Sunday, November 30, 2014

si pembaiki peti ais myammar ...

Semalam semasa survey rumah2 lelong anak aku kol bagi tau freezer cair. Apa hal nya pulak peti ais aku ni.. bila balik rmh mmg sah peti ais aku rosak
. Mungkin gas dah habis atau ada kebocoran gas....pagi tadi asben kol repairman yang berbangsa mymmar. Tapi dia ni hanya tahu repair mesin basuh saja tapi dia akan minta partimer yang berbangsa mymmar utk repair peti ais.. katanya hari ni sibuk sbb staffnya banyak peti ais nak dibaiki.. tggu2 sampailah dorang dlm pkl 6:45pm .... nak panggil org lain .. boleh tapi upah mesti rm200 keatas..  nak masuk gas pun dah rm180 .. 

Rupanya berlaku kebocoran di paip dan semua gas dah keluar... ganti paip dan masuk gas upahnya rm120 jer ..mmg murah ..

Sambil partimernya merepair mymmar tu bagitahu nov 2015 dia akan balik negara sbb nak jaga orang tuannya. . Katanya dia ada beli beberapa lot tanah dan sudah membuat perancangan apabila balilk negaranya.. lagi satu katanya kalau jumpa anjing2 yang tidak bertuan dia akan merawat dan menjaganya.. sebulan dia menghabiskan dlm rm200 untuk makanan kucing dan membeli 80 kilo beras untuk anjing2 dan juga memberi makan anjing di port2 anjing jalanan.. .. pemurah betul dia ni

 Katanya duit yg dapat dia mesti menolong kepada yg susah ... supaya rezekinya bertambah2 lagi .. aku pun bagi tahu orang islam pun sama juga iaitu memberi zakat kepada mereka yang berhak ..

Dia ni memyewa 2 buah teres dan membayar rm1230 sebulan .. katanya juga ramai kawanya yg datang sini buat bisnes  .. katanya kat malaysia senang buat duit ...

Agak2 berapa incomenya sebulan ? Kalau orang luar boleh berjaya mengapa tidak kita ???


Sunday, November 9, 2014

CIMB Mega Auction

Sabtu lepas turun ke cimb mega auction untuk membida 2 unit. Tengok board satu unit dah called off dan misi diteruskan untuk membida satu unit lagi..

Budget aku tak tinggi sebab unit ini tahap kritikal, banyak kena buat, kos repair api dan air pun paling pun dalam rm4-5k jugak. Lagipun aku pun dah ada satu unit di blok sama. Unit lelong di tkt 2 dan unit aku d tkt satu.

Mega auction ni mmg ramai orang.. Masa register dah ada 3 pembida termasuk aku..tak tahulah berapa masuk..

Lelongan dimulakan oleh NCM .. dengan unit kelana jaya hillpark yang mempunyai 100 lebih pembida... 
Apa yg menakutkan aku ialah kenaikkan yang agak tidak munasabah, sampaikan Mr Foong pun dlm seloroh harga last price adalah satu record pada nya dan  berkata rakyat malaysia semua sudah kaya2. 

1st bidder kot, ada juga aku nampak agent bakar2 pembida untuk lawan.. menangkan masyuk komisyen dapat.... 

Kalau nak lawan sampai menang bukan satu yabg bagus lebih baik beli thru subsale...

Orait, sampai giliran unit aku pulak, wowow ada 5 pembida..  hmmm senyum ajerlah .. penambahan sebanyak rm27k dari RP ..pada aku mmg tak brrbaloi.. sbb di mudah pun ada unit subsale utk dijual hanya RM6k lebih tggi dari harga yg dimenangi.. unit subsale yg dibeli adalah rendah RM14k dari harga yg dimenangi oleh pembida tersebut. 

Tidak dinafikan harga reserve price mmg rendah jadi ramai yang mencuba nasib tapi kerana emosi untuk menang terjadilah harga yg dimenangi melebihi market value atau almost2 harga market.  Yg untungnya pelelong, agent dan juga empunya unit lelong tersebut.. anda? 

Sebelum masuk lelong, pesan kat diri sendiri, tak menang takpe,  kalau menang biar berbaloi2

Tuesday, November 4, 2014

Rumah sewa dimasuki pencuri

2 Minggu sudah asben mendapat panggilan dari penyewa rumah jv rumah dimasuki pencuri.. tak sampai sebulan penyewa duduk rumah ni. Rmh ni tkt 1, masuk rumah melalui yard dengan memanjat rumah d grd floor .. kat yard rmh ni grill tidak dipasang hanya pasang grill di pintu belakang saja.. si pencuri mematahkan lock dan berjaya mengebas tablet, handphone dan beg duit penyewa. Ada unsur pukau sbb masa kecurian tu diantara 2-6pagi masa tu penyewa berada d dalam rumah!!!

Polis report dibuat oleh penyewa.. trauma penyewa ni.. nasib baiklah pencuri tidak mengapa-apakan penyewa. Demi keselamatan awning di keliling yard di pasang, mengukuhkan lagi grill yang ada dengan menambah lock dan besi...

Asben pula memagar rumah tersebut dengan air yassin. Alhamdulillah penyewa pun dah rasa selamat dan of course aku pun rasa lega..

Inilah 1st time rumah sewa aku dimasuki pencuri... nampaknya lepas ni mana rmh low floor kena tingkatkan keselamatan. ..


Wednesday, October 15, 2014

Rumah sudah d sewakan

Alhamdulullilah, rmh Jv dengan adik, rmh di shah alam yg dibeli thru lelongan selamat disewakan
Kadar sewa yg menarik dan Cash flow yg bagus setelah ditolak monthly bank loan dan maintenance fee.

