Sunday, December 30, 2012

Lagi2 Penyewa Bermasalah

Masalah penyewa adalah perkara " biasa" yang kita hadapi , penyewa lambat bayar sewa, tak bayar bil elektrik\ air . Kadang2 tu pening jugak melayan karenah penyewa-penyewa ini tapi jangan jadikan alasan untuk kita putus asa !!




Tiga bulan lepas, penyewa aku bagi notis pindah keluar, pada awalnya aku dah rasa tak sedap bila mula2 dorang menyewa rumah aku, macam ada tak kena  .. Ramai yang telefon nak menyewa dan salah seorang pemanggil nak menyewa rumah aku untuk 3 bulan sebab dorang adalah pelajar sebuah IPTA yang akan menjalani praktikal di sebuah firma di kawasan rumah aku .. Aku pun bagi tahu maaf " saya hanya menyewakan rumah saya untuk tempoh sekurang2nya setahun. Sampaikan salah seorang bapa pelajar telefon asben supaya bagi sewa pada pada anaknya Kitorang firm pada keputusan yang tidak akan menyewakan untuk short term. Selepas tu ada orang lain yang telefon yang berminat nak menyewa bersama2 rakan2nya yang baru graduate. Setelah di persetujui kunci rumah diserahkan dan deposit di terimaa.

Tup2 lepas 3 bulan dorang beri notis pindah keluar dan bagitahu yang ada rakanya yang berkeluarga nak menyewa. Aku dah dapat agak rupanya dorang adalah group yang minta sewa rumah aku untuk tempoh 3 bulan dahulu. Masa aku ambil kunci orang yang signed TA dah awal2 lagi cabut tinggallah kawannya seorang. Mmg aku kena bebellah dengan aku. Aku diberitahu rakannya yang signed TA hilang 2 laptop yang ditinggalkan dalam kereta .. tuhan dah ayar cash pada dia

Lepas tu ada penyewa yang menyewa, sebelum nak bagi kunci aku dah bagi tau yang deposit yang perlu di bayar. Masa jumpa dia bawak mentua, adik2 iparnya dengan selamba badak bagitau yang dia boleh bagi RM1000 ajer yang balance nanti dia akan bayar pada 25hb, sebab ada sifat kasihan aku pun setuju. Pada 25hb dia pun masukkan bank in baki deposit dan sewa bulanan akan di bayar pada 5hb nanti.

Pada 5hb sewa bulanan tak di bayar, bila telefon di beritahu nanti saya bank in. Aku pun bagitau kalau sibuk aku boleh datang rumah collect. Dia bagitau dia takda di rumah ..  At last pada 7hb dia bagitahu yang dia takda duit nak bayar sewa sbb elaun tak dapat .. itu bukan masalah aku ..

Aku pun bagitau yang dia tak tepati janji dan seperti yang dinyatakan dalam TA aku minta dia keluar pada hujung bulan. Walaupun macam2 alasan yang diberi aku firm dengan keputusan aku. Esoknya aku iklan dan terus dapat penyewa dan dorang terus bayar initial deposit. Tempoh yang di berikan telah tamat tapi penyewa aku bagitau yang dia dapat kuaters tapi penghuni lama belum keluar. Asben pun call bakal penyewa baru samada boleh tak delay kemasukkan. Alhamdulillah penyewa baru menyatakan yang dorang akan berpindah pada awal bulan Jan 2013 sebab masa ini dorang tinggal bersama pakcik di putrajaya. Actually dorang just nak lock sewa rumah sebab akan pindah keluar dari kuaters di putrajaya pada awal bulan Jan.

Aku bagitau pada penyewa lama kalau nak menyewa lagi sebulan dia kena bayar sewa rumah lagi sebulan, mulanya dia tak bayar, lepas aku bagitau saya akan buat laporan menceroboh baru dia bayar. Kalau dia tak keluar lagi padam hujung Oct aku akan hantar legal notice. Seperti yang dijanjikan dia pun pindah keluar dengan cara baik dan rumah diserahkan pada penyewa baru.

Friday, December 21, 2012

Inspen : PCEA

Syukur Alhamdulillah asben dapat panggilan dari Inspen untuk sessi  tahun 2013 Certificate Estate Agency - PCEA course. Memang amat mengharapkan peluang ini since tahun lepas dia ada pohon tapi di tolak ..Pendaftaran pada 4hb Jan 2013 dan kelas setiap hari Sabtu.  Nampaknya aku kena re-align jadual hujung minggu ..  Nampaknya course master asben kena postponed dulu lepas completed PCEA.


Aku yang encouraged dia untuk ambil PCEA ini perancangan masa hadapan. Tak rugi rasanya kalau ada ilmu dan boleh di manafaatkan. Yang best nyer dia pun tak daftar dengan mana-mana sebagai negotioter pun , cadangnya bila dah masuk kelas baru dia nak daftar dengan agency dekat2 rumah. Pengalaman jual rumah  cari penyewa, survey tapi semuanya untuk property sendiri adalah

So far aku yang cari listing-listing rumah lelong/subsale. buat research pasal property dalam internet then baru highlight pada asben. Once pesetujuan di capai barulah kitaorang buat onsite survey dan kalau okay baru buat tindakan selanjutnya. Bab banker mmg aku punya arealah, kalau nak nego2  nak betulkan itu ini asben punya partlah. advertisement dan draft TA mmg kerja akulah tapi contact person mmg aku kasi nama asbenlah.

Harapnya lepas ini kerja aku jadi mudah ..hmmmm .. [ tak pernah aku tengok asben uka blog aku pun, mungkin lepas ni da akan jenguk kot , eventhough blog aku melewati usia 3 tahun].  Apa2pun ini adalah perancangan aku n asben  dan juga untuk menjana passive income dari segi komisyen, kalau ada agency sendiri nantilah, inshaallah



Thursday, December 20, 2012

Kemalangan

Malam semalam lebih kurang 7:45pm aku mengalami kemalangan kecil dalam perjalanan dari office ke rumah. Jarak rumah aku ke pejabat adalah lebih kurang 25km jugak jadi kenderaan aku adalah motosikal, jarang sangat aku bawa kereta walaupun company beri parking allowance.

Office mate dah warned aku yang dia ada beberapa orang tiba-tiba hilang kawalan semasa melalui laluan tersebut. As a women riders taklah aku bawa laju sangat, slow2 ajer. Tiba2 tayar aku macam terkena minyak, licin semacam terus jatuh, motor kedepan aku jatuh di belakang.  Alhamdullillah aku boleh bangun, cuma ada calar-calar, badan ada terasa sengal2. Ada dua orang rider yang tolong masa tu,m angkat motor dan hidupkan enjin dan nasib baik jugak motor boleh hidup. Menurut salah seorang rider to malam sebelum tu dia ada melihat 2 orang rider yang terbabas, katanya ada orang letak minyak di atas jalan, sengaja nak ainaya orang.

Tempat kejadian 
Masa dalam perjalanan terasa pedih sebab kena angin2, terasa perjalanan aku mengambil masa yang lebih.
Sampai di rumah aku rehat kejap  dan aku gagahkan diri ke downtown untuk belikan buah tangan untuk keluarga kakak di Australia.Nak kirimkan pada adik yang akan bertolak kesana malam sabtu ini dan beli untuk opis exchange gift. Lepas beli apa yang patut aku terasa kaki macam nak cramp, tapi aku buat derk aje, masa nak masuk kereta sebelah kaki aku dah cramp aku keluar balik untuk melangkah bagi releasekan cramp, tiba2 dua kaki cramp, aku tak  boleh jalan, terpaksa berbaring atas jalan dan asben tarik kaki atas dan kebawah. Sakit teramat sangat, almost 15 min jugaklah nak releasekan cramp.

Pagi2 satu badan terasa sakit, betis pun mengeras, masa lunch time asben bawa ke klinik. Tak berani nak pergi sorang takut tiba2 kena cramp.

Friday, December 14, 2012

I'm Back

Wowow hampir 3 bulan aku tak mengupdate blog aku nih ..sibuk sangat dengan hal2 di rumah, kerja di opis dan ulang alik ke kampung almost every week .. Mak di kampung pun tak sihat dan aku bawa dia kesini sebab di kampung takde siapa nak jaga. Almost sebulan juga disini. Sekarang ini dah sihat, anak sulung aku yang temankan dia sekarang di kampung.

Semenjak transfered ke unit baru banyak perkara yang aku kena belajar, kena follow, kena buat. Job scope aku kena buat installation application, troubleshooting dan yang paling bosan sekali kena support branches terutamanya overseas .. dahlah network limitation, sakit jiwa nak pulak nak guide dorang .. but very interesting jugaklah.. Boss aku sekarang ini lelaki .. aku memang2 tak suka dengan boss perempuan.. lelaki lebih memahami dari kaum sejenis.. lagipun akulah satu2nya staff perempuan dalam unit ini ...

Walaupun kerja aku mengadap laptop setiap hari tapi takde masa nak curi2 tulang mengupdate blog, mmg sibuk sangat .. apa2 aku sangat sukakan kerja aku sekarang ..

