Thursday, January 27, 2011

Surat dr HR & Balik Kampung

Hari Isnin adalah hari yang mengembirakan aku bila aku baca surat increment dan Technical Allowance tapi ada juga colleagues2 yang tak puashati sebab takde increment dan just dapat Technical allowance. Dalam unit aku hanya ada tiga orang termasuk aku yang dapat TA dan Increment. Agaknya aku ni under paid kot tu yang dapat increment kot.. he2. TA monthly allowance di berikan ikut rank dari exec ke SM. Syukran2 dengan rezeki yang di berikan

Minggu depan sekolah off for the whole week, adik beradik aku akan berkumpul di kampung. Adalah plan nak pergi berkelah, makan2 dan jalan2.. Insyaallah lepas kerja pd 2nd Feb akan berkonvoi balik ke kampung...

Ni gambar2 Sungai Perak yg di ambil masa balik cuti krismas..





Bila tengok sungai ni banyak betul kenangan2 zaman kecil dahulu. Dulu sungai ini ada motobot tambang untuk ke kampung sebelah, bila dah adanya jambatan motobot tambang pun tak beroperasi.Persekitaran sungai pun di jaga, air nyer yang bersih, ikan pun banyak, kalau memancing gerenti dapat ikan. Kalau air sungai kering ada pantai dan boleh main bola lg, cari kechen aka etok, menangguk ikan.. mmg besh lah. Sekarang ni semuanya tak berjaga, air sungai pun dah jadi warna teh susu, ikan pun terlalu kurang..

Tuesday, January 25, 2011

Penyewa Segera

Hr ini asben bagi tahu yg dia dapat call dari seorang lelaki berminat menyewa kakak di sentul. Sebenarnya aku belum lagi iklan di mana2 portal. Rasanya dia refer iklan lama yg adik aku iklankan 1/2 half ago kot. Yang herannya ialah dia nak pindah masuk dan bayar deposit malam ini. Walaupun penyewa kakak dah pindah keluar dan masih dalam notis aku tak nak masukkan penyewa baru. Ingat tak yang penyewa yang minta refund deposit walaupun bagi tak cukup notis. Mulalah aku fikiran aku fikir benda yang bukan2. Rasanya tak mungkin, dorang buat hal since mereka ni berkerja di hospital yg merawat orang sakit jantung .. boleh agak kan .. wad mana pun aku tahu .. hehe.. rasanya tak kot

Dari pengalaman aku yang lalu, orang yang terdesak yang hendakkan rumah selalunya akan buat hal dengan kita. Bila dia masuk rumah instant, instant jugalah dia nak pindah keluar dan liat nak bayar sewa rumah. Sewa rumah dgn orang yg kita dah biasa pun susah jugak, sbb selalu gunakan alasan2 peribadi. Yealah kita pun manusia yang mempunyai perasaan kasihan simpati tapi bila kita di tipu hidup2 itu yang menyakiti hati.

So asben n aku decided tidak menyewakan rumah kakak kepada " penyewa segera " ..

Saturday, January 22, 2011

Department Interaction Day

Pg2 dah bangun sbb kena attend dept interaction day .. all this while aku tak attend pun. Malas benor rasaya, since hr ni anak2 aku ada sekolah ganti. Aku gerak dr rumah pukul 6:45am pickup office colleagues di cheras dan terus ke puchong. Since dept aku ni ada beberapa opis d lokasi yg berbeza jd tak semua nyer aku kenal. Tau nama tak tahu saper dia.

Adalah jumpa dgn staff2 yang aku asyik bertekak pasal policy and procedure .. kerja aku ni mmg asyik di kejar di user dan aku pulak mengejar orang.. Aku main netball, rules and regulations pun aku dah lupa almaklumlah last main masa di form 5 dulu. Penant refree tiup wisel ramai yang offsite.. Main satu game pun macam nak pengsan, lain2 member rumah aku banyak yg lari tak nak main.. nak tak nak aku kena main 3 game.. kalah 2 x menang 1 x ..

Hr isnin insyallah hr akan bagi surat special allowance. Yg heran sikit ialah sepatutnya company kasi salary adjustment tp untuk menjimatkan macam2 kos [tu sbbnya company aku decalared profit naik tiap2 tahun) dorang kasi special allowance. Kl keluar dr dept aku ni, allowance akan di tarik balik.. Apa2 pun dari takde lebih baik ada kan ..

