Thursday, December 19, 2013

Alhamdulillah, rumah lelong kakak telah dikosongkan

Btw, aku nak share pasal Drama Tamil rumah lelong kakak  yang di menangi beberapa bulan lepas. Pada hari deepavali eve, sesampai aku dipintu pagar rumah, ada seorang lelaki menaiki motosikal di luar pagar. Asben terpinga2 bertanyakan pada aku kenapa, aku bagitahu tak tahu apa2 kenapa lelaki tersebut muncul di rumah aku. Lalu lelaki tu bertanyakan rumah ni bernombor XX ke ? asben aku jawab apa hal U mau tahu ? berkali2 dia bertanyakan rumah ni bernombor XX ke ?? aku macam kenal ajer lelaki tersebut walaupun dia berhelmet. Aku pun tengok nombor plat ,,mmg sah, orang ni yang tinggal di rumah lelong kakak menangi tu. Lepas jawa YA barulah dia berlalu tanpa berkata apa2.

Aku dan asben pun terus kerumah tu tapi takde orang di rumah. Lebih kurang 10mlm aku datang balik ke rumah tu dan tengok nombor plat motor adalah sama, mmg sah lelaki nilah yang datang kerumah aku. Asben pun hello2 dan muncullah mamat di muka pintu rumah, dengan kasar berkata Apa hal lu mari sini ? Asben pun bertanyakan apa hal u datang rumah I ? dengan kasar dia berkata I mana ada datang rumah U ? Aku bukan apa takut mamat ni buat sesuatu tak baik pada keluarga ku jer ..

Sampai d rumah, selesai parking mamat tadi datang rumah bising2 depan rumah aku,  mmg hangin asben aku dibuatnya sampaikan asben hilang sabar, siap bagitau U bayar semua I akan keluarlah. Aku pun bukan nak kacau suruh dia keluar sbb belum bayar habis. 

Pada 9hb kakak balik menyelesaikan baki pinjaman pada 11hb. Kalau nak bayar awal lagi  mmg boleh tapi aku dah warned mangkuk ni dah akan selesaikan dalam masa 2 bulan so that dorang ada masa pindah keluar. Bank acknowledged receipt pada 14hb. Pada 14hb anak sedara aku yang la yang tengah buat chambering criminal pergi kerumah ni bersama2 asben, aku dan anak sedara aku sorang lagi served notis pindah keluar. Barulah reti bahasa cakap baik2 dan hormat orang. Macam biasaah putar belit, corner sana sini. At last baru bagitau rumah ni kakak ipar dia owner rumah ni. Anak sedara aku dah pesan, biar dia yang handled, aku dan asben jangan cakap apa2.. Anak sedara aku minta no tel tapi dia tak bagi, anak sedara bagi no hp kalau kakak dia tak kol esok dia akan datang lagi..

Tak sampai 10 minit asben owner called adik ipar dan macam biasalah jugak putar belit jugak.. tak percaya yang kakak dah buat full settlement.. Anak sedara pun bagitahu yang owner bagi notis 1 mggu kosongkan rumah. Asben owner bagitahu dia perluka masa untuk berbincang dengan familiy dia. Esoknya dia kol anak sedara dia minta lanjutkan tarikh keluar pada 18/12.. as expectedlah .. tapi anak sedara aku bagi notis sampai 13/12 sahaja.. that's final kalau tak owner nak ambil legal proceeding.

At last dorang setuju pada 13/12..Aku pulak hari tu baru balik dari langkawi, anak sedara aku kol owner tapi tak berangkat, masa dalam perjalanan dari Lcct ke rumah aku  bagitau sah dorang dah keluar mesti ada buat dajal kat rumah tu .. Turun dari taxi masuk barang dalam rumah terus ke rumah tu as expected lah rumah tak berkunci, rosakkan kan grill sliding door dan lampu2 dan kipas bawah habis dicabutnya.. rumah taklah bersepah2 sangat tapi standardlah perabut2 buruk yang ditinggalkan, Gate rumah ni wrought iron, mahal tu ..

Jikalau tak nak keluar jugak mmg kena ambil court order mengeluarkan dorang, mmg nak tak nak dorang mmg kena keluar juga,

Kalau yang ada masa tu rajin2kanlah survey rumah lelong ataupun subsale, bila lagi nak tambah rumah generate passive income.

Gambar anak2 semasa bercuti d Singapore n Langkawi baru2 ni ..

D' USS

D' USS 

D' LANGKAWI

D LANGKAWI