Ptg tadi baru submit KPI, tak tahulah boss baru nak kasi berapa point .. tapi masalahnya dari Jan - Jun, boss lama aku akan bagi point ... Apa2 pun aku harapkan sesuatu yang terbaik pada march tahun depan ..




Saturday, September 22, 2012

Signed S&P and Loan Agreement - Pangsapuri Melor

Hari ini kena datang opis standby sebab ada pre-production system testing.. PM suruh standby ajerlah ..boring betul .. kat opis ni aku sorang2 ajer ... standby ala2 pak guard .. hu2

Semalam aku ke pejabat lawyer signed Sales & Purchase and Loan agreement untuk Pangsapuri Melor, Bandar Baru Bangi.. issue cheque balance 10% dan lawyer fees ...Menurut lawyer balance 20% nanti lawyer akan advise bila nak bayar, bayar ikut progress ..harap2 duit bonus tahun depan boleh cover balance 20% tu ..Menurut lawyer developer asyik2 tanyakan status samada buyer dah  datang signed S&P atau tidak. Katanya kalau mana-mana buyer yang loannya dah lulus tapi tak nak proceed dengan pembelian developer akan offer kepada mereka-mereka yang mendaftar ... Menurut lawyer kebanyakkan pembeli pangsapuri melor sudah mempunyai rumah dan rata2 mereka ini membeli untuk tujuan pelaburan ... susah nak dapat sekarang ini rumah bawah RM150K ...Condo di Cheras Selatan yang berjiran dengan kawasan perkuburan pun min RM295k psf.. boleh refer pada link ni http://forum.lowyat.net/topic/2309355   ..  tapi lokasi condo ni tidak di nafikan begitu strategik .. betul2 tepi jalan silk highway ..

Iklan di Mudah.my pangsapuri Bangi idaman yang berjiran dengan melor rental rate basic unit  dari RM750 - RM900. Ada juga unit untuk di jual RM165K, tapi bangi idaman ini berkeluasan 860sf sedangkan Melor hanya berkeluasan 750sf.. RM191 psf  .. Good signed jugaklah  bila melor ini siap pada 2015 nanti Market Value meningkat..  Insyaallah


Thursday, September 20, 2012

Called Off

Percubaan projek JV II membida unit lelong kecundang sebelum bertarung ... unit called off .. yang herannya unit ini called off pada lelongan ke tiga .. rezeki tuan punya rumah .. lagipun unit ini mmg memberikan +CF pada tuannya lagipun unit ini disewakan  pada company .. payment sure takde masalah mungkin tuan punya rumah yang tak berdisplin untuk membayar repayment.. 

Adik aku sorang2 ajer bersemangat ke acara lelongan, sbbnya weekend lepas aku balik kampung.. since dia  dah pernah attend 2X auction session jadi takdelah aku risau sangat,, she knows what to do lah .. tapi takde rezeki ..

Friday, September 14, 2012

Signed LOO Pangsapuri Melor


Just nak shared saya dah signed letter of offer untuk loan pangsapuri melor pada hari khamis minggu lepas. Masa initial dan signed LOO aku pun bertanyakan pada loan officer banyak ke loan untuk pangsapuri melor ni approved, LO bagitau yang banyak applicant loan kena rejected sebab over commitment.. katanya banyak kena reject dari approved... hmmm
Hari selasa lepas aku called SA pangsapuri melor samada boleh regsiter lagi sebab ada kawan yang berminat nak beli. Menurutnya registration masih di buka tapi dorang hanya ikut " 1st come 1 served ". Kalau ada pembeli loan yang kena rejected dorang akan refer balik nama yang seterusnya dalam listing ..

Projek ini adalah JV antara PKNS dan O.D Construction dan menurutnya unit yang reserved bawah PKNS belum di jual lagi .. Katanya PKNS akan menjual unitnya sendiri dan jikalau PKNS release unit2nya kepada O.D jadi sapa2 yang dah registered ada chances untuk membeli unit tersebut ..


Kepada yang berminat boleh call developer office just try your luck .. 


Monday, September 10, 2012

Sembang Kosong dengan opis mate pasal pelaburan hartanah

Ada officemate colleagues yang berminat nak beli rumah untuk  tujuan pelaburan. Sekarang dia dah ada dua rumah, satu yang dia tinggal dan satu lagi adiknya duduk .. Dia ini jenis yang teliti orangnya, semua benda dia nak kaji betul-betul sebelum buat apa-apa decision, walaupun ayahnya ex diretor sebuah public listed company dia ni jenis yang humble, low profile. Takde nak menunjuk2 lah .. datang kerja naik motor ajer ..rajin jugak cari duit extra jual tudung, kain pasang, baju, bidai, kek lapis pun dia jual, sekarang ni slow sikit sbb sibuk dengan hal2 di opis ..

Back to story, kawan ni  tanya pada aku " sekarang ini berapa u dah beli rumah, aku pun bagitaulah jumlahnya, kalau macam tu macam mana u managed urusan sewaan, tak pening ker layan karenah penyewa ? Aku pun bagitaulah nak kata senang taklah senang jugak, tapi dengan penyewa ini kena ada hitam putih iaitu TA dan firm dengan bayaran sewa. Kena follow up kalau sewa tak masuk selepas dateline ..

Lagi di tanya, kena u beli rumah2 flat dan apartment sebabnya capital appreciation rendah kalau beli rumah landed lebih menguntungkan. aku pun bagitau " low price low risk ", mungkin ada yang bersetuju pendapat aku ni ... contohnya 3 bulan lepas aku berjaya membida sebuah medium cost apartment pada RP 50K, valuation report oleh jurunilai adalah RM75K dan aku berjaya menyewakan pada kadar 500K sebulan. Aku mengeluarkan kos sebanyak RM19.5K termasuk 30% Downpayment, legal fees, grill, lampu dan kipas.. Netting +CF aku adalah RM263 sebulan...kalau aku banyak duit mmg aku beli landed, tak payah nak pening2 kepala managed banyak rumah .. aku bagitau pada dia kalau dia ada cash dan tak kisah pasal Cash Flow ada extra duit untuk top-up monthly payment, YES, go for landed untuk capital appreciation ..

tanya lagi, u tengok listing lelong kat mana. Aku pun bagitaulah website auctioneer dan auction portal, dia pun google2lah .. dalam hati akulah ...aku gerenti kawan ni mmg takkan beli auction properties .

Pagi tadi dia tanya aku, dah pergi tengok rumah yang you plan nak masuk tu ke ? OK ker ? aku pun bagitaulah .. dah keadaan rumah SO SO ajer, standard perpindahan " Sting Garden "..

Saturday, September 8, 2012

Projek JV II

Adik aku dah semakin teruja dengan pembelian rumah untuk tujuan pelaburan. Mungkin +CF yang dia dapat setiap bulan unit JV  menjadi faktor mendorong dia untuk projek JV kali kedua. Masih berkereta kancil pergi ke tempat kerja di Cyber walaupun mampu membeli kereta sendiri. Aku selalu bagitau selagi kancil aku tak telan banyak duit untuk pembaikkan selagi itulah jangan tukar kereta .. kereta anytime boleh beli .. rumah mmg susah nak cari yang suit dengan budget, lokasi menarik dan yg boleh +CF

Aku dah shortlisted unit-unit yang bagus untuk generate +CF dan semestinya bawah market value. murah2 ajer .. pelabur ikan bilis "low grade " macam aku ni ... akmklumlah rumah termahal aku adalah RM112 ajer ..itupun baru beli ... 

Petang tadi rombongan survey sudah ke unit tersebut, kawasan yang strategik, dekat dengan segala-gala kemudahan TAPI keadaan di dalam bangunan agak tidak terurus, barang2 diletakkan di koridor, akmaklumlah permindahan " sting garden" jadi banyak barang yang nak diangkut kot .. dan rumah itu berpenghuni.  Aku pun dah tau siapa yang duduk rumah tersebut, mungkin itu salah salah faktor unit ini tidak terjual ... tunggu aku bid kot agaknya...

Tunggakan pun aku dah check, kira standardlah rumah lelong mesti ada outstanding banyak atau sedikit.. yang kelakarnya masa check cukai pintu PIC siap encourage aku beli rumah tu, berbaloi2 katanya ... So kalau nak beli rumah wajib check tunggakkan2 dan kena jugak siasat siapa yang penghuni rumah tersebut. Ada juga yang main terjah sebab termakan dgn cakap ejen ,, ini rumah MV boleh cecah bla..la, ini rumah kasi sewa ...bla..bla, u jgn risau bank cover semua oustanding, kalau owner duduk ka, sapa ka, saya boleh kasi kawtim ...loan saya boleh arrange... mesti approve punya. Semua nyer sedap di dengar tapi bila ada masalah ejen pun masa tulah dia sangat busy, susah nak contact .. dapat pulak ejen makan dua kali " komisyen dgn pun dia sapu, komisyen dgn successful bidder pun dia ambil .. ps : tak semua ejen tak jujur yea ... tapi mcm mana nak tau yg mana jujur dan yg mana penipu .... itu kerja pak google ..


barang2 diletakkan di koridor ... 


hmmm ... takpa kalau aku dapat aku akan cat  balik " lukisan ".ap salahnya buat kerja amal.... kalaulah ada sapa
sapa yg dah survey mmg unit ini tak sesuai dgn korang ..  

