Monday, October 28, 2019

Coretan di Vietnam

Baru2 ni family trip ke Ho Chi Minh selepas anak exam PT3. Majoriti yang gi sana bagitau barang2 murah gila katanya. Ya murah giler tapi teknik tawar menawar ko pun kena tahap dewa. Aku ni bukan jenis melancong membel belah.

Cuma aku nak share sedikit pemgalaman pahit manis di sana.

Sampai di airport ambil bas ke Ben Tanh Market, terus google War Remnant Museum, namanya war kan muzium perang.. Aku leadinglah .. aku jalan2 toleh belakang asben aku dengan tukang kasut. Aku tanyakan kena nak cuci kasut sedangakan kasut pun baru 2x guna. Kata asben,tukang kasut tangkap ambil sebelah kasut dan cuci. Lepas cuci tukang kasut mintak 200K Dong = RM36. Apa kejadahnya tak sampai 5 minit mahal. Mulalah aku naik angin, bagitau yang kita tak suruh pun dia cuci kasut, dia yang tangkap ambil kasut masa berjalan. Aku nak bagi equipvalent RM5 kat si pencuci tu. Tak nak pulak, end up si pencuci tu blah ..

Hilang mood nak gi muesum, terus jalan ke Hotel untuk check in. Sampai di Hotel, reception bagi tau supaya berhati2 semasa di Ho Chi Minh, banyak peragut, banyak penipu dan utk teksi guna grab yang lebih murah dan selamat. Jadi kemana2 aku naik grab, mmg murah dan takde kena tipu.

Untk makan malam aku ke Malaysian Street ada a fews kedai makan muslim, harga makan mmg agak mahal tapi dah takde pilihankan. Kedai Hjh Basiroh dan Kedai Osman mmg recommended. Ada kedai makan termurah kat situ iaitu Halal Amin tapi kalau ko bawak air luar masuk kedai dia charge RM4 okay. Depan kedai tulis harga makan murah2 tapi ada sebaliknya dia buat untung, Tak recommendedlah Halal Amin.  So hati2 lah, sedap2 ko beli kopi tepi jalan masuk kedai makan Halal Amin lepas tu kena charge RM4 sebekas. Kedai Osman makanan sedap dan banyak, boleh share sepinggan 2 orang.


Di Malaysia street majoriti pandai cakap melayu ya, siap boleh dialek kelantan lagi. Kalau ko nak mengutuk  silalah cakap omputeh. Harga banyak yang fixed price dan tak perlulah ko nak sakit kepala nak menawar. Boleh bayar dalan RM ya. Kadang2 untung bayar dalam RM kadang2 rugu bayar dalam Dong. 

Bab penjual roti daging yang guna motosikal, aku takde belilah, tapi aku terjumpa posting pasal si penjual.Yang mana berkopiah bagai tapi bukan islam, dalam posting tersebut beliau menanyakan samaada si penjual tu mualaf ke, si penjual berkata di non muslim dan dapat melariskan jualan roti dagingnya bila memakai kopiah dan ramai orang malaysia beli. Daging yang digunakan pun tak halal ...

Bab penjual buah-buahan pula, tengah dok sembang2 di situ di datangi si penjual buah yang promote longan, sambil menawarkan aku pada 70K dong aku bagitau nak 50K dong jer. Selepas tawar2 dia kata nak timbang dan menunjukkan timbangan 2KG, sorilah ya nak beli sbb mula2 katanya 50K dong ni timbang2 pulak, Dahlah tipu berat.. berhati2lah ya

Si penjual kopi yang tertudung adalah aku beli kopi disini, asben tanyakan kopi 3 in 1 yang sangat popular di vietnam 1 pack besar ada 50 sachet nak di jualnya 200k dong Aku bagitau asben takkan mahal bebenar...

Esoknya aku ke Lotte Mart di situ aku borong kopi, yang si penjual kopi nak jual 200k dong to lotte mart baru jer 100k dong. Di sini mall nyer sangat besar boleh beli baju2 dan tak payah sakit kepala tawar menawar. Kualiti recommeded.


Kesimpulan banyak2 negara yang aku pernah jejak inilah sejarah termasam aku lalui..












Ada Ilmu dan Berani Mencuba dan Tawakal.


