Monday, May 31, 2010

Dapat Cheque Dari Kilang Stokin & Potential Cheras Selatan

Pagi tadi aku ke kilang stokin hantar tendancy agreement untuk signature dan collect cheque bayaran deposit rumah sewa aku. Bolelah aku cover untuk upah grill rumah aku nanti. Lawyer aku pun dah call untuk sign beberapa surat sebelum diserahkan kepada lawyer bank loan.. nak keluar duit nanti. Luckily aku boleh korek dari account OD lagi. Aku terlupa tadi nak check progress dengan reimbursement payment dari EON bank. Kerani lawyer ni kalau aku tak follow up, sampai pengsan pun dia tak reti2 nak call aku. Dia reti call aku bila mintak duit legal fees. Biasalah duit diorang ingat duit aku buat derk ajer ....

Dari apa yang aku tengok sekarang ni area rumah aku macam goreng pisang panas. Mana2 unit yang masuk auction rega naik berbelas2 ribu dari RP ... petanda baik ni .. susah benor nak cari good property sekarang ni.. kalau ada, jangan harap dapat pada RP, kena berlawan2... perception ramai orang mengenai rumah lelong dah semakin baik so ramai yang berlumba2 nak beli rumah lelong .. tapi kena jaga2 silap langkah jangan nak untung lebih, rugi besar pun ada .. tak silap gaya, duit boleh jadi lebur ...

Hari ni aku macam no mood di opis ..boring semacam ajer ... takde inspirasi langsung .. hahaha .. demotivated dan felt very2 lasyios .Apa2pun aku kena ketepikan perasaan negatif ini ..nama pun makan gajikan dan di beri gaji .. so kena kerjalah yop ... dun be lasyios2 ...you still get paid !!!!!

Appointment Dgn Potential Tennants

Semalam Hari Ahad, pukul 9pg asben aku attend 1st class untuk new semester. Aku macam biasalah mengemas rumah dan terasa penat badan, almaklumlah no rest for past a fews week. Aku plan nak ke Sentul habiskan kerja mengecat dan bersihkan rumah kakak aku. Sebelum pergi sentul, aku dan anak2 lunch di restoran di BTHO. Asben aku pula akan kesana naik motor after class. Aku sampai di rumah kakak aku pukul 2pm. Aku menyambung kerja2 mengecat grill di dapur, mmg kotor betul kena sodok dulu kekotoran dia di grill baru aku catkan. Lepas tu cat pintu bilik air, lepas cat baru nampak rupa pintu. Actually hari ni ada a fews orang nak tengokkan rumah ni. Banyak orang yang call termasuklah foreigner, kalau foreigner mmg aku blacklisted.

Pukul 5:30ptg asben aku sampai dan meyambung kerja2 mengecat. Pukul 6:00ptg ada one guy nak tengok rumah, aku cakap kalau nak tengok datang sekarang sementara aku di rumah sentul. Mamat ni kalut sikit, tak berapa familiar dengan area sentul. Aku beri direction pada dia, ntah2 mana dia pergi. Almost 1jam dia lost. At last aku suruh dia tunggu di OTK dan aku suruh asben aku ambil dia di sana. Kalau jadi Mamat ni nak sewa kosong dan kalau boleh nak duduk mid Jun. Aku cakap no problem, sebab kitaorang kena buat final touch up dan pindah barang keluar. Actually ada seorang lagi girls nak datang tengok rumah, tapi tak muncul2. Dia sesat kot. btw, guys ni siap cakap pada aku inilah rumah paling rumah yang dia survey... hmmm aku beri sewa murah ker aku letak RM700 untuk medium cost apartments. Lagipun kadang2 lift selalu rosak that whylah aku tak dapat letak tinggi. Kakak aku mintak aku decidekan berapa rental dia.

