Saturday, October 24, 2015

Takut Nak Berhutang

Banyak aku dengar, rumah sekarang ni mahal2 belaka, harga tak masuk akal. Hanya mampu menyewa, tak mampu nak beli rumah .. Orang yang berduit jer boleh beli rumah. Inilah keluhan2 biasa yang kita dengar disekeliling kita kan.

Kadang2 aku jadi sakit telinga dan sakit hati. Masalah golongan ini adalah EGO, nak beli rumah idaman dorang lebih dari kemampuan. Bila ada rumah yang dijual dalam range kemampuan tak nak pulak. Nak tunggu yang lebih baik, lebih mahal dan dah di luar kemampuan. 

Mampu beli Flat,  tak nak sebab nak jaga standard, nak beli apartment, bila loan reject, sbb DSR atau rekod CCRIS\CTOS tak cantik, salahkan bank, susah nak bagi loan.

Mampu beli Apartmemt, nak beli condo, nak rumah yang ada tanahlah dan macam2 lagi.

Ada jugak tu beli rumah di kampung sebab sana lebih murah dan menyewa di KL. Sedangkan rumah di kampung tu di biarkan kosong, bulan2 bayar bank, bulan2 bayar sewa rumah... Lagi rugi.. Tapi mentaliti ini ialah takpa nanti tua2 boleh duduk, betul tu, kalau sekarang ini umur 35 nak tunggu lagi 20 tahun baru boleh fully duduk rumah di kampung ..

Ada yang asyik dok kata tahun depan rega rumah turun, tahun depan nak belilah. Macam2lah alasan dorang. Tapi kalau nak tukar kereta lagi besau, tak payah nak fikir banyak kali, esok terus booking, minggu depan sudah dapat .. 

Ada jugak tu yang kononnya pinjam personal loan untuk tutup lubang, okaylah lubang sudah kasi tutup, yang lebih tu untuk simpanan, endup melebur ajer. Bulan2 still kena bayar pada bank. Ini kononnya pusing2 duit, dah banyak pusing, lama2 pitam ..

Jadi kalau kita 'tak takut' berhutang kereta yang tak menjana pendapatan tambahan kenapa pula 'takut' berhutang rumah..



Thursday, October 22, 2015

Submit Loan dan Intai2 tambah rumah

Hari isnin yang lalu aku ke BNM checkkan rekod CCRIS, mana taukan kot ada timbul '1' ker kan. Alhamdulillah semua rekod semuanya '0', maknanya aku adalah pembayar hutang yang baik... Takde langsung timbul figure lain selai '0'.

Loan pun dah submitted, insyaallah takde masalah, lagi pun DSR okay lagi walaupun aku tak masukkan income sewaan rumah. DSR based pada makan gaji.  Loan kecik2, tu boleh masuk quota rumah lebih sikit... 

Semalam aku terpandang pulak, satu landed yang WOW, bawah market value. Keluasan tanah almost 4000sft, dah ada rumah, tapi kena repairlah, kasi cantik. Aku cuba nego2 dengan agent, hmmm katanya sesen pun owner tak nak kurangkan. Hari ni asben aku pulak nego, offer sekian2 harga... 

Rambang mata aku di buatnya, tggu agent bagi feedback camna, kalau okay, aku akan proceed. Agent pun setuju untuk markup loan.. 

Untuk rumah JV dengan kakak, BPP dah kasi consent dan sekarang tggu kelulusan PTG. 

Jom intai2 subsale pulak, ada juga peluang2 beli rumah bawah Market Value. Kena rajin study market kat situ dulu, rmh tak cantik takpe janji tiap2 bulan senyum lebar .. 

Sunday, October 18, 2015

Satu Lagi Landed Diperolehi

Alhamdulillah, hari ni berjaya beli sebuah lagi landed, double storey, medium kos dan ianya FREEHOLD... Majoriti penduduk adalah melayu.

Sebelum ini ada tengok advertisement, bila kol agent katanya rumah dah ada buyer. Sebelum gi survey aku bersms dengan agent, tapi rupanya dia ni adalah owner. mg aku suka sangat deal dengan direct owner sebab dorang boleh bagi good discount..  Dari sudut rental boleh cecah RM600-750 sebulan. Boleh cober monthly installment dan juga possitive cash flow. Cukup masa boleh tuai secara lumpsum ... Masa meet up tadi, owner dah bagi salinan IC dan copy SNP. 

Banyak projek2 baru naik kat sini, untuk landed harganya at least RM1/2 juta keatas. Kalau nak jual balik agaknya berapa pulak nak dijual. Kasihan pada mid range income, tak dapat beli rumah nanti. Jadi dengan trend pembangunan sebegini aku jangkakan golongan ini akan tertumpu pada secondary market yang mampu milik.. 

Golongan ini ada pilihan untuk membeli rumah dari range harga yang bersesuaian. Pendapat aku kenapa tidak kita sebagai pelabur hartanah kecil ini membeli rumah pada harga sekian2 dari secondary market, peram sekejap, habis tempoh RPGT dan menjualkan semula untuk kumpulan sasaran tadi.

Aku selalu ingatkan pada diri aku, buat yang realistik bukan saja2 nak ikut orang... 



Saturday, October 17, 2015

Jalan2 Survey Rumah

Hari ni aku jalan2 survey rumah bertemankan anak lelaki. Asben tak dapat join sebab kena jaga indon renovate rumah kakak dan juga beli barang2 kontrek.

Buat appointment dengan agent, kot2 dapat beli harga below market, rumah okaylah, sebelum aku nak tekan harga dia dah sound awal2 lagi yang dia takleh kurang lebih sekian2 harga .. hmmm

No problemlah janji sekurangnya aku dah survey. Aku dah shortlisted rumah2 lelong di kawasan sekitarnya. Berpandukan Waze.. tersesat jugak pun ada... alhamdulillah dapat survey beberapa rumah lelong.. Insyaallah akan masuk kot .,. Kadar sewa pun menarik juga, semakin naik.

Insyaallah esok aku akan survey satu rumah lagi, harga yang ditawarkan pun dah okay, katanya boleh nego lagi..

Cuba aku ingatkan diri aku, masuk lelong bukan utk menang tapi mencuba dapatkan harga terbaik. Kalau nak menang itu yang terjadi pada orang yang mempunyai emosi untuk menang tak kiralah apa2 jadi nak Menang.

Mggu lepas ada pakcik sorang ni  yang ddk sebelah aku dok bakar2, suruh aku lawan2 kononnya harga masih rendah lagi .. kebetulan ada seorang pakcik berdiri sebelah dia, dia dok bakar2 lagi, ayoyo rumah dah hancus, berderai, last price pun almost Market Value dah.. berbaloi ker.. Kasihan2..

Biar menang tak bergaya tapi ada untung jangan menang bergaya, lawan ketitisan terakhir tapi at last rugi ...