Banyak kos dijimatkan sebab kerja2 mengecat, baik pulih dan elektrikal di lakukan sendiri. Rumah d Shah Alam banyak banyak kerja baikpulih dilakukan sebab dirosakkan oleh owner anak beranak. Kos  repair ard RM2800 jugak termasuk pemasangan grill and awning. Banyak betul dugaannya, dan syukur alhamdulillah semua itu dapat aku n asben atasi.

Begitu juga dengan rumah JV dengan adik, rumah dibeli dengan condition as where as basis sebab harga yang dibeli mmg murah.

Rumah di Cheras, juga bertukar penyewa pada 1hb Oktober, terdapat increment sewa sebanyak RM50, penyewa pula akan melangsungkan perkahwinan pada 25hb ni. Insyaallah akan hadiri majlisnya nanti.

Pangsapuri Melor, Bandar Baru Bangi pun dah dapat kunci dan hari ini dah dapat  penyewa yang cofirmed. Kadar sewanya RM830 unit kosong. Tak leh nak demand sangat, sbbnya banyak sangat owner dan agent publish untuk sewa. Lepas setahun, sewa boleh diUPkan dan baru boleh pikir nak sewakan partial furnish.

Anak yang sulong baru habis exam PT3, mggu depan nak balik kekampung nak melawat kebun pisang. Menurut pakcik yang jaga kebun, pisang dah buat tuai. Excited nak tebang pokok pisang !!

Masa cuti juga, plan nak bawa anak2 jalan2, makan2. Maklumlah bulan september, banyak masa weekend di habiskan untuk baikpulih rumah.



Rmh Shah Alam-Dapur

Rmh Shah Alam - Toilet

Rmh Shah Alam - Ruang Tamu
Rmh JV Cheras - Dapur

Rmh JV Cheras - Hall

Rmh JV Cheras - Bilik

Rmh JV Cheras - Toilet




Thursday, September 11, 2014

Progress Rumah


Hari Isnin mggu lalu aku ke Syabas untuk buat pertukaran meter air, yang best nyer owner dah tutup akaun pada 28/8. Hari Ahad, meter air masih ada lagi, Yang kalutnya kerani Syabas walaupun owner dah tutup akaun tapi masih nak bukti menyatakan pembayaran pembelian rumah telah di bayar penuh serta loan agreement.. waduh2 1st time pulak kena sediakan dokumen2 ni, sebelum ni takde pun... dan paling kelakar suruh aku snap gambar stand meter air... Aku mmg agak marah jugaklah masa tu.

Aku kol lawyer aku minta scan dan emailkan LOA, takkanlah aku nak ke Bangi semata2 nak dapatkan salinannya. Dengan segera lawyer aku emailkan LOA beserta LOO. Aku pun rumah tu ambil gambar, tengok meter air masih belum di cabut oleh Syabas. Gi kedai terus print.. Bukan setakat LOA, LOO, aku kasi sekali notis tuntuntan pindah keluar ke owner, surat kelulusan dari LPHS.

Ambil no lagi sekali, kali ni kerani lain, lagi sekali banyak songeh, mana salinan IC, dengan muka kelat aku bagitau semua dokumen semua ada.. sila semak lagi sekali, lepas sound aku, banyaknya dokumen, awak dah kasi extralah.. aku bagitau extra lebih baik dari kurang.. sonyap ajer lepas tu .. lps seketika barulah dia cakap elok2 dengan aku ..

Gi pulak ke TNB, ingatkan owner dah potong jugak, tapi belum lagi, yealah kalau potong letrik nnt takleh nak potong grill.. takpa kali ni aku tolong terminate acct owner.. nanti just collect cheque deposit refund.. TNB okay, takde nak minta dokumen2 macam syabas.

Mggu lepas kerja2 mengecat dan baikpulih rumah flat shah alam dimulakan, Jenuh juga nak mengecat sebab owner lama " kreatif" sangat, siling pun di catnya warna oren .. ada alunan ombak2.. hmm jenuh jugak asben mengecat.

3 pintu bilik kena tampal plywood untuk menutup lubang2 yang pecah, pintu bilk air dua2 kena di tukar. , cat2 didinding semuanya habis di buang menggunakan thinner.

Insyaallah weekend, grill dan awning akan di pasang, Sekarang ni tawakal ajer sbb rumah takde grill. Semoga allah melindungi rumah dari dimasuki orang.

Targetnya pada hari Selasa rumah dah boleh siap..

Owner rumah 2nd floor d Cheras pun dah siap buat water proofing. Sabtu ni Indon akan mulakan kerja pasang tiles di bilik air...

Penyewa rumah Cheras, KL pula bagi notis pindah keluar hujung bulan ni, dorang menyewa hampir 2 tahun juga, bayaran sewa mmg bagus sekali. Pindah keluar sbb asbennya dapat kerja gomen di Kedah.. Insyalllah ada increment dari segi kadar sewaan baru.

Bulan ni mmg busy sangat2, mungkin bulan depan Pangsapuri melor akan hand over, ni takde peninglah, Sekarang ni dok follow up dengan kontraktor ubahsuai rumah kakak, dah lewat 2 mggu serahkan rumah,, adalah sikit2 komplen jugak kat kontraktor. Insyallah hari raya haji boleh beraya kat rumah kakak.

Bulan depan jugak, rumah kakak yang dibeli melalui lelongan akan mula diubahusai, Banyak kali tertangguh sbb abang ipar banyak kali revised plan rumah.