Monday, September 3, 2012

Pangsapuri Melor - Loan Approved

Baru tadi called Bank Islam Bandar Wawasan untuk mengetahui status pinjaman untuk Pangsapuri Melor. loan officer ada called dua minggu lepas tapi senyap ajer. Lulus ker tidak nih ..aku cuba nak masuk cawangan bank islam lain sebab aku kenal dengan branch manager nyer tapi developer tak kasi dengan alasan takut ada masalah dengan documentation.

Syukur alhamdullilah loan aku lepas as expected LTV 70% . Menurut OIC dorang tengah prepared letter of offer, once dah siap dorang akan call aku untuk signature ... kena fork out 30%..Just to shared inilah rumah termahal yang aku beli seumur hidup aku .. sebelum2 ni semuanya bawah 100K ..

Hopefully selepas unit ini  nanti harapnya MV boleh up at least 30% .. Semoga Allah mempermudahkan urusan pembelian ini .. insya'allah

Thursday, August 30, 2012

Cadangan : Kerajaan disaran menetapkan tempoh minimum pemilikan rumah sehingga 10 tahun ...


Minimum 10 tahun jual rumah

Syuhada Choo Abdullah | choo@bharian.com.my Cetak
Kerajaan disaran tetapkan tempoh pemilikan elak spekulasi



Kuala Lumpur: Kerajaan disaran menetapkan tempoh minimum pemilikan rumah sehingga 10 tahun sebelum boleh dijual bagi mengelakkan spekulasi sehingga harganya melambung tinggi.

Ini berikutan ada pihak yang membeli rumah semata-mata untuk pelaburan dan mengaut keuntungan berganda melalui penjualan semula.

Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Idris Haron, berkata kegiatan itu menyebabkan harga rumah naik pada paras tidak munasabah sehingga membebankan mereka yang benar-benar memerlukan rumah, khususnya pembeli rumah pertama.


........
 Apa pendapat anda ?? 

Monday, August 27, 2012

Akibat Percayakan Ejen : MV95K vs RP75K + 20K :


Hari ini semasa dalam perjalanan ke Puncak Alam atas urusan kerja aku sembang2 dengan seorang bosses pasal property investment. Dia ni kalau di opis jangan haraplah nak cakap pasal benda lain selain dari hal-hal kerja ..

Dia yg drive aku duduk sebelah ajer . Gembang2 aku pun ceritalah aku pernah bid rumah di PA dia pun bagitau cerita pakcik dia yang terlalu percayakan ejen lelong 110% yang akhirnya membuat dia menyesal tak sudah. Katanya pakcik beliau telah membeli sebuah apartment dalam tahun 2006  yang kebetulan sangat2 berdekatn dengan rumah aku . ejen memberitahu yang semua tunggakkan di bayar oleh pihak bank dan hanya perlu membayar harga rumah tersebut dan legal fees sahaja.

Tanpa memahami kandungann Proclaimation of sales dan membuat semakan tunggakan dengan pihak berwajib dan pemaju beliau membida dan berjaya memperolehi pada RM75K. Selepas menang barulah pakciknya mengetahui bahawa semua tunggakan dan oustanding interest owner lama terhadap pemaju hampir 20K dan tidak termasuk interest yang di kenakan oleh bank pelelong untuk extension.

Katanya pada waktu itu MV untuk apartment itu adalah RM95K ini bersamaan dengan harga keseluruhan apartment yang di beli. Mmg2 terduduk pakciknya pada waktu itu katanya.  aku pun pernah bid unit apartment lelong disini beberapa bulan yg lepas tapi tewas ... but now pakciknya boleh tersenyum MV disini dah naik min 120-130K ..[luckily naik kalau tak mmg tak beruntung ler ]

Moral of the story adalah sebelum kita membuat belian hartanah, tak kisahlah samada secara subsale atau lelongan mesti ada sedikit pengetahuan mengenainya. Jangan ambil jalan singkat semuanya ejen yang buat, ejen pun suka kalau kita serahkan pada dorang bulat2 [ tak semua ejen ada segelintirnya sahaja] ..

Just to shared esok ada sebuah merpati untuk di lelong esok. lokasinya mmg2 bagus, strategik, rental rate pun meletup2, Baru tengok listing semalam, tak sempat nak buat homework. hopefully merpati tersebut belum di sambar helang dan tidak pulang kepangkuan tuannya ... cari2 dimana tersebut...

Saturday, August 25, 2012

Bagan Datoh : Taman Desa Impian

Masa balik kekampung asben pada raya ke 3 - ke 5 di Bagan Datoh aku sempat juga survey perumahaan baru di sana iaitu Taman Desa Impian, tak silap aku perumahan ini dulunya agak slow progressnya macam terbengkalai pun ada. Masa raya aku tengok semua rumah dah siap dan dah dapat CF untuk di duduki..

Pada mulanya harga rumah untuk single storey adalah RM85K sahaja but now untuk saki-baki unit yg belum  ada buyer di jual pada RM100k. Untuk double storey kos rendah harga serendah RM45k sahaja. Perumahan ini lebih kurang 2KM ke pekan Bagan Datoh.

Sudah ada perancangan untuk di bangunkan UiTM cawangan Bagan Datoh, kalau dari pekan selekoh ke Bagan Datoh dah terpacak papan tanda " LAND ACQUIRED BY MARA " iaitu tanah yang dibeli dari Sime Darby. Ada juga ura2 untuk pengkalan TLDM di Bagan Datoh dan juga membina MRSM untuk anak tentera dan polis..

Kalaulah perancangan pembangunan seperti yang di rancangkan maka sudah tentunya Taman Desa Impian akan mendapat tempias yang positif. Cuma aku tak pasti berapa rate sewa untuk perumahan di sini, kalau nak sewa dalam masa terdekat, sapa yang nak menyewa kerana pembangunan di Bagan Datoh begitu2 perlahan. Kalau di jadikan unit homestay pun tak pasti walapun adanya Sekolah  Sains di sini ... Mungkin anda terkejut bahawa di pekan bagan datoh tiada bank, tiada stesen bas. BSN di simpang 3 adalah itupun simpang jalan nak ke rumah MP.  nnt orang bagan datoh marah aku pulak tapi ini realitinya ..

Pada orang Bagan Datoh bolehlah survey2 .. bukan nak promosi sbb aku tak dapat komisyen pun.. sebab anda lebih mengenali pasaran hartanah di sana tapi AWAS harga tanah di Bagan Datoh makin hari makin mahal .. ..





Thursday, August 16, 2012

UNFRIEND

Just nak shared sikit cerita pasal rakan zaman sekolah dulu2. Facebook adalah satu media komunikasi yang popular di masa kini.Kita dapat mencari balik rakan2 yang bertahun2 kita tidak hubungi, mengenang kembali memori- memori suka duka zaman2 dulu, mengeratkan silaturahim diantara keluarga dan kawan2.  Sebaik dan sebagusnya kita menggunakan facebook secara berhemah, menggunakan perkataan yang baik apabila melontarkan teguran, komen dan pujian.

Aku agak rasa sakit mata bila membaca salah sorang rakan facebook yang melontarkan perkataan yang terlalu biadab bilamana memberi pandangan dalam sesuatu perkara, of courselah bekaitan dengan politik. Aku pun google2 pasal manusia  ni, bila taip namanya di carian pakcik google mmg teruja aku tengok TOP COMMENTER di beberapa portal online, wow perkataan yang di lontarkan pun mmg2 biadab. Dalam masa yang sama beliau mempunyai blog yang memberi nasihat dan pandangan yang bagus sekali.. 

Pada aku mengenai politik ini adalah hak individu samada sokong pada siapa dan benci pada siapa.. tapi janganlah terlampau emosi melontarkan perkataan-perkataan yang terlalu biadab. Kalau selalu sangat menggunakannya nescaya ia akan menjadi tabiat. 

Dengan ini aku sudah UNFRIEND dengan beliau dan selama aku berfacebook tak pernah aku hantar mesej or memberi komen kepada beliau. Tapi sebab rasanya jijik dengan perkataan di wallnya aku mengambil keputusan untuk menNYAHkan dia..

Something mengenai beliau ialah zaman sekolah dulu OK ajer, pendiam, cakap tak banyak but now ..hmmm

Friday, August 10, 2012

Pangsapuri Melor, Sec 5, Bandar Baru Bangi

Semalam dapat sms dari pemaju pangsapuri melor setion 5, Bandar Baru Bangi, tawaran membeli unit end lot . Harga semua unit adalah sama iaitu 112K tapi untuk unit end lot aku kena top-up 5K tapi kena bayar pada developer, maksudnya RM5K tu tidak masuk SNP. SNP hanya akan tercatat 112K. Menurut PIC dorang hanya tawarkan pada selected buyer sahaja dan unit-unit adalah terhad.. Katanya completion tahun 2015.. Actually aku dapat info dari blog RN - PROPERTYWALTZ, Thank You, RN

Aku pulak sekarang dalam 50/50 nak beli atau tidak.. google2 nampak macam bagus dan menarik untuk investment. Lagipun tak jauh pun dari tempat kerja asben ...Loan mmg boleh lepas lagi of courselah kena bayar 30% downpayment + RM5K+Legal Fees..  Mmg dari dulu mmg dok intai2 rumah lelong atau subsale di Bangi.. patut ker aku proceed ? any suggestion ?

