Sunday, April 19, 2015

GST & KWSP

Perkara terhangat yang diperkatakan sekarang adaah isu cukai GST dan juga cadangan menaikkan pengeluaran KSWP dari 55 ke 60 tahun...

Ini adalah pandangan aku  yea. Kononnya pelaksanaan GST ini memberi impak kecil kepada rakyat, harga barang akan menjadi murah, banyak yang turun, sedikit ajer yang naik.. Itulah promosi yang dicanangkan tapi sebagai seorang pengguna ada yang menyokong dan ada yang membangkang. Lepas 1hb April maka ramai yang naik hangin.. Btw. inilah realiti yang kita kena hadapi sekarang ini..  kuasa beli semakin mengecil ... kuasa menabung pun semakin kurang...

Isu menaikkan pengeluaran KSWP dari 55 ke 60 tahun pun satu hal jugak. Pada aku seharusnya KWSP memberi pilihan kepada pencarum samada nak keluar pada umur 55 atau 60 tahun. Itu duit kita kan, mmg setiap tahun dapat dividen tapi sebagai pencarum aku berhak menentukannya. Kalau dinaikkan ke 60 tahun, tanpa persetujuan kita sebagai pencarum, ini dah jadi macam komunis ... sorry emo sikit
Aku tertarik dengan entry di The Star Too Poor To Retire .. Kononnya 68% daripada ahli KWSP pada usia 54 tahun memiliki kurang daripada RM50,000. Betul ker ? Pada pendapat akulah, golongan ini adalah mereka yang dulunya bekerja dan selepas itu berkerja sendiri. Ataupun mereka2 ini adalah ex army yang tamat perkhidmatan 21 tahun dam berkerja di sektor swasta selepas persaraaan dari tentera. Dan mungkin juga dahulunya mereka ini bekerja sendiri dan akhirnya berkerja dengan syarikat2.

Btw, sebagai orang yang makan gaji macam aku ni, apa persediaan kita bila dah pencen nanti. Ya, kenalah rancang dari sekarang sebabnya masa ni, kita masih banyak masa yang boleh kita lakukan. Sebagai contoh, kalau ada tanah, bolehlah plan tanam getah atau sawit, kalau takde tanah, bolehlah riki2 cari. Boleh jugak beli2 rumah untuk dijadikan rumah sewa. Bila pencen nanti, katakan semua loan dah settled.. Kalau ada 5 buah rumah, kalau sebiji sewa RM800 dah ada RM4000 dah .. Kalau setahun beli sebiji, 10 tahun dah ada 10 biji. Bukannya masa pencen tu kita nak bergaya dan menunjuk tapi tak perlulah bersusah2 nak cari duit untuk makan, minum..

Mggu lepas masuk lelong bid 3 unit, untuk aku, kakak dan kawan asbsen, semuanya tewas ... menang itu rezeki, kalah tu please try again :)   just nak pesan, masa sesi lelong tu kenalah berhemah sikit, kan tak perlulah nak tunjukkan sikap terlalu excited ..