Thursday, January 20, 2011

Rumah Lelong : Pindah milik terbatal

Aku terjumpa entry forum ini di bicarajutawan apabila taip " masalah rumah lelong " di google search. Selalu yang kita dengar masalah paling teruk ialah owner tidak mahu keluar dari rumah setelah ownership transfer completed dan juga owner yang meletakkan caveat bagi menyekat proses pindah milik (rumah yg ada strata tittle]. Kalau setakat ex-owner menjahanamkan rumah sebelum pindah keluar kira kes standardlah ..

Apa yang harus kita lakukan jika perkara yang di alami oleh "MRZALI " ini. Ownership transfer dah completed, nama dah masuk geran. Waris owner melantik lawyer mencabar perintah lelong dan akhirnya hakim membuat keputusan yang memihak kepada waris owner.




Takut pun ada, yealah, selalunya kita juz check tengok samada rumah berpenghuni atau tidak, sapa yg tinggal, check cukai pintu,cukai tanah (landed property), tunggakan maintenance, bil api/air/ iwk, ada caveat ker atau tidak. Nampaknya walaupun kita dah menang rumah lelong dan all the legal process completed, kita masih tak boleh tidur lena lg. Nampaknya kesedaran rakyat malaysia mengenai hak2 mereka dah tinggi [hehe2] di mana dah berani menggunakan saluran undang2 untuk mempertahankan mereka walaupun dah tahu yang dorang tak reti2 bayar hutang [tak nak bayar hutang tapi ada duit bayar lawyer].

Sunday, January 16, 2011

Rezeki Hari Ini

Hari ini aku n asben gerak ke Shah Alam jumpa potential buyer. Jumpa di tempat yg di janjikan. Luckily penyewa student ada di rumah, semuanya sedang tidur. Buyer juz tengok dari luar ajer. Apa yg peliknya buyer ni adalah student IPTA, dari percakapannya aku nampak dia bukan nak beli tapi macam buat research pasal property. Dia bagi tahu yang ayah dia yang beri fund untuk buat property investment. Ada sorang lagi potential buyer yg dok bersms, at the end asben aku bagi alamat suruh dia survey dari luar ajer. Tadi pukul 11pm dia kata confirmed nak beli dan nak bayar duit booking. Since asben aku bzzz sangat lately dan aku pun sama, cuba arrangekan within this week untuk jumpa collect duit booking. Harap2 deal ini jadi, insyaallah. Rumah ini bagus since GIANT akan di bina di kawasan berhampiran dan berstatus freehold. Susah nak cari FH di Shah Alam. Untuk rumah di klang, silent reader blog aku pergi survey dan decided tak nak proceed since rumah ini ialah "penthouse " @ top floor dan hanya mempunyai temporary CF. Itu yang aku selalu katakan, bila kita nak beli rumah, mestilah survey dahulu dan 100% berpuashati .. taklah urgent aku nak jual rumah ni. Monthly aku dapat +CF 250 selepas di tolak installment dan maintenance fees, cuma aku nak cash cepat untuk next planning.. ps: En Hxxxx tak sangka yer jarak rumah kita dlm 3km ajer ...

Hari ini ada guest dari Kedah buat last minutes booking untuk hari ini, luckily housekeeper tak kemana2 dan guest selamat check hari ini dan akan check out esok. Walaupun sikit, aku bersyukur dgn rezeki yg di berikan ..

Aku plan bulan lepas CNY aku nak repaint, sbb aku tengok warna bilik tak cantik dan ada a fews things yg nak di tambah bg keselesaan guest.

Saturday, January 15, 2011

Harian Metro 16hb Jan 2011 - Pelabur serai terpaksa gigit jari

Pelabur serai terpaksa gigit jariOleh Md Fuzi Abd Lateh

KECEWA…(dari kiri) Mohamad Diah, Rahsidi dan Rizal menunjukkan surat perjanjian yang ditandatangani dan salinan laporan polis yang dibuat mereka, semalam. KUALA KUBU BHARU: “Saya geram kerana pelaburan dalam projek tanaman serai berkelompok ini mengakibatkan saya kerugian puluhan ribu ringgit,” kata Mohamad Diah Hamidon, 31, mangsa sindiket pelaburan tidak berdaftar secara sah.

Menurutnya, dia seorang daripada 35 mangsa yang mengalami kerugian RM600, 000 selepas melabur antara RM5,000 dan RM30, 000 seorang mengikut saiz tanah yang dilabur untuk projek tanaman serai di kawasan Felda Sungai Tengi di sini.