Lepas raya ni pulak kerja2 ubahsuai rumah lelong akan dilakukan .. dan juga bermulalah kes tanah pulak. Makcik aku nak jualkan tanah pusaka iaitu sawah padi dan dusun durian di kampung. Mak aku pulak beria-ria suruh aku ambil dan dia nak bagi bahagian dia pada aku. Tanah ni mmg betul di hujung kampung tapi ada jalan bertarlah, di kepala tanah pula sungai kecil macam sungai congkak, mmg best kalau nak berehat2, nyamam. Dulunya rumah arwah nenek aku di sini tapi sekarang dah takdalah .. masa kecik2 dulu ada juga aku datang sini, dulu kalau nak kesini, kena naik kereta perebet sapu, lepas tu naik sampan, lepas tu kena jalan kaki lebih kurang 3KM baru sampai rumah nenek.. sekarang ni dah ada jambatan, kereta dah boleh masuk ... Mak aku pulak cadangan aku buat pondok kecil di sini untuk berehat2 ...dah tanah tumpah darah dia of course dia ada keinginan kesana..  hmmm insyaallah

Wednesday, August 8, 2012

Pencuri Oh Pencuri .. kabel

Pada hari Sabtu tengah berbuka kedengaran lori berhenti di lorong sebelah rumah aku, Rumah aku ni endlot jadi mmg menjadi laluan utama di taman perumahan aku ni. Dalam kelam-kelam aku ternampak kelibat manusia yang tengah membuka tudung konkrit laluan kabel Telekom, sebagai insan prihatin aku pun ONkan switch lampu belakang, kasihan aku tengok manusia tersebut buat kerja tanpa sebarang syak ... Aku nampaklah manusia tersebut tarik kabel dari saluran bawah tanah, lebih kurang 15 minit manusia tersebut letakkan kembali tudung konkrit tersebut

Lepas berbuka anak sulung aku pun ONkan komputer tapi router hanya ada dua light sahaja dan phone aku takde tone. Keesokkan harinya aku pun membuat laporan ke 100 dan mengikut Helpdesk agent dari semakan yang dibuat tiada penyelenggaraan di buat di sekitar kawasan perumahan aku. hmmm 

Pada hari Isnin datanglah kontraktor Telekom untuk kerja-kerja pembaikan. Selalunya dorang akan minta bekalan elektrik dari rumah aku untuk lampu bagi menyuluh lubang saluran kabel. Asben pun borak2dengan kontraktor tersebut dan di beritahu kabel telah di curi ...Rupanya2 manusia yang datang tarik kabel masa waktu berbuka adalah PENCURI bukannya kontraktor penyelenggaraan Telekom ... Menurut kontraktor  dalam range masa tersebut terdapat 6 kecurian kabel telekom di kawasan perumahan rumah aku ... 

Hmmm keesokkan harinya Streamyx dan telefon aku dah okay .. Best nyer pencuri kabel tu ada orang yang tolong bagi dia cahaya masa dok syok2 mencuri .. di masa hadapan aku kena lebih alert sikit .. 

Just nak shared jugak aku pernah tengok kedai scrap metal yang ada mesin khas untuk membelah wayar untuk mendapatkan tembaga ... adakah semuanya dari hasil terbuang ???

Pernah dieritahu ex-contract staff [VADS] iaitu vendor Telekom jika terdapat gangguan kita boleh claim rebat .. katanya kalau tak minta Telekom tak akan bagi, kena minta baru boleh dapat ..

Wednesday, July 25, 2012

Selamat Menjalani Ibadah Puasa ..........

Selamat Menjalani Bulan Ramadhan kepada semua readers blog aku yang sudi menjengah. Hari ini masuk hari ke-5 kita berpuasa, semoga Ramadhan ini memberi kita keberkatan, keinsafan, semangat dan memperbaiki diri kearah yang terbaik ..

Dah bershopping baju raya ? Pada aku setiap tahun satu kemestian membeli baju raju untuk anak-anak tapi aku tidaklah berhabis untuk bershopping. Pakaian yang berbranded ni aku akan beli bila ada offer yang aku rasakan kena pada harganya. Yang tak berjenama tapi selesa, berkualiti itulah pilihan aku.. Untuk aku pulak baju kurung beli yang dah siap, lagi menjimatkan tapi nak cari saiz aku ni yang masalahnya ... he3

Untuk juadah berbuka puasa waktu bekerja aku beli dari pasar Ramadhan ajer, nasi dan air ajer aku buat sendiri. Di bulan puasa ini aku dapat pelepasan awal 1/2jam, boleh balik pukul 5pm .. perjalanan dari opis ke rumah mengambil masa 40minit jugak..kiranya taklah kelam kabut sangat macam tahun2 lepas. Sebab tahun ni aku di dept baru yang lebih flexible ...

Thursday, July 19, 2012

MPKJ 50% waive utk Fi Notis dan Waran


Semenjak malam semalam badan panas sejuk, kepala pulak ngap2 sakit, badan pulak sengal-sengal. Masa tidur siap pakai cool fever lagi.. Pagi2 pulak hujan lebat pulak .. Nak kata boleh tidur tak juga. Jumpa doktor pun almost 2pm, luckily doktor tu dah faham dengan aku, semenjak aku pindah sini 8tahun yg lalu, klinik inilah kami sekeluarga selalu mendapat rawatan, doktornya very friendly. Aduh ini tak syok ni, baru transfer MC dah pulak .. macam tak bestkan ...

Lepas jumpa doktor baru aku brunch [breakfast n lunch], makan pun tak berapa selera. Kalau balik rumah pun mesti nak baring ajer .. baru teringat yang cukai pintu rumah JV belum di jelaskan lagi.. sedangkan loan sudah fully disbursed...minggu lepas lawyer dah reminded aku, tapi pun derk ajer ... hmmm busy2, takde masa itulah alasannya

Dengan tak bawa apa2 dokumen, aku terus ke Majlis Perbandaran Kajang. Tak plan langsung nak pergi, rasanya takde masalah sebab dorang boleh check berpandukan alamat. Kalau lupa alamat mmg kena balik rumahlah..

Ambil nombor tak sempat nak duduk pun nombor di panggil.. wowow mmg efisien. Kerani MPKJ pun printkan salinan cukai pintu .. as i know jumlah di tunggakkan ialah RM1132.80 termasuk dgn Fi notis sebanyak RM97.92. Aku tanyakan pada kerani tersebut untuk minta waivekan Fi notis. Katanya MPKJ hanya oleh waive 50% Fi notis dan waran .. Oklah daripada takde langsungkan .. Kalau tak tanya jangan harap dorang akan offer . Kerani berikan form seperti dibawah.. sehelai ajer kena isikan .. aku buat on behalf adik.. itu takde masalah .. tapi ada syaratnya .. kalau nak dapat waiver kena buat fully settle semua tunggakkan ..




Ambil balik nombor giliran untuk bayaran ...duduk dalam 10 minit nombor pun dipanggil .. lepas bayar terus balik rumah .. Tak pasti samada majlis perbandaran yang lain akan beri waiver seperti MPKJ ..

Wednesday, July 18, 2012

Akibat Kelam Kabut

Hari Sabtu lepas aku ke sebuah pasaraya berdekatan dengan rumah, agak tergesa2 bershopping sebabnya abang ipar sekeluarga datang dari kampung menjemput adik iparnya sebelah wife di UITM yang akan bercuti semester ...

Ambil apa yang hendak dibeli dan juga stok untuk puasa nanti. Agak kalut sebab petangnya abang ipar nak jalan-jalan di putrajaya.  Dalam beg duit ada RM200, asben n aku dok sibuk masukkan barang dalam shopping bag, belum habis masuk, cashier dah habis scan semua harga, aku pun terus kasi semua duit dalam beg duit sedangkan jumlah yang perlu di bayar adalah RM148.90 sahaja. 

Lepas tu cashier baki RM1.10 dan baru aku perasan yang aku bagi RM200. Lepas tu aku cakap cashier yang aku terbagi RM200. Cashier tu kata tak akak bagi RM150 ajer, dia pun panggil penyelia. Aku pun bagitau yang aku terbagi lebih duit, penyelia tu bagitau yang dia tak boleh bagi duit aku selagi tak buat end of day balancing. Aku pun cakap boleh buat short balancingkan.. penyelia tu senyum ajer ... aku bagitau aku ni dulu2 pernah jadi cashier . [  aku pernah kerja di kedai 24jam zaman muda2 dululah] .. Aku pun tak nak cakap banyak, kalau ada-adalah .. malamnya around pukul 10:30pm, manager pasaraya kol bagitau yang cashier tersebut ada lebih RM50 dari kaunter dia dan minta aku ambil balik RM50..