Weekend ni kemungkinan akan turun ke icity kot, Tengok dulu mcm mana..

Semoga allah berikan kesihatan yang baik dan mempermudahkan semua urusan, Insyallah

Monday, September 1, 2014

Rumah lelong shah alam ...hmmmma

Semalam tarikh akhir owner rmh lelong serahkan kunci.. Sebelum asben kol kononnya cucu angkat utk bertanyakan pasal penyerahn rmh.. kol tidak di jawab..

Setibanya d rmh tu .. wow .. grill tingkap dan pintu habis di ambil ...


Satu ugutan??
 Kad2 bermadah cinta. Agaknya tertinggal ker?
 Di luar rmh
 Kat dapur .. hmm dispray hitam
 Bilik air pun
Pintu pun dijahanamkan

Saluran air pun sengaja di masukkan mug. .hmmm

Utk tujuan keselamatan satu Laporan polis sudah d buat dan dipanjangkan ke ipd shah alam.

Hari ni jiran2 datang bertanyakan.. dorang pu  tak sangka rmh di rosakkan sebegini.. menurut jiran2 sebelum ni owner nak jual rmh pada seseorang
. Duit booking di bayar endup tak jadi jual.. lps tu bergaduh dengan buyer dan halau buyer dari rmhnya macam anjing...kat situ owner ni mmg terkenal dengan sikap tak baik.. terlalu garang ..

Btw .. hari in semua sampah sarap telah di buang dgn bantuan adik ipar. Since grill dah takde.. pasang plywood kat tingkap..adik ipar akan uruskan dengan kawannya utk pasang grill n
Beli rmh lelong ni kita kena jangka perkara2 sebegini..




Friday, August 29, 2014

Kebocoran d rmh JV

Kerja2 d rmh Jv dgn masih berjalan. Tak boleh nak xepat sbb ujung ajer baru boleh buat sbb kekangan masa.

Masalah kerosakkan rmh ini ialah air meresap dan ada kesan2 air di bilik air dan dapur. Kl masalah macam ini disebabkan terdapatnya kebocoran dari rmh atas. Rmh org atas adalah asrama pekerja..

Kol company tu dan minta owner buatkan semula water proofing. Nasib baik owner rmh atas bersetuju dan katanya selasa depan siap.

Lepas tu barulah awning kat yard boleh di pasaNg dan indon boleh pasang tiles di bilik air.

Ada beberapa orang tanyakan nak sewa rmh ni. Tapi aku mmg nak meniyakan sbb tidak menepati kriteria penyewa yg aku mahukan.

Rmh lelong d shah alam akan d serahkan pada hr ahad ni.. mggu lps dah survey dan nampaknya rmh sudah tidak diduduki dan nampak owner telah mula memindahkan barang. Janjinya kunci akan d serahkan .. hrpnya senuanya oklah..




Monday, August 25, 2014

Penyewa pindah keluar

Aduhai .. cabaran2 tuan rumah kadang tu mmg agak stress jugak. Bulan june lepas ada seorang ibu yg beria2 nak sewa rmh untuk anaknya dan kawan2 kuliah. Awal bulan ni beri notis nak pindah keluar dengan alasan ada orang kacau .. notis pula diberikan verbally oleh kawan anaknya. Dan bagi tahu lagi seminggu nak pindah keluar sbb dah dapat rmh. Amboinya cepatnya.. asben bagi tahu notis mestilah sebulan tapi kalau nak keluar awal terpulanglah. Tup2 mak student tu kol kenapa suruh anaknya keluar awal, asben bagi tahu kawannya kata nak pindah awal bukan asben yg suruh keluar awal..

Minggu lepas anaknya kol asben bagitahu dorang dah sepenuhnya pindah keluar dan nak serahkan kunci. Ok finelah.. kunci pun ditinggalkan di kaunter makanan segera sbb rushing nak ke rembau..

Hari ahad aku n asben gilah ke rumah tu, mmg menyirap darah aku, rmh di dalam keadaan tidak memuaskan, ada sampah sarap ditinggalakn, bilik air dan kawasan dapur kotor dan tinggalan rak rak pinggan, meja study, peti ais pulak dibiarkan kotor.dan di off pulak tu. Masa nak masuk rmh dulu siap maknya sound rmh kena mop, kena bersoh, kat dapur.pun minta tikar getah walaupun ada mozek. Kononnya anaknya pembersih.. tapi bila keluar rmh hmm yealah pembersih sungguh anaknya..

Nak tak nak kenalah aku n asben bersihkan rmh sbbnya penyewa baru akan masuk 1hb sept..

Pagi tadi maknya htr message tuntut deposit refund.  Sepatutnya deposit burn sbb contract sewa adalah setahun tapi aku pulangkan sebulan sahaja.. message di balas oleh maknya macam perli ajer bahasanya. TA di signed itulah janji yang kena pegang, itupun tak syukur lagi aku refund sebulan..kalau aku burn pun ok jugakkan.

Itulah kadang2 liase dgn ibu bapa ni lagi banyak masalah sbbnya dorang akan demand macam2.. masa tu dorang ni terdesak sbb semester baru nak bermula takde rmh jadi dorang gunakan rmh aku ni sbg singgahan.. tapi firasat aku mengatakan anak dan kawan2 nya berpindah masuk ke hostel pelajar.