Katanya, dia kerugian RM15,000 selepas menyertai projek itu awal tahun lalu dan kini hampir berputih mata kerana masih gagal mendapatkan semula wang dibelanjakan itu.


“Saya dan rakan kecewa apabila diperdaya anak tempatan yang gagal memaklumkan status pelaburan itu.


“Kami mendapat tahu pemilik syarikat terbabit melarikan diri bersama wang pelaburan kami ke Kelantan beberapa bulan lalu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Mohd Diah berkata, dia bersama mangsa lain membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kubu Bharu, pada 16 Oktober lalu.



Katanya, dia tertarik menyertai skim pelaburan pertanian itu apabila dijanjikan pulangan serta keuntungan melebihi RM80,000.


Seorang lagi mangsa, Rizal Kasmu, 26, berkata, dia melabur RM10,000 dengan dijanjikan pulangan mencecah RM68,000 mengikut hasil tuaian serai seluas lebih sehektar.


Namun, katanya, bagaikan indah khabar dari rupa, apabila dia bukan saja tidak menerima bayaran keuntungan, malah syarikat terbabit masih berhutang benih serai bernilai RM2,500.


“Berdasarkan perjanjian, saya sepatutnya menerima hasil keuntungan RM17,000 untuk 0.4 hektar tanah yang diusahakan. “Namun, walaupun syarikat itu sudah menuai hasil serai seluas 0.4 hektar, tetapi keuntungan dijanjikan belum diterima,” katanya.


Rakannya, Rahsidi Hussain, 36, berkata, wang RM10,000 yang dilaburkan dalam projek itu lesap begitu sahaja.


Menurutnya, kini pengurus syarikat yang turut mendaftarkan dua lagi syarikat dimiliki isteri dan adik-beradiknya menghilangkan diri bersama hasil dan wang pelaburannya.


“Saya memulakan projek itu pada Jun 2009 dan berdasarkan surat perjanjian, saya mampu menuai hasil tanaman itu selepas enam bulan.


“Tetapi, kami ditipu,” katanya yang berasal dari Ampang, Selangor.

...................................................................................

Aku hampir2 menyertai projek serai, hari2 cari info.. dari blog penanam serai semuanya kata dapat return berganda. Nasib baik aku n asben tak terburu2 buat keputusan untuk melabur. Ada kawan aku siap sewa tanah 2.5 ekar di NS, dahlah kena tipu sbb tanah yg di sewa rupanyam kurang dari keluasan yang di bayar. Beli benih serai peha ayam dari supplier yang kononnya akan membeli balik hasil tuaian tapi janji tinggal janji. Akhirnya serai kering kontang macam tu saja..

Thursday, January 13, 2011

Penyewa Rumah Kakak beri short notice pindah keluar ...

Pada 7hb aku hantar sms bertanyakan bila dorang akan bank ini duit sewa sbb selalunya sebelum 5hb dorang dah bayar.Sms yang di terima memberitahu yang dorang nak pindah keluar dan siap demand mahukan duit deposit dorang balik pada 20hb Jan. Since aku minta 2 plus 1 deposit, jadi sewa bulan ini akan di tolak dari deposit. Jadi ada lagi sebulan deposit yang aku hold sebab aku takde ambil deposit dan air. Macam2lah dorang sms minta aku pulangkan sebulan deposit. Aku bagitahu aku akan pulangkan deposit selepas aku dapat bil air/api pada awal bulan Feb dan berpuashati dengan keadaan rumah. Satu pengajaran pada dorang di masa hadapan ialah patuhi perjanjian yang di persetujui bersama.

Rumah ni rumah kakak aku tapi bagi semua urusan aku yang handle since dia dah migrated ke Australia. Lepas ni aku kena cari penyewa baru dan harap2 Allah mempermudahkan urusan ini ..insyallah

Monday, January 10, 2011

Oh KPI


KPI [ Key Performance Indicator ] perkara yg memboringkan aku setiap awal Jan .. hish.. bosan nyer .. Sebabnya apa yg boss aku comments tu tak mencerminkan dgn bonus dan increment aku dapat .. Almost of the year aku nyer KPI aku cantik boleh print dan framekan. Bila dapat surat bonus dan increment tu aku masih boleh senyum sbb company aku rewarded .. he3 but every year sama ajer ..tambahlah bonus sebulan, 2 bulan lagi ker ..sikap tamak tu datang jugak.. yealah lumrah manusia kan ... [ termasuklah aku ]

Luckily tahun ni super boss yg buat aku appraisal kalau boss M aku tak tahulah macam mana dia kasi markah aku ..tahun depan super boss aku akan transfer ke dept lain , nampaknya tahun depan aku kena mengadap boss M untuk appraisal.. harap2 contract dia tak renew next year ... selamat aku ..