Pengajaran pada aku ialah jangan kalut sangat.. ini baru RM50 kalau melibatkan ribuan RM macam mana pula yea. Selalunya apa2 yang di buat kelam kabut selalunya timbul bagai2 masalah ... Stay cool, calm n relaxxxxxxx .........






Tuesday, July 17, 2012

Berganti Penyewa

Hujung bulan ini salah seorang penyewa akan pindah keluar setelah menyewa rumah aku selama 15 bulan. Penyewa ni mmg bagus dan good payor, kalau dapat gaji awal dia akan bank in awal. Selama dia menyewa tak pernah aku follow up dengan dia pasal sewa rumah.. mmg bagus.. dia berpindah sebab isterinya sudah tamat pengajian di PJJ di IPTA yang berdekatan dgn rumah ni ..

Dah dapat confirmed penyewa iaitu student IPTA yang akan menyewa mulai bulan ogos ini. Ramai yang telefon bertanyakan pasal rumah ni, just bagi alamat rumah dan dorang hanya boleh view dari luar saja sebab  aku tak nak menganggu current tenant. Tak sedap pulak nak ganggu tennant walaupun dia dah served notice pindah keluar. Ada juga yang tersalah view rumah orang lain.. hmmm ada juga yang nak buat verbal confirmation. Mmg aku tulis clearly di iklan aku iaitu " Verbal Confirmation Tidak Akan dilayan ". Kalau bab booking rumah ni mmg kena ambil sekurangnya deposit sebulan dahulu, bila serah kunci baru minta balance deposit dan sewa. Kalau tak buat macam ni, mmg tak  secured sebabnya bakal penyewa boleh cancel confirmation bila2 masa sahaja sbbnya dorang takan rugi apa2 dan masalahnya kita kena re-advertise dan ulangi benda yang sama... Ada seorang mamat ni yang beria-ria nak meyewa katanya boleh terus bayar 3 bulan, tapi beliau terlambat 1/2 hari sebabnya aku telah menerima confirmed penyewa ..

Tendancy Agreement mmg kena buat untuk memastikan kedua-dua pihak clear tanggungjawab masing-masing. So far hanya satu TA sahaja yang aku stamping dan selebihnya tidak disebabkan oleh alasan-alasan tertentu .... kalau commitment aku tahap2 nyawa2 ikan baru aku nak buat stamping.. Thru my reading kalau tak stamping pun tak apa asalkan kedua-dua pihak menurunkan tandatangan di atas kertas .. entahnya banyak pendapat mengenai stamping ni .. bab ni better consult cerdik-pandai yea.. masing2 yg tanggung risiko .. yea

 Yang best nyer aku dapat menambahkan +CF sebanyak RM50 lagi, syukur alhamdulillah .. tak banyak tapi sapa nak bagikan .. 

Monday, July 9, 2012

Penyewa

Just nak shared karenah-karenah penyewa rumah aku.. Kadang2 sakit kepala n hati di buatnya terutamanya mereka yang baru mula menyewa rumah. Dalam Tendancy Agreement jelas di nyatakan bahawa sewa rumah harus dilangsaikan sebelum atau pada 5 hari bulan. Kalau 6hb tak masuk lagi maka satu SMS akan di hantar kepada mereka, kadangkala ada juga yang tak reply. Kalau duit belum masuk lagi pada 6hb baru call dorang, selalunya dorang akan pickuplah.. terus dorang bagitahu yang dorang akan bank in selewat-lewatnya   petang ni or malam ni ... Ada jugak penyewa yang bagus bayar sewa advanced, terus dua bulan, dapat gaji terus bayar.

Sekurang-kurangnya kita educated penyewa-penyewa kita supaya membayar sewa promptly. Dorang kena faham bahawa dari duit sewaanlah kita membayar hutang bank. Sekarang ini pun kalau lewat  bayar bank loan pun customer services akan called dan bertanyakan bilakah kita nak bayar loan. Bank yang besar pun yang banyak duit still call customer-customer bertanyakan ni kita pelabur ikan bilis yang income tak seberapa.

Begitu juga dengan bil elekrik dan air, kena-kena rajin call services provider. Jangan ingat good tenant yang bayar sewa promptly dia akan bayar bil utilities. Kalau ada tunggakan tu suruh dorang bayarkan, kalaulah dorang busy sangat, boleh suruh dorang masukkan sewa + bayaran bil. Yang ini aku praktikkan untuk rumah di Kajang, sekurangnya-kurangnya aku tak perlu pening pasal bil.

So far alhamdullilah, overall penyewa-penyewa aku okla... ada juga yang tak berapa ok, kena push ajer,, yang tertungak2 tu takdelah ..

Ada jugak yang suka bagi alasan ini dan itu, sebagai manusia of courselah kita akan memberi peluang sekali dua. Kalau berkali-kali kenalah ambil pendekatan yang agak tegas iaitu served notice pindah keluar..



Monday, July 2, 2012

Update semasa


Hari yang memenatkan. Baru balik dari kampung sempena kenduri tahlil dan sambut puasa. Masa inilah dapat berjumpa dan beramah mesra dgn orang2 di kampung.. mmg seronok bersembang dengan dorang.. macam2 topik diborakkan...


Apa yang menariknya bila bersembang dgn sorang mak ngah ni. Dia memeritahu yang anaknya yang berkerja di sebuah badan berkanun di Kuala Lumpur membeli rumah di Ipoh untuk dijadikan homestay... Katanya tak rugi beli rumah yg kena pada tempatnya dan ia adalah simpanan hari tua. Anaknya yg tinggal dikampung pula menternak kambing, berkebun, menoreh getah dan juga mempunyai sebuah lori untuk tujuan sewaan..Mak Ngah ni pula walaupun dah berumur 76 tahun masih cergas dan kuat..Cuma sekarang ini dia tak menoreh lagi, juz menjaga cucu2nya dan membantu anaknya di kandang kambing.. Katanya kalau takde usaha mana boleh dapat hasilnya ..


Loan rumah Cheras sudah dibuat disbursement, cheque di hantar pada sehari sebelum tarikh akhir tempoh lanjutan dan loan rumah JV pun sudah advised ke bank untuk disbursement.. Syukran2.. Pada malam jumaat yang lepas aku signed loan dan transfer document.. Malam2 pun dorang jumpa client sbb taknak susahkan client ambil cuti .. of courselah transport claim di chargekan balik kita, tapi pada aku tak kisahlah janji tak payah nak apply cuti ..


Hari ini pula adalah hari yang pertama aku di dept baru setelah "berkhidmat" di dept yang sama selama 11tahun .. Aku yang minta untuk transfer dept dalam bulan 3 dan berita gembira aku dapat 2 hari sebelum bercuti di Phuket.. Walaupun berat hati meninggalkan dept terdahulu yang banyak mengajar aku erti kesabaran, apa itu erti sebuah persahabatan dan sikap " dont work hard but work smart " .


Saturday, June 23, 2012

Progress Rumah2



Hari selasa lepas signed letter offer untuk loan rumah yang di beli semasa berholiday di Phuket. Submitted loan pada 4hb, banker called bagitau loan lulus 10hb, pada hari ahad. Minggu depannya dia pulak bercuti naik kapal persiaran Penang-Krabi-Phuket. Maksudnya aku hanya boleh jumpa dia 18hb. Guna lawyer yang sama untuk loan dan documentation. Dulu aku pakai firm ni buat loan, nak test tengok samada dia efisien ker tidak. Insyaallah takde masalah ..


Masa signed letter offer, banker bagitau sekarang ini susah loan nak approve sebab terikat dengan syarat-syarat ketat oleh BNM. Dia pun susah hati jugak sebab nak kena kejar target. Siapa kata bank simply nak reject loan, kalau boleh dorang nak luluskan semua application tapi of courselah dorang ada checklist yang perlu dipatuhi. Katanya sekarang ini banknya mengambilkira nett income sahaja, kalau applicant masukkan sewa sebagai punca pendapatan. katanya kalau rumah tidak disewa maknanya applicant hilang pendapatan.. Jangan risau lain bank lain peraturannya .. so kalau satu bank tak consider mungkin ada bank lain akan consider. Katanya kalau akak ada sapa2 nak buat loan rekemenlah saya. so mana2 yang nak buat loan rumah,loan asb, personal loan, kad kredit bolehlah hantar email pada aku syahproperty@yahoo.com untuk dapatkan no tel banker...


Loan rumah cheras pun lawyer dah advised pada PBB untuk disbursement. Beli rumah pada hujung bulan 9 tahun lalu, setelah 3 kali minta extension. Pembelian inilah yang paling yang mengambil masa yang terpanjang iaitu selama 9 bulan.. macam-macam masalah. Apa2pun rumah ini dah ada tittle, belum di pindahmilik ke nama owner lama.. Nasib baiklah rumah ini ada penyewa kalau tak mmg masaklah di buatnya, penalti oleh bank pelelong ialah BLR +4% .. walaupun buat rayuan untuk waive dan pengurangan, dorag tak layan. nak tak nak kenalah bayar juga.. Kata lawyer loan rumah JV pun akan di release pada hujung bulan ini. Alhamdulillah


Lepas ini nak tumpukan pula pada proses pengubahsuaian rumah lelong SUK. Dah berbincang dengan kontraktor indon, dia ambil upah ajer, barang2 owner kena beli. Costing pun dah dibuat selepas dapat sebutharga barang dari kedai hardware.





