Bulan puasa ni aku tak berapa rajin nak update blog ni. Masa banyak di luangkan melayan anak2 aku. Persiapan baju raya untuk anak2 dah siap cuma diri aku ni yang belum beli apa2 lagi, ingat esok baru nak ke kajang shoping untuk diri aku dan asben. Aku akan bercuti dari 9hb Sept till 15hb sept sambung pula dengan hari satu malaysia. Aku akan bertolak ke kampung aku di perak pada 8th Sept selepas berbuka puasa. Harap2 jalan janganlah sesak. Asben aku ni bila jalan jammed mulalah mata dia pun layu, aku pulak kalau jam mmg cukup malas nak drive ...
Adik aku sekarang ni lepak di rumah sebab company sms yang dia kerja dulu dah kena jual. Bulan lepas company dia bayar half month gaji, dah lah opis kena pindah ke USJ.. biasalah company nak suruh staff berhenti mmg diorang plan buat macam ni supaya dengan relahatinya staff resign...since dia pun baru ajer konvo di uniten pada 8/8 jadi aku nasihat cari company yag betul2 stabil lagipun dia ambil major dalam IT networking so tak susah sangatlah nak cari kerja sebab tak ramai student ambil course ni sebab very tough.
Bulan puasa tahun ni depan rumah aku so far so good takde macam tahun2 lepas main mercun bom depan rumah aku. Aku ingat lagi tahun lepas rumah aku ni macam kawasan lapang sasar, anak2 jiran tetangga aku main macam dia ingat depan rumah aku ni macam rumah dia. Yg paling kurang ajarnya main mercun campak2 dekat porch kereta aku... aku dan asben cakap tak diendahkan langsung. Sampai tahap diorang campak mercun bom masa asben aku reverse kereta, sampai aku call polis peronda suruh berhenti depan rumah diorang ni. Tahun ni kalau diorang berani main lagi mmg nahaslah ..
Ada cerita menarik pasal rumah kakak aku di sentul. Minggu lepas tennant kakak aku call bagitau jiran sebelah pasal besi penyidai ngam2 dekat dengan meter air dan gantung pakaian dalam depan rumah . Since rumah kakak aku ni endlot jadi kalau nak kerumah kena lalu bawah bra dan coli jiran dia ni.. actually aku pun notice jiran ni gantung pakaian dalam masa aku repair rumah. Since tennant kakak aku tak puashati dengan jiran ni, kenalah aku dan asben pergi jumpa jiran ni... aku pun sound2 baik pada dia yang mengatakan aku nak pasang grill dari sempadan rumah ke rumah kakak aku .. hmm tau pulak dia kata area ni walkaway public area dan aku tak pasang grill...aku sound pada dia suruh buka balik besi penyidai kain since dia dah menceroboh kawasan. Aku terpaksa auta pada dia yang tennant aku dari sarawak ada pantang kalau ada pakian dalam di sidai depan rumah ia akan bawa bad luck .. walaupun dia macam tak puashati dengan aku dan asben dia mesti kena hormati jiran tetangga jugak. Aku tak sound tak bertempat, kalau dia dah menceroboh kawasan kita takan nak buat derk ajerkan. menurut tennats kakak aku so far so good ....
Esok ada hari kemerdekaan ke 53 bagi negara tercinta kita, biasalah tiap2 tahun aku kibarkan bendera depan rumah aku untuk menanam semangat patriotik di jiwa anak2 aku ...Bila aku amati bangsa kita masih ketinggalan di belakang, masih mundur tapi mendahului bagi stastistik kes buang anak, penyalahgunaan dadah, penghuni penjara, kes dera, merempit .. etc ...Dari segi ekonomi pula kita masih di takuk yang lama dan walaupun ada DEB, bangsa kita masih lemah dan kalaulah idea NEM oleh adik PM kita di realisasikan .. apa jadi pada kita ( hmmm ayah dia buat DEB anak bongsu daia ada idea NEM ??)....tapi pada aku ... walaupun DEB ini kekal selama-lamanya tapi kalau bangsa kita tidak menggunakan kemudahan ini apa gunanya ...bayangkanlah tabungan ASB khas untuk bumi belum pernah dalam sejarah tabungan ini penuh ....
Tak kira dimana reader blog saya berada, saya ucapkan SELAMAT HARI MERDEKA KE 53...
No comments:
Post a Comment