Sunday, February 28, 2010

Jiran Yang Terlampau ????

Petang tadi aku punyalah sakit hati dengan anak-anak jiran aku yang tersangat kurang ajar. Sudah berbuih mulut aku cakap pada diorang jangan main bola depan rumah aku. Hari Jumaat lepas masa diorang tengah main bola aku saja lepak depan rumah aku sampai jeling-jeling pada diorang aku ingatkan diorang ni respectlah aku sikit, dia buat banggang ajer. At last aku ambil kamera shot gambar diorang sebagai standby incase aku nak bring up this matters di masa hadapan dan menakut-nakutkan mereka. Lepas aku shot terus diorang tak main.

Petang ni dengan selamba badak diorang main lagi depan rumah aku siap sound lagi pada aku main elok-elok nanti ada orang nak tangkap gambar. Sial betullah budak ni dan betul-betul kurang ajar. Sedangkan mak-ayah diorang bukan tak tahu yang aku memang tak benarkan diorang main depan rumah aku sebab kereta aku park di luar pagar dan ada insiden bila bola melantun masuk rumah aku dengan selamba badak ajer diorang panjat pagar rumah aku.. Aku pun naik heranlah mak bapak sekarang ni, macam takut nak marah anak dan buat bodoh ajer. Depan rumah diorang taknak maik sebab mak bapak diorang pun parking kereta luar pagar. Agaknya mak bapak diorang ni hanya sayangkan harta dia dan tak kisah kalau anak diorang rosakkan harta benda orang lain. Last year lepas aku sound diorang main bola, kereta aku di pancitnya.

Aku ingat kalau diorang ni melampau sangat aku letakkan papan tanda larangan main bola depan rumah aku. Padang kat taman rumah aku ada di sediakan taknak pulak dia nak main. Mak bapak diorang ni ajk rukun tetangalah , ajk MPPlah tapi anak-anak nak handle anak sendiri pun tak reti macam mana nak berkhidmat dengan masayrakat.

Lagi satu insiden kurang ajar masa raya lepas masa asben aku undur kereta diorang balingkan mercun bom betul-betul belakang kereta aku. Apa lagi aku dengan asben aku pun soundlah balik, punlah kurang ajar kita pula di tengkingnya. Lepas tu campakan mercun depan aku pula. At last aku call polis buat laporan dan suruh kereta peronda berhenti depan rumah diorang ni sebagai bukti yang aku tak pandang benda ini sebabgai ringan. Anak beranak jiran aku ni memang gangster betul dan kurang ajar.

Itu sebabnya kat sini asben aku hanya bercampur dengan orang surau ajer dan jiran-jiran cina. Nasib baik rumah aku ni endlot dan sebelah aku adalah cina yang aku memamg ngam dengan dia.Sebab jiran cina aku pun cakap jiran melayu aku tu pernah sound sebab cucu dia letakkan kereta di luar cakap halang lalulintas tapi bila jiran baik dia parking sampai block jalan tak pulak dia sound..

Bosan betul dengan jiran yang tak reti respect orang ni.. tak sabar juga aku di buatnya. Agaknya mak bapak macam ni bukan nak bagi nasihat pada anak-anak supaya bertatasusila tapi menyemarakkan anak supaya jadi gangster ...

Aku plan nak pasang cctv rumah aku, so senanglah sikit aku monitor rumah aku. Aku kalau ada bukti yang diaorang buat anything pada rumah aku .. memang cari nahas .. orang putih cakap " see in in the court "

Friday, February 26, 2010

Lelongan Maybank di Tancorp

Minggu ini aku turun ke lelongan hartanah Maybank di Tancorp membida sebuah unit condo di Cheras Makhota. Seperti yang aku nyatakan terdahulu di entry sebelum ini segala tunggakan aku sudah dapatkan dari pihak yang berkenaan. Di sebabkan outstanding yang almost 10K sedangkan RP unit tersebut adalah RM51K aku mengambil keputusan untuk membida unit tersebut hanya RM65K sahaja, malangnya ada pembida lain mempunyai budget yang lebih tinggi dan aku kalah pada perempuan cina. Actually terdapat 5 pembida termasuk aku, sengit jugaklah kan. Pada aku kalau nak beli rumah untuk pelaburan adalah perlu kita mengkaji dari segi market and rental value.

