Hari yang memenatkan hari ni. Bakal tennat aku utk apartment cheras nak pindah masuk esok sebabnya boss asben dia hanya bagi cuti hari Isnin. Lepas ambil anak aku dari pusat tuisyen terus ke sana untuk pasang 2 pintu toilet. Lepas asben aku buat measurment baru sedar yang extension wire tertinggal di rumah. Since lampu dinding belum lagi dan kena balik rumah ambil extension wire aku suggest kat asben aku pintu toilet beli bila dah beli lampu dan lepas ambil extension.
Terus ke kedai lampu di Balakong, budget aku untuk 3 lampu dinding less than RM100 ajer. Tengok2 adalah lampu within aku nyer budget dan ada discount 30% lagi. Masa bayar amoi tulis resit aku kena bayar RM109 aku pun tanya balik you tak tolak ker ? dengan selamba badak dia cakap pada aku hanya satu lampu ajer ada discount 30% dan lagi 2 lampu takde discount. Aku argue dengan amoi tu, kalau takde discount why you put 30% tag to the light. Berulang2 dia cakap lampu tu nett price. Berulang aku cakap why you put discount tag ? at last dia kasi juga discount 30% pada kedua2 lampu yg jumlahnya RM85.50. Yealah aku pun dulu2 pernah kerja di supermarket, kalau salah price tag kena ikut harga seperti yang di tagging. Aper ingat aku ni tak sekolah ker ?
Lepas beli lampu terus kerumah ambil extension dan ke kedai hardware beli pintu toilet. Almost 2 jam jugaklah asben aku pasang pintu toilet. Around pukul 4:00pm aku bertolak ke Shah Alam untuk jumpa orang nak sewa rumah. Satu appt pukul 5pm dan sorang lagi 5:30pm. Jalan punyalah jammed, masa tol di puchong aku terpaksa queue di laluan tunai sebab lupa bawak TnG. Adalah pulak mangkuk2 yang tak reti bahasa ikut suka potong queue macam tol tu diorang ajer yang bayar... Bengkeq betullah dengan sikap pemandu yang tak tahu malu. Kalau aku bawa bulldozer mau ajer aku langgar kereta dorang ....
Sampai simpang keluar mentari court ada pulak pemandu teksi berhenti ambil penumpang, ada sorang pemandu lori asyik dok hon2, dan sorang mamat tak sabar nak keluar simpang, geramnya hati aku. Aku buat bodoh ajer berhenti belakang teksi, mamat tu hon2 aku peduli apa. Aku pun bayar roadtax juga.
Sampai Shah Alam dah 5:30pm at the end aku bawak kedua2 bakal penyewa tengok rumah. Student yg dok rumah ni akan pindah keluar pada 1/12 sebab course dia berpindah ke Puncak Alam. Tunjuk rumah dan brief sikit pasal rumah ni. Masa borak di bawah lepas tengok rumah student uitm ni confirmed nak sewa rumah ni dan terus mintak nombor account aku.. manalah aku bawak nombor account. Jadi aku cakap malam nanti aku smskan nombor acct.. Rezeki2 .. syukran2 ..
Aku terus ke apartment Cheras untuk pickup asben dan anak aku. Masa mengemas penyewa dan asbennya datang nak ambil kunci rumah. Lepas aku serahkan kunci aku sekeluarga balik kerumah dengan rasa penat tapi masih ceria sebab hari ni aku dapat duit ...Apa yang penting apa yang kita buat mestilah ikhlas dan jangan sesekali menipu orang
No comments:
Post a Comment