Ada orang suka beli rumah banyak, flip untuk jana income sedebuk 
Ada orang suka beli rumah dan sewakan dapatkan income bulan2
Ada oramg suka bertani, berhenti kerja kerana yakin brtani dapat menjana income 3x ganda dari gaji makan gaji
Ada orang suka jadi speaker sbb yakin katanya2 dapat memberi pemangkin semangat kepad audience
Ada juga suka trade saham, trade forex trade CPO

Apa2pun kita jangan mendabik dada apa yang aku lakukan adalah yang terbaik. Ini " style" kita membuat sesuatu ibadah untuk menjana "RM" kelansungan hidup.

Janganlah terlalu taksud kepada pencapaian kita dalam bidang kita dan melekehkan bidang orang lain. 

Kejayaan dan kekayaan kita dengan izinNYA 




Saturday, September 28, 2019

Citer Pasal Rumah

Hari mggu yg sibuk menguruskan hal pindah keluar\ masuk penyewa. Ada rumah yang kena kemas ada yang kena touch, add in dan tukar barang2 perabut.. 

Hari ni baru perasan stesen minyak dalam pembinaan yang jar0aknya dalam 80 meter dari rumah aku. Rumah ni landed aku beli pada hujung tahun 209 pada harga 95K sahaja, yang berkeluasan 20x60. Buat sedikit renovaation dalam 50k dan disewakan pada kadar RM950, Penyewa dah berkali tanya nak beli rumah ni, mmg aku dah niat masa beli dan tetapkan rumah ini akan nak berikan kepada anak aku. Lagipun rumah aku yg duduk sekarang ni dalam 3KM sahaja seorang sebijilah. Loan pula guna company loan. baki pun tinggal dalam 40k jer/ untunglah ada mak ayah bagi rumah free.. 

Last year ada yang transacted lebih RM300K dan aku anggarkan lepas terbinanya petrol pump mmg market akan naik lagi. 

Bukan manjakan anak tapi aku mahu anak2 teruskan apa yang mulakan dan jadikan bidang hartanah sebagai lubuk menjana bebas kewangan. 


Untuk trade alhamdulillah, penutup bulan September yang baik yang mana memberikan pulangan 2x dari pendapatan nett sewa rumah dan bilik. 

Untuk kebun, insyaallah akan bercuti panjang hujung tahun untuk meluaskan tanaman limau.

Allah kurniakan rezeki yang murah, perjalanan hidup yang selesa dan semoga aku terus istiqomah memperbaiki diri untuk dekat denganNYA.  Aamin

Friday, September 13, 2019

Ransomware attack

Hari selasa mggu lepas company di serang oleh ransomware yg mana melumpuhkan operasi termasuklah branches. Anti Virus pun tak dpt nak detect sebab ransomware script yang digunakaan adalah pertama kali digunakan di dalam dunia. Wiow kiranya serangan yang terancang. Bermulalah suasana sibuk bagai nak mati hinggakan aku tidur dalam meeting room.

Suasana meriah ini ditambah pulak puak2 yang gila kuasa yang mana macam instruction keluar. Tapi yang aku salute adalah user aku sendiri, redha walaupun data tak dapat di selamatkan... Yang meroyan adalah team2 BCM yang kononnya terrer sangat bab2 business continuity...

Dahlah kerja non stop termasuk public holidays, penat kerja takpe tapi hati jaangan sakiit.

Sebagai protes hari ni, aku ambil cuti tanpa certificate. Btw company aku allowed 5 hari cuti tanpa certificate setahun, so balunlah kan..

Btw, hari2 boleh senyum income dari trade. OTW to FTT, insyaallah

Thursday, August 8, 2019

MSS

Tengah memikirkan samada nak ambil tidak MSS yang company buka untuk staff. Dengar citer nak kurangkan banyak jugaklah, almaklumlah banyak branches dah tutup dan akan ditutup dan juga banyak transaksi boleh di buat thru online. Termasuklah banyak kerja yang hendak di outsourcekan..

Pakej yang ditawarkan tak menarik langsung, pada akulah. Tapi kalau yang ada aim nak jadi full time housewives atau houseman bolehlah apply, fokus pada family.

Pada aku sekarang ni tengah explore satu pelaburan baru, tgh dok belajar pasal chart, setahun lebih juga involve, 2x kali gagal dan bangun semula kali ke 3 dengan involvement asben. Attend class2 yang dianjurkan dalam bidang tersebut Alhamdulillah dengan rezeki yang dapat ini melebihi apa yang aku target.