Pada hari lelongan tersebut aku berkenalan dengan seorang agen perempuan melayu yang aku pernah hubungi 2-3 bulan yang lalu. At least tak boring sangatlah di bilik lelongan dapat juga berborak-borak dengan beliau. Beliah datang untuk membida sebuah unit shop apartment yang berada di Australia.. Beliau mendapat unit tersebut dengan harga reverse. Kawasan PJ aku tak berapa familiar sangat dan nampaknya aku kena explore tempat-tempat ini di masa hadapan.

Sebelum balik aku berborak-borak dengan agen tersebut, banyak juga kami bualkan mengenai hartanah lelongan. At least aku dapat menambah pengetahuan mengenai selok-belok hartanh lelong ini.

Pada tengaharinya aku lunch bersama Siti di ARABESCO di Avenue 1. Siti adalah seorang lawyer di sebuah legal yang akan terkemuka di KL. Legal firm beliau telah menguruskan pembelian 2 buah rumah aku sebelum ini. Banyak juga yang aku borakan bersama-sama.

Sunday, February 21, 2010

Akan Turun Ke Gelanggang Lelong Lagi

Minggu lepas kerja di opis tidaklah sibuk sangat, jadi aku dapat mencuri masa membuat beberapa panggilan ke pemaju, majlis bandaran, TNB dan JMB utuk mengetahui tunggakan unit yang aku senarai pendek. Semasa aku membuat semakan tunggakkan cukai pintu di salah sebuah PBT aku di tanya oleh pegawai yang bertugas adakah aku dari pejabat lawyer. Aku menjawab, tidak, tujuan membuat semakan ini adalah untuk siasatan sebelum aku membida unit hartanah tersebut. Pegawai tersebt memberitahu ada banyak kes dimana pembeli rumah lelong yang datang PBT membuat bising apabila rumah tersebut di sita dan tidak mahu menanggung tunggakan tersebut. Dengan selamba aku memberitahu pada pegawai tersebut jika terdapat kes sebegini suruh pembeli rumah lelong tersebut membaca POS lelong tersebut.. Ini adalah kes dimana bank pelelong tidak menanngung sebarang tunggakan. Aku berpendapat kes sebegini kerana terlalukan agen-agen hartanah lelong yang akhirnya menyusahkan pembeli rumah lelong di kemudian hari. Dari carian aku di internt aku mendapat salah satu unit yang aku senaraikan pendek itu mempunyai masalah yang mana pemaju telah bankcrupt. Ini yang aku kena pastikan samada pindah milik boleh di lakukan atau tidak. Aku akan dapatkan nasihat peguam jika mahu meneruskan bidaan. Aku telah ke unit tersebut walaupun semua tingkap dah tiada tapi unit ini terletak di tingkat 1 dan amat sesuai jika di jadikan office atau pusat tuisyen. Jika ada rezeki pada unit ini adalah.

Walaupun Aku di tahap "baby" lagi di dalam hartanah lelong ini, aku banyak melakukan research di internet, rakan-rakan bagi mengelakkan masalah di belakang hari.

Nampaknya office mate aku telah mula mempunyai minat hartanah lelong, nasihat aku pada mereka adalah meenyiasat rumah tersebut tentang keadaan, semua tunggakan-tunggakan tersebut dan semestinya mempunyai modal yang mencukupi. Walaupun hartanah lelong ini murah dari harga pasaran tapi harus di ingat yang semua tunggakan haruslah di bayar dahulu dan kadangkala ia sesen pun tidak di tanggung oleh pihak bank pelelong. So kena faham COS clause betul-betul yea.