Actually pukul 8 aku kena ambil one girls dari rumah dia di balakong untuk tengok rumah di klang. Asben dia kerja di Port Klang dan tak dapat ikut sekali tengok rumah. Since aku bertolak dari sentul pukul 8:25pm aku sampai di rumah aku, tukar kereta dan terus ke rumah dia di impian ehsan. Bila sampai di rumah parents dia aku nampak ada fews children di pintu pagar. Aku cakap kalau u nak bawak adik you boleh juga. Tak dia anak saya, aku cakap bawak ler dia sekali kalau nak ikut. Menurut girls ni dia kerja di KL tapi asben dia kerja di Port Klang. Aku cakap kenapa nak cari rumah di port klang ajer, dia cakap dah call banyak tapi susah cari rumah. Aku cakap pada dia kalau dari Klang ke KL jauh tu since dia depends pada public transport. Girls ni baru kawin 3 months dan asben yang sekarang ini adalah asben terbaru dia. Dia dah ada anak 3 orang dengan asben terdahulu. Cara dia cakap ni, macam ada masalah dengan asben dia, since asben dia ni involve dengan operasi jadi kerja tak tentu masa. Kadang2 tak balik rumah sebab jarak balakong dengan port klang agak jauh.... Kesian juga aku mendengarnya. Dia kata janji ada public transport dia berkorban demi rumah tangga dia .... girls ni di kategorikan cantik juga, nice body, dan cara percakapan aku rasanya dia ni educated jugak orangnya ...

Sampai di Klang pukul 10:30pm, terus ke rumah aku, tunjukkan rumah. Ketua blok dah pasang lampu2 dan kipas belum lagi, cepat dan kemas juga mamat ni buat kerja. Upah dia pun murah gilos2 takde orang yang charge semurah ini. Di Shah Alam pasang DB Box pun kawan asben aku charge RM70 sedangkan mamat ni baru RM20. Girls ni cakap rumah ni okay dan siap cakap pada aku akak tak rasa rugi ke sewakan rumah ni, sebab cantik.. hmm.. anak dia pun cakap suka rumah ni dan nak duduk di sini. Aku cakap pada girls ni, jangan terburu2 buat keputusan dan survey dulu public transport sebab dia kerja di KL. Rumah aku dengan klang sentral hanya 5 mins perjalanan dari rumah aku ni dan ada highway ke port klang.Rumah ni pula 100% Melayu, 24Hrs guarded dan hanya ada 2 blok sahaja dan hanya 160 unit rumah sahaja, mmg tak crowdedlah dan juga betul2 tepi main road.

Aku letak rental RM500 dan dia langsung tak mintak tawar, aku cakap pada asben aku, kalau dia jadi aku akan reduce rental ke RM470. Tulah kadang2 hidup kita ini mesti ada give and take dan berkorban untuk kebahagiaan kita, kalau tidak kita sapa lagikan. Sebagai wanita aku bersimpati dengan girls ni, yealah dia cakap pada aku, kalau jadi dia hanya tinggal dia dan asben dia. Anak2 dia akan di jaga oleh parents dia dan ex ipar duai yang banyak tanggung perbelanjaan anak2 dia. Aku rasa dia di di persimpangan dilema diantara anak2 dan new asben.

So, aku akan closekan deal for a week waiting the feedback from the girl ni. Ikutkan selagi aku belum dapat duit booking aku open pada semua orang. Since aku simpati pada girls ini aku hold for a week dulu.

Saturday, May 29, 2010

Rezeki di hari Jumaat

Semalam aku ke klang ambil db box dari guard house since developer tak pasang2 lagi DB Box. by right untuk rumah lelong developer tak payah bersusah-payah nak pasang db box. Dia dah kasi DB Box kat aku pun dah syukur rahmat. Masa ambil DB Box ketua blok offer nak tolong pasangkan untuk aku.. dia mintak RM20 ajer pasang DB box.. murah gilos. Aku cakap pada asben aku, kalau dia nak pasangkan lampu dan kipas juga. Dia cakap boleh satu point lampu dia charge RM8 ajer dan pasang kipas dia charge RM20 ajer .. dengan senang hatinya aku belikan kipas dan lampu2.. dan bagi cengkeram RM100 pada dia. Aku cakap pada asben aku bila dia dah siap buat kerja aku nak kasi lagi RM100 eventhough dia minta RM120 untuk semua kerja ... betul2 rezeki aku ..