Tuesday, June 19, 2012

Rumah Dah Siap

Pada hari minggu yang lalu kami sekeluarga menghabiskan kerja-kerja di rumah yang di beli tempohari. Mengecat bahagian-bahagian yang kotor kerana kebocoran bumbung. Mana-mana yang ada lumut hijau, kikis semampu yang boleh, selepas tu pulak di gosok dengan berus, coating dengan cat putih barulah di cat yang seakan sama warna [ tak  sama pun aku tengok, daripada nak mengecat satu rumah better touch up ajerkan]. Letakkan tape baru straight, kalau tak mesti " heroq, pekoq " .. aku membantu ajer..bab mengomen tu aku nyer expertise.

Indon yang di upah oleh JMB datang memperbaiki kebocoran, katanya genting tidak disusun dengan baik dan , bila hujan turun dengan lebat air akan masuk dalam rumah. Dia naikkan bahagian tersebut katanya insyaallah dah tak bocor lagi, kalau bocor, call dia terus. Satu masalah lagi ialah sistem pendawaian rumah ni agak kurang bagus. Bila ON lampu salah satu bilik tak menyala, bila ON lampu bilik air baru menyala. Asben terpaksa buka plug dan found out wayar yang di sambung terbalik , lepas tukarkan baru okay, begitu juga dengan kipas, bila ON lampu pun on sekali [ ni kes developer nak jimat duit, tak tarik semua wayar dari DB]. Almaklumlah rumah tak berpenghuni selama 6 tahun lebih, takde sapa yang nak check defect...  masalah paip dalam bilik air pun dah okay, sbb dah lama tak di gunakan kepala paip dah karat sampai air pun tak keluar. Grill pun dah siap di pasang oleh tokeh bangla.. 

Buat iklan minggu lepas dan ramai yang call, beritahu dorang yang hari weekend baru boleh tengok. Verbal kata nak datang tapi seorang pun tak datang tengok rumah.. puncanya ialah dorang bertanya, ramai ker nak datang tengok, dan diberitahu adalah 3, 4 org yang confirmed nak tengok, end up sorang pun tak datang ... :) Malam semalam readvertised, hari ini dapat 4,5 call dan SMS. Ada 3 orang yang baru grad dari UNIxxx dan baru dapat kerja dan amat2 memerlukan rumah, dan sekarag ini menumpang di rumah rakannya. Tak tengok lagi pun dah terus confirmed sebabnya rakan kuliahnya menyewa di pangsapuri tersebut. Deposit di bayar dan mereka akan move in esok.. Sewanya ialah RM500 untuk unit top floor, walk up apartment. Kebanyakkan unit di disini untuk topfloor sewanya around RM500, kalau ada barang add-on RM50 lagi.  Aku tambahkan rak memasak di dapur dan rak pinggan, yang kosnya untuk kedua-dua barang ini ialah RM230 ajer. kawasaan rumah ini berpagar, guarded, bersih, access card dan majoriti penduduk adalah melayu. Ada lagi unit yang akan di lelong dalam masa terdekat ini. Harap2 takde bidder so that aku boleh rembat lagi ...

                                                                                           SEBELUM





Harga kedua2 barang ni RM230 ajer..

Bahagian dlm bilik yang sudah di cat

tokeh bangla yang buat ni ..

end up bilik air ni bertukar putih

2nd bedroom

Ruang tamu.. .. 

Monday, June 11, 2012

Operasi di hujung minggu n JMB tanggung kos repair - ALHAMDULILLAH

Semalam operasi pasang-memasang lampu dan kipas di rumah yg baru di menangi dilakukan. Untuk operasi mencuci rumah pula dibantu oleh anak-anak .. serononknya dorang main sabun.. bila bagi dorang main air mmglah dorang suka...macam kita kecik2 dulukan..

7 lampu dah di pasang cuma di bilik air belum pasang lagi sebab lupa bawa wayar elektrik dan pipe, kena adjust sikit kedudukan lampu.  Insyaallah minggu depan boleh bereskan.

Malam semalam orang JMB dan tukang tengokkan keadaan rumah yang leaking. JMB setuju untuk betulkan keocoran bumbung pada hari sabtu ni, semua kos JMB akan tanggung..  alhamdulillah. Ada 3 kebocoran,  iaitu di bilik utama, bilik air dan rumah tamu. Leak sampai ada lumut hijau kat dinding,agaknya kalau lama2 lagi boleh tumuh pokok kot. Satu lagi masalah ialah bilik air di dalam bilik, shower dan pili takde air ... apa ke hal nyer pulak ni ... selalunya siling boleh dibuka, tapi rumah ini siling di dalam bilik air di paku ... takde masalah yang boleh selesaikan.. cuma cepat atau lambat ajer...tapi kalau korang tengok macam ni mmg terus  cancel nak bid.. ia mmg sesuai dgn aku yang sukakan cabaran .. :)




 
Pagi tadi jumpa bangla buat grill, bagi dia kunci rumah dan access card untuk ambil ukuran. Katanya dalam minggu ni boleh siap, ni kali ke2 upah bangla ni buat kerja. So far, so good hasil kerja dia. Charge nya pun   reasonable jugak.

Dah ada potential beberapa tennant telefon nak tengok tapi aku delayedkan ke hujung minggu ni sebabnya bumbung tak di baiki lagi. Bukan apa rasa tak sedap pulak bila rumah tak repair lagi nak bagi dorang tengok. Ada yang beria-ria suruh reservedkan untuk dia, pada aku biarlah dorang tengok rumah dahulu dan baru buat keputusan. Aku tak nak dorang buat keputusan tergopoh-gopoh. Selalunya spesis tennant yg urgentlah kebiasaanya buat hal..

Listing-listing lelong nampak menarik, yang mana-mana masih bolehlah usha2..nak beli rumah lagi ? Insyallah,  sejujurnya bila aku start beli rumah macam gian pula di buatnya... nak lagi dan lagi..

Friday, June 8, 2012

Sambil Bercuti, MENANG rumah lagi .. syukran2

Semasa dok seronok bercuti aku sampai lupa pula nak call someone yang aku wakilkan untuk membida sebuah rumah lelong. Itu namanya release semua tension sampaikan aku dah lupa smua hal.. :)
Keesokkan harinya baru aku call bertanyakan status bidaan. Syukur Alhamdullilah, rumah tersebut dapat pada Reserve Price.. Actually aku  prepare bank draft lebih dari deposit yang ditetapkan oleh pelelong. No problem, kalau issue lebih dari RP, lebih boleh jangan kurang.. Biasalah semua rumah aku beli dari auction semuanya murah2 ajer, tak pernah lebih dari 70K. Untuk tahun ini adalah unit 3 beli rumah mengatasi tahun lepas hanya 1.. dan unit ke 7 yang di beli melalui lelongan. Listing yang terbaru nampak menarik, ada juga reader yang email bertanyakan  di mana, pada aku senang ajer, yang mana kawasan yang anda familiar itulah  kawasan yang harus invest dahulu.. janganlah pula invest tempat yang tak boleh generate + CF ... recommendation, mmg aku said sorrylah .. sebab takut tersalah advised .. 

Pada aku senang ajer, janji dapat sewa sekejap dan kalau nak letgo takde masalah, senang cari buyer. Setengah orang asyik mendambakan return yang tinggi, pada aku kalau dapat return lebih dari modal yang di keluarkan pun dah cukup. contohnya keluar modal around 10K dapat return 10K dalam satu tahun sudah memadai untuk aku. Mana2 yang boleh kept, aku akan kept, tapi kalau modal pun dah kering, bolehlah letgo satu dua.. Ini cara aku, setiap orang ada perkiraan masing2, sebabnya masing2 yang tanggung risiko, nobody2 but U ..merapu dah aku ni .. tengah banyak idea 

Rumah yang dapat ini pun kosong, tak pernah didiami, api dan air masih ada lagi, cuma fuse ajer kena curi. dah confirmed dengan TNB, account masih active. Jangan pula pandai2 letak fuse sendiri. Cuma merisaukan aku ialah bumbung rumah ni ada kebocoran.. Selalunya kalau bumbung covered under maintenance. Tak tahulah pula samada JMB ni nak buat ke tidak. Pernah dulu, ada rumah aku yang bocor dan JMB betulkan. Pernah juga terkena JMB berdolak dalik and at last aku keluar duit poket sendiri RM300 upah orang buatkan.. Kalau ditunggu2 lagi bila tahun dorang nak buat. Rumah pun tak boleh di sewakan.. keluar duit sikit pun redha ajerlah. MV lowest ialah 75K, kalau valuer bagi lower than figure ni, aku tak tahulah dia based dari asas apa ..

Ingat hari ahad nak buat operasi bersih-membersih rumah ni. Lampu, kipas dan lock semuanya aku dah borong. Nak kena arrange orang grill buat grill, dalam minggu depan oleh siap rasanya. Mmg pantas tokeh bangla ni buat kerja. Bangla pun boleh jadi tokeh, tak silap perkerja dia ada 20 orang..

