Almost 2 week aku tak update blog aku. Almaklumlah kakak aku sekeluarga bertandang rumah aku jadi aku spent masa dengan diorang. Banyak juga yang diorang shopping di sini sebab barang2 di Malaysia ni agak murah.. Since SOGO tengah buat sale banyak jugaklah yang diorang beli ..Hari Ahad minggu lepas adik ipar kakak aku datang ziarah rumah aku, just datang borak2 di rumah aku. Tapi yang menarik perhatian aku ialah peluang bisnes yang agak bagus. Adik ipar adik aku beli jubin di China dan di hantar ke Iraq. Duit tak payah keluar since pakcik dia beri duit untuk pembelian dan dia earned komisen dari pakcik dia.. tapi katanya quality jubin mmg teruk sebab setiap penghantaran at least 25% rosak .. untung tetap untung katanya.. akmaklumlah negara pun hancur jadi diorang mmg perlukan jubin untuk buat rumah.. dia suruh asben aku carikan factory jubin dan perabut pejabat yang okay untuk dapatkan produk catalog untuk dia serahkan pada pakcik dia di iraq ...
Lagi satu peluang bisnes yang menarik ialah menjadi tourist guide. Tak susah sangat just book diorang punya hotel, homestay, tiket kapal terbang, sewa kereta, shopping dan bawa ke tempat2 yang menarik. Aku nak marah betul dengan orang2 kita yang mengambil kesempatan keatas pelancong asing. Bayangkanlah masa adik ipar kakak aku bercuti di Langkawi pengusaha kereta sewa charged diorang RM100 untuk 4 jam.. Dahlah tu sekali makan breakfast yang berharga RM20 diorang charged RM60... Kalau teksi KL lagilah charged triple.. lagi satu sebuah travel agency di BB charged RM300 untuk service charge booking firefly ticket ke Penang... Abang ipar aku terkena juga beli durian di area rumah aku sekilo RM12 sedangkan untuk local di charge hanya RM8 ajer..
Yang aku marah sangat nilah jika beginilah sikap segelintir rakyat malaysia maka runtuhlah industri pelancongan negara kita.. Kakak aku akan war-warkan pada kawan2 dia dan saudara belah asben dia kalau nak datang Malaysia aku boleh arrangekan.. so kalau ada sapa yang ada homestay yang berdekatan dengan public transport bolehlah bagitau aku ...
Kakak aku dah balik ke Australia pada hari khamis lepas.. alhamdulillah kalau ada rezeki contract staff outsourcing dengan syarikat telecomunication asben dia akan datang untuk buat presentation. Masa di KL abang ipar ada berjumpa dengan one of top management syarikat tersebut since diorang mmg memerlukan project manager untuk membina menara pemancar handphone di Malaysia... maksudnya abang aku kena supply staff untuk syarikat ni ...sebelum migrated abang ipar aku ni dulu adalah country manager di Filipina, Thailand dan Indonesia ..apapun aku salute kakak dan abg ipar aku.. walaupun senang diorang berjimat cermat mengenai perbelanjaan.. bukan kedekut apa yang penting education anak2 dan simpanan pada hari tua ...
Actually banyak yang aku nak taip lagi tapi mata pun dah mengantuk ..esok aku sambung lagi mengenai cerita bidder aku yang tak faham bahasa dan cerita menarik di Fun Fair ..
No comments:
Post a Comment