Insyallah akan lebih berhati2 dalam pemilihab penyewa.  Kawasan rnh ni mmg mudah nak dapatkan penyewa tapi kalau penyewa shory term ni mmg buang masa sbb nyer kena ulang proses dari mula.. lately mmg weekend aku busy dengan hal2 rmh.. semoga allah mempermudahkan urusan aku dan berikan kesihatan yang baik demi mencari rezeki yang halal... Insyallah

Tuesday, August 19, 2014

Sibuk d hujung minggu

Lepas raya jadual hujung minggu agak sibuk, berulang alik ke Ipoh memantau reonvation rumah kakak. Dia pun harapkan asben dan aku untuk urusan dengan kontraktor. Appointed kontraktor Cina yang diperkenalkan oleh sepupu aku.  So car so good, insyallah lagi 2 minggu siap luah rumah ni. Rumah ni d beli melalui lelongan mahkamah tahun lepas. Insyaallah rumah ini akan dijadikan homestay sebabnya kedudukan yang strategik d Ipoh. Rumah jenis semi d low cost berkeluasan 1800sft.

Balik dari Ipoh terus ke rumah JV adik untuk kerja2 pembersihan dan baik pulih. Rumah pun dah
Lama tak de orang duduk, mengalahkan rumah lelong. Bekalan air dan letrik  kena Apply balik. Bab ni takde masalah sebab aku dah biasa buat. Cuma sekarang ni aku tengah survey harga pasang awning. Semua kedai bagi harga berbeza2. Mahalnya aku rasa, rumah tkt 1 keluasan nak pasang awning dalam 60sft saja yang paling murah Rm900. Nak survey lagi hari Jumaat ni kot2 dapat murah lagi. Nak pasang tiles kat bilik air..upah Indon dalam 2 hari boleh siap

Ada seorang kakak yang duduk di grond floor berminat nak sewa rumah tapi untuk anaknya. Masalahnya aku ni mmg cerewet dengan kriteria pemilihan penyewa.  Kadar sewa terkini ard rm550. Rasanya boleh up lagi sbb semua 3 bilik akan di pasang dengan kipas siling, tikar getah seluruh ruang rumah dan juga tempat memasak. Rasanya sewa boleh up ke rm600

Insyallah kalau semuanya selesai barulah boleh advertise cari penyewa. Insyallah kawasan ni tak susah sangat nak cari penyewa.

Insyallah aku akan membeli unit yang bertentangan dengan unit JV ini.. Agent baru kol petang tadi yang buyer dia tak jadi beli jadi dia offer pada aku. Selewat2nya minggu depan submit bank loan,

Thursday, August 14, 2014

Loan Rumah Lelong Fully Disbursed & Pembongkaran pembohongan owner anak beranak ! .......dan CUCU angkat ??

Akhirnya loan rumah lelong fully disbursed. Gembiralah dapat diselesaikan dalam masa 3 bulan yang diberikan oleh bank pelelong.

Notis pemberitahuan ke owner pada hari yang sama aku menang lelong unit ni. Rumah ni atas nama si ayah dan pemimjam nama owner dan anaknya. Owner minta supaya semua urusan dengan anak owner. Mula2 ajer response call dan SMS lepas tu buat bodoh jer. Tapi dari masa kesemasa SMS dihantar untuk update semasa supaya dorang ni alert dengan masa yang ada untuk pindah keluar....

Tup2 hari Isnin loan dah disbursed dan asben hantar SMS pada anak owner, SMS dibalas agak EGO ada surat hitam putih kami keluar, amboi kasarnya bahasa.. Hari itu juga aku minta pihak lawyer menyediakan notis tuntutan pindah keluar yang mana aku sendiri akan serahkan pada owner.. terus senyap tak berbalas ..

Tak sampai sejam seorang lelaki mengaku cucu angkat kepada owner yang akan berurusan dengan kami.. confused2 .. Okay tengok sajalah drama dorang ni.. Katanya dia ni cucu angkat kepada owner, owner dah bela 20 tahun, owner ada anak sorang saja dan seorang yang bermasalah.. Dia baru kerja dekat Seksyen 14 ada tunang, tok angkat dia tak sihat n ....bla2..

Malam 12 ogos, aku pun pergi kerumah itu dan berjumpa dengan kononnya cucu angkat owner tapi minta jasa baik tidak masuk kerumah sbb katanya tok angkatnya tak sihat .. surat diberi dan di bawa masuk kedalam untuk owner aknowledged.  Katanya dorang akan pindah keluar sebelum 31 ogos.. dan berjanji tidak akan rosakkan rumah .. entahlah... aku balik kerumah dengan harapan dorang pegang janji.

Semalam aku saja2 buat carian di facebook..ya tak disangka jumpa ..berkerja di SPNx .. korang agak2lah ya.. wow bergaya kemain di pagi raya dengan posing2 .. dorang ni pulak jenis tak block jadi aku boleh siasat... salam satu komen dari kakak co-applicant.. muka sebijik, adik beradik kan.. cari2 jumpalah gambar owner dan isterinya .. mmg sah dan sahih owner bukan ada anak tunggal.. kakak owner berkerja sebagai manager sebuah rangkaian 24 jam yang popular di Ampang Pxxx .. yang best lagi asal dorang ni dari Bagan Datoh, ..asben aku dari bagan dato jugak .. kampung lainlah ..kampung asal pun aku tahu jugak, dekat2 ajer dgn kampung asben,  yang terkejut lagi yang kononya cucu angkat tu adalah kawan anak owner- co applicant.. kerja di sebuah syarikat perkapalan iaitu MIxx.. dan sebenarnya pun sudah berkahwin. Aku pun confused juga, owner umur 60tahun, kononnya cucu angkat umur dalam 30an.. takkanlah kalau bela dia 20tahun nak panggil tok pula..

Aku berjaya membongkar pembohongan anak beranak berserta kononnya cucu angkat. Aku percaya orang kalau sudah selalu menipu, akan menipu2 sampai bila2.. Tuhan tu adil, dari facebook cucu owner tak sihat demam2 keluar masuk hospital. Balasan ??

Mulanya aku mmg simpati dengan nasi owner dan ingin berikan pampasan RM2K jika dorang keluar dari rumah  dengan syarat rumah tidak dirosakkan.. takdelah aku bagi tahu kat dorang tapi itu yang aku ingin berikan pada mereka.

Apa2pun aku sabarkan diri sehingga 31h Ogos, nak tengok drama anak beranak penipu ni.. Kalau tak keluar juga aku mmg akan ambil legal prosiding keatas mereka..

Inilah cabaran2 yang dilalui oleh pencinta rumah lelong yang mana rumah masih diduduki oleh owner. Apa2pun sesuatu pembelian yang bagus sbbnya harga belian 95% rendah dari MV!!

Nnt aku update perkembangan kes ni, pengongsian ni mungkin berguna untuk mereka2 yang minat nak beli rumah lelong. Kalau kita dipihak yang benar insyaallah kemenangan di pihak kita.. Jangan kecewa atau takut sbb beli rumah lelong bukan pengainayaan kepada owner.

Thursday, July 17, 2014

LPHS luluskan pindah milik rumah kos rendah lelong

Alhamudulillah diberitahu yang Lembaga Lembaga Perumahan Hartanah Selangor telah meluluskan pindah milik rumah kos rendah yang dibeli melalui lelongan. Semua dokumen aku n asbnen kena serahkan seperti yang diwajibkan dalam SPP001SS .. surat nikah, surat beranak anak, penyata gaji, slip gaji, bil api/air.. siap pengesahan majikan lagi, Cuak jugak ..

Takut jugak kan incase kena reject, kes nayalah.. Sebelum masuk unit ini, mmg aku double confirmed dengan LPHS syarat2 belian melalui lelongan. Syaratnya senang kalau di POS tertera sekatan2 pemilikan janganlah pulak nak try masuk bid sbb LPHS akan tolak pindah milik.

Bulan ini pulak beberapa kali masuk auction tapi semua tewas .. harga yang naik pun macam tak masuk akal.. almost market value ..

Rumah JV dengan adik loan dah fully disbursed, tggu dapatkan kunci.. banyak kerja jugak rumah ni. Walaupun ini rumah subsale tapi aku beli as where as basis, insyaallah lepas raya ni kerja baik pulih akan dilakukan... lepas raya adik pulak kena transfer ke Lahad Datu join ESCOMM.. almaklumlah di Lahad Datu kawasan bahaya ..

Friday, June 13, 2014

Loan LULUS

Alhamdulillah loan rumah lelong sudah diluluskan oleh pihak Bank. MOF 70% jer dengan kadar BLR -2% , Tak sangka pulak loan ciput hanya RM32K++ dapat rate -2%.. kata banker rate ini atas recomendation dan jugak track record.. Kebiasaanya loan bawah 100K dapat BLR -1.7%. 

Bulanan RM165 ikat 30tahun, rumah tu boleh disewakan dengan kadar RM650 kosong.. adalah dalam RM430 extra. modal berbelas ribu jugak.. 

Setakat ini tak pernah lagilah bank reject application since DSR aku masih rendah, almaklumlah loan2 aku semuanya kecik2, tak afford nak beli mahal2. CCRIS mestilah cantik jugak, kalau tak cantik bank pun ssh nak bagi approval. Dorang pun kalau boleh semua loan nak diluluskan sbb lagi banyak lulus lagi cepat dapat reach target.  Jangan salahkan banker kalau loan tak lulus..

Semoga Allah melembutkan hati owner rumah lelong tu keluar dengan redha, walaupun dah nampak dia semacam ajer, aku percaya dia akan terima hakikat bahawa rumah ini bukan miliknya lagi .. Jika tidak, terpaksalah aku keluarkan dengan kuasa undang2.. 



Friday, June 6, 2014

Bertukar penyewa

Bertukar penyewa satu perkara yang bagus utk unit2 sewa di kawasan mempunyai permintaan sewaan yang tinggi. Kali ini dapat increment sewa sebanyak RM100 setelah berganti penyewa. Insyaallah rumah kedua di kawasan yang sama akan menyusul setelah urusan pindah milik selesai. Dalam masa 2-3 bulan ada 3 rumah nak siapkan. 





Ramai yang yang tanya, macam manalah aku n asben handle penyewa2 supaya bayar sewa rumah promptly. Apa yang aku amalkan ialah tapisan potential penyewa aku, seperti status perkahwinan, umur, jumlah anak, kerjaya, jarak ke tempat kerja, berapa orang nak tinggal, tarikh tamat pengajian, bangsa dan etc.... Kalau bangsa asing mmg aku dah pangkah awal2,  bukan bermaksud racist tapi itu mmg aku nyer preferable [ takkan racist kot, even job advertisement biasa kita tengok, , preferable race, able to speak bla2 ]. Aku suka juga memilih pasangan yang baru berkahwin sbbnya kebiasaanya dorang mmg bertanggungjawab, rumah pun bersih bersinar2. Kalau bujang pulak, aku tengok kesesuaian persekitaran perumahan di situ, pernah ex-tenant bagitau yang wifenya pernah di raba di dalam lift, itu salah sebab dia nak pindah keluar, jadi dari situ aku memilih bujang lelaki sebagai penyewa. 

Yang paling penting kita kena educate supaya dorang bayar sewa promptly, jaga rumah kita baik2, bayar bil tiap2 bulan. Kalau kita pun buat lupa nak follow up dengan penyewa selepas due date, dorang pun lama2 ambil ringan bayar sewa rumah.

Pemilihan penyewa ni taklah susah sangat nak handle tapi kalau agak2 susah nak handle boleh jugak nak outsourcekan. Of course adalah fees nyer, tak perlu nak risau pasal sewa masuk bulan2, tunggakkan bil utiliti... Mana2 yang nak outsource urusan rumah sewa bolehlah email kat aku syahproperty@yahoo.com


Wednesday, May 28, 2014

1 RP 1 Kalah

Sabtu lepas turun ke AmBank auction fair di Swiss Garden. Lelongan dimulakan dengan Ehsan Auctioneer, didahului dengan unit2 yang mempunyai paling banyak bidder. Unit dimulakan Ruvena Ville, Putra Perdana, RP 80K, Last Price RM131K .wow banyak betul naik .. Ehsan bertukar pelelong yang kedua .. tapi unit yang aku bida belum di lelong, bila masuk pelelong ehsan yang kedua .. nampak semuanya RP ... bila unit aku di bida di panggil, alhamdulillah single pembida ... mmg tak sangka2 menang tanpa saingan. Di kawasan yang sama aku dah ada sebiji, bulan 6 ni berganti penyewa, rental baru RM650 sebulan, unit yang menang ni pulak blok bersebelahan .. harga RP yang dapat pun lebih kurang jer..

Sesi kedua oleh PAH, unit ini dibida oleh asben disebabkan sekatan2 yang tertera di POS dan pengesahan dari LPHS maka kena pinjam nama adik.. tup2 ada 5 pembida.. unit mmg strategik,.. dekat hotel, supermarket, bank .. nak sewakan mmg senang dapat RM500 sebulan. Walaupun unit nun yang paling teratas, nampak comot tapi mmg bagus untuk yang baru2 nak dapat feel jadi tuan rumah.. mmg untung .. Since aku dah menang pasa sesis pertama jadi aku dah pesan pada asben tak payah lah nak bid tinggi2 ..

Kalah dengan peningkatan RM13K jer dari RP.. mmg masih rendah .. perasan yang pelelong kedua ehsan unit yang di lelong semuanya single bidder, macam pesta RP pulak.. ada unit2 menarik, takde bidder ..

Adik aku pulak frust dah siap2 buat bank draft, lelongan di tunda, tarikh baru belum tahu lagi, buat lagi bank draft .. tup2 called off .. punya frust bank draft belum di cashkan .. insyaallah ada rezeki nanti ..

Hari ni ada unit hot hari ni PAH, landed RP153k berakhir dengan RM261K .. Esok kawan opis lama turun bid unit di Putra Perdana, tak tahulah menang ke tidak.. Putra Perdana mmg hot la ni ..

Petangnya pergi notify owner unit yang dimenangi bahawa rumahnya sudah terlelong dan di beli, takdelah suruh dia keluar, tapi aku bagi masa untuk pindah keluar dalam masa 90 hari,.. biasalah dorang akan berdolak dalik,, last word aku bagi tahu ialah, jangan salahkan saya beli rumah ni, sebab bank yang jual, jadi saya belilah, boleh tinggal di sini sehingga 90 hari. Diam ajerlah .. dorang.. Since anak sedara aku yang habis chambering itu dah masuk KTU, lepas ni jadi lawyer Air Force pulak.. takde masalah,  kawannya criminal lawyer boleh tolong incase kalau owner tu buat bodoh2 tak nak keluar nanti..

Pada aku beli rumah lelong bukan satu pengainayaan pada owner, sebab owner pun dah signed if kalau tak bayar installment rumah akan dilelong. Janganlah pulak bila terlelong nak menyalak, marahkan pembeli. Kalau berhutang dengan gomen pun kalau tak bayar gomen lelong jugak same goes to Bank Islam..

Semoga di permudahkan semoga urusan ini .. Insyaallah


Friday, May 16, 2014

Lelong

Baru2 ni ada masuk lelong untuk diri sendiri. Di blok yang sama aku pernah menang sebuah rumah pada tahun 2010 dengan RP 53K dan pernah juga menang untuk klien aku.. Mmg orang tak pandang pun area ni dulu. Sewa pun mmg okay juga RM630 sebulan.. mmg terbaik. Percubaan kali ni just nak mencuba nasib, kalau tak cuba tak tahukan .. Dengan 6 bidder dan budget yang rendah tewas pada RM75K..

Insyaallah akan turun lagi dalam masa yang terdekat ni tapi cuma terpaksa pinjam nama sebabnya di POS ada tertera syarat2 permilikkan.. sebabnya unitnya low cost. Pernah tanya LPHS pasal ni, katanya kalau ada tulis kat POS dorang akan reject permohonan jika bidder over qualify.. Lawyer aku advised yang sama, katanya high risk. Ada juga yang berpendapat kalau beli thru lelong semua syarat2 terbatal.. Entahlah..

Sekarang rumah lelong mmg panas2, susah nak dapat pada harga bagus.. nak dapat RP hmmm .. lawan2 pun belum tentu dapat.. Jangan terbabas melebihi RP udahlah.

Sepatutnya turun auction, tapi last minutes unit called off, unit low cost jer, tapi kawasan mmg bagus.

Ada yang masih ragu2 nak beli rumah lelong, takutlah, macam2 perasaan. Mmg aku tak nafikan aku pun masa 1st time masuk lelong pun mmg takut jugak. Bila satu unit beli, mulalah gian nak beli lagi ..