Harap bonus akan keluar pada pertengahan bulan Feb ...

Saturday, January 8, 2011

Bayaran Nursery Anak pun boleh tertunggak !

Seperti biasa setiap awal bulan aku akan melakukan pembayaran duit jagaan nursery anak2 aku. Untuk tahun 2011, pihak transit mengenakan yuran pendaftaran RM20 bagi setiap anak yang di hantar. Semasa aku membuat pembayaran, ada parents datang bertanyakan pasal nak hantar anak ke tempat asuhan ini. Aku pun belek2lah fail2 di atas meja, aku terpandang satu fail yg lebih kurang tertera " tunggakan bayaran ", aku pun yg agak bz body ni pun, membuka fail tersebut. Terkejut badak apabila aku tengok yang jumlah keseluruhan os ialah around RM8K .. semua details ada tertulis di dalam fail ini. staff nursery pun datang balik kat aku selepas selesai attend parent tadi. Aku pun bertanya pada staff nursery " banyaknya OS yg parent tak bayar ". Menurut staff nursery ada parents yg tak bayar dari bulan Jun - Dec 2010. Aku pun tanya balik, tak suruh dorang bayar ker ? dan anak2 dorang masih datang sini ker ? staff ini pun menjawab " bila tanya parent dorang jawab nnt saya bayarlah but dgn tak malunya masih hantar anak seperti biasa ke nursery ". Perception aku selama ini bisnes nursery ni senang ajer .. every month parents akan prompt bayar ..

Ada juga parent yang macam ini, kalau tak nak bayar tak payahlah hantar anak ke nursery. Berhenti kerja dan jaga anak sendiri. Tak faham aku di buatnya kalau setakat bil api, air, astro tertunggak tu kira boleh terima lagi, inikan bayaran jagaan anak2 !! apa yang sedihnya semua parents adalah orang Islam tapi macam mana dorang ambil ringan tentang hal2 ini..

Yuran nursery ni murah sangat, anak2 aku belajar dua sesi ( KAFA dan Sek Ren ) bayaran yg di kenakan hanyalah RM90 sebulan bagi seorang anak. Eventhough anak sulung aku darjah 6, aku opt anak aku duduk di nursery, lagipun aku tak perlu nak risau pasal makan tengahari [ tak payahlah aku nak sibuk2 masak pagi2 :p], tak perlu risau kalau dia merayap2 kemana2 dan yg penting keselamatannya.

Friday, January 7, 2011

Nak Jumpa Potential Buyer ...

Loan potential buyer rumah di klang tak lulus sebab over commitment. Aku decided iklankan balik di Mudah at the same time aku menyewakan dgn rate rm550 pada seorang financial management consultant.. Hari selasa aku serah kunci dan pada malam rabu ada couple intend nak beli. Since ada kawan dia tinggal sama blok dgn unit aku tak susahlah aku explainkan unit rumah aku. Akupun interview sikit pasal current commitment. katanya dia hanya ada loan asb sahaja dan monthly payment ciput ajer. Kalau betul info yg di berikan mmg takde masalah langsung untuk dapatkan loan. Masalahnya sekarang couple ni nak masuk untuk tengok keadaan dalam rumah. Masalahnya ialah aku segan nak bagi tau pada penyewa baru yang ada orang nak survey rumah.. Aku tanya couple tu samada kalau unit ini di beli untuk diduduki atau untuk di sewakan. Couple ni pulak tak decide lagi. Jikalau couple ni sewakan rumah ni still ada +CF RM100 selepas di tolak maintenance fees.. nampaknya aku kena suruh asben aku slow talk dgn penyewa baru ni ..

Ada potential buyer nak beli rumah di Shah Alam, aku dah bagitau pada penyewa rumah yg esok ada orang nak masuk tengok rumah, so far response yang di berikan oleh penyewa OK .. takde masalah. Previously aku decided nak kept rumah yang bagi +CF pada aku, since aku kena dapatkan cash untuk plan yang seterusnya .. sayang tu mmg sayang tapi nak buat macam mana kan .. tak nak gunakan duit yang aku reservekan ..[ walaupun sekarang ni tak perlu simpan duit banyak2 sebab nilai dah susut but we still need a cash in hand kan ] ..