Asben aku tanyakan pada pak guard siapa yang boleh buat grill, dan dia pun kasi telefon tukang grill. Masa aku dalam rumah, tiba2 tukang grill yang kebetulan tinggal di blok yg sama tanyakan pada aku nak buat grill ker . aku jawab .. yea nak buat grill. Dia charge RM1100 untuk 4 tingkap, 2 tingkap bilik air, ruangan washing machine, dan grill di pintu depan, jenis grill besi masuk dalam ... congakkan aku kira murah jugalah.. actually rumah klang ni kurang masalah, bank pun belum disburse duit lagi.. Insyallah bulan 7 ni nanti aku akan sewakan. Syukur kepada allah kerana mempermudahkan jalan ..Minggu depan ada orang nak tengokkan rumah tu.. insyallah jadi hendaknya..

Hari ni aku ke Pekan hadiri kenduri kawin sepupu asben aku. Dari KL pukul 7 sampai pekan 10:30pg. Minggu depan baru kenduri sebelah lelaki tapi aku sekeluarga tak dapat hadir sebab akan ke JB dan seterusnya ke Singapore.

Hari ni juga kawan asben aku pasang DB BOX di rumah lelong di shah alam. Cuma pasal sambungan paip dah lesap aku kena cari kedai plumber beli besi ... Since developer ni banyak cekadak malas aku nak deal dgn diorang... Aku kena settlekan juga since student UITM dah bayor booking pada aku.

Aku dah dapat rasa betapa busy nyer aku setiap hari, buat follow up dengan lawyer2, bankers, vendor2 dan PBT. Layan incoming call, sms, email dan hantar details. Hujung minggu pula sibuk bawa orang tengok rumah, mengecat dan repair yg mana perlu .. Apa2pun aku ENJOYED dan setiap hari aku dapat berkenalan dengan ramai orang yang macam2 ragam ...banyak knowledge aku pelajari dan banyak perkara yang aku kena perbaiki lagi ... pendekata aku puashati dengan pencapaian aku setakat ini .. syukur alhamdulillah ....

Thursday, May 27, 2010

Kalah di Ehsan dan rumah di Shah Alam dah dapat Penyewa

Hari ini aku cuti sebab nak pergi EHSAN bid satu unit flat di Shah Alam. Aku sangat yakin yang aku akan menang unit ini since unit di section 19 ni bangunan lama dan unit lelong ini taklah cantik bebenor. Tau2lah di keadaan flat di Shah Alam. Tapi dari segi rental mantap beb.. Aku plan beli dan untuk sewakan kalau nak jual sapa yg nak beli rumah buruk...ikut aku punya perceptionlah ..

Aku buat bank draft pagi tadi dan bertolak ke EHSAN pukul 2pm dari rumah aku.. walaupun jalan jammed apa aku kisah, akukan naik motor. Pukul 2:30pm aku sampai di Ehsan, masa aku sampai tu taklah ramailah sangat. Lepas aku aku regsiter terus aku duduk, ,malas nak lepak2 dengan ulat2.. Aku buat hal aku sendiri..

Bila auction bermula, unit aku yang dimulakan dahulu, tup2 auctioneer - En Ali cakap ada 4 orang bidder termasuk aku... waduh2.. terkedu aku mendengarnya. Tipis harapan aku .... RM29600 ajer dan harga go up till RM41K .. gilos2 .. tak menang pun aku, last price aku angkat RM36K .. Mamat yang menang ni memamglah otai lelong .. tak tahulah samada dia beli untuk sendiri atau untuk client.

Masa aku ambil bank draft dari counter aku di sapa oleh seorang bidder cina yang sama2 bid rumah tersebut. Dia tanya you beli untuk investment atau mau duduk. Aku cakap untuk investment, dia cakap itu orang sudah gilalah bid sampai RM41K.. dia cakap dia pernah beli unit di section 19, tkt 2 dengan harga RM32K .. Aku called asben aku, tanya kalau takde orang bid di section 24 aku akan beli pada RP. Dia cakap okay, just proceed. Tengok2 unit ini ada 2 bidder, dari RP22K naik sampai RM47K .. kenaikkan RM25K .. fuyoh 1x ganda + 5K lagi. Aku pun terus balik rumah dan ke bank cancel bank draft dan masukkan dalam aku nyer current account OD aku.

