Monday, January 21, 2013

loan rumah lelong dah approved

Hari ini banker bagi tahu yang loan rumