Terima Kasih aku ucapkan kepada mereka yg sudi menjengah blog aku. Aku just shared pengalaman dalam bidang hartanah ini. Ada suka suka, ketawa, menangis itulah yang aku lalui setakat ini. Belum ada tahap putus asalah .. aku dah nekad untuk menrealisasi cita2 aku untuk bersara dari dunia pekerjaan lagi 9tahun, one year gone. Alhamdulillah setakat ini aku dan asben mempunyai beberapa rumah teres, flat low cost dan medium cost. Aku rasa pencapaian yang agak bagus bagi aku setakat ini. Aku banyak belajar dari blog pelabur hartanah, buku dan jurnal dari suratkhabar. Yealah kadangkala kita tengok orang2 yang berjaya nampak senang ajer, macam makan kacang tapi bila sendiri yang lalui baru tau betapa sukarnya.
Aku just called banker aku bertanyakan samada margin of financing untuk rumah ke 3 dan seterusnya di turunkan kepada 80%. Menurut banker aku so far dia belum dapat memo dari HQ, tapi buat masa sekarang ni MOF 80% atau 90% depending kepada rekod CCRIS, CTOS pemimjam dan juga current loan commitment. Yealah bank pun nak buat jugakan, macam kitalah kalau kita dah tahu orang yang culas bayar takkan nak bagi pinjamkan, kalau bagi pun sikitlah..
Pada pendapat aku to play safe better assumed bank just bagi 80% MOF, at least kita be prepared incase bank tak kasi MOF 90%. So kalau yang nak masuk auction tu mesti buat budget duit yang kena ada seperti downpayment, lawyer fees, OS maintenance fees, OS cukai pintu dan juga kos repair rumah. Jangan ingat ngam2 ada RM5k dah boleh bid rumah RM50K. Banyak betul yang aku tengok unit di reauction sekarang ini. Adakah mereka yang menang itu bid ikut nafsu untuk menang atau termakan dengan kata2 ejen,lawyer lembab, developer tak nak co-operate ? At the end whose is suffered ? bukan orang lain tapi KITA .. Due to that reason aku buat budgeting sebelum aku bid rumah lelong walaupun aku tahu aku belum tentu menang.
Waktu kerja dah habis aku nak balik rumah dulu.. bye
No comments:
Post a Comment