock nya yg ssh nak dipecahkan aku minta tukang kunci opis bukakan pintu.. upah RM50 jer.. dia godek2 tak sampai 5 mins pun dah terbuka pintu.. Kalau tombol2 biasa2 tu, hentak 2 3 x dah terbarai..Kalau asben aku, katanya dia nak drill lubang kunci, dahlah pintu rumah petak2, nanti rosak pulak pintu lagi ruhi..  Buka kunci pun malam2, air ada cuma api jer takde... Jiran2 pun sporting jugak... he2

Beli lelong ni tak susah mana pun, ada masa boleh buat sendiri... tak perlu bayar ribu riban.. 

Yang takut2 nak beli lelong bolehlah riki2 market subsale, boleh try nego2 dengan agent\owner.. 


Wednesday, February 22, 2017

Strategi Lelong atau Sindiket Lelong

Strategi Lelong atau Sindiket Lelong semacam ajer tajuknya .. inilah hakikat dunia lelong.. pasang kaki banyak2, lepas tu pakat2 usha penawar lain, katakan ada sorang dua yg nak bid hartanah tersebut, lepas tu geng2 pun pujuk- memujuk samada saingan nak kawtim di bayar atau terima tawaran mereka...  dulu bangsa lain jer yang buat macam ni, la ni umat sebangsa seagama buat macam ni ... 
Janganlah tamak sangat, untung hari ini, tapi aku percaya satu hari nanti allah akan ambil sedikit demi sedikit, samada secara zahir atau batin...

Jangan terasa kalau kita bukan di kalangan tersebut :))

Monday, February 13, 2017

$$$$

Sesuatu yang baru aku belajar hari ini, apa2pun inilah dunia sebenar mereka2 itu. Btw tak perlulah aku detailkan.. apa2 pun jikalau itu adalah usaha mengapa tidak berterus terang... Dunia zaman meleset tapi nilai harga manusia terlalu murah kerana $$$

Saturday, January 14, 2017

Penjual Tanah Kona2

Minggu lepas aku diberitahu oleh kakak ada orang nak jual kampung. Dia tak naklah call sbb biasanya orang akan predict ddk di oversea banyak duit. So asben pun kol lah empunya tanah, harga yang di letakkan pun dah agak tinggi tapi memandangkan lot tanah no 1, sebelah tanah pun dah ada orang buat rumah..owner adalah bagi kurang sikit masa conversation tu.

Katanya tanah ni pusaka tok dia kasi pada dia, nak duit cepat nak repair rumah yang ayah dia berikan pada dia. Untungnya dapat harta free.. :))

On the way nak sampai kampung, asben pun kollah sbb dah berjanji nak jumpa hari sabtu, katanya opah dia tak bagi jual pada orang luar, nak jual pada sedara terdekat jer..pulak dah. Yang gatal2 tangan iklan di mudah.my kenapa pulak. Takpalah banyak kerja nak di buat d kebun ..

Dalam pkl 1noon, dia kol asben yang dia, opah dan pak sedaranya nak jumpa d rumah mak aku.. Rupanya mak aku ni kenal sangat dengan opah dia ni...

Masa perjumpaan  tu dah cakap lain pulak, katanya tanah ni dia yang beli 4 tahun lalu, pulakdah, nak duit sbb nak beli tanah lot..lain pulak cakapnya, Katanya harga yang dia tawarkan rendah, dia dah salah harga,hmmm. Dia berikan harga baru yang lebih 15K tinggi ... mak ai boleh jugak macam ni

Asben pergilah ke tanah ni, pokok getah pun dah macam cakar rimau, hukum tebang. Sebelum ke tanah ni kena lalu tanah orang dulu walaupun tanah ni lot nombor satu tapi terdapat taliair, kena buat jambatan... Setelah di ambil kira kos2 penamaman semula getah, nak buat pagar, nak tanam getah, nak buat jambatan dan kos2 lain kakak decide tak nak belilah.. If tanah ni ada pulangan hasil getah okaylah bolehlah ada income dari situ. Getah ni pun lepas 7 tahun baru boleh hasil...

Apa2pun kakak dan aku pun tak ghairahlah sangat nak beli tanah tu, sbb aku anggarkan kos RM30K diperlukan untuk kos pagar, jambatan dan penjagaan, walaupun dapat bantuan RISDA duit kita nak kena keluarkan juga. Kalau harga dapat murah, okaylah, ni dah lah mahal tak berbaloi..

