Wednesday, January 24, 2018

Sewaan Rumah Masa Gawat

Mmg dah nampak sekarang ni permintaan terhadap rumah sewa menurun. Kalau dulu mmg senang cari penyewa, bila advertised jer mmg senang dapat penyewa. Apa2pun kenalah rajin iklan sana-sini, dalam FB ...Apa yg aku tengok sekarang ni rumah sewa di bawah RM600 mmg laris, maklumlah ramai yg kena survive di kala ekonomi gawat ni.. 

Untuk tahun ni aku dah melanggar sikit aku nyer rules, menyewakan rumah kepada company.. Sewa kosong tapi aku markup sewa dan ketatkan syarat2 penyewaan. Sewakan kepada company utk foreigner, rumah ni penyewa keluar awal jadi aku terus bagi kepada company ni..Aku sewakan setahun jer.. tggu bila ekonomi okay ambil baliklah... 

Melihat kepada trend sekarang ni aku sewakan salah sebuah rumah aku mengikut perhead. Alhamdulillah so far dah ada 3 orang yg confirmed ada lagi 3 kosong. Ni 1st time aku sewakan bilik tapi mmg leceh jugak sbb nak cari sorang2 penyewa. onsite visit pun berkali2.. tapi return mmglah berbaloi2 tapi letih jugaklah..

Salah satu rumah aku akan kosong mulai Februari, penyewa dapat kuaters katanya. Dah ada confirmed tenant nak menyewa tapi kemasukkan bulan march, aku secured jugak, lagipun penyewa terdahulu aku hold deposit sebulan dia sbb sewa tak sampai 3 bulan dah pindah. So aku cober sebulan dari situ. Dalam perjanjian mmg tertera bab burn2 deposit ni. 

Awal tahun pun dah terasa kepayahan, survival selaku tuan rumah ... la ni mmg buyer market, tenant pun dah pandai tekan tuan rumah, deposit nak bagi 1+1 tak nak bagi 2+1, tapi aku mmg sticked pd the rules 2+1 tapi kl utk family aku bagi kelonggaran deposit sebulan boleh ansur selama 6 bulan. Kena consider jugaklah kan, win-win situation. 

Semoga ekonomi gawat ini berlalu pergi ... 




Friday, January 12, 2018

Pasal Tanah

Just nak share pengalaman aku dalam proses beli tanah, mana tau kot2 boleh jadikan panduan kepada kawan2..

Bulan lepas aku mendapat info ada seller nak jual tanah ayahnya, 1st lot ditepi jalan besar, tapi kawasan ni banyak dijadikan dusun durian, kebun getah dan sawit.. 

Buat appointment dengan penjual untuk onsite survey d lokasi tanah tersebut. Didalam geran keluasan tanah tersebut adalah 4.79 ekar.. Tanahnya berbukiit dan terdapat cerun seperti gaung... Kata penjual cerun tersebut adalah sempadan dengan lot tersebut.. Asben mmg minat sangat dgn lokasi tanah ni.. yalah tepi main roadkan.. Tak perlu nak lintas tanah orang ..Minta tempoh utk buat decide samada nak beli atau tidak...

Aku buatlah research pasal tanah ini, guna google maps untuk tgk view dari atas kedudukan tanah ni.. Bila view dari atas baru aku perasan sesuatu yang tidak kena dengan tanah ni.. aku minta asben contact kawan surveyor dia untuk kepastian kedudukan tanah ni . Melalui surveyor ni rupa2nya keluasan tanah ni berkurangan hampir 1 1/2 ekar untuk pengambilan jalan.. Maksudnya penjual tak mengambil geran baru dari ptg dan geran yang ditunjukkan adalah geran lama ... Melalui sistem surveyor juga almost separuh tanah mempunyai kecerunan 75% ... Nasib baiklah ada kenal surveyor yang boleh checkkan.. kalau tak tepuk dahi ajerlah ...

Menurut SO di PTG katanya dia pun tau lokasi tanah ni, katanya lot sebelah dulunya ada kuari  ambil tanah dan batu.. katanya tanah d lokasi aku nak beli ni agak berbatu tak sesuai utk tanaman kekal .. berhuhu2 

Sebelum ni ada broker offer tanah .. lokasi okay tapi tanah di kawasan dipajakkan kepada kuari selama 60 tahun akan tetapi 10 tahun berlalu syarikat tersebut tidak mengusahakannya ...Broker bukan nak bagitau pun pasal pajakan ni .  info ni pun aku dapat dari orang lain...

Adalah a fews kes jual tanah ni, macam2 hal, beli tanah ni bagus, capital appreciation pun tiggi.. tapi janji ada access road... Nasihat aku adalah bila nak beli tanah, siasat dulu, kedudukan tanah, buat carian d pejabat tanah, tanya surveyor. Kenal2 dgn orang pejabat tanah, So far pembelian tanah aku buat sendiri tak guna lawyer...