Thursday, March 26, 2015

Kerja Kontrak di hujung minggu

Selepas unit yang dibida di CIMB Mega Auction semuanya tewas terus ke rumah lelong nun jauh sana  tu untuk kerja pemasangan lampu, kipas dan pembersihan... Rumah ni tak pernah diduduki oleh owner walaupun semua grill tingkap, pintu dan siling door telah dipasang. Meter air telah dipasang oleh pihak Syabas pada 17 Mac.

Masalah wiringdalam bilik air, wayar hidup tak diturunkan jadi asben terpaksa panjang panjat bumbung potong dan buat sambungan wayar life turun ke point..  Masalah kedua pulak asben kena hacking di dalam bilik air sebab ada kebocoran di stop off .. aduhai.. alhamdulillah semuanya settle.. Nasib baik pada hari ahad ada kedai tile buka, belilah beberapa keping warna putih walaupun tak match .. disebabkan kebocoran tak dijangka, tile cutter tak bawak.. insyallah pada 4/4 boleh pasang di bahagian stop off.

Semuanya di buat sendiri sbb kalau upah orang mmg melayang at least RM200-RM300..

Btw just nak shared unit ni accidently dibeli apabila unit ini dipanggil oleh pelelong tapi pembida tunggal tidak mengangkat paddle. Mungkin sebab frust selalu ajer kalah, asben decided ambil rumah ni ,  Jadi lepas auction asben terus deal pelelong ambil unit ni.. Mengapa pembida tunggal tu tak angkat tak tahulah .. but mungkin ada sesuatu ???

Ni 1st time aku beli rumah lelong tanpa lakukan site visit, checkkan tunggakkan dan tak pernah jejak kaki di sini ...tapi officemate aku duduk disini, banyak jugak info yang di sharedkan..

Jangan tiru cara ini mmg high risk,

Ramai yang telefon nak tengok, intend nak sewa tapi selagi rumah tak siap aku tak berani nak berjanji. Hari ahad, ada new wedded couple datang tengok dan terus confirm nak menyewa. Alhamdulillah rumah pun di handed awal sbb dorang nak beli barang2 sebab nak elakkan GST pada 1st april.

Di sini terdapat CF sebanyak RM217 selepas ditolak monthly installment sebanyak RM143 dan RM40 untuk maintenance.

Minggu lepas turun lagi d CIMB Mega auction kesudahannya kalah jugak, hari ni pun masuk juga seunit, tapi kalah jugak... Insyaallah akan turun2 lagi ke gelanggang lelong, bid untuk diri sendiri, sedara mara dan kawan2 ...apa2pun beli rumah lelong ni mestilah berbaloi2, rendah dari market value ini yang aku pegang dan pesankan

DB pun masih ada
unit penthouse ..:)


terlebih hack..... 


pasang sendiri,.. nak save punya pasal.. tempet2 siaplah

sediakan tempatkan memasak, RM120 jer



Thursday, March 19, 2015

Takut Nak Beli Rumah ??

Ramai orang yang jadi takut dan cerewet bila bab nak beli rumah ke nak beli tanah ke.. Takut loan tak luluslah, takde orang nak sewa, susah nak manage tennant. Ada juga yang cerewet sangat, boleh sewa rmh flat bertahun2 tapi bila ada peluang beli rumah flat tak nak pulak. Alasanya nak cari rumah landed, nak cari at apartment.. 

Nak tunggu harga rumah turun, kononnya dari pembacaannya harga rumah akan turun gila2. Nak beli masa nilah.. just aku nak shared tahun 2010, flat penara subsale banyak nak di jual ard rm70k - 80k. Sekarang ni cuba check dalam mudah.my. . Berapa yea? 

Tahun demi tahun masih lagI menyewa rumah orang. Masa ni baru nak salahkan pihak ini pihak itu sebabkan harga rumah melambung tggi. 

Tapi bila decide nak beli kereta tak de pulak nak banyak fikir2. Ada mentaliti yang mahu menunjuk2 drive kereta bila balik kampung nanti. Ramai macam ni kan.. bila balik kampung bangga kalau orang cakap mahal keta ko .yea. takde orang nak tanya pasal rumahkan.


Pendapat akulah belilah rumah yang bersesuaian. Kalau tak duduk pun takpa janji mesti boleh disewakan. Lebihan sewaan yang dijana tu kumpulkan untuk modal beli rumah lagi. Boleh jual if nak beli rumah yang lebih baik  dan of course lebih mahal.

