Friday, December 30, 2016

Kebun Limau


 Alhamdulillah, proses tanam limau nipis dan kasturi selesai. Semua kerja di lakukan oleh aku, asben dan anak aku. Cabarannya adala mesin auger pengorek tanah tak boleh hidup, bawak kedai dorang cakap tak repair mesin auger.. At last decided gali luang guna pencebak, targetted 100 sehari, setelah berjaya mengorek lebih kurang 200 lubang, syukur mesin auger setelah di godek2 oleh asben tukar paip minyak, dapat dihidupkan, bila dah hidup tak boleh berpusing pulak.. end up tanya pendapat jiran, katanya mungkin bearing tak jalan. Bawak ke kedai kereta pump minyak grease. Alhamdulillah Auger berfungsi dengan baik.. Lega.

Hari ke 3 jentera masuk untuk tambak suak, tolak tanah dari atas bukit, tinggikan dan buat parit. Masa tolak tanah mula2 dulu tak nampak sangat tanah ni berair, bila hari2 hujan baru nampak saliran air tak berapa bagus.

Untuk tanaman limau ni aku keluar biaya sendiri dan aku diberitahu boleh mendapatkan bantuan dari Jabatan Pertanian untuk baja dan racun. Appointment telah dibuat dan aku bersemuka dengan pengawai pertanian, Insyaallah bulan Feb ni dapat keputusan. Verbally katanya takde masalah sbb mmg dorang galakkan pengusaha tanaman herba.

Cabaran2 mmg ada dari segi faktor cuaca, seperti kemarau yg akan tiba bulan Februari. So silver shine dipasang pada setiap pokok untuk sungkupan untuk melembapkan tanah dan kawalan serangga. Sebelum tanam pokok di tanam, disembur dengan racun seranggan dan pengalak pertumbuhan. Alhamdulillah lepas seminggu tanam, banyak tunas2 baru muncul, petanda yang bagus. 

Tanah ni ni dulu kebun sawit dan semak samun, sekarang ni dah cantik sebegini ramai yang memandang..ada juga kata2 yg boleh aku down dan ada juga yang bagi semangat.. apa2pun aku lebih buat slow dan steady sbb pertanian ni bukan skim cepat kaya. Syukur sbb cili padi aku mendapat sambutan daripada peniaga2 pasar. Pengeluaran dalm 20kg juga sebulan, Lagipun cili ni tanaman sambil2 jer.. sbb bila aku balik kg baru aku tanam. so banyaklah fasa2 nyer. 



Kata asben, jenuh gali lubang guna pencebak
Satu lubang 20 saat jer.. cepat

Limau nipis yg di tanam

Backhoe dan tractor tolak tanah

Tanam Halia. Cabarannya kaki 4.. suka rupaynya dengan tunas baru halia

Anak lelaki yg banyak membantu. 

Pandangan dari atas bukit.


Pembantu yg hanya demand nak makan special lps kerja





Thursday, December 1, 2016

Turun Bid Rumah

Minggu lepas aku turun bid rumah flat buruk, actually dah beberapa kali aku bid rumah di sini tapi tak pernah menang.. Kali ni kalah jugak...takde rezeki

Cuma aku cukup menyampah ulat2 sebangsa dengan aku ni. Belakang aku adalah satu keluarga ni datang bid rumah, ada sekor ulat ni, mula2 bersalam2 bagai, lepas tu tanyakan abang masuk unit ni ke ? Sambil menunjukkan pamplet. Haah kata abang ni. Abang tau tak rumah ni ownernya India, dorang duduk, India ni susah nak keluar, macam2lah ulat sekor ni cuba demotivatekan abang ni. Abang ni jawab saya tau ownernya India. End up ulat sekor ni abang nak kawtim tak ? susah bang India ni. Abang tu jawab dengan relaksnya, tak adillah untuk owner. Bukan kawtim ulat ni nak bayar pada abang ni, tapi suruh abang ni bayar pada dia supaya dia tarik diri. Pakai smart2 jadi ulat pulak.. kasihan..

Aku kat depan ni pasang telinga. Ulat2 janganlah nak cari duit senang, unless betul2 nak masuk lelong tapi kalau bagi peluang yang betul2 nakkan rumah tu mungkin boleh di pertimbangkanlah.. 

