Saturday, October 27, 2018

Valuer hampas

Hari ni aku mmg marah sangat bila asben bagitau jurunilai panel bank bagitau nilaian rumah terbaru. Verbally bagitau nilaian harga rumah tu. Asben pun terkejut dgn figure yg diberikan.. Since asben sangat2 sibuk sbb nak outstation kerja ke hanoi mggu depan. Asben bagitau call si polan ni yg berikan value rumah. Bila aku call dan bertanyakan soalan itu dan ini dan aku sound d brickz yg free tu pun aku boleh tgk last transacted di kawasan tersebut. Mulalah bagitau report valuation bukan dia yang buat. Aku sound yg dia yang call asben aku dan suruh bayar fees dorang dialah kena liasa dgn colleagues dia. Dgn tidak professionalnya dia bagi no hp orang yg buat report tersebut. Wow.. sebelum aku cakap introduction terus sound aku jgn perlekehkan kerja dia.. Mmg naiklah angin aku atas alasan apa dia berikan nilaian rumah yg begitu rendah.. Dia kata dia buat report berpandukan sop2.. Aku sound balik better you revise balik if you tak nak revise aku akan appoint valuer yg tahu buat kerja bukan pakai tenyeh jer di report.

Aku rasa dalam seumur hidup aku ni dah kali ke 2 aku naik angin dgn valuer.. Siap dalam quotation tulis professional fees tapi hampas.. Namanya jer syarikat gah kemainn bernilai tapi ikut suka hati letak value
..

Wednesday, October 10, 2018

Cuak

Baru2 ini aku ada view beberapa buah rumah di hujung sana, kawasan yang masih sejuk lagi. Adalah aku berkenan dengan sebuah bungalow yg berkeluasan dalam 4000sqft. Bila di tanya agent katanya semua bank boleh bagi value tinggi dan aku bagitau lah aku nak mark up loan sebanyak 10% dan akan come out 20% deposit. Beria2 bagitau takde masalah.  Aku highlight lagi supaya baiki bumbung yang bocor dan owner kena tanggunglah kosnya, berkelip2 mata agent tu pulak. Bila aku tanya mana meter air dan api, katanya owner cabut meter2 tu semua. Bukan aku nak cerewet bagai tapi dari aku dapat tau kebanyakkan unit di sini ada masalah dengan CF .. Takkanlah owner cabut meter2 tu kan. Aku submit loan kat banker tapi alangkah terkejutkan bank value rendah hampir 20% dari harga jualan. Bila aku bertanyakan kepada agent, katana valuer dari bank yg aku submit tu tak sampai pun ke value yang telah di persetujui bersama.

Aku dah jadi cuak pulak dengan agent ni bagitaulah terus terang, jangan sembunyikan apa-apa. Instinct aku pun dah rasa lain dah. Aku buat lagi research mengenai kawasan ni, dan banyak pembeli disini komplen pasal defect yang terlalu banyak, pecah, retak sana sini..lagilah menambahkan cuak aku kan.. Walaupun katanya bank2 lain boleh bagi value yang dikhendaki tapi aku dah jadi kurang yakin dan percaya dengan agent ini.. 

Setelah berdiskus balik dengan asben, kami ambil keputusan untuk tidak meneruskan pembelian. Decided akan beli tanah dan bina rumah . Plannya simpan 2 @ 3 tahun dan lepas anak ke2 habis SPM barulah bina rumah di sini


Semoga di permudahkan..