Dah diskus dengan asben untuk beri masa dalam 6 bulan lagi samada mahu ambil mss dan fokus kepada trade, jualan pokok online, kebun limau dan hartanah. Lagipun ada orang tawarkan tanah di hulu langat untuk projek pertanian.

Bukan satu keputusan yang mudah hendak dibuat, macam2 ada dalam kepala ni..

Friday, July 19, 2019

Sejarah Kerja Dgn Orang

Kerja mula2 aku ialah part time pam attendant di Esso masa studny, bertahan selama 10 hari jer terkejar2 nak ke class, sampai demam seminggu. Ingat keja stesen minyak senang ker, macam2 karenah.. 

Lps habis belajar, orang kata kerja tempat saham, duit banyak. mmg betul gaji ciput jer OT berlambak2. kalau larat kerja boleh stayback sampai 3pagi. Dapat boss pulak tengok orang macam nak telan orang. Kerja 3 bulan dorang nak confirmkan, aku bagitau tak nak confirm sbb nak resign. Kena panngil dgn HR, terus aku bagi notis 24jam. Menggangur seminggu dapat kerja di securities di bank rimau. Kerja happy, dapat opismate satu kepala sbb umur almost sebaya, Kerja setahun, resign sebab OT dah kurang sangat. Ayah marah sbb aku resign dari sini. Almaklumlah kerja di securities bank kan. Nampak downlah ayah aku ni. Kerja pulak di rangkaian 24 jam, sbb dapat gaji lebih sikit. Cabarannya ialah kena handle customer2 yg macam2 antaranya pelacur, bapak ayam, gangster, artis2, termasuklah komposer terkenal yg dah berhijrah :)). 

Yang tak bestnya bila handle umat seagama yang beli arak, pernah jugak aku sound " you ni tumpang raya cina ker " handsome2 pulak tu. Boleh gelak2 kat aku. Belum lagi hari valentine beli "cxxxxx". Tu yang tak syoknya walaupun kerja happy... Bila kerja nak masuk 6 bulan, boss nak confirmkan. Aku terus bagi surat resign :))

Mengganggur 3 hari rasanya. Lepas tu dapat kerja di insurance company, kerja sehari jer. apa taknya depan belakang kiri kanan meja2 boss.. esoknya terus tak datang kerja sbb suasana boring sangat2. 

Dapat kerja di bank yang mana bank tu tak wujudnya dah,  kena merged. Minta tangguh seminggu kononnya nak balik kampung, sebenarnya tggu jawapan dari another bank. Endup join 2nd company.  Kat sini kerja dari bujang, kahwin, anak sorang resign. Stay almost 7 tahun jugak.  Bila dah boring kerja disini, masa merger aku resign tanpa pampasan vss. 

Dapat kerja di salah sebuah bank pelaburan, stay sampai lani yg mejangkau 18 tahun dah. Agaknya bila nak resign ni. Jawatan terakhir dalam hidup adalah petani ...haha


 

Wednesday, July 17, 2019

Tanah Turun Temurun

Alhamdulillah dapat berita baik dari pejabat tanah mengenai tanah moyang ke nenek dan ke mak aku dan ke aku bernoktah semalam. Tanah ini tanah teroka moyang dulu, takde geran puluhan tahun sehiggalah mak aku decided minta aku uruskan dengan pejabat tanah dan terus di letakkan nama aku... lebih 6 tahun baru exco negeri luluskan... dah 2 pru baru selesai. kerajaan bertukar baru settle..

Since tanah teroka dapat geran pajakan mukim,, apa2pun geran tu yang penting. kena bayar almost 1k kepada pejabat tanah.

Banyak di kampung2 kes tanah pusaka yang berlapis2 nama, end up takde sapa yang ambil peduli dengan alasan "renyah" nak buat. Sebab tulah banyak tanah orang kita terbiar dan susah nak tentukan hak yang sahih. Adakah hak orang lain pada tanah tersebut. Jadi usahakan selesaikan orang omputeh kata " lets the ball roll  kalau tak roll bila nak jalan kan..


Sunday, June 30, 2019

Gelagat orang

Suka tgk gelagat orang, suka angkat besar. Suka sangat kelentong otang. Citer terbaru adalah mamat ni canang satu dunia di kerja di satu tempat yg gah. Status dalam FB siap tulis kerja di tempat ini... Rupanya kerja cleaner jer pn itupun syarikat kerja dapat kerja contract disitu.

Agaknya cleaner2 kerja tempat aku up status d bamking sektor. Atau pun work at PM office 

Yang diperbodohkan ialah orang2 kampung yg bermatian percaya kat si polan ni
Aduh.... 