Hari rabu ini aku akan turun ke Tancorp untuk membida 2 unit hartanah, aku telah menetapkan jika aku berjaya memenangi unit di sesi pagi maka aku tidak akan membida unit di sebelah petang. Aku membuat perancangan untuk menjadikan unit tersebut sebagai homestay kerana dari pengamatan aku unit ini terletak di kawasan yang mempunyai IPTA dan IPTS dan semestinya targetted tennants adalah saudara-mara pelajar IPTA-IPTS. Berdasarkan carian internet aku mendapatai ada pertanyaan mengenai homestay di kawasan ini... perancangan penting dan cita-cita adalah kemestian ... harapan

Wednesday, February 17, 2010

Bandar Armada Putra Port Klang

Pada hari Ahad lepas aku sempat ke Bandar Armada Putra Port Klang dengan keinginan mengetahui lokasi, persekitaran dan infrastruktur bandar ini yang agak asing bagi aku. Aku teruja di sebabkan banyak rumah di kawasan ini di lelong dengan harga yang terlalu murah. Bayangkan rumah apartment medium cost di lelong dengan harga sekitar RM20K. Manalah tahu kadang-kadang sesuatu tempat yang kurang di kenali akan tetapi mempunyai nilai yang bagus.





Berpandukan papan tanda jalan aku dan asben akhirnya sampai di Bandar Armada Putra. Bandar ini adalah terletak di atas sebuah pulau dan kedudukkan geografi yang landai. Bandar ini agak sunyi dan banyak deretan kedai yang kelihatan usang, kosong dan kotor. Walaupun terdapat sekolah di bandar ini tapi nampaknya ia tidak dapat menarik orang ramai untuk tinggal di sini. Tapi pada pendapat aku jika membeli rumah di sini untuk tempat tinggal tiada masalah kerana ia sesuai dengan suasana yang aman dan aman. Jika untuk tujuan pelaburan haruslah di elakkan.

Terdapat juga Segi training centre di bawah shop apartment tapi dari pengamatan aku ia hanyalah training centre yang bersaiz kecil. Boleh di katakan hanya 5% sahaja kedai-kedai di bandar ini beroperasi. Kontena-kontena bersepah di tepi jalan, aku tidak dapat pastikan samada ia di letakkan secara haram atau pun tidak.

Pendekata pada masa ini terdekat ini aku tidak berminat untuk membeli hartanah di bandar ini walaupun harganya serendah mana pun. Pada aku jika aku mahu membeli hartanah-hartanah samada secara sub-sale ataupun lelong aku melakukan onsite visit dan internet research. Ini akan meminimunkan risiko dengan pelaburan yang kita lakukan. Dalam dunia ini apa pekerjaan yang kita lakukan ada risikonya tapi wajib untuk kita berwaspada. Arios..... layanlah gambar yang aku sempat aku ambil semasa melakukan onsite visit di Bandar Armada Putra ....



Monday, February 15, 2010

Family Day

Pada 10hb Feb yang lalu aku membuat keputusan di saat-saat akhir membida sebuah unit kondo. Pada pagi tersebut aku tergesa-gesa membuat bankers cheque dan berkejar ke Tancorp. Terkejut apabila aku melihat begitu ramai orang yang hadir. Aku pun masuk ke dewan lelongan yang sesak dan bertuah masih ada kerusi kosong yang kebetulan aku duduk berselebahan auctioneer lawyers. Apabila unit aku dipanggil ada 4 orang pembida yang akan bersaing di antara satu sama lain. Malang bagi aku kerana RP meningkat dari RM65K kepada RM74K, sudah tentunya aku kalah sebab aku sudah mengambil kira tunggakkan penyelengaraan dan cukai pintu yang berjumlah hampir RM3K.

Semalam bersempena cuti tahun baru cina aku dan asben merancang mahu membawa anak-anak ke Shah Alam wet world tapi agak malang kerana apabila sampai lebih kurang 12 tghari keadaan begitu sesak dan pengunjung beratur panjang dan keadaan di dalam taman air begitu sesak. Aku berkata kepada anak-anak ku kita batalkan niat dan menunda ke taman air ini keesokannya.
