Loan pun dah applied hari selasa yang lalu, MOF biasalah 70% untuk aku yang banyak hutang. Banker kira2, katanya " Kak loan boleh pergi banyak lagi ni " aku cakap ... yang dah ada ni pun dah banyak. Insyaallah, end of next week keputusan membuat hutang akan di ketahui. Kira2 monthly repayment ialah RM187 sahaja, sewa rasanya boleh push between RM450-500.

Kerja kontrek lagi minggu ni,  aktiviti mengeluarkan peluh setelah fresh dari bercuti ..Esok akan ke PWTC attend Konvokysen Asben yang akan menerima Ijazah Technoly Management [ Engineering ], lepas ni nak buat master pula katanya.. aku menyokong ajer .. asalkan dia ada minat . Apa2pun TAHNIAH pada Asben Tersayang .. 


Wednesday, June 6, 2012

Cuti2 di Phuket


Terasa penat dan juga seronok, apa taknya aku sekeluarga pergi bercuti di Phuket selama 6 hari 5 malam.. Bertolak pada 30hb May dan balik pada 5 June..

Sampai Phuket airport, Phuket Shuttle teksi yang di tempah melalui internet dah menunggu dengan papan tanda nama aku...tambang yang dikenakan ialah THB799  @ RM79.90. Masuk barang dalam bonet terus ke Kata yang mengambil masa around 40 minit. Luas Phuket adalah leih kurang sama dengan keluasan Singapore. Since  masa tukar duit dengan money changer yang hanya ada THB1000, asben bagilah pada driver tu, lepas tu driver tu buat2 tak faham nak bagi balance lagi THB201.. At last aku cakap pada driver tu just give me 100 and you take the balance..

Kata ini mmg best, kawasan yang tak sesak, tenang, pantai yang bersih, foreigner mmg ramai betul. Ada yang buka kedai pun ada, ada yang kerja di hotel pun ada...asben aku cakap ni dah macam kampung mat salleh. Di Kata aku hanya jumpa seuah kedai makan halal iaitu Khan Baba dan juga kedai jual kebab yang di miliki oleh orang mesir. Masa makan kebab di kedainya, aku n asben bersembang seorang muslim Rusia iaitu kawan kedai kebab. Dia dah tinggal di kata almost 2 tahun, kiranya dia ini tour guide untuk orang, namanya Ruslan.. Ramah orangnya.. dia bagitau sekarang ini low season, bila di ditanya apa maknanya, katanya low season ialah start dari bulan May hingga October cuaca tidak menentu, tak bagus untuk aktviti pantai dan laut, no wonderlah aku tengok di pantai ada red flag .... Katanya juga semalam ada seorang pelancong Rusia mati lemas di Phi Phi Island .. mmg aku teringin nak kesana ... Tidur di Kata 3 malam dan di Patong 2 malam .. apa2pun di sana walaupun kita bayar utk tour pakage tapi still kena bagi duit tips .. ;)

stadium Bangla Thai Boxing yang paling popular.. reganya tiket yang paling termurah ialah THB1000 .. Just tanya tak masuk pun sbb tak sesuai untuk anak2 ... Harga makanan mmg mahal satu kali ganda dengan KL, almost kesemua barang yang di jual di gerai2 dan kedai takde price tag, kena tanya dan of course kena tawar-menawar, kedai 24jam mmg bersepah2 seperti 7-Eleven dan Family Mart. Maggi segera takde satu pun aku jumpa tanda halal, kebanyakkan ada pork .. Sebelum beli apa2 kena belek2 dahulu sebelum beli ..anak2 aku pun even nak beli gula2 pun dorang akan tengok tanda halal .. once ada, baru dorang beli

Jalan2  di bandar Phuket, James bond island, island safari, patong beach. .. malas pulak nak taip panjang2 ..
apa2pun .. tengoklah gambar yang sempat di ambil.

















Wednesday, May 9, 2012

Jalan2 Sana-Sini ..penatnyer

Hari ini ambil cuti tahunan untuk selesaikan hal rumah JV, jumpa lawyer, tukar nama bekalan air di SYABAS, jumpa valuer ambil valuation report. Seperti yang di jangka valuer ambil reference rumah yang dijual pada tahun 2010. Katanya janji valuation report lebih dari harga beli.. eventhough aku bagi tahu yang dia di bayar untuk buat valuation bukan free. Tanah Freehold katanya Malay reserved.. floor plan dia lagi merapu meraban ...senang betul kerja mamat ni ...di POS pun ada tertulis status pegangan tanah...

Sebelum pergi sana aku, adik dan anak brekafast di restoran yang baru dibuka, rupanya owner tu kenal anak aku. Sedap masakannya kiranya kena dengan selera. Aku baru perasan yang di hadapan kedai dia tu backhoe tengah meratakan tanah dan juga merobohkan deretan kedai Majlis perbandaran. Aku pun pada owner kedai tapak itu untuk apa. Menurut owner, tapak itu akan di dirikan pusat futsal, kedai- kedai dan juga restoran makanan segera yang terkenal .. Katanya lagi mana-mana kedai yang melakukan kerja besi akan di pindahkan ke tempat yang di arahkan oleh majlis. Berita baik ini, sebab ia memberi petunjuk bahawa kawasan ini akan bertambah maju dan pembangunan di masa hadapan akan di lakukan di sini. Kalaulah benar kata kata tu, aku menumpang tuah jugalah sebab jarak rumah aku yang di sewa oleh kilang hanya walking distance, hanya 100 meter jaraknya ..

Adik lepas settled semua, masuk office. Aku pulak petangnya survey rak memasak untuk rumah JV, survey 3 kedai, semua harganya lebih kurang ajer. Just nak tengok berapa lowest yang diorang boleh beri.. At last pergi carrefour, harga ok tapi takde stock pula.. Sambil tu tengok sterika since yang di rumah dah rosak, yg ada pula meragam pulak. Since ada offer sterika jenama phillips jadi belilah satu. Yang menariknya di carrefour ada offer aircond panasonic inverter tak silap modelnya nhk, harganya rm1028 tidak termasuk permasangan, kata promoter upah pasang aircond yang ada inverter function adalah rm200 .. standard hanya rm150.. macam tergoda pulak aku nak beli .. tak silap promotion ended pada 16/5.. kena diskus dgn en asben dulu ...

Tuesday, May 8, 2012

Melawat rumah lelong SUK dan rumah JV dah ada penyewa ..

Hari Jumaat malam minggu kami balik kekampung hantar emak yang hampir sebulan di KL dan kerinduannya pada kebun yang menjadikan berkebun mengisi masa yang terluang. Di keliling rumah macam-macam pokok ada sehinggakan serai, kunyit, lengkuas ada orang kampung mengambilnya untuk di jual di pasar.

Kesempatan itu aku n asben menjengah rumah yang dibeli oleh SUK beberapa bulan yang lalu. Proses jual beli dah siap dan sudah pun dapat geran, bayaran yang dikenakan hanya rm75 ajer. Kunci rumah pintu depan ajer yang dapat yang lain belum lagi. Rumah dikatakan 90% siap di perbaiki, mana lantai yang pecah dah disimenkan, tangki air pun di gantikan, semua pintu di ganti, tingkap nako digantikan, piping air pun dari luar ke dalam pun dah siap, singki dapur dah di tukarkan dengan yang baru, longkang luar rumah pun dah betulkan, pendawaian elekrik pun dilakukan semula tapii lampu belum di pasang. Bulan mak bagitau masa dia melawat ada nampak lampu yang belum di pasang lagi .. tapi la ni tak nampak pula .. asben akan checkkan dengan orang SUK nanti .. keseluruhan rumah pun telah dicat ... baru nampak macam rumahlah ...

Masa tengok rumah tu, kebetulan jiran sebelah rumah datang nak membasuh rumahnya setelah Indon yang pasang tiles dan buat sedikit renovation menyudahkan kerja-kerja di bahagian dapur. Nampak kemas juga hasilnya, aku pun sibuk-sibuk tanya berapa semua upah dan kos barang. Katanya tiles seluruh rumah, pindah kan toilet, buat table top, pasang singki, tukar tingkap nako baru adalah RM5K.. Aku tanyakan nak duduk ke nak sewakan, dia bagitau nak sewakan pada kadar RM250 pada  guru sekolah. Katanya rumah ini adalah rumah ke3 yang dia beli di taman ini tapi semuanya atas tangan yang mana rumahnya hampir2 di lelong oleh SUK Kiranya abang ini membbeli rumah ini dari owner murah jugaklah dalam RM20K.  Sapa kata di kawasan luar bandar tak boleh nak buat pelaburan hartanah, Kalau rajin usha2 mmg berbaloi macam abang tadi tu ..

Insyaallah rumah ini akan di buat pengubahsuain sedikit dan cadangkan rumah ini akan di jadikan rumah persinggahan kami adik beradik incase rumah mak "overflow" dan juga bagi sewaan harian. Taklah mengharap tapi sekurang2 di kampung dah ada rumah utk hari tua. Kiranya rumah ini rumah duit bonuslah..

