Semalam aku dan asben ke Puncak Alam membuat tinjauan disini since lately unit2 lelong almost sapu bersih. Mostly tidak di jual dengan RP..ada pertarungan antara pembida2.. Sampai d Puncak Alam around 3pm melalui jalan Meru, Klang.. Kalau malam2 bahaya juga kalau drive ikut jalan ni. At 1st jumpa pintu masuk utama ke Kampus Puncak Alam. Berdekatan dengan pintu masuk ada sebuah restoran MCD, dari luar banyak juga orang di dalamnya ( sorry aku dah boikot MCD). Masih banyak kawasan lapang yang belum di bangun yang majoriti di miliki oleh IJM ( banyak papan tanda tulis nama IJM jd aku assumed tanah tersebut di miliki oleh IJM). Aku mmg tak tahu area puncak alam ni, pakai redah aje. 1st Taman perumahan yg aku masuk ialah Taman Cakera Purnama. Majoriti penduduk adalah melayu dan ada jugak unit2 yg tak berpenghuni.
At the end aku sampai juga ke Residensi Warnasari yang menjadi rebutan oleh pembida2. Aku dapati banyak betul unit2 kosong.. 80% 3rd and 4th Flr tidak berpenghuni. Kawasan perumahan yang agak bersih jugalah, yealah ramai orang tak duduk of course tak banyaklah sampahkan. Persekitaran yang sunyi, aman dan tenang mmg sesuailah untuk student. Aku ada membuat tinjauan di beberapa unit lelong disini ada yang berkunci dan ada yang tidak. Kebanyakkan unit jadi tempat longgokkan sampah dan store jiran2, ada juga yang jadikan unit tersebut tempat menyidai pakaian. Dari meter ada masih ada fuse ada yang tiada begitu juga dengan meter air. Bagi unit2 di 4th Flr nampak ada kesan bocor.. even dari bawah dah nampak kesan2 air di siling dan ada juga siling pecala. Overall unit lelong di sini oklah. Semasa survey aku terserempak dengan 4 orang student UITM yg di tangga apartment, aku bertanyakan berapa u all bayar sewa rumah, katanya RM350 basic. Tapi di sebabkan di Puncak Alam banyak sangat rumah dan apartment kosong jadi agak susah nak dapatkan rental yang bagus. Penawaran melebihi permintaan. Menurut student tadi sekarang ni kampus Puncak Alam dah sesak sangat sampaikan nak makan di kantin kampus pun susah, kalau next semester kalau ada penambahan student tak tahulah betapa sesaknya di kampus.
Aku berpendapat kalau nak beli rumah atau di apartment puncak alam mestilah pada harga yang betul2 rendah. Risikonya ialah jika cerita student tu benar maka perpindahan degree course dari Shah Alam ke Puncak Alam mungkin mengambil masa, kerana uitm perlu membina bangunan tambahan bagi menampung penambahan pelajar2. So far ada course degree berpindah dari Shah Alam ke Puncak Alam untuk sem december. Jadi aku kena fikir sedalamnya samada decide nak beli atau tidak.. Bagusnya kalau beli sekarang harga masih rendah lagi. Soalanya jika aku berjaya membeli rumah tersebut dapatkah aku menyewakan atau menjualnya ? For investment kalau kita lambat mendapat return of course ia akan effect kepada Cash Flow. Monthly kita kena bayar bank loan, maintenance, api, air dan yearly kena bayar cukai pintu.
Buat masa ini aku kena fikirkan samada to proceed or wait n c ...
No comments:
Post a Comment