Wednesday, November 23, 2016

Cerita Pasal Kebun Lagi

Ada yang bertanya ada potensi tanam pokok limau ni ? Aku mengambil kata mak, tanamlah insyaallah ada pasaranya :)) Lagipun daerah kampung aku sudah di isytiharkan daerah tanaman herba, dengan adanya IPT yang khusus untuk research terhadap potensi herba. 

Majoriti pekebun berbangsa cina yang menaman limau nipis di daerah aku, la ni dah ramai orang kita yang berjinak2 tanam limau. Harga ikut pasaran cumanya di musim panas harga limau boleh mencanak ke RM5 untuk jualan ladang. 

Modal tanam limau ni taklah besar sangat tapi kena ada modal dan minat bertani.  Alhamdulillah tanaman selingan cili bara dan cili kampung dlm 100 pokok sudah memberikan hasil. Di jual kepada kedai2 makan, kedai runcit dan penjual sayur d kampung. Mmg leceh kutip cili padi ni, tapi setiap biji yang di petik tu ada nilainya. Bolehlah belanja pasar semasa di kampung.

Insyaallah pada awal bulan depan, penanaman fasa kedua limau nipis dan kasturi akan dimulakan. Tiap2 minggu shopping pokok limau, pergi sana-sini utk carikan anak pokok yg terbaik. Aku mmg takkan beli pokok yang baru di pindahkan ke dalam poly sbb pokok akan cepat layu dan kena siram hari2. 

Aku anggarkan tanah seluas 2 ekar ni boleh tanam dalam 400 pokok atau mungkin lebih sbb tanah ni agak berbukit di kepala jadi tanah dapat luas..

Pertanian ni mmg kena banyak sabar, macam 2 bulan lepas, banyak pokok yang terkena serangan hamama. Ingatkan kena serangan ulat, semburlah racun serangga tapi tak kurang2, bila naik pucuk baru jadi kerekot, daun tua jadi kuning2... Mmg down, takde mood.. Yalah pokok segar bugar jadi mcm tu kan. Alhamdulillah google2lah cari info pasal sympton2 sebegini, rupanya serangan hamama dan racun serangga Mitac digunakan, dengan sekali semburan jer serangan hamama dapat di atasi... 
Aku ni petani google2 .. mcm tulah jugak aku beli rumah berbelas biji... pelabur google

Insyaallah jika semuanya berjalan dengan baik, dengan tanaman 3 ekar ni ada perancangan luaskan tanaman limau ni dan kalau ada rezeki nak juga ternak ayam kampung

Pandangan dari tengah tanah kebun


Kacang botol, sejuk jugak tangan aku nih


Kacang bendi, aku semai aku tanam dan mak yang membelainya, gemuk sungguh
Belimbing buluh... baru2 belajar berbunga

Limau nipis seedless

Saturday, November 12, 2016

Simpan duit dengan berhutang? Salah ke?

Ni pendapat akulah, tak ada masalahnya nak buat loan asb nak tggu sampai  10 tahun ikat 20 tahun nak ikat 30 tahun. Terpulang pada individu tu sendiri sbb setengah orang malas nak fikir2 pasal nak imvest dalam instrument yg lain contohnya hartanah..  Cukup tempoh ambil dividen ambil sijil dan blhlah nak buat apa..  

Kebanyakkan orang ni mmg agak susah nak fixedkan simpanan tapi bila terikat dengan loan secara tak langsung menjadikan dorang lebih berdisplin. ya menyimpan secara hutang tak bagus.. tapi lebih baik dari orang yg tidak menyimpan langsung.

Tidak semua orang berani nak ambil risiko utk beli rumah utk sewaan sbb dorang takut..Ya mungkin dorang takde ilmu tapi kita tidak boleh mengatakan decission dorang salah. 

Berhutang untuk simpanan, salahkah ? Alamak aku beli rumah, keta pun berhutang jugak.. Bank pun mau bisnes jugakkan. Malaysia blm ada lagi Bank Kebajikan Berhad, okay..