Aku dan asben bersepakat ke Port Klang untuk ke Pulau Ketam yang pernah aku pergi dengan asben 10 tahun yang lalu. Mengimbau pada 12 tahun yang lepas masa aku ke Pulau Ketam aku dan asben di sapa oleh beberapa pengusaha bilik bertanyakan adakah mahu menyewa bilik. Kami berdua menjawab tidak, kami berdua hanya mahu berjalan-jalan di Pulau Ketam bukan mahu menginap di sini. Taukeh itu berkata " you boleh sewa kira jam punya ". Kami berdua menjawab " tak mahu " sampai penat menjawab beberapa pertanyaan taukeh-taukeh rumah penginapan. Pada masa itu kami berdua tidaklah tahu rupa-rupanya selalunya orang islam menyewa bilik di Pulau Ketam untuk membuat maksiat. Syukur Alhamdulillah kami berdua tidak terdorong oleh syaitan melakukan maksiat. Itulah kelemahan umat islam sendiri sehinggakan orang bukan islam sendiri melabelkan semua orang islam ke pulau ketam mempunyai niat melakukan maksiat.

Fast forward, Anak-anak aku begitu teruja menaiki bot yang mana ia bot yang terbuka dan merasai deruman ombak, kapal-kapal dagang dan permukaan laut yang tenang dan indah. Pada aku biarlah anak2 kita lebih explore menikmati keindahan alam dan merasai sesuatu yang mereka suka dan pengalaman yang mereka yang ingat sepanjang hidup mereka. Sesampai di Pulau Ketam, keadaanya tidak banyak berubah seperti 12 tahun yang lalu, kami singgah di Balai Islam Pulau Ketam dan berbual dengan seorang remaja dan bertanya banyakkah orang melayu tinggal di sini ? Dia menjawab " tak banyak hanya petugas di balai polis dan pusat kesihatan sahaja orang melayu di sini.












Setelah berehat sementara di jeti Pulau Ketam kami sekeluarga menaiki bot laju ke Port Klang. Sesampai di jeti baru aku perasan hari tengah hujan dan syukur hanyalah renyai-renyai sahaja.

Dari Port Klang kami sekeluarga pulang ke KL dan anak-anak aku mendesak nak main layang0layang di kawasan lapang di BTHO. Aku dan asben pun layan ajerlah karenah mereka lagipun masa cuti-cuti beginilah masa yang dapat di luangkan bersama-sama mereka.

Tuesday, February 9, 2010

Persaraan Awal

Orang selalu bertanya sampai bilakah aku akan bekerja, nak kerja sampai pencen ker ? Selalunya aku menjawab dengan secara spontan jika aku dan cash 1/2 juta dan takde hutang hari ini juga aku berhenti berkerja. Pada pendapat aku kita perlu meletakkan satu matlamat pada diri kita bilakah kita nak bersara dan menikmati hidup ini. Jika kita telah ada satu matlamat maka senang untuk kita menyusun strategi bagaimana hendak mengapainya.

Pada aku menetapkan 10 tahun akan datang aku tidak perlu berkerja lagi dan semestinya titik permulaan untuk menuju matlamat aku haruslah bermula hari ini. Jika kita lewat menyusun strategi makan ia akan merencatkan matlamat persaraan awal kita. Ada juga orang yang tidak bersetuju pada pendapat aku mengenai persaraan awal. Pada aku jika sudah memiliki apa yang kita mahukan dalam hidup dan kewangan yang kukuh untuk membiayai saraan hidup, kesihatan, melancong dan pendidikkan anak-anak maka WHY NOT kita bersara awal. Persaraan awal bukan bermakna kita goyang kaki di rumah tapi semestinya kita mempunyai passive income yang mana kita mempunyai pendapatan dari pelaburan kita 10 tahun yang lalu. Ha.. ha .. Inilah aku tengah usahakan hari ini bagi merealisasikan impian persaraan awal aku dan juga asben.