Sunday, March 9, 2014

MH370

Kita dikejutkan kehilangan pesawat MAS MH370, KL- Beijing pada hari Sabtu. Kehilangan pesawat secara tiba-tiba dari radar, sehingga kini ia masih misteri seluruh dunia. Pelbagai andaian dan spekulasi  yang kita dengar. Harapan kita semua ialah dipermudahkan segala usaha mengesan pesawat tersebut.

Aku terpakai membuat entri ini ialah terdapatnya dua orang penumpang MH370 yang mengunakan pasport curi dari pemilik asal semasa bercuti di Phuket. Aku just nak shared sewaktu percutian keluarga bula May, 2012 yang lalu. Kat sana mmg berlambak-lambak kedai sewa kereta dan motosikal, kalau tak nak sewa boleh naik Tuk-Tuk. Semasa disana asben kata bagus juga kalau menyewa motosikal untuk bersiar2. Masa nak booking motosikal , syaratnya kita serahkan pasport sebagai security. Pemilik tersebut menyakinkan kami bahawa semua penyewa menyerahkan pasposrt sambil menunjukkan kepada kami beberapa pasport pelbagai negara. Terus tak jadi nak sewa motosikal, sebabkan semua kedai sewa mengenakan syarat yang sama. Di fikiran kami masa tu ialah apa akan terjadi kalau pasport di salahguna dan hilang.. Jadi inilah yang terjadi pada Luigi Maraldi

Petikan dari The Star Online

Tuesday, March 4, 2014

Kedekut ?


Pernah tak tengok ada orang yag kita kenal kedekut tak bertempat ? 
Kedekut sangat bila nak makan, bukanlah makan kat tempat kategori mahal2, tapi tempat biasa2 jer. Sanggup berlapar, takut nak makan nanti duit habis, apatah lagi kalau restoran fast food seperti KFC, MCD dan lain2. Bila di tanya  saya dah makan dah, tapi bila kita tengok kasihan pulak. Bila kawan2 makan sedap2, mulalah nak rasa sikit, end up dia yang makan banyak ..
Ada jugak yang ada kereta tapi tinggal di kampung sanggup naik bas sedangkan tuntutan kerja perlukan dorang stayback sampai lewat malam setiap hari. Bila dah malam, kol kawan2 rumah  pickup di stesen LRT, MRT. Tak nak ambil teksi, nak jalan kaki, bahaya. Bila kawan pickup, mmg FOClah, tak nak langsung nak menghulur.

Ada juga yang sanggup tak servis kereta dan motor sebab kononnya bazir duit, bila kereta rosak barulah teradah. Nak datang kerja susah.

Ada juga bila anak2 demam bila anak2 takde cover medical, takut nak ke klinik, kasi panadol jer. Bila anak2 atau adik minta duit nak beli buku rujukan, semuanya tak perlu dengan alasan apa yag cikgu ajer tu dah cukup. 

Ada jugak yang kedekut ilmu, nak tahu kena bayar, dalam dunia nie nothing is free.. tapi ada juga spesis manusia yang nakkan ilmu tapi nak free.. payah jugak 

Tak kisahlah kita nak kejar nak beli rumah banyak2 kereta mahal, nak simpan duit banyak2, nak beli emas berkilo2 tapi janganlah terlalu kedekut dengan diri sendiri dan keluarga. Bukan nak suruh membazir tak tentu arah, kedekut harus kena pada tempatnya.

Monday, February 24, 2014

Karenah JMB / MC yang banyak DUIT

Mmmg pelik betul dengan sesetengah JMB ataupun MC yang menguruskan penyelenggaraan rumah-rumah sewa aku. Hari Sabtulah aku akan turun menyelesaikan pembayaran maintenance. Takkan nak ambil cuti kot semata2 nak pergi bayar.

Minggu lepas pergilah ke pejabat JMB yg 1st, menurut pengawal keselamatan sekarang ini, pejabat JMB hanya di buka pada sebelah malam sahaja. Siang hari tutup, takkanlah malam2 nak gi bayar kot kan.. JMB ni tahun lepas aku dah ugut nak report kat Majlis perbandaran sebab ikut suka hati dia buka kaunter pembayaran. Bila aku hantar SMS baru mggu berikutnya dorang buka kaunter pembayaran. Dulu selepas ambil alih kuasa dari JMB bukan main lagi suruh semua owner datang, katanya nak buat mesyuarat tergempar, masa tu adik aku yang attend, rupa2nya buat jamuan siap ada catering yang served dan yang paling sakit hati buat ceramah politik pulak. Takde langsung sentuh pasal hal2 rumah, cuma pasal politik2 .. JMB terdahulu mmg bagus, buka kaunter mengikut masa yang dorang janjikan, pantas dan juga senang nak berhubung. Bila aku google2 pasal JMB ni pun banyak jugak perang2 sesama dorang..

Next aku ke pejabat MC yang kedua, datang2 kaunter tutup pulak dah, ada seorang pakcik tukang sapu katanya pengerusi MC keluar kejap, kena tggu. Borak2 nampaklah pengerusi MC, mmg aku kenallah orang. tup2 ada seorang pakcik bagitau pejabat tutup.. Agaknya MC apartment dah terlebih kaya sangat, tak nak ambil duit.. Katanya kaunter hanya di buka hari berkerja sahaja sedangkan selama ini mmg aku bayar pada hari Sabtu.