Ini adalah pendapat akulah ...takde kena mengena dgn sapapun 

Thursday, November 10, 2016

"Keciwa" Dgn SL1M Trainee

Hari ni aku agak kecewa dengan aku nyer SL1M Trainee ni. Aku dapat 6 orang Trainee utk attachment dengan unit aku. Bila tengok background sorang pun takde major dalam IT. Ada yg Islamic Banking, Science Maths, Admin dan Science Polymer. HR pun ngok jer sunbat masuk unit aku.. So aku tanya sorang2 sapa yg stay dan sapa yg attach dept lain. 4 orang aku return balik ke HR utk posting dept lain. Ada 2 orang attached d call centre, kesian pulak. So aku cuba intai2 dept lain.

Dapatlah dept yg bersesuaian dan semalam gi interview dan dapat terus di offered contract setahun, gaji RM2500, Kalau SL1M attachment 6 bulan jer, gaji RM1500. Even dept absorbed dorang pun contract setahun jugak. Yang aku marahnya dorang tolak sebab alasannya jauh, kena naik LRT, lepas tu naik bas lepas tu kena jalan kaki.. Aduhai alasanya nilah aku marah sangat. Zaman2 aku dulu tak kisahlah jauh sangat tapi janji ada kerja, naik bas turun bas biasalah kan. KL ni mana tak jamkan. 

Lepas tu minta tolong aku carikan department yg naik satu train jer.. Amboi2 ko ingat aku ni Jobstreet, even employment agency takde nak melayan bagai. Jawapan aku sorrylah aku nak tolong promote korang lagi.

Ekonomi tak menentu lagi nak demand bagai2 dan uncertan market terhadap Duck Trompet menambahkan lagi ketidaketentuan ini.. Walawei ...

Tak perlulah tahu aku kerja mana sbb aku ni pemalu orangnya... 

"Keciwa" Dgn SL1M Trainee

Hari ni aku agak kecewa dengan aku nyer SL1M Trainee ni. Aku dapat 6 orang Trainee utk attachment dengan unit aku. Bila tengok background sorang pun takde major dalam IT. Ada yg Islamic Banking, Science Maths, Admin dan Science Polymer. HR pun ngok jer sunbat masuk unit aku.. So aku tanya sorang2 sapa yg stay dan sapa yg attach dept lain. 4 orang aku return balik ke HR utk posting dept lain. Ada 2 orang attached d call centre, kesian pulak. So aku cuba intai2 dept lain.

Dapatlah dept yg bersesuaian dan semalam gi interview dan dapat terus di offered contract setahun, gaji RM2500, Kalau SL1M attachment 6 bulan jer, gaji RM1500. Even dept absorbed dorang pun contract setahun jugak. Yang aku marahnya dorang tolak sebab alasannya jauh, kena naik LRT, lepas tu naik bas lepas tu kena jalan kaki.. Aduhai alasanya nilah aku marah sangat. Zaman2 aku dulu tak kisahlah jauh sangat tapi janji ada kerja, naik bas turun bas biasalah kan. KL ni mana tak jamkan. 

Lepas tu minta tolong aku carikan department yg naik satu train jer.. Amboi2 ko ingat aku ni Jobstreet, even employment agency takde nak melayan bagai. Jawapan aku sorrylah aku nak tolong promote korang lagi.

Ekonomi tak menentu lagi nak demand bagai2 dan uncertan market terhadap Duck Trompet menambahkan lagi ketidaketentuan ini.. Walawei ...

Tak perlulah tahu aku kerja mana sbb aku ni pemalu orangnya... 

Monday, November 7, 2016

Kebun d Kampung : Sukat dan Tolak TanahSu

Alhamdulillah, so far apa yang dirancangkan berjalan denga lancar. Bulan lepas upah surveyor utk sukat tanah. Persempadan di buat, setelah di ukur ada bahagian tanah aku masuk ke bahagian tanah sepupu dan adik. Sudah maklumkan kepada mereka dan mereka faham.

Sabtu dan ahad, jentolak masuk untuk tolak pokok sawit dan pokok getah dan buat teres semula..