Rajinkan diri tambahkan ilmu selok belok pasal hartanah, kalau malas sangat nak cari info bolehlah hadir ke seminar2 hartanah yang banyak dianjurkan oleh mereka2 yang berpengalaaman. 

Monday, March 16, 2015

Syabas kaunter 1


Sepatutnya mggu lepas dah settled buka akaun syabas utk rumah lelong aku. Sbb mggu lepas sibuk sangat di opis jadi tak sempat nak gi HQ syabas. Pagi tadi sempat menyelit gi ke salah satu cawangan syabas. Sekarang ni dah senang sikit sebab kita dah boleh buka akaun di mana2 cawangan syabas. Katakan kalau rumah kita di Klang, kita dah boleh buat urusan di Kajang. Dah tak perlu nak gi cawangan syabas yg berdekatan dengan rumah yang di beli yg nun jauh di sana.

Semua dokumen dah siap, form pun aku download dari website syabas, isi siap2. Masa d kaunter ambil giliran, kerani tu akan verifying dokumen dan utk rumah lelong ada form tambahan yang perlu kita isi n sign.  Nombor giliran diberi

Nombor giliran di panggil, kaunter 1, check lagi sekali, tanyakan aku semada masa ambil  nombor giliran tu, kerani tu ada check tak dokumen. Of course lah kata aku.  Kalanya SOP dorong mahukan satu surat dari lawyer yang mengatakan bayaran fully settled ke bank pe lelong . Nasib baik mood Isnin aku bagus hari ini, aku terangkan bahawa, aku ada sertakan dokumen dari bank yang stated 70% dari harga belian  sudah disbursed dan surat dari lawyer bank pelelong yg menyatakan menerima bayaran 25% utk differentiable amount dan lagi 5% di bayar masa auction seperti yang tertera di POS.

Tak puas hati dengan explaination aku, katanya dia kena ikut SOP sebab  ada SLA nak kena follow. Hish2 mood aku masih baik lagi. Dia suruh aku pergi ke cawangan syabas yg berdekatan dengan rumah lelong , sbb katanya dorong ajar boleh decide samada nak terima or tidak.. Aku suggest dia kol cawangan tapi katanya dia tak boleh kol, insist aku gi cawangan tu.. Mood aku masih baik... Malas nak layan aku, dia terus petik next number...

Aku pun pergi ko kaunter nombor giliran tanyakan no telefon pengurus cawangan dan namanya. Kerani tu tanyakan mengapa, aku bagi tahulah masalahnya, dia pun pelik by rite takde masalah nak buka akaun sbb dokumen aku dah lengkap.  Dia kata kebetulan pengurus cawangan ada di dalam bilik runding. Masa aku tugu di luar bilik runding tu, kerani kaunter 1 tu pandang2 kat aku, aku pun jeling2. 

Dapatlah aku berjumpa dengan pengurus dan ceritakan yang kaunter no 1 tu refused nak proses buka akaun. Dia pun semak dan katanya takde masalah pun, terus keluar dari bilik dan berikan dokumen aku pada ketua kerani kot..

Nama aku dipanggil dan pembayaran di buat dan dah settled. Alhamdulillah. Agaknya kerani kaunter 1 tu belum khatam SOP tapi ikut suka hati cakap pasal SOP, malulah mukanya pada staf yang lain dan juga pada pengurus cawangan. Tq tq en H...

Monday, March 9, 2015

Loan Fully Disbursed

Alhamdulillah loan rumah lelong yang di beli tahun lepas dah fully disbursed. Sepatutnya cepat tapi sekarang ni lawyer kena advise thru online yang mana sistem ni ada masalah  bila dorang nak buat submission. Banker aku closely follow up dengan disbursement team dan lawyer pun minta extension incase bank tak dapat disburse sebelum due date..

Hari sabtu lepas aku and asben ke rumah tu  pasang extension pipe dan stop off untuk pemasangan meter. Ada kol tukang paip,nak pasang itu saja upahnya RM250, mahal nyer.. Lebih baik buat sendiri ajer, beli barang baru RM29 jer..

Syabas ni mengada2 sekarang kalau nak apply air kena bawa dokumen bukti pembayaran kepada bank pelelong, dulu2 no problem.  TNB takde masalah pun.

Dalam mggu ni, akan gi ke Syabas untuk apply bekalan. Hopefully weekend ni boleh basuh rumah dah boleh  pasang lampu, kipas.  Dalam bulan depan penyewa dah boleh masuk dah ...

Banyak kos dijimatkan bila buat sendiri, kalau nak upah orang mmg mahal. Btw, kalau tak de masa tu bolehlah upah orang buatkan..