Orang sering bertanya pada aku bila bersara you nak duduk mana ? selalunya aku menjawab nak tinggal di kampung sebab lebih nyaman, kos sara hidup yang murah dan aku boleh buat rumah ala-ala chalet..Pada aku umur 45tahun nanti anak sulung aku akan berusia 20 tahun dan yang bongsu adalah 15 tahun maka aku boleh menumpukan perhatian penuh pada perkembangan pelajaran mereka. Sebagai persediaan pelajaran mereka aku mesasarkan sekurangnya RM100K untuk membiayai pelajaran mereka. Selalunya jika aku mendapat bonus tahunan aku akan mendepositkan 80% wang tersebut ke akaun simpanan mereka. Alhamudulilah dalam 2,3 tahun nanti jumlah yang aku sasarkan itu dapat aku realisasikan.

Pendekata aku harus memajukan diri dan nekad merealisasikan impian dan cita-cita aku.

Sunday, February 7, 2010

Weekend Activity

Sepatutnya semalam aku akan membida satu unit di lelongan CIMB, full survey dah di buat dan at last unit called off. Di sebelah pagi aku duduk di rumah, ,macam biasalah mengemas dan menyapu. Asben aku pula lepas minum pagi pergi buat checkup untuk renewal lesen GDL, dalam pukul 12 tenghari RHB personal bankers call nak datang rumah bawakan loan letter of offer, aku pun cakap pada dia yang asben aku balik dalam 1noon. Dia akan ok, dia akan datang dalam 1 noon. Tak pernah pulak bankers siap datang rumah bawakan letter of offer. Luckily asben aku balik rumah sebelum dia datang.

Personal bankers pun explainkanlah term and conditions, looks okay to me. My asben pun signed kan letter of offer. So kitaorang borak2lah pasal loan dan tanya boleh ker husband aku buat loan lagi dengan RHB, sajalah kot2 boleh masuk loan lagi.

Selepas lunch aku dan asben pergi ke sungai long buat survey rumah yang akan di lelong pada 10 Dec. Bila sampai di guard house asben aku kena register dan kitaorang pun pergi unit tersebut, nampak dari luar rumah rumah ini tidak berpenghuni. Esok aku akan checkkan dengan JMC outstanding maintenance payment. Walaupun rumah ini rental terlalu low tapi aku dah ada planning yang aku nak cuba.

Lepas survey aku dan asben shoot ke Shah Alam pergi rumah adik asben aku. Saja ziarah dah lama tak pergi rumah dia. Aku tanya asben adik ipar aku masih jadi salesman kereta ker, dia jawab tak sekarang ni belajar buat Forex. Wow .. aku tanya dalam satu hari dapat untung ker, dia cakap sekarang ini dia tengah study market dan belum lagi trade besar2. Pada pendapat aku trade Forex ini terlalu tinggi risiko, boleh cepat jadi kaya dan sebaliknya. Setiap orang ada cara tersendiri untuk mencari rezeki termasuklah aku yang buat pelaburan hartanah.

Almost pukul 8pm aku sampai balik rumah dan terus bersiap2 pula ke Bukit Cheras sebab adik aku nak belanja makan western food. Ramai betul orang, maklumlah awal bulan lagikan. Makan sampai tak larat nak bangun, puhh memamg berbaloi-baloilah ...

Thursday, February 4, 2010

Bank loan rumah lelong lulus .. TQ RHB

Berita gembira hari ialah RHB dah luluskan pinjaman asben aku. Since RHB beri MOF 90% dan BLR -1 dengan ini aku pilih RHB untuk loan rumah lelong aku ni. So far so good, lawyer pun dah dapatkan confirmation dari developer untuk pindah hakmilik, hari sabtu ni asben aku jumpa dengan bamkers untuk sign letter of offer. Harap2 proses tukar hakmilik dapat dilakukan dengan lancar.

Hari2 aku kena follow up dengan lawyers dan bankers pasal urusan jual beli rumah aku, maklumlah sekarang ini aku dalam proses beli 4 buah rumah dan jual sebuah rumah. Aku terpaksa curi masa kerja aku call dan minta progress status. Bukannya apa, at least kita dapat tau perkembangan terkini.

Esok pagi aku kena bawa kereta ke opis sebab motor aku pancit di seputeh semalam. Tak sampai lima minit mamat pomen datang tanya nak tukar tiub ker ? aku cakap berapa, dia cakap RM20, biasalah diorang kenakan masa terdesak ni. Yang paling aku sakit hati dia tukarkan tiub sotong pada aku sedangkan tayar luar aku adalah tayar TT. Boleh cakap dengan aku , tayar akak dah botak. Aku perasan masa di tukarkan tayar ada paku di tayar aku. Dah sah lah ni paku tabur.

Inilah gambar mamat yang tukar tiub sotong motor aku semalam. Layan ajerlah














Aku nak tukarkan tiub sotong dengan tiub TT, kalau tak aku jamin 2,3 hari nanti tayar aku mesti pancit punya. So esok pagi2 aku kena gerak takut jammed, almaklumlah opis aku di damansara.

Wednesday, February 3, 2010

Bank Loan

So far baru AMBANK responded pasal my asben loan application status. Itu pun aku terpaksa called my ex frend masa di MBF Finance yang sekarang OIC di cawangan tersebut. Dua bulan lepas aku pergi cawangan tersebut atas urusan bank, masa di kaunter aku di sapa, u ex mbf kan, aku pun diam seketika.... aku pun dah resigned dari AMBANK almost 9 tahun.. at last baru dia cakap dia dulu Linda dari Finance.. okay .. baru aku ingat..

Actually aku tak tahu yang dia ni OIC cawangan AMBANK, ingat dia officer biasa2 saja. What happen last week ada ex AMBANK joined dept aku dan bercerita pasal staff AMBANK dan baru aku tahu kawan lama aku ini OIC di branch ini ..

Since asben aku called beberapa kali ke cawangan tersebut tapi tak ada berjawab. So aku terpaksa called kawan aku tanya loan satus semalam. Almost 2 jam macam tu, loan officer branch tersebut called bagi tahu yang loan dah approved tapi MOF adalah 80% dan yang lebih menyakitkan hati BLR +1.OO .phewwww ... Aku called kawan aku dan tanya mengapa macam mana ni sedangkan bank lain offer BLR - . Aku cakap biarlah aku fikirkan dahulu ...

MBSB dan RHB akan bagi jawapan by this week or early of next week ... harap2 mereka yang bagi offer yang lebih baik ... Nak buat macam mana inilah cabaran dan rintangan yang aku jadikan ia sebagai satu semangat untuk terus maju..

Monday, February 1, 2010

Pembelian Rumah Lelong

Keistimewaan membeli rumah lelong ini adalah kerana harga rumah yang perolehi adalah lebih murah dari harga pasaran. Pembelian rumah lelong bukanlah satu urusan yang mudah kerana banyak perkara yang perlu di ambil kira. Jangan pula bersusah payah mendapatkan rumah lelong dan akhirnya rumah yang diperolehi menyamai harga pasaran atau lebih buruk lagi over market value.

Jika anda berhajat membeli rumah lelong ada semestinya membuat "Homework" yang biasa saya lakukan

1. Faham terma syarat lelongan. Setiap bank mempunyai terma syarat yang berlainan.

2. Modal yang cukup

3. Membuat lawatan rumah lelong tersebut, keadaan rumah, samada berpenghuni atau kosong. Elakkaan membeli rumah jika didiami oleh tuan rumah kerana perkara yang agak sukar menyuruh tuan rumah keluar. Elakkan juga tuan rumah dalam keadaan yang daif seperti orang uzur, sakit dan ibu tunggal yang kematian suami yang mana tidak dilindungi MRTA. Ada orang bependapat jika kita tak beli ada orang yang beli.. orang lain itu bukanlah anda yea.

4. Membuat pertanyaan mengenai tunggakan penyelenggaran, cukai pintu, cukai tanah, letrik dan air. Walaupun ada bank yang menanggung kos tunggakan penyelenggaran, cukai pintu, cukai tanah seharusnya anda ingat bahawa anda kena membayar dahulu dan membuat tuntutan balik. Bayaran balik dari bank banyak mengambil masa diantara 6- 12 months. Bank tidak menanggung bil tertunggak seperti air, iwk dan letrik.

5. Membuat estimation cost baik pulih seperti wiring, lampu, kipas dan mengecat. Jika perlulah

Sesudah anda membuat homework tersebut dan nekad hendak mencuba nasib maka anda perlu membuat bankers cheque mengikut % yang di tetapkan oleh bank. CIMB Bank mengenakan charge yang paling murah daripada bank-bank yang lain.

Apabila hari lelongan tiba anda seharusnya menghadirkan diri 1/2 jam bermula. Anda mesti mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran dan menyerahkan kad pengenalan dan bankers cheque dan juga mengisi borang bidding. Selesai anda mengisi borang tersebut anda akan diberikan paddle yang mempunyai nombor. Dari pengalaman saya setakat ini hindari daripada bercerita mengenai unit yang hendak di bid kerana terlalu banyak ulat-ulat auction yang cuba meminta wang daripada anda. Tak tahulah jika anda pula yang bertukar menjadi ulat dengan meminta compensation dari pihak lain.

Katakan anda bertuah pada hari tersebut dan mendapat unit tersebut, datang balik ke kaunter pendaftaran untuk mendatangani penerimaan kontrak dan jika rumah yang dimenangi melebihi RP maka anda perlu top up deposit mengikut % yang di tetapan oleh bank dan yuran stamping sebanyak RM50.

Selalunya POS yang siap dengan stamping boleh diambil selepas 2-3 hari berkerja. Setelah anda mendapat POS maka bolehlah anda membawa POS ke bank untuk memohon pinjaman. Saya nasihatkan anda memohon pinjaman lebih dari satu kalau 5-6 bank pun tidak mengapa. Anda harus ingat bahawa rumah lelong hanya di berikan masa samada 90hari atau 120 hari untuk diselesaikan ..

Okaylah setakat ini sahaja dan jika anda ingin berkongsi pengalaman anda yang terburuk, yang termanis atau ingin berkongsi teknik membeli rumah lelong yang lebih baik silalah berikan komen anda di sini ..

Masuk Bidding Lagi



Bersempena hari wilayah hari ini, aku duduk sorang2 di rumah, anak2 aku pergi sekolah dan asben aku kerja. Ingat pagi nie aku nak pergi MBSA nak check outstanding cukai pintu, nasib baik aku call MBSA samada aku boleh check thru phone tak. Nasib baik dan berita baiknya tunggakkan cuki pintu hanyalah RM389.55 sahaja.. walaupun aku boleh claim balik dengan bank tapi kalau OSnya tinggi bebenor susah jugak. Bank pu bab nak buat bayaran balik takes 6-12 months. OS maintenance hanyalah RM150 ajer.

Actually pada hari sabtu lepas aku dan asben pergi Shah Alam survey rumah yang akan di lelong pada this weekend. Kawasan ni memang aku dan asben very familiar sebab asben aku pernah tinggal di blok yang berdekatan rumah lelong ini. Bila sampai rumah ni aku ingat takde orang dalam rumah sebab keadaan rumah yang agak kotor. Grill berkunci tapi pintu kayu tak lock. Asben aku bagilah lah salam almost 5 minit jugaklah tapi takde orang buka. At last asben aku buka pintu kayu dan ternampak kelibat orang and at end keluarlah mamat bangla yang tak tahu berbahasa melayu dan english. Asben aku tanya sewa ker, dia cakap yea sewa , asben aku tanyer siapa bayar.. si mamat bangla ni cakap .. kilang PAKAI bayar ...ohh aku pun fahamlah.. asben aku memang tau lah kita nie. Aku tengok dalam rumah ni keadaan rumah boleh-bolehlah tapi wiring kena buat lagi sekalilah .. looks tak selamat wiring nya.

Bab penyewa kat sini no problem, sebab kawasan perindustrian dan berdekatan dengan UITM. Asben aku pernah sewa rumah 1 bilik dahulu dengan kadar RM400.

Lepas tu aku pergi ke rumah lelong yang aku menang pada bulan November, saja survey2 dah alang2 datang shah alam. Pasal kes rumah lelong ni dah tinggal final stage aku harap dapat close case pada bulan March ni.

Lepas ni aku nak pergi bank buat bankers cheque.. buat siap2 .. harap unit tak called off pada saat2 akhir ...