Pada akulah, kalau nak beli tanah jangan ikut orang, orang beli kita beli. Orang peram untuk capital appreciation tapi kita peram tapi value tak naik2... hmmmm

One part yang kelakarnya, suruh aku letak booking dulu walaupun aku kata nak pikir dulu, sbb tak nak lah tolak mentah2..katanya kalau aku tak jadi beli deposit burn... apa punya perjanjian.. unlesslah aku jadi beli, letak duit booking tanda jadi, sekian2 tempoh kena settle, kalau tak bayar deposit burn.. oklah kan .. ni tanya jer terus minta duit, tak jadi beli duit deposit burn... ada jugak orang macam ni.. Berhati2..



Sunday, January 1, 2017

GoodBye 2016 Welcome 2017

1st day of year 2017... Amacam, harga minyak dah naik, kita2 ni yang kerja swasta blm tahulah berapa gaji yang naikkan. Kl kerja gomen lainlah naik tetap naik even ekonomi okay ke tidak kan..

Tahun 2016 yang penuh dugaan, pada bulan Jan aku terjatuh dari tangga, 2x operation, masuk implan metal plate, MC 3 bulan.

Masa MC panjang dapat deal yg bagus untuk sebuah unit di area HOT, rumah terbina 20 tahun lepas tapi atas sekatan LPHS pembelian tak leh beli.. cancel

Masuk lelong tapi tak pernah menang pun..

Alhamdulillah unit yang selama ini -CF dah menjadi +CF, so far penyewa pun okay cuma jiran2 yang tersangat busy body.

Dapat increment RM420 dari rental income setelah 2 rumah bertukar penyewa dan dapat RM325 sorang untuk unit JV. Increment gaji pun tak sebanyak ni

Dapat menanam limau nipis untuk balance tanah seekar, cabarannya dari serangan hamma, Alhamdulillah serangan hamma dapat di atasi.

Fasa ke 2 untk tanah 2 ekar dapat diselesaikan baru2 ni.

Asben cuba deal untuk beli tanah tapi owner macam tak nak jual, letak harga tinggi dari yang dia tawarkan pada broker. Bila broker nak nego utk kitaorang tak nak jual pulak. Manusia banyak fesyen..

Tahun 2016 kita dapat tengok kesan kegawatan ekonomi terhadap hartanah. Harga untuk unit2 RM500K keatas dah soft dan untuk market rental tak kiralah high or low end pun ada effect. Kawan aku yang dulunya sewakan rumah pada RM1250 terpaksa turunkan sewa untuk menarik penyewa, itupun sudah berbulan takde penyewa. Jangan kata yang low end ni takde kesannnya ya. Seksyen 7 Shah Alam, yang dulunya HOT senang cari penyewa la ni sudah ada effect setelah perpindahan degree course ke Puncak Alam... unit berbulan takde penyewa even dah reduced rental sebanyak RM100..

Ya, tahun 2016 yang mencabar, banyak company yang tutup branch, kurangkan staff untuk mengawal cost. Pekerja O&G pun lagilah, dulu hujung bulan gaji paling busuk pun berbelas2 ribu, pun kena terminate, takpun kena potong gaji. Kalau tak buat macam ni,, company tak leh survive untuk tahun 2017 dan 2018.

Harga barang keperluan pun semuanya naik.. macam mana kita nak overcome tahun2 yang mencabar ini ? Takkan nak menyalak kat gomen, turunkan harga, turunkan harga, nak bakar kedai2 yang sengaja naikkan harga. Benda di luar kawalan kita susah nak di ubah. Sapa yang perlu UBAH ? Diri kitalah, kenalah berjimat cermat, berbelanja hanya yang perlu, kalau dulu hari2 makan diluar, kenalah ubah, banyakkan memasak di rumah, Kalau yang langgan astro tukarlah ke njoi ke MYTV, kalau dulu tiap2 bulan beli baju, kurangkan ke setahun 2 kali , yang mana merokok tu, kurang2kan batangnya atau berhenti. Kalau dulu2 makin angin jauh, cuba yang dekat2 pulak.

2017 Tahun Cabaran, tahun yang merunsingkan kita, harapnya tempoh kemelesatan ini tidak berpanjangan..