Dunia ni kecik jer. Semua di hujung jari jer.

Apa2pun esok aku cuti 7 hari compulsory leave. Tak ambil tak comply pulak dgn bnm nyer rules. . Balik kg tggu durian gugur sambil2 buat kerja kebun.. 

Biar menunduk kebawah walau setinggi mana engkau. Jujur pada diri jujur pada semua dan jangan sesekali mendongak hingakan kau tersadung langgar tunggul....

Monday, May 13, 2019

Jgn Sesekali Bertelanjang di Media Sosial

Kadang2 aku pun nak tergelak2 bila baca posting di media sosial. Macam2 mahu dikongsikan, macam2 tips pun ada, berkongsi cerita benar pun ada walaupun tanpa disedari apa yang dikongsi itu umpama ludah kelangit jatuh ke muka sendiri. 

Cuma ingatkan diri sendiri tidak terlalu obses menunjukkan kisah2 benar yang mahu dikongsi, di war2kan dipertontonkan kepada awam. Mungkin terlalu obses bercerita kejayaan, kecekalan, kesempurnaan hinggakan "menelajangkan" peribadi kita sendiri.

Jangan kerana 1% follower yang like yang response agak berapa banyak berkata "bodohnya ko ".

Btw, hiduplah bersederhana dalam apa jua yang kau mahukan dalam hidup...

Mungkin agak2nya nanti nak minta anak cucu cicit berbangga dengan "ke open an" opah dan atuknya ... mungkin untuk dijadikan pusaka kemegahan warisan ... 





Monday, April 22, 2019

"Gajah pun Boleh Terbang "

Semalam scroll2 FB dah ternampak satu posting mengenai ketidakpuasaan seorang ahli group FB yang agak DIVA, pernah masuk TV, pernah masuk paper, pernah dinobatkan anugerah cemerlang perkhidmatan awam...

Setahun yang lalu dulu si Diva ni pernah screenshot comments aku dalam FB yg mana beliau adalah Admin FB group tersebut. Dia kasi aku popular satu komuniti dan beratus2 comments terhadap si posting DIVA ni..

Dalam FB DIVA ni posting semua transaksi ribu-ribuan, order masuk kiri kanan, almaklumkan DIVA kan..

Last2 aku left group tersebut.. panas hati aku tengok..

Allah nak tunjuk, semalam ada hamba allah ni buat posting siap keluar muka si DIVA ni dengan captured conversation wasap... wah merendah diri down to the earth.. bagitau dia takde duit nak bayar sebab bisnes tak okay.... Agaknya nilah spesis sembang gajah pun boleh terbang tapi hakikatnya ...

Btw jangan kita ainaya orang, jangan kita jatuhkan orang, jangan kita malukan orang sebab kita belum tentu selama-lamanya sempurna...

Thursday, March 7, 2019

salah diri sendiri atau ...

Aku suka tengok orang-orang yang bergaya serba kemewahan, habiskan dengan minat mewah, makanan mewah, kenderaan mewah2 dan hobi mewah, lepas tu mengeluh bila anak nak masuk sekolah takde duit, bila nak renew road tax insuran takde duit, nak bayar bill2 takde duit .. nak ziarah orang tua di kampung takde duit bayar minyak...

Tapi vroom breakfast ke pau tanjung malim ... vroom pula ke tanjung lumpur untuk lunch. slash kad kredit untuk melancong oversee... update kat fb senyum sampai ke telinga ..lepas tu nak bayar min payment pun sangkut2... minta bank reschedule... sanggup menyewa rumah nuunnnn jauh di sana sbb nak rumah banglo... pergi balik ratusan km dgn tol dan duit minyaknya... ada juga beli rumah max dsr kononnya tapi hutang kecik berderet2.... dan bangga dgn tagline #takrugibelirumah ... 

Ada yg dapat duit macam beruk dapat bunga... macam2 nak beli ... last2 habis. Ada juga yang terlalu sayangkan anak, duit kwsp dapat 400k 500k , duit tulah nak renovate rumah ratusan ribu, kenduri kahwin anak, bagi anak duit melancong, belanja sana sini sbb kena nak minta orang puji, beli keta besar beli motor besar... setahun dua duit dah habis .. lepas tu salahkan kerajaan sbb harga barang mahal... hmmm tak pernah salahkan diri sendiri

Ada jugak langau yang dok kata harga rumah mahal2...suruh beli rumah dalam kemampuan tak mahu .. mau landed mau yag berswimming pool, mau yg ada guarded, kalau boleh sebelah tempat kerja, sebelah pasar, sebelah sekolah anak ... lepas tu salahkan orang salahkan kerajaan rumah mahal ..