Yang paling best, JMB rumah kakak aku di Sentul, datang masa lunch time tutup, datang pukul 11pagi pun tutup, datang hari sabtu pun tutup, datang lepas kerja pun tutup. Bila kol tak pernah berjawab, bila SMS tak pernah berbalas, bila tinggal no phone tak pernah telefon. Yang ni aku mmg sakit hati dengan JMB, apartment ni ada tiga blok tapi setiap blok ada JMBnya sendiri. 2 blok telah dicat semula, blok kakak ni hmm tak pernah bercat. Katanya kalau nak cat pengurusan akan diletakkan bawah DBKL, oklah tu, apa masalahnya. Masalahnya JMB ni gila kuasa, sbb tak nak lepaskan jawatan..

Unit di Klang pulak, pun JMB kaya2 jugak, susah nak berhubung, memanjang jer tak dapat dihubungi. Kat sini pun sama juga ramai yang gila kuasa, tuding-menuding, berpuak2.. hmmm

JMB Puchong, Shah Alam, Kajang mmg tip top, hari Sabtu kaunter mmg buka, senang nak berurusan.

Bukannya apa, JMB dan MC ni, katakan kita tak bayar maintenance macam mana dorang nak dapat fund untuk selenggara bangunan, sampah sarap, bayar bil. Jangan terkejut ada JMB yang tak buat apa2 kerja pun tapi tiap2 bulan hantar bill, bila ditanya kenapa tak buat maintenance, jawapan standardnya, ramai yang tak bayar. Kita pun stop tak bayar kononnya kenapa nak bayar, Tunggu masa nak jual rumah nanti ..

Lagi satu aku takkan bayar tunai sbb pernah terkena dorang guna duit dahulu dan bila di check bil bulan hadapan tiada penolakan di buat. Paling selamat mmg aku akan bayar guna cheque sbb terus acct JMB or MC..


Sunday, February 23, 2014

Kawan2 dah celik property investment

Lately dah banyak kawan2 aku yang dah mula celik pasal property investment, Yang kebanyakkan untuk mendapatkan passive income setiap bulan sebagai persediaaan bila dah pencen nanti. Tidak dinafikan ramai orang lebih terarah untuk melabur duit dalam saham2, fixed deposit dan lain2 instrument. Tapi kenapa tidak dipelbagaikan pelaburan kita ke hartanah. Dengan peningkatan kos sara hidup sekarang ini mencelikkan ramai orang bahawa pelaburan hartanah adalah pelaburan jangka panjang.

Ada yang sudah tahu tapi masih lagi tunggu dan tunggu, tengoklah nanti.. Kalau langkah tidak dimulakan dari sekarang bila lagi. Ada juga yang sudah beli rumah dan menyewakan dan telah berjaya menjana passive income setiap bulan.  Ada juga yang masih berasa takut menangani karenah penyewa, takut penyewa culas bayar sewa rumah, takut rumah takde penyewa dan macam2 lagi.. Of course kena rajin cari ilmu dahulu, rajin bertanya, pastinya anda akan berani "melaburkan" duit ke hartanah.

Apa yang aku lalui aku kongsikan dan apa aku buat aku bagitahu. Aku mmg seronok kalau ramai kawan2 aku ni beli rumah dan buat duit, bukan nak minta dorang belanja makan pun. Tapi seronok bila kawan2 kita senang.

Dah ada juga yang minta aku carikan rumah2 lelong untuk dijadikan rumah sewa. Aku ni selalu nasihatkan dorang untuk permulaan belilah rumah subsale atau lelong bawah RM100K. Pada pendapat aku harga rumah bawah RM100K ni senang generate passive income dan modal yang dikeluarkan taklah tinggi sangat. Once dah puashati dengan pelaburan pertama, bolehlah tambah rumah lagi dan lagi. Kalau gedebuk beli rumah RM400K agak2 sewa berapa boleh dapat, kalau power holding kuat untuk flipping tak kisahlahkan. Since kawan2 aku ni income dorang pun ard aku jer, aku tak pernah pun advisekan beli mahal2. 

Strategi aku tahun ni nak mencuba dapatkan rumah luar KL,  mggu  depan asben final exam di INSPEN . Insyallah selepas ni weekend aku akan di penuhi dengan aktviti di luar KL. 

Wednesday, February 5, 2014

Sekarang ni barulah rasa lega setelah selesai majlis perkahwinan adik n anak sedara aku. Syukur alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Pasal rumah pulak, rumah subsale masih belum selesai penjual nak nego dengan MC yang menguruskan maintenance rumah, katanya nak minta diskaun sbb rumah tidak berpenghuni beberapa tahun. Cuma aku nak selesailah urusan ni cepat supaya aku boleh sewakan rumah ni cepat2.

Rumah aku yang diubahsuai pun dah selamat disewakan, penyewannya adalah adik aku sendiri yang baru berkahwin. Mmg ada diskaunlah sewanya . adik beradik sendiri tak payah nak kira sangat, lagipun rumah ni dekat dengan aku. Masih adalah +CF lah.  Kalau apa2 hal senang jugak each other minta tolong, jengah.

Pangsapuri Melor di BB Bangi akan diserahkan dalam masa terdekat, aku nak sewakan dahulu tak tahulah berapa rate sewanya, dalam RM600-RM700 ada kot.

Rumah lelong la ni mcm menjadi pilihan ramai orang, rendah sikit dari MV habis kena sapu .. mmg mencabar tapi yang bagusnya ramai sudah orang kita yang sudah celik mata dengan pelaburan hartanah ni. Cuma kalau beli rumah ni jangan ikut nafsu, ikut2 orang, teruja dengan keuntungan orang lain perolehi, tapi kena ingat setiap orang ada strateginya ada backup plannya bukan pakai redah jer.