Wednesday, June 17, 2015

Aktiviti Terkini, Bercucuk Tanam, pulak

Aktiviti terkini aku sekarang ni ialah tanam pokok di tanah yang dibeli bersebelahan dengan rumah mak di kampung. Selagi ada ruang tanah, tanam apa sahaja pokok buah-buahan dan sayur. So far aku dah tanam 28 pokok limau nipis dan kasturi, 5 pokok kelapa matag, 1 pokok kelapa mawar, 2 pokok durian musang king, 1 pokok durian kampung, 3 pokok belimbing buloh, 2 pokok limau purut, 1 pokok mangga. Mak aku pulak jenis yang mmg suka berkebun, macam2 pokok sayur dia tanam, kelling rumah mmg banyak pokok dia tanam, kalau setakat pokok kunyit, serai, limau nipis, limau kasturi, cili padi dan lain2 mmg tak payah nak beli.. pokok kucai pun dia tanam dalam pasu...

Asben beli paip segulung buat saluran air dari rumah mak untuk senang dia siram pokok2, incase hari tak hujan.  Asben buat setiap 50 kaki, satu paip, insyaallah lepas ni nak buat macam sistem fertigasi pulak, kalau harii tak hujan, mak just on paip lepas paip dan air terus ke pokok.. ni mahal sikit , kalau pakai sprinter murah lagilah  ..ni semua DIY lah buat sendiri.. kalau upah mestilah mahal

Setiap weekend kalau tak balik kampung ialah beli anak pokok, kat porch rumah dah ada 10 pokok buah termasuk buluh madu yang di beli dari nursery di serdang.. Weekend ni nak ambil anak pokok limau nipis dan limau nipis lagi.. 

Insyallah mggu depan balik kampung untuk tanam pokok2 ni, MPV aku mmg betul2 MPVlah... macam2 aku sumbat masuk. 

Alhamdulillah, pisang yang di tanam di Bagan Datoh dah berikan hasil awal tahun ini, dapatlah hasilnya selepas di bahagi 2 dengan pak cik yang menjaga kebun ni. Kalau balik kampung tu mmg adalah duit kebun untuk aku.... 

Pada bulan Mac yang lalu aku ada tambahkan tanah lagi d kampung aku, ni beli dari sepupu aku. Alhamdulillah nama dah masuk geran. Semua tanah2 yang dibeli ni aku tak guna lawyer, aku upah orang uruskan pindah milik. Upahnya jangan tak percaya hanyalah RM400, siap geran di hantar ke rumah mak aku ... Once owner signed 14A duit tanah pun di bayar, senang.

Tanah terbaru ni aku plan nak usahakan tahun depan sebab tahun ni aku berkejaran KL-Bagan Datoh - Kampung aku nun jauh di sana.... Tanah ni aku plan nak buat tanaman semula getah dan buluh madu or limau nipis. Tanah dusun dan tanah sawah terbiar pun belum diusahakan..Mmg tahun ni aku banyak balik ke kampung,, kiranya okay jugak boleh jenguk mak di kampung... 

Yalah, sebelum aku "bersara" makan gaji nanti sekurangnya pokok2 tu dah besar2 dah boleh merasa hasilnya. Kalau balik kampung baru nak tanam nanti tak lambatlah hasilnya..kan2. Tengah dok usahakan dapatklan tanah TOL dalam 5-10 ekar untuk projek ternakan. 

Dok sibuk2 ni dalam masa terdekatnya ni insyaallah akan turun bid rumah di lembah klang dan luar KL... insyallah ada rezeki dengan budget ciput ....

ni pengarang jantung asben aku.. anak adikku ..sayang sangat kat dia, siap ada folder gambar dia.. 








Saturday, June 13, 2015

Attend meeting pelantikkan JMB Melor

Hari ini attend meeting penubuhan JMB Melor Bandar Baru Bangi.. Banyak jugak lah yg dihighlightkan Oleh owner2. Yg menariknya jumlah rate maintenance yg dbincangkan. Kata pemaju yuran rm110 kadar semasa tak ckp menampung kos2 selenggara apartment. Katanya bil letrik sebulan ialah rm33k ... Gilos ke aper, tggi sangat ni 24jam pasang lampu ke! Adalah mamat sorang ni terus suggest naik ke rm132 !, ada pulak kata bayar lebih asal maintenance bagus. Mak ai, ada share ker bang??? Adalah mamat sorang ni share pengalaman dia managed sebuah apt di bangi, katanya apartment mempunyai lift, Pam air , bilangan lampu yang lebih bil Nya baru rm8k jer.. Semua terdiam termasuk mamat tadi dan developer. End up rm110 yg persetujui secara majoriti...

Actually aku just nak tengok pretasi JMB ni, yg tak best nyer ialah pengerusi, bendahari dan beberapa Ajk bukan tinggal di Melor. Ada jugak nominated proxy sebagai Ajk .. Mana boleh bang yea... Owner ajer yea. Btw aku diberitahu salah seorang yg dilantik tu Ada 3 buat rumah di Melor! What 3 biji rumah! Kita susah2 register tapis2 tapi dia tu dapat 3 biji.. Whateverlah janji dorang buat keja dorang Dan janganlah apartment ni jadi taraf rumah flat pulak