Surveyor setting teropong utk pemetaan

marking pokok2 getah sepupu yg telah masuk sempadan tanah

Di bantu oleh kawan d kampung utk buat marking



Tanah dari atas bukit

Kepala tanah, ada rezab jalan. view yg cantik 

permandangan yg cantik


Minta jentolak buat laluan ke pondok di d kebun adik



Backhoe korek dan dalamkan telaga... ada mata air. Tak pernah kering even musim kemarau. Untuk pump air siram pokok


Teres dah siap... next month dah blh msk pokok limau



Monday, October 24, 2016

Kebun Di Kampung







Tanam lagi Cili padi bara...



Pokok Limau generasi pertama, setahun lebih

Limau Kasturi

Serai Mak


Limau Nipis .. Umur 4 bulan


Cili Jambak .. benih beli online dari Ali express

Bendi.. sebelah tu rumah sepupu







Sunday, September 25, 2016

sambungan :kerja ada kualiti .. tapi hampass

lps komplen.3x nilah yg ada kualiti kononnya..






nilaikan kerja2 mubarak yg kononnya kerja kualiti.. srh buang kayu yg sudah reput ..yg elok simpan belakang.. semuanya di longgokkan di belakang.. aku jugak yg kena sort out yg mana dah makan anai2..susun baik2 dan tutup elok.. mmg panas hati aku dgn si mubarak ni..kerja ada kualiti kononnya.. 

Saturday, September 24, 2016

Kerja ada kualiti, tapi hampas

Dalam posting sebelum ni aku ada cerita pasal ambil kontraktor bangla. Mula2 harga maha; jugak, lepas tu asben minta downgradekan gate pagar untuk lower downkan upahnya. So bangla ni bagi harga RM15,626.00 tapi katanya kalau kitaorang berpuashati dengan kerjanya kalau boleh bagilah dia RM16,000. So maksudnya yg lebih tu bonus dialah,,okay deal..

Mula2 kerja okaylah, tapi bab mengecat sampai 3x aku komplain.. komplain 1x buat siikit, 2x buat sikit 3x buat sikit.. sampai aku give up. barang2 yang tak berguna kena buang, ni ada di lambaknya belakang rumah, pintu buruk, kayu2 buruk. rumah sepatutnya di bersihkan di cuci ni tinggalkan mcm tu jer. 

Tempat patut kena letak filler, hentam kasi cat, mmg aku sungguh tak puas hati. Bangla ni adik ipar aku yang rekemen, direkemen oleh kawan hartanah kita, kalau sebut nama sure tahu. Tak salahkan sapa2 tapi bangla ni namanya Mubarak .. Asben bagi tahu kalau nak RM387 du dtg hari ni buang semua barang2 buruk dah touch up balik mana2 yg aku tak puashati.. aku nak ada masa dorang buat kerja touch up.. Ni pulak kata tipu dia .. dia tipu aku adalah, kerja mengelat.. 

Selalunya bab2 mengecat ni kitaorang buat tapi sebab kekangan masa nak menyiapkan rumah di Cheras sbb penyewa masuk tengah bulan september.. mmg ni last aku pakai khidmat si mubarak, adik apu pun kena jugak, lagi sakit hati dengan kitchen kabinet yg disiapnya.. 

ni aku share sket yg tak puas hati

cat tak sampai bawah... 

marah tak agaknya korang

dah suruh buang .. tapi tinggal macam ni

kerja ada kualiti katanya .. hmm hampas

kalau di perhatikan .. ada cat tal kena

ni pun sama..banyak lagi 

Monday, September 19, 2016

Update Pasal Kebun

Tahun ni berhari raya haji d kampung, ambil extra cuti. Jenguk2 kebun tanaman.. dapat menuai cili padi bara, hampir sekilo jugak.. tanam atas tanah jer.. pokok ni rupanya jenis renek paras lutut jer..
Bagi kat jiran dan sedara mara. mmg seronok  tapi jenuh jugak nak memetiknya.. ini baru sedikit pokoknya.. insyallah fasa kedua dlm 300 pokok akan d tanam lagi sebulan.. dan juga fasa2 seterusnya..

La ni tengah cuba2 biak halia..  baru testing2 semai dalam polsterine.. once dah keluar sulurnya baru blh pindah... potensi tanaman halia ni okay jugak...