Thursday, August 20, 2015

Rumah lelong kos rendah dan signed SPA utk rumah subsale

Aku dapat pertanyaan dari seorang rakan kita yang berminat membida rumah lelong kos rendah. Menurutnya POS ada menyatakan bahawa terdapat sekatan2 pemilikan. Aku pernah ajukan pertanyaan ini kepada bahagian undang2 LPHS dan jawapan yang diterima, JIKA didalam POS dinyatakan syarat2 pemilikan MAKA pembida yang berminat mestilah mematuhi syarat2 tersebut DAN JIKA tidak di nyatakan, maka sapa2 boleh membida unit tersebut  dengan andaian pembida tersebut tidak mengetahui syarat2 pemilikan rumah kos rendah.

Katanya terdapat unit di kawasan yang sama dilelong sebelum ini tidak dinyatakan pun syarat2 tersebut dalam POS. Dan katanya agen yang beliau hubungi menyatakan dorang boleh kaw tim dengan LPHS ..

Mmg aku tak berani nak masuk jika POS tertera dengan syarat2 pemilikan. Katakan LPHS tidak luluskan maka duit deposit akan hilan. Mmg agen boleh kata, boleh kaw tim, boleh percaya ker ? Kalau percaya, yes go ahead, Sebabnya kalau tak lulus dengan LPHS, duit awak akan hilang tapi agen dah dapat komisyen samada dari Bank atau dari awak ..

Nasihat akulah janganlah risau sebab banyak lagi rumah2 lain. Insyaallah ada rezeki bid rumah lain. Aku pun macam tu jugak dulu, teruja nak bid, tapi apakah daya kalau mmg kita terover layak...

SPA untuk rumah terbaru dah signed pada hari Khamis lepas. Semalam owner rumah kol bagi tahu nak jumpa, nak hand over rumah... Aku bagi tahu yang baki bayaran belum di lunaskan. Katanya dia tak kisah sebab la ni dia berpindah ke JB dan sebab itu dia nak hand over rumah ni awal... Kiranya aku dapat rumah ni awallah...

Pada 28hb ni akan berjumpa untuk ambil kunci, rumah ni perlu di cat, dan nak pasang awning di parking, lepas tu dah bolehlah cari penyewa.  Dapatlah cober duit legal fees...

Ada landed nak di jual di area yang aku jangkakan akan naik dalam masa 3 tahun lagi, tapi pembelian tak dapat di beli sebab under low cost.. Kalau beli mmg kena reject dengan LPHS. Just nak shared baru2 ni kawan opis beli rumah mertuanya pun kena reject sebab atas alasan gaji melebihi 5K, rayuan di buat pun LPHS tak layan.

Lelong pun nasib2 ajer boleh menang pada harga yang berbaloi2, yang suam2 pun naik mencanak2. Tak faham jugak aku melihatnya.. 

Friday, August 7, 2015

Rezeki Bulan Raya - Landed 3r 2b

Alhamdulillah minggu ni dapat lagi sebuah rumah teres medium low cost yang di beli thru subsale. Kira rezeki jugak ni, sebab owner ada lantik agent jugak untuk jualkan rumah ni tapi dia tak sign apa2 dokumen dengan agent. Jadii dia bebas jual rumah ni pada sapa2 sahaja. Jadi agent tak leh nak charge dia apa2 kalau owner jualkan rumah ni. Rumah ni tidak tertakluk dengan LPHS sbb medium low cost, rumah sudah ada grill dan fully tiles... 

Macam mana aku dapat contact rumah ni, adalah ceritanya. Nego2 jugak dengan owner ni, bila aku bagi tau nak settled cash terus dia turunkan RM15K, bila aku nego2 lagi, bagi tahu sampah sarap dalam dan luar aku kasi clear, dia turunkan lagi RM3K... so rumah ni aku beli dengan harga RM117K jer.... Rumah ni dalam Selangor, yang pasti bukan di Rawang, puncak alam dan sekitarnya. Rumah di kawasan yang sama last year transacted ialah RM180K ...

Kawasan yang sedang mmembangun, banyak developer besar2 masuk bangunkan buat projek2 township diaorang. Kalau tak jammed, dalam masa 20-25min dah boleh sampai KL.... Tapi lagi jammed rumah makin mahal... nak murah2 cari tempat tak jammed..

Owner adalah seorang staff gomen dan rumah dibiayai oleh pinjaman kerajaan. Deposit dibayar RM1K  dan aku mintak lawyer aku contact owner dapatkan semua dokumen2 untuk penyediaan SPA. Kena cergas kalau lambat2 nanti kena kebas.. 

Rumah ni aku shared dengan kakak, lepas settled semua, baru aku nak refinance utk dapatkan modal balik... Simpan 2-3 tahun, lepas tu baru jual. 

Nak masuk lelong la ni bukan macam dulu2, susah nak menang. Boleh memcuba, kalau ada rezeki adalah. Btw, jangan kita ingat, beli lelong lebih murah, tapi ramai dah terbabas bid lebih dari market value... 







Tuesday, August 4, 2015

Alhamdulillah dapat Penyewa Baru

Alhamdulillah, setelah pakcik tu berpindah, petangnya dah ada penyewa baru yang confirmed untuk menyewa.  Tak berani nak terima penyewa awal2 takut pakcik penyewa tu buat tak pindah2, Lagi pening aku di buatnya.

Ciri2 penyewa yang bagus, pasangan baru berkahwin, sopan santun dan riak muka pun nampak amanah.. syukur2

Aku tambahkan  tempat memasak dan rak kasut, dan adalah increment RM70 dari kadar sewaan lama. 