Ada juga yang terlalu optimis nak jadi cepat kaya .. kalau boleh esok nak jadi jutawan dah... inbes dalam mlm.. minta mak ayah bergolok gadai jual apa yang ada, minta sepupu sepapat join kononya goyang kaki duit mari2... last2 mak ayah kena semput2, sakit kepala nak bayar bunga pajak gadai, dengan sedara mara jadi musuh, tak berani tunjuk muka... 

Biarlah perpada berbelanja biarlah bergaya tak sesegak orang dan ada kenderaan yg boleh kita bergerak.... jji hari2 tak pening duit takde, bila tak kerja ada duit masuk hari2....




Thursday, February 28, 2019

Ingat nak rehat tahun ni

Baru 3 hari lepas posting tahun ni mungkin tiada hartanah nak dibeli sbb nak kumpul modal.. Malamnya kakak sepupu call asben bagi tahu yg dia sepakat dengan adiknya nak jual tanah lot belakang tanah aku. Kiranya aku 1st lot, tanah dia ni 2nd lot yang bersambung dgn tanah aku..  Pernah offeer nak beli 3 tahun lepas tapi katanya sayang nak jual.. 

Katanya tak nak lepas pada orang luar sbb harga yg di offerkan agak menarik juga. Luas tanah 4 ekar ++, maknanya bila bersambung dgn tanah aku akan jadi 5 ekar. Bukaan 4 segi sama....Nak buat rumah sewa pun boleh juga ni.  sempadan belakang tanah ada pula taliair bawah JPS.. 

Adat membeli mestilah menawarkan walaupun dah tahu dah murah, akhirntya dipersetujui pada harganya. Insyaallah mggu depan boleh sign 14A, bayaran beli tanah ni kena tunailah. Yang bestnya bila di tukar nama terus dapat single geran.

Rasanya lah ini lah tanah last aku ada, sbb campur2 dah ada 12 ekar dah tanah termasuk di bagan datoh yang dalam di plannya akan di let go sbb dah tua2 nnt dah tak larat nak ulang alik sana dah.
Yang penting semua tanah aku adalah 1st lot samada dari jalan besar, jalan kampung dan jalan kebun..


Orang lain nak duduk opis tapi aku pulak beria2 nak bertani..apa2pun semoga di permudahkan

Monday, February 25, 2019

2019 tahun cabaran

1st posting utk tahun 2019. Sangat sibuk dengan hal2 di opis, rumah, berkebun dan bisnes2 online. Selagi terdaya dan selagi ada minat.. Kalau ada minat dan terdaya buat ajerlah..

Tahun 2019 yang mencabar dengan inflasi yg meningkat2, banyak bisnes yang bungkus, semakin hari semakin ramai orang sekeliling kita hilang kerja, pendapatan yg semakin berkurangan. Pak2 menteri telah memberikan bermacam2 idea untuk menambah pendapatan mahupun ada yang logik, sipi logik dan tak masuk akal. Apa yang penting kena ada usaha dari diri sendiri juga, usaha dan tawakal itu jer yang perlu di buat.

Tempiasnya juga untuk pelabur hartanah juga, ada hartanah yang turun sikit nilainya, kadar sewa yg berkurangan. Kalau dahulu nak dapat penyewa mmg agak senang, sekarang ni agak sukar sedikit dan bakal penyewa pun dah pandai demand macam2... 

Btw, tahun ini adalah tahun untuk mengaut hartanah bawah pasaran. Banyak hartanah bawah MV yang menarik utk dibeli samada thru lelong atau subsale.

Tahun ni mungkin tiada penambahan untuk tanah dan rumah. Kl beli pun gunakan  education fund anak sulung tambah unit under dia.  Nak standby modal untuk projek pertanian yang mana aku dalam proses permohonan tanah tol. Keputusan dalam 6 bulan jugaklah.. kalau dapat asben resign  dan manage projek ni. Fokus untuk cash-crop dan juga long term untuk backup income.

Apa2pun yang kita rancangkan kadang2 pun out jugakkan.. tapi at least kita ada aim yg kita nak. Apa2pun usaha dan tawakal