Landed property di Cheras aku hold dulu sampai TA dgn kilang stokin expire. Sekarang ni dah tak dapat rumah below RM100K di Cheras... Apartment di Cheras pun aku hold dulu since penyewa aku bagitahu yg dia tak suka kalau ada2 orang datang survey rumah... he2 .. yealah aku jadi penyewa pun geram jugak selalu orang ketuk pintu nak tengok rumah ...[ or letakkan tawaran istimewa, kalau setiap kali ada orang datang survey rumah , penyewa dapat discount sewa rumah RM10 or RM20 ker ...kalau nampak macam ni gerenti dia suka, sapa tak nak discount kan :p ] juz suggestion tapi boleh di cuba..

Ada a fews unit di Mentari Court akan di lelong dalam masa terdekat ini, RP pun bagus jugaklah but min RM100K, penyewa takde masalah tapi untuk flipping aku agak takut2 sikit ... sbb MV around RM120-130K ..for long term bagus, kalau short term ..hmmm susah mau cakap

Sekarang ini sapa2 yang berduit mmg2 boleh buat duit lagi sbbnya competition di bilik auction tak berapa sengit selepas 70% LTV for 3rd house implemented by BNM ..

Wednesday, January 5, 2011

Update Semasa

Hr ini aku rasa ada mood nak mengupdate blog aku.. actually aku di serang demam,batuk, selsema dan sengal2 badan. Alhamdulillah hr ini aku rasa sihat sikit.

Dah masuk tahun 2011, yang beralih adalah tahun dan umur pun meningkat 1 tahun..huhuhu .. umur dah bertambah aku kena memperbaiki diri untuk menjadi insan yang taat pada perintah allah taala dan bersyukur dgn limpah kurnia rezeki yang di berikan.

Pada 31st Dec, since Najib declared public holiday aku bersama asben hantar anak bongsu aku menghadiri sesi orientasi (betul ker spelling aku nih) untuk darjah 1. bayar semua bayaran2 tambahan [ yuran dah takde tapi parents still need to pay for additional payment eventhough governemt hv declared everything been paid by goverment ], beli buku tulis dan ambil buku SPBT.

On 3rd and 4th Jan aku ambil AL hantar anak aku kesekolah dan menyettel bayaran2 sekolah .. ponet gilos ..

Semalam aku kesempatan ke Shah Alam bayar yuran maintenance rumah2 aku di sana. Aku nak share cerita aku semasa berurusan dgn TNB Klang utk pertukaran nama. Seperti biasa aku dah ready dgn setem hasil RM20, salinan POS, ic dan DOA.. Masa ambil borang kerani di kaunter bayaran menyatakan aku perlu ke LHDN untuk matikan setem. Punyalah menyirap darah aku mendengarnya, all this while everything went smoothly, tak perlu owner ke LHDN untuk matikan setem. Menurut kerani tersebut ini adalah policy yang berkuatkuasa dari bulan ogos 2010. Aku berkata, pada bulan 11 aku membuat pertukaran nama di Taman Pertama, KL dan tiada masalah. Aku punyalah benggang. Aku masuk kereta dan call pejabat TNB tadi bertanyakan adakah ini policy baru ini di laksanakan di Klang sahaja ? Menurut OIC, policy ini di buat setelah LHDN Klang menolak borang2 dalam kuantiti banyak yg di hantar oleh TNB Klang. Aku ambil nama OIC dan terus call LHDN Klang untuk cross verify. Aku bercakap dgn unit head bahagian stamping dan cik Seri xxx ni MENIDAKKAN bahawa LHDN menolak borang2 yang untuk matikan setem yg di hantar oleh TNB Klang. Aku pun mintak unit head tersebut untuk call TNB Klang untuk verify perkara ini yang betul2 menyusahkan orang. Unit head LHDN called aku balik dan memberitahu bahawa timbul miss-communication between LHDN dan TNB Klang. So pengguna tak perlu ke LHDN Klang untuk matikan setem dan juz ikut previous procedure ..hip2 hooray. Dlm next week aku akan ke TNB Klang lg menyettelkan pertukaran nama ini. Apa yang aku peliknya form CSMA-750-25 last year dan this year adalah sama, tapi bahagian ruangan setem telah di pinda dgn remarks " sila matikan setem sekali ". Since TNB adalah GLC, takkan takde SOP yg perlu di patuhi, takkan every branch ada their own SOP. So, i hv a gud point argue pasal kes ini .. he2 ..