Untuk rumah yang JV dengan adik dah ada confirmed penyewa iaitu pelajar master di sebuah IPTA  yang akan menyewa pada 15hb ni dengan kadar RM550, setelah ditolak bank repayment dan maintenance ada balance RM202. Unit disewakan un-furnish kiranya kosonglah. Banyak juga yang call bertanyakan sampaikan bagitau kalau last minutes student tu tak jadi dia nak rumah tu. Permulaan yang baik untuk adik yang baru berjinak2 dengan hartanah ini..

Tengah usha2 lagi rumah2 lelong dan subsale tapi LTV 70% ini yang jadi masalahnya sebab kena sediakan fund yang banyak.. MBSB mmg boleh bagi 90% tapi diberitahu yang dorang hanya finance rumah yang melebihi RM100K.. Ada siapa2 yang boleh kasi info bank mana yang boleh bagi MOF 90% ?


Monday, April 30, 2012

Pagi yang bersih nan sedih ...

Hari Sabtu yang lepas aku sekeluarga, adik-beradik dan mak  menghadiri kenduri kesyukuran sempena kelahiran baby baru dan harijadi anaknya. Kakak dan anak-anaknya datang lewat sebab banyak jalan yang ditutup kerana penghimpunan yang semua sudah maklum. Apa-apa pun pandangan politik adalah had individu masing-masing, dah besar dah pandai berfikir. Tapi satu ajerlah aku nak marah juga sebab ada yang  membawa anak-anak bersama-sama. Kalaulah terjadi apa-apa, siapa yang benar dan yang salah, pada aku yang bersalah adalah ibu-bapa dorang.. Tak sayang anak kot...Anak saudara yang menuntut di UM pun suruh aku pickup dia tapi disebabkan banyak jalan di tutup jadi aku pun bagi tau tak boleh nak ambil dia... hmmm

Malamnya kakak dan anak-anaknya tidur di rumah sebab nak menghantar kakak dan anaknya ke KLIA yang akan bertolak ke Perth. Malamnya memang gamatlah rumah aku, mana tidaknya bila semua berkumpul. Anak kakak sulung yang menuntut di Maktab Sultan Abdul Halim " ponteng" kuliah sebab nak jumpa kakak.

Paginya selepas subuh kami bertolak ke KLIA, wowow check in untuk international flights panjang betul, kakak kena queue-up almost sejam jugak. Anak no 2 dia beritahu yang dia tak nak balik sebab seronok duduk di Malaysia. Siap bagitahu bila besar nanti dia akan menetap di sini, nak jadi doktor tentera. Siap minta beret, songkok, rantai askar dari adik aku..Kata kakak dia ini agak nakal sikit tapi kalau aku tegur apa-apa dia akan dengar cakap. One thing ialah umur baru 9 tahun tapi fikiran dia matang, kalau bab2 IT dan phone mmg2 dia terer. Kakaknya just baru 13 tahun but looks mmg matured.. dua2 kalau di beri pilihan tak nak balik sana... lagipun dorang still malaysian cuma yg 3rd sahaja australian.

Masa nak masuk ke  imigresen counter, anak no 2 tu mata dah berair-air, merah, bila di tanya ' are you crying " .. no im not crying " tapi air mata meleleh .. almaklumlah super hero .. aku selalu cakap pada dia " hero must hv a patience, thats why hero always win " .. yang 2nd one pulak membisu ajer, mata dah berair2 jugak .. yg 3rd one just 3yrs + taklah rasa apa-apa.. btw aku pun sedih juga.. walaupun jumpa 1 yrs + sekali ..

Dahulu kakak datang dari melbourne tapi balik ini ke perth sebab dia sekeluarga berpindah ke Geraldton. Rumah yang di beli sudah pun dapat kunci, kiranya dalam masa sebulan urusan pindah milik dapat di sempurnaka, cepat betul kalau dibandingkan di malaysia. Asben dia tunggu di perth dan untuk ke Geraldton mengambil masa 4hr driving jugak. .

Anak-anak aku agak sedih jugak akmaklumlah dah bersama-sama bermain, tidur bersama sebulan. Siap bagitahu dorang nak simpan duit untuk beli tambang kapal terbang ke australia. Sedih jugak aku tengok dorang .. insyaallah kalau ada kelapangan dan rezeki akan kesana tahun depan ...



  


Tuesday, April 24, 2012

Valuer ....

Just nak cerita pasal valuer yang banker aku appointed untuk buat valuation rumah JV yang menangi tempohari. Aku agak bengang juga sebab valuer tu aku pernah liased dengan dia ni sebelum ni.. mmg2 slow betul.. aku pernah check value rumah, dia just pakai taram ajer bagi value. Bila tanya dia banyak2 dia suruh emailkan details pada dia. Bila dah email ... hmmm sonyap ajer. taulah aku just tanya ajer tapi kalau tak nak tolong just bagitau ajerlah ... itu cerita tahun lepaslah

Tak tahulah pulak banker appointed mamat ini slow ini buat valuation. Kalau aku tahu mmg aku akan suruh appoint valuer lain ... Mula-mula dia kol adik, almaklumlah kurang knowledge pasal hal rumah-rumah ini. Aku pun call lah mamat ni, bila aku tanya berapa market value dia bagitahu verbally .. aku tanya balik are you sure ke dgn value tu .. dan dia pun jawab ..nanti saya akan confirm balik ..setahu akulah MV rumah tu around 90K itupun last nyer valuation..

Macam tahun lepas disebabkan valuer bagi salah valuation figure seorang buyer yang agreed nak beli pada harga yang telah dipersetujui telah membuat pembatalan. At last rumah itu di jual kepada orang lain dan MV yang diberi oleh buyer tersebut lebih tinggi berbelas ribu dari harga yang aku nak jual pada buyer pertama...

Hmmm esok nak kejar valuer slow ini., nak tanya agak bilakah dia akan siapkan valuation report tu .. caj dia pun agak mahal jugak tu .. dahlah slow ... mahal pulak tu ...



Thursday, April 19, 2012

Progress : Permohonan Bekalan Elektrik

Semalam ambil EL sbb anak perempuan aku tak sihat, sekarang ini cuaca tak menentu, sekejap panas, sekejap hujan dan juga mendung.Taklah teruk sangat tapi takut juga sebab banyak sangat kes kuku, mulut, tangan, demam virus, denggi, selsema dan batuk. Anak ex-vendor company aku mati kerana kes kuku, mulut dan tangan, lepas tu pulak dia keguguran. Dahlah ada anak seorang sahaja yang dikandung pula gugur..

Anak adik aku yang berumur 40 hari pun, dah masuk 4 hari admitted di KPJ, kena lung infection.. mulanya dia pergi sebuah hospital swasta tapi dorang tak dapat detect sakitnya, bila pergi KPJ baru tahu yang anaknya kena lung infection.. kecik2 dah masuk hospital ..

Semalam ke pejabat TNB untuk permohonan bekalan elektrik untuk rumah yang di beli tempohari. Memandangkan bekalan tiada melebihi 6 bulan maka aku kena cari registered kontraktor untuk buat pemeriksaan .. aku cuba nego untuk exemption  bagitau yang rumah tak pernah diduduki tapi kerani tu bertegas juga. Nak tak nak kena appoint kontraktor.. masa aku beli rumah lelong di shah alam dulu tak payah nak appoint kontraktor .. just buat surat menyatakan yang pendawaian dalam rumah dalam keadaan yang baik. ...

Call 2,3 kontraktor untuk bertanyakan cajnya.. dapat juga seorang kontraktor yang mengenakan caj RM400 ... murah ker mahal ker aku pun tak tahu.. janji cepat buat kerja.. oklah .. hari ini dia call beritahu yang permohonan bekalan sudah diluluskan dan dah boleh bayar deposit di kedai Tenaga.  esok adik akan kesana buat pembayaran .. insyaallah esok lusa meter boleh di pasang..

Once dah ada elektrik bolehlah cari kontraktor buat grill dan pasang lampu, kipas.. Kadang-kadang beli rumah yang masih dara ada kebaikkan dan keburukanya.  yang bagusnya rumah selalunya tak rosak, tak perlu nak mengecat balik, just touch up pun dah okay.. dan juga tak payah nak pening suruh owner/penyewa keluar... tak bagusnya kita kena keluar duit buat grill, lampu, kipas dan juga kos-kos masuk air dan elektrik..

Bagi rumah yang didiami pula ialah selalunya dah ada grill, kadang2 dapat barang tinggalan seperti lampu, kipas, almari.. tapi yang paling tak best nyer kalau rumah seribu satu masalah, rosak sana-sini, owner/penyewa tak nak keluar, tunggakan bil utiliti yang tinggi....

Pendekata dua-dua pun ada kebaikan dan keburukannya.. sebagai pembeli rumah lelong kena buat anggaran kos-kos yang terlibat .. memang beli rumah lelong ini murah dari hari harga pasaran tapi kena bersedia dengan kos-kos yang perlu di tanggung. Selalunya aku akan buat costing kasar dan catatkan setiap sen yang dikeluarkan untuk sesuatu rumah. So that kita dapat tahu the actual sebenar kos yang di keluarkan...