Mmg kalau dapat penyewa macam pakcik tu, aduhai boleh putus asa, kita di buatnya. Entahlah perangai manusia, ada duit tapi sengaja nak lambat2lambatkan sewa, kasi owner stress. Kejar sampai hangin satu badan baru nak bayar. Mmg cuak tapi sebab itu adalah income kita, nak tak nak kita kena kejar.

Pengalaman 10 tahun yang lepas mmg aku  kalah dengan penyewa, ada rumah sewa dua buah, dua2 penyewa kaki kelentong, macam2 alasan, 2-3 bulan tak bayar. Satu pindah dengan tunggakkan sewaan seorang aku halau sbb tunggakan bil letrik ard RM800 dan sewaan..

Aku give up, lepas tu, aku biarkan rumah aku kosong tak berpenyewa bertahun2 dan satu buah aku jualkan dan satu unit tu disewakan pada kawan asben sampai sekarang ni, Alhamdulillah, takde masalah.

Setelah aku rajinkan diri cari2 info pasal penyewaan rumah ni, dapatlah aku mengatasi karenah2 penyewa2 aku. Almost 6 tahun aku serius dalam penyewaan rumah ni, kes pakcik nilah membuat aku betul2 stress.

Boleh tu text aku minta balik cheque2 tak laku dia dari aku.. hishs2. Dua kali cheque kena tendang ada hati nak minta balik cheque2 tu...huhu2.. 


Saturday, August 1, 2015

Masalah penyewa berbini 2

Selamat hari raya aidil fitri aku ucapkan. Hari raya yg paling meriah dan memenatkan..

Aku just shared citer penyewa yg ada 2 isteri.. he2 menarikkan.. masa mula sewa dulu, dia kol asben katanya dia pindah tempat kerja dan perlukan rumah segera sbb wife nak bersalin.. katanya dia ni factory manager.. okay tu ciri2 penyewa yg berduit .. tanpa jumpa terus dia transfer rm1k.. bila 1st time aku jumpa .. awat tuanya penyewa aku ni..

Bila nak buat TA dia bagi wife dia nyer details.. masa nak sign TA asben minta details dia..kelat2 juga dia nak bagi.. rupanya umurnya dah 59tahun wife baru 36 tahun.. takpalah jji bayar sewa ontime.. bagi post dated cheque selama 6 bulqn tarolhnya 8hb .. aku okay lagilah .. walaupun TA stated due date 5hb..

Masuk bulan ke2 dah buat hal htr sms srh bankin cheque pada 14hb sbb tgh update company acct
. Msk bulan ke3 sama jugak.. minta bank in pada 14hb.. ini sudah lebih pak cik.. pandai2 jer ko tukar ya..

Tak ddk diam aku ..sms dihtr jarang d jawab. Kalaunkol tak pernah berjawab. Asyik srh bersabar.  Dia pulal nak nasihat owner..
Misi siasatan dilakukan.. wowow anak2 kerja bagus2, pencen gomen.. awatlah liat sangat bayar sewa.. best partnyer rmh 1st wife dia pun 10min perjalanan..

Bulan demi bulan macam tulah perangai pakcik ni, sengkek sangat ker.. tapi dalam Facebook gaya orang ado2..

On due date pd bulan 7, htr msg kata nak keluar, nak tolak deposit 2 bulan.. hadiah raya utk aku ker...  sbb aku baik hati sgt aku kata ddk sampai hjg bln 7 dan tak perlu bayar sewa.. berkeras nak ddk free smpai hjg bln 8. Aku ckp aku nak gi rmh tu nak bersemuka.. sampai2 dah takde d rmh, grill tak berkunci.. aku htr message tp tak reply.. esoknya asben tgk.msh nak berkunci.. ptg tu baru balas bagitahu yg takde masa nak kunci .. boleh tu jawab macam tu..ingat dah blah dah..

Endup aku cari dia d rmh 1st wife dia..malangnya takde sapa2 d rmh. Tapi aku tinggalkan no tel srh pakcik tu kol aku.. saja aku buat mcm tu. Nak bagitahu yg aku dah sampai d  rmh dia..

Selepas 2 hari pakcik ni htr message kata dia setuju kkeluar pada 1 ogos..macam nilah pakcik.. ponet kejor ..

Aku kata nak dia personally handed kunci rmh pada aku.. dibalasnya kunci dia akan bagi pada guard.. hish2.. ada  ke patut.. aku jawab.. kalau malu sgt nak jumpa aku, letakkan kunci dalam post box..

Pagi ni aku pun ambil kunci dari post box, rmh di bersihkannya, kipas2 tak di cucinya, ada sampai di luar rmh tak di angkutnya ..okaylah

Masa trn lift, pintu lift terbuka.. tersembul muka pakcik sambil memegang stroller dan 2nd wifenya .. dan jugak anak 1st wife dan mungkin dgn kawannya. Sbb lift dah penuh, hanya anaknya dan rakannya naik lift..wowow.. pindah bawah 1tingkat yea pakcik.. dari no parking anaknya aku dah tahu no rmh baru dia...

Aku percaya dia mesti perasan aku n asben dalam lift.. tulah selalu sangat mengelak jumpa aku .. dunio ni kocik ajo. Alhamdulillah. . Pakcik ni dah keluar dari rmh aku.. sepanjang aku menjadi tuan rumah sewa, inilah penyewa balik tua dan paling banyak perangai. Mmg sakit hati betul dapat penyewa macam ni.. semoga pakcik ini dah serik dan berubah menjadi penyewa yg menepati janji. Kalau macam tu jugak ...hmm kasihanlah tuan rumah baru dia..