Wednesday, January 28, 2015

Pelaburan hartanah, lambat tapi selamat

Masih lagi menenami anak di hospital, demam dah takde dah, tapi patlet masih lagi mode menurun. Kiranya mggu ni aku ambil CL dan ambil AL sampai hari jumaat ni. Harapnya patlet akan naik. Walaupun  umurnya 16 tahun tapi nak tinggalkan dia sorang2 di wad rasa sedih juga.

Misi memburu rumah2 bawah market value untuk saudara Mara. Tak kisahlah lelong atau subsale. Ini untuk tujuan dapatkan cash flow tiap2 bulan.  Budget dah diberikan, tapi tak lah tinggi sangat sbb belian secara cash. Yea lah kalau simpan duit dalam bank, dengan peningkatan inflasi, kejatuhan ringgit, duit yang disimpan pun susut nilainya. Berbeza dengan hartanah, peningkatan nilainya seiring  dengan keadaan semasa.  Tapi ada jugak hartanah yang di beli mengalami kejatuhan nilainya. Kena buat research juga lokasinya. Btw janganlah pula semua duit yang disimpan dilaburkan pula. Kata orang tua2 duit dalam Tangan mesti ada.

Peliknya ada segelintir kita yang obses nak jadi cepat kaya, masuk rm5k bulan ni, selepas 3 bulan dapat return sekali Ganda. Menarik kan. Pada aku ni skim aku pijak kau, kau pijak orang lain Dan seterusnya. Bila tak dapat sapa nak di pijak maka selepas tulah timbulnya unsur penipuan.

Ada jugak kawan2 yang dah lama tak hubungi tiba2 Kol aku. Bila jumpa, barulah tahu rupanya nak promote skim pelaburan emas. Best partnya syarikat tersebut tidak didaftarkan di malaysia. Syarikat yang didaftarkan di malaysia pun buat hal dan duit pelabur hilang begitu saja.

Beli rumah betul2 bawah market value, beli thru lelong or subsale. Lepas semua proses pindahmilik selepas, terus  cari buyer.  Dapat duit modal dan profit, terus ulang dan ulang. Lambat sikit  untung tapi confirm untung. Biar lambat janji selamat. Pada aku, tak nak jadi kaya sangat, cukup lah bersederhana dalam kehidupan seharian dan tak perlu nak bersusah payah di hari tua.


Sunday, January 25, 2015

Perangkap subsale

Just nak share pasal pembelian rumah landed melalui sebuah agensi hartanah yang ada nama jugak. Realiti ganas sungguh yea

Kisahnya bermula adik tertarik dengan satu iklan ada sebuah rumah landed yang hendak dijual. Rumah ni berdekatan dengan rumah aku yang adik sewa ni, walking distance jer. Harga yg dipersetujui ialah rm278k dan form intend to purchase pun di issue Oleh agent tersebut. Booking rm3k di bayar dan baki 3% akan dibayar setelah agent mendapatkan tandatangan owner.

Janji agent esoknya dia akan datang untuk berjumpa dengan adik tapi agent minta tempoh dua hari untuk mendapatkan tandatangan owner yang katanya menetap di Johor. Setelah 2 hari agent Kol adik katanya owner mahukan harga rm300k dan kalau adik tak setuju dia akan memulangkan duit booking. Boleh pula dah setuju nak jual pada 278k Dan sekarang mahukan harga yg lebih tinggi lagi.

Keputusannya ialah adik decided batalkan pembelian Dan duit booking dikembalikan.

Misi diteruskan lagi, dapat lagi sebuah rumah landed yang hendak dijual dengan harga rm300k, landed, end lot tapi condition rumah mmg2 teruk mengalahkan rumah lelong. Kos pembaikkan untuk ke condition asalnya pun tak kurang 20k jugak. Adik setuju beli rumah ini dengan condition as where as basis sbbnya market value rumah ni 350k.

Intend to purchase form agensi ni agak bahaya kalau tak faham dan just sign saja. Form ini 100% biased pada seller. Form di tandatangan Dan cheque 3% di bayar kepada agent. Kata agent dia Akan mendapatkan tandatangan owner dalam masa 2 hari. Berita buruk di terima bahawa owner tak jadi jual pulak. Aduhai ....

Dapat lagi sebuah rumah landed yang telah diubahsuai sepenuhnya. Nak dijual pada harga 298k. Kali ni asben bagi condition pada agent bahawa form mestilah sudah disign Oleh owner kalau tak signed 3% tidak diserahkan. Alhamdulillah agent mendapatkan owner signature sebelum datang Jumpa asben.

Sekarang ini banyak juga kes deposit hilang jika tidak memahami Terma2 intend to purchase. Selalu kita dengar perangkap lelong, perangkap subsale juga pun ada jugak. Banyak kes ialah apabila masa yang diberikan untuk sign Snp mestilah dalam 14 hari bekerja. If terlewat maka terpulang pada agent Dan owner benarkan atau tidak, kalau tidak hangus lah duit 3% tu. Masa tu kita boleh nego dengan agent Dan owner sebelum bayaran 3% diberikan. Pasal vacant possession atau legal possession. Tahu tak bezanya. Ada juga yg legal vacant possession with tendency agreement. Pada aku mestilah pilih vacant possession without tendency agreement.

Nak shared abang kawan aku yang terkena, bank dah fully disbursed duit pada seller Dan bank, kunci rumah diserahkan Dan bila pergi rumah yang di beli rupanya masih didiami Oleh penyewa. Check balik dgn lawyer rupanya possession with TA. Dah tak leh buat apa2, minta penyewa keluar, tup2 kena marah pulak, penyewa letakkam syarat kena carikan rumah dikawasan yang sama. Dah lah sewa tak dapat cober monthly bank loan. Dapat jugalah cari rumah gantian sedangkan seller berjoli sakan dgn duit jualan.

Kalau dibuatnya TA selama 3 tahun, pengsan dibuatnya. Kalau sewa boleh cober bank loan okay lah kalau sewa rm500 manakala installment bank rm1000 sebulan, tak pasal2 kena top up rm500.

Jangan ingat beli rumah lelong ada risk, beli rumah subsale pun sama jugak. Yang PENTING kena berhati2.

Sejak hari khamis aku teman a nak yang positive denggi. Harapnya cepat recover.

Monday, January 12, 2015

CIMB Mega Auction 10 Jan 2015

Minggu lepas turun ke CIMB Mega Auction di hotel Istana yang penuh sesak. Dewan auction besau tapi organiser sediakan kerusi tak sampai suku dewan pun. Yang aku hanginnya ialah suruh samada aku or asben bangun sebab sangkaaan kitaorang ni "penonton" auction. Come on lah kalau setakat nak jadi penonton lebih baik aku kemas rumah, banyak lagi kerja nak d buat.

Unit terHOT ialah rumah flat 2 bilik berkeluasan 576sft d lembah maju dengan RP45k telah dibida dengan harga RM134K dengan jumlah 60 orang pembida. Apa yang menariknya unit ini yea ??

Ada 3 unit yang di bida, 2 di Bangi dan 1 unit di Shah Alam, budget yang agak tinggi yang diberikan tapi pengakhirannya KALAH jugak. Unit2 yang dibida mmg startegik dan bagus untuk menjana Cash Flow. Limit yang di set agak tinggi, mungkin takde rezeki.

Di lelongan ini juga menyaksikan rumah Umie Aida, di lelong dengan harga rizab RM2.1j dengan berkeluasan 5000sft dibida oleh seorang perempuan India. Mungkin inilah salah satu sebab kot dewan dipenuhi dengan penonton2 :)

Aku ada dapat email dan comments pasal loan bawah 50K....kalau korang beli rumah lelong di bawah 50K boleh ajer apply loan dari bank pelelong, confirmed takde masalah. 

Tapi kalau bank pelelong bagi rate yang tak berapa bagus boleh try apply dari Public Bank dan CIMB.  Untuk loan dari CIMB, keluasan  rumah mestilah melebihi 600sft. Public Bank, Alliance masih lagi melayan rumah yang berkeluasan kurang 600sft.

CIMB hanya melayan rumah yang berkeluasan 600sft jikalau unit tersebut di beli melaluinya lelongannya. 

Jangan pening kepala, pasal nak dapatkan loan, pastikan rekod CCRIS cantik, insyaallah approve. Tapi ada juga banker yang nak loan besau2 jer, almaklumlah nak cepat achieve target. Tapi yang mana2 dah terdesak tu, bolehlah aku referkan pada banker aku yang jauh nun d sana.




Friday, January 2, 2015

Perginya 2014 Datangnya 2015

Pejam celik, pejam celik 2014 meninggalkan, terlalu cepat ia berlalu penuh dengan suka dan duka. Hilanngnya tanpa dikesan  MH370, jatuhnya MH17 dan juga QZ8501, banjir terburuk dalam sejarah 30 tahun, taufan sana sini...  walaupun kita tidak mengenali mereka, tapi ia benar2 meruntum hati kita semua, memberi keinsafan kepada kita 

Datangnya 2015, yang umum tahu bahawa perlaksanaan GST pada 1hb April nnt yang memungkinkan keburukkan atau kebaikkan kepada kita. Walaupun ada pengecualian kepada beberapa sektor yang pasti terdapat kenaikan kepada harga seperti perkhidmatan... Apa persediaan kita selaku penguna ? 

Ceria hari ini, Alhamdulillah dapat SMS pagi ini dari banker yang LOO untuk loan rumah lelong yang di beli pada bulan lepas. Since banker aku dah promoted jadi Branch Manager nun jauh d sana, jadi payahlah sikit nak gi branch dia. Hari esok dah set time untuk sign LOO. Loan mmg ciput tak sampai 30k pun termasuk loan agreement fees, BLR -2.00% ...

Aim tahun ini ialah hendak fokus pada kebun2 ,, nampaknya tahun 2015 more to  pertanian .. dan juga mungkin membina beberapa unit rumah sewa di kampung..