Pagi tadi bakal penyewa aku bank in duit booking ke account aku. Actually mamat ni mmg bernasib baik sebab last minutes minah rempit yang yeaya nak rumah tu tak bank2 in duit booking. Bila orang call aku cakap dah ada penyewa. Since dia tak masuk2 duit sebelum pukul 10am aku anggap deal aku dengan dia terbatal. Mamat UITM ni pula call aku malam semalam cakap dia betul2 nak rumah ni, aku cakap pada kalau minah tak bank in duit booking akak akan call u. Hari ni pukul 10:15am mamat uitm di call samada dia boleh dapat sewa aku tak. Aku cakap yea, dan terus mintak nombor account aku. Pukul 11pagi dia terus bank in duit. Betul desperado betul. Actually aku simpan banyak waiting list nama2 orang yg nak sewa rumah ni kalau2 minah rempit tak jadi. Tapi entahlah, aku berkenan pula dengan budak uitm ni. Rezeki dia agaknya kot ..

Sunday, May 23, 2010

Appointment Dgn Bakal Penyewa

Hari ini pagi2 aku ke Shah Alam appointment dengan potential tennants. Aku dan family sampai lebih kurang 9pagi dan breakfast di gerai pakcik askan di pasar section 16. Aku biasalah pekena mee jawa .. memamg sedap, anak aku makan nasi lemak dan asben aku pula makan beehon. Tengah2 makan potential tennant SMS kata 5 min lagi dia sampai di tempat pertemuan aku balas balik sms kata aku sampai 10 min lagi. Lepas makan terus gerak ke lokasi pertemuan dan dah tercegat budak tu kat situ. Aku terus bawa dia ke rumah aku untuk budak tu view. Aku cakap pada dia yang aku akan sediakan tikar for whole house, kipas di hall dan kipas dinding di master bedroom, juga tempat letak dapur dan cabinet simpan barang di dapur. Budak ni ex student uitm nampaknya interested jugaklah dia tapi dia kena bincang dengan housemate dia. Sekarang ini dia tinggal di section 7 dengan rental rate RM600 dan hanya tinggal 2 orang saja. Katanya owner tak sediakan apa2 spt tikar, kipas .. kedekut jugaklah tuan rumah dia. Sapa sewa rumah aku jamin puas hati. Sebagai tuanrumah janganlah kita terlalu mengejar pulangan yang tinggi sedangkan penyewa kita bermatian cari duit bayar sewa and end up diorang tamatkan contract penyewaan ..

Since aku ada lagi satu lagi appointment dengan potential tennants pada pukul 12 tghari aku dan family ke rumah adik asben aku di section 17. Aku tak bagi tau pun yang aku nak datang sbb tak nak diorang susah2 prepare apa2. Luckily faimly dia ada di rumah. Last time adik ipar aku ni involve dengan forex trading dan aku tanya dia macam mana sekarang, masih trading ke. Dia cakap sekarang ni dah jarang trade sbb tak ikut syariah islam. Actually aku dah tahu lamalah tapi atas alasan malas nak bz body aku diam ajerlah. Takut nanti orang marah pulak. Sekarang ini dia jadi ejen insuran etiqa pula dan part time car salesman. Dia cakap pada aku tengah tunggu jawapan dari MBSA dapatkan gerai di section 17. Dia plan nak buka cafe. Aku pun cakap okay kalau buat business makan2. Aku pun tanya dah beli rumah ker ? dia cakap baru2 ini ada masuk auction bid rumah teres tapi kalah. Actually involvement aku dan asben dalam bidang properties ini aku dah kepohkan pada saudara-mara hanya adik aku tinggal dengan aku saja yg tahu. Malas aku nak kepoh2. Aku pun cakap kalau nak bid rumah lelong aku boleh uruskan. Aku pun cakap pada dia yang aku boleh bid on behalf. Aku pun heran jugak dgn adik ipar aku ni, kahwin dah tujuh 7 tahun tapi masih menyewa. Aku pinjam laptop dia surf internet dan tunjukkan pada dia ada a fews flat di Shah Alam yang menarik untuk di jadikan unit sewa. Aku cakap pada dia belilah rumah Flat dulu lepas tu beransur2 beli rumah teres.

Pkl 11.50am aku call potential tennant aku tanya samada dah sampai atau belum. Dia jawab lagi sejam sampai. Aku cakap pada asben ruangan masa tu untuk survey rumah lelong di Shah Alam. Gerak dari rumah adik ipar aku terus ke rumah lelong, tak susah pun nak jumpa. Rumah kosong dan berkunci. Tak boleh nak tengok condition. Shah Alam ini rental rate bagus confirm dapat +CF.

Potential tennant aku sms kata dah sampai di kawasan rumah sewa aku. Dia cakap2 jalan2 terjumpa kawasan tu. Aku cakap tunggu di lif, masa aku beredar dari kereta, aku nampak couple yang macam tercari2 lif aku pun tanya u ni xxxxx dia cakap yea. Sah dia potential tennat aku. Terus ke rumah aku dan tunjukkan rumah. Couple ni baru 2 bulan kahwin dan sekarang ini duduk asing sebab tengah cari rumah yang sesuai. Couple ni cakap diorang interested dengan unit ini dan bagi tau jangan beri pada orang lain until diorang betul2 confirm. Aku cakap ada fews orang dah tengok rumah ini dan interested dengan rumah ini. Since diorang belum bayar apa2 deposit aku open status.

Lepas tu aku ke KFC Section 7 menjamu selera, bayar pakai voucher yang asben aku dapat dari company dia, tambah rm4+ ajer. Lepas menjamu selera terus gerak ke rumah aku di Cheras .. ponet gilos

Thursday, May 20, 2010

Rumah Shah Alam & kemungkinan turun ke gelanggang auction lagi

Hari ni aku called kerani lawyer lembab bangat tanyakan macam mana dengan disbursement untuk rumah lelong di Shah Alam. Kerani tu cakap yang EON akan disburse duit hari ini since aku dah instructed lawyer aku hantarkan cheque ke bank pelelong semalam so diaorang cancelkan sebab diorang kena refund balik ke asben aku.. Yealah aku dah issue cheque hari due date terhegeh2 nak buat disbursement. Apapun rumah tu dah jadi milik aku .. kata kerana lembab ini within 2 weeks aku akan dapat refund ...

Malam semalam aku bergegas ke Klang hantar POS yg siap di stamping ke kawan atas kawan aku yg menang pada lelongan CIMB. Aku bertolak lambat sebab asben aku sampai rumah 9pm dari Penang. Since aku dah janji kena pergi jugaklah. Nak jaga hati orang ...

Pagi tadi aku ke kilang stokin hantar draft penyewaan rumah di Cheras. Diorang kena response pada aku sebelum habis bulan May ini.

Hari ini aku ada shortlisted dua unit yang agak menarik untuk di bida pada hujung bulan ini dan awal bulan Jun. Satu unit ni memamg discounted 50% dari market value dan satu lagi dalam 30% discount. Aku ingat nak survey unit ini this weekend itupun kalau sempatlah dan juga buat. Rental rate at least RM400, Okaylah tu budget kecil untuk pun ciput, apa2pun +cf itu yang penting.

Aku ni suka explore tempat2 yang tak hot2 sebabnya ramai saingan. Yea benar kata orang beli rumah di kawasan hot memamg berbaloi sebab senang cari buyer dan tennats, pada aku pula malas nak membuang masa sebab budget aku ciput ajer. Tak semestinya rumah kawasan yang suam2 kuku tak ada buyer dan tennants. Cthnya rumah aku di Klang yg di beli dgn harga RM53K tapi rentalnya between RM400 - RM500.Kat situ ajer aku dah dapat +CF at least RM100. Sapa nak kasikan..

Kadangkala aku pun naik heran ada orang Bid Penara sampai RM80K sedangkan sewa max RM550. Alasan yang diberi tempat hot dan DBKL tak allow orang bergaji besar beli rumah lowcost secara subsale. Pada pendapat akulah, makan 5-6 tahun nak dapat modal balik sedangkan MV baru RM75K ... Aku banyak jadi silent reader banyak blog hartanah kadangkala aku tengok agent2 ni hanya mementingkan komisyen diorang dari bank pelelong sampaikan diorang mempengaruhi mereka2 yg terlalu excited nak dapatkan rumah lelong yang terbaik... Berbaloikah anda membeli Penara dengan harga RM80K. At last kerana keghairahan itu bidder tersebut menyesal tak sudah sedangkan agent yang selfish bergembira dengan duit komisyen dari bank pelelong. Ada juga agent yg jujur dan memberi khidmat nasihat yang terbaik..

Pada aku yang terlalu mencintai bidang ini, semuanya aku lakukan sendiri dengan niat utk belajar dan memahami bidang ini... Arios, amigos .. macam ZN .. pulak dah

Tuesday, May 18, 2010

Son Admitted at Gleaneagles

Pada hari Isnin yang lalu anak aku dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut. 2 test di lakukan bagi mengenalpasti masalah kesihatannya. Aku ambil single room since lebih selesa dan privacy. Keputusan ujian yang di lakukan adalah normal dan anak aku discharge pada petang tadi. Since asben aku kerja hari ini, aku naik teksi balik ke rumah. almost 1 jam aku tunggu teksi di lobi Gleaneagles.

Berkenaan rumah lelong, aku curi masa ke NCM ptg tadi ambil POS yang sudah di mati stamp. Lebih kurang pukul 5pm asben aku called kata ke Penang untuk buat presentation di office client. Waduh2, aku pun call kawan aku tu cancelkan hantar POS. Esok baru aku akan hantar.

Sunday, May 16, 2010

Aktiviti Hari Sabtu

Semalam aku ke lelongan CIMB unuk membida sebuah unit apartment mewakili kawan atas kawan aku. Alhamdulilah menang pada RP. Kawan aku tak dapat dapat datang sebab sibuk dengan kenduri perkahwinan saudara dia. Dapatlah aku komisen bank pelelong nanti since aku menang unit ini.

Aku dan asben terus balik rumah untuk lunch since aku akan ke Shah Alam ambil kunci rumah apartment yang siap tapi tak ada CF. Hmm senang betul developer ni lepas tangan. Aku ke management office ambil kunci, complain form dan terus ke unit aku di tingkat 9. Banyak juga complain yang aku catatkan, since developer ini kaki auta of courselah sedikit kerosakkan pun aku complain. Lepas checked semua aku ke management office cakap aku tak nak sign apa2 form since aku tak berpuashati dengan mutu buatan rumah tu. Lagipun form tu pun macam cuba nak tipu pembeli. Tulis ajer complain form tapi kat bawah tu tulis saya berpuashati dengan unit rumah dan kerosakkan telah di perbaiki.. Aihhh .. Lagi satu dia letakkan syarat standard grill design yang costnya lebih kurang RM1350 .. Mahal tu ..Aku pun tanya kalau saya buat design lain apa tindakan management office. Aku cakap your office grill pun tak ikut standard design so u cabutlah grill tu ...

Masa aku keluar dari opis tu aku berkenalan dengan seorang makcik dan berborak2 dengan dia. Dia pun complain pasal mutu buatan rumah yang sambil lewa. Aku tanya dia dah signed form ker, dia cakap dah.. aku cakap pergi balik ke management office cancel balik signature tu or else developer akan lepas tangan macam tu ajer..

Dar Shah Alam aku ke Klang cuci rumah lelong since rumah ini tak di diami since siap. Aku dan asben cuci rumah tu sebab berhabuk teruk dan tengoklah dalam minggu depan asben aku nak pasang lampu dan kipas. Bolehlah aku bawa anak aku nanti once dah bersih. Magrib jugalah kita habis cuci rumah tu dan terus balik ke Cheras.

Hari Yg Meletihkan dan Sakit Hati

Hari Jumaat lepas aku cuti since anak aku keluar hospital pada hari Khamis. Pagi tu aku ke Kajang untuk bayar legal fees since diorang instructed bank buat disbursement. Dengan hati yang gembira aku kesana dan bertanyakan bila bank nak disbruse duit since extension expired pada 20th May, dengan selamba aje kerani tu cakap tak tahu samada boleh catch the date atau tidak. Menyirap darah aku dengan aku mendengarnya. Aku cakap pada kerani u call bank sekarang bila mahu disburse ? dia pun call bank dan kata officer in charge dia cuba cakap dengan boss dia untuk buat disbursement. Jawapanya sama ajer kita cuba disburse sebelum 20th May .. Kerani legal firm memamg memamg lembab gila, bila call mc, cuti, makan, engaged bila suruh call balik haram nak call balik. Aku cakap pun macam kurang asam jugaklah pada kerani lawyer tu, balance legal fees aku taknak bayar sehingga dia dapat confirmation dari bank bila boleh buat disbursement. Ini bank lawyerlah, panel bank kononnya tapi lembab...

Next location aku ke Cheras signed letter offer untuk rumah lelong di klang. Borak2 dengan dia lebih kurang 15 mins. Then aku gerak ke old klang road jumpa lawyer aku minta advise pasal problem loan disbursement since extension dah nak expired. At last aku decided jika EON tak dapat disburse duit sebelum 20th May aku akan settle cash. Aku issued post dated cheque bertarikh 18th May kepada bank pelelong dan beri pada lawyer aku. Malas aku nak pikir banyak2, sakit hati betul di buatnya. Masalah2 betul dengan rumah lelong di shah alam.

Seterusnya aku ke AIA Jln Ampang ambil borang untuk claim Hospital Benefit since anak aku admitted di HUKM selama 2 hari. Perut pun dah berkeroncong aku ke 2nd Floor ke AIA Food court untuk brunch .. breakfast and lunch.

Lepas tu aku ke Pusat Bandar Damansara untuk beli insuran motor aku since dah expire, tengok2 kedai yang aku beli insuran tahun lepas dah tutup. Aku pergi ke Pejabat POS di PBD gamble kalau2 ada insurance 3rd party available. Susah sekarang ini nak cari 3rd party insuran sebab insurance company letak quota setiap hari. Luckily still ada, aku pun proceed beli insuran dan renew rod tax aku.

Lepas tu aku terus shoot balik rumah.. ponet gilos ...

Friday, May 14, 2010

Son admitted in HUKM

Pada malam selasa yang lalu aku berkejar ke HUKM sebab my son tiba jadi kejang. Masa tu aku dan asben keluar beli kek untuk celebrate brithday my son. Nasib baik masa tu adik aku ada di rumah. Since kita orang dah well planned birthday dia, aku pun order pizza dan masak mee goreng untuk dia. Asben aku belikan dia kereta control sebagai hadiah hari jadi. Lepas celebrate birthday dia, pukul 10:30pm aku dan asben ke HUKM bahagian ER, aku pun bagitau apa yang terjadi pada anak aku pada petugas ER dan terus diorang tolak anak aku kedalam berjumpa doktor. Aku pun ceritalah pasal background medical dia. Diaorang pun ambil darah untuk ujian. Maklumlah hospital goverment lambat sampaikan anak aku tertidur dalam emergency wad. Lebih kurang pukul 1:15am doktor decided tahan anak aku di wad untuk oberservation. Attendant bawa anak aku atas wheelchair ke wad kanak2. Since kitaorang tak bawa apa2pun asben ke 7E beli air dan roti incase kalau anak aku lapar. Aku tidur atas katil wad dgn anak aku since dia tiba2 aje jadi macam sedih. Bila asben aku balik dari 7E dia decided temankan anak aku di wad, lebih kurang 3:30am aku drive seorang balik ke rumah. Sedih betul rasanya.

Pagi lebih kurang 8am aku ke HUKM bawakan baju2 dan barang2 keperluan. Doktor kata anak aku kena jalani beberapa test untuk mengesahkan masalah kesihatan dia. Diorang pun cuba dapatkan test tersebut dengan kadar segera. Actually nilah 1st time anak aku masuk government hospital tapi disebabkan apa yang berlaku pada anak aku ini mungkin ada related masa dia baby sebab dia lahir di HUKM, jadi aku dan asben decided pergi HUKM. Aku bawa laptop bagi dia surf internet dan main online games supaya dia tak boring sangat. Lepas jemu dengan internet dia main kereta dalam wad. Aku biarkan ajer at least masa dia terisi dengan aktiviti2.

Seperti yang di jangka test tidak dapat dilakukan dengan alasan kekurangan staff. Doktor berikan 4 appt pada bulan 6 dan 7 ... anak aku discharge pada hari khamis.

Esok aku akan ke Hospital Istana untuk bid rumah tapi bukan utk aku tapi untuk orang lain.. harap2 menanglah ...

Wednesday, May 12, 2010

Update Semasa

Alhamdulillah full disbursement rumah teres dan rumah apartment yang aku beli secara subsale dah done. Cuma yang pending adalah kes rumah lelong shah alam yang mana bank lawyer dah advised bank untuk disbursement. Loan rumah di Klang dah approved dan aku akan sign LO within this week. Aku pun dah advertised rumah shop apartment aku untuk dapatkan duit pusingan. Harap2 unit dapat let go dalam 2-3 months, insyallah. Hari Sabtu ni aku akan dapat kunci dari developer untuk rumah aku di shah alam dan pada petangnya aku nak basuh rumah aku di klang.. once developer dah pasang db box aku dah boleh start advertise untuk sewa.

Dari minggu lepas aku, asben dan adik aku sibuk mengecat rumah kakak aku di sentul, satu rumah kena cat dengan siling2 pun kena cat tu. Tak banyak dah yang kena buat cuman sedikit touch up, cat grill dan gantikan main door. Since kakak aku tinggal di australia kenalah kita orang tolong dia kalau nak upah orang makan ribu nyer. Tengah2 kitaorang mengecat dah ada orang nak bertanya nak sewa. Whatever keputusan pasal rental rate aku serahkan pada kakak aku sebab rumah ni rumah dia, lagipun dia previously dia sediakan almost fully furnished pada tennant lama.

Kebelakangan ini aku sesangat bz dengan kerja di opis dan melayan politiking boss aku.. sempat jugaklah aku curi masa deal dengan banker, lawyer dan PBT.. nak hidup kan kenalah curi2 masa jugak ..

Tuesday, May 4, 2010

Manusia Lupa DIRI

Manusia sombong adalah manusia yang dahulunya susah tapi lupa diri bilamana dia memperolehi kesenangan. Manusia sebegini memamg wajar dipulaukan kerana lupa asal usul dan rakan-rakan di masa susah. Kadangkala aku pun hairan dengan kesenangan yang sedikit dia menjadi lupa siapakah orang di sekelilingnya. Aku sentiasa mengingati diri aku sendiri dari mana aku datang dan siapakah orang yang aku gauli pada susah.

Pada aku adakah kesenangan yang kecil itu sudah cukup untuk berlagak sombong dan lupa diri. Aku amat membenci orang yang sebegini..dan semestinya dia sedar bahawa langit tidak selalunya terang ...

Saturday, May 1, 2010

eFiling dan rumah lelong area rumah aku

Last minutes aku buat eFiling untuk aku dan asben. Aku buat taksiran berasingan sebab lebih untung. Income kena refund around RM1.2K sebab terlebih bayar. Harap2 aku dapat refundlah, tahun lepas dapat around RM700.Cadangnya esok aku sekeluarga balik sekejap ke Perak nak jengah ipar duai dan juga kebun aku..

Lama jugaklah tak balik sana, yealah asing bz memanjang dan asben aku dengan assignmentnya dan examnya. Aku pulak sibuk dengan hal-hal rumah... Minggu depan aku nak cuci rumah kakak aku di Sentul since tennats dia dah keluar, condition rumah memamg tahap kotor gila, almaklumlah lebih 15 tahun company ni sewakan untuk di jadikan hostel. Aku kena tolong kakak aku sebab dia dan family dah migrated ke Australia enam tahun lepas. Aku akan minta bantuan dari anak2 saudara dan adik2 aku gotong royong bersih dan catkan rumah tu nanti. Dalam sehari boleh settle rasanya.. Lepas tu kena advertise utk cari tennant pula .. Lepas settle rumah kakak aku, aku plan nak cuci dan cat sikit rumah lelong yang aku menang di Klang. Kalau takde aral aku nak sewakan pada bulan Jun nanti .. loan bayar RM220 dan maintenance RM60, rental kat situ between RM450-RM500.

Hmm area rumah aku ada rumah nak di lelong pada masa yang terdekat ini,aku macam berminat ajer .. apa tidaknya lori 5 tan boleh parking belakang rumah dan rumah pun dah renovated, tapi tingkap2 dan grill dah hilanglah ..Aku estimated kos repair not more than RM10K .. berbaloi2 jugaklah .. nak duduk pun okay nak beli dan jual balik pun okay ... thinking3