Thursday, November 18, 2010

Bank Still Giving 90% MOF ?? Betul ker ?

Hari Rabu lepas aku terima call dari seorang loan officer dari sebuah bank tempatan. Aku pun terkejut bila dia cakap nak offer housing loan pada untuk rumah apartment yang aku book bulan lepas. Aku cakap aku dah cancel pembelian setelah aku mendapat tahu yang pihak pemaju menjual unit yang lain dengan spec yang sama serendah 93K sedangkan harga yang di jual pada aku RM137K. Perbezaan harga 44K banyak tu, aku beli untuk invest bukan nak duduk. Kalau projek ni siap, sapa2 yang beli pada 93K memamg boleh dapat untung at least 50K. Tak ada pulak pihak kerajaan mengekang BAPAK SPECULATOR seperti developer ni. Sepatutnya kementerian yang bertanggungjawab memantau BAPAK SPECULATOR seperti pemaju ini .. inilah penyumbang property bubble di
Malaysia bukan investor ikan bilis macam kita2 ni..

Berbalik kepada bank officer tadi, dia tanya kenapa aku tak nak ambil ASB loan ? aku cakap asben aku dah ambil dan aku malas nak memenuhi loan commitment aku incase nak beli rumah lagi. Aku bertanyakan, sekarang ni bank hanya berikan 70% loan untuk rumah ke 3 dan seterusnya. Menurut officer ni, so far katanya pihak HQ belum berikan memo dan bank beliau masih memberi 90% MOF. Biar betul ? submit loan lepas tu tak lepas macam mana.. kalau betul mmg baguslah. Kalau siapa yang ada pending loan boleh contact aku, cuba nasib manalah tau boleh dapat 90% MOF ..

Unit No. D-14-22, Rumah Pangsa Sri Penara terjual pada 78K dari RP 48K pada 13th Nov, kenaikkan 30K. Penara masih menjadi hot cake oleh pembida2 terutamanya bagi blok D sebab ia adalah blok baru. Bilalah aku nak dapat Penara ni !

Hari ni Najib umumkan yang projek MRT akan mula di bangunkan pada Julai 2011 dan semestinya dalam keadaan terdekat ini laluan MRT akan di muktamadkan. Banyak sangat spekulasi sampaikan aku pun sukar nak percaya iaitu laluan MRT akan ke Hulu Langat .. So kita nantikan pengumuman laluan MRT ini dan tengok mana2 kawasan yang bagus untuk investment.

2 comments:

  1. Last2 minutes decided tak nak bid sbb jangkaan ramai yg akan masuk
    tuan, ada satu unit penara block c akan di lelong pd 4/12/2010 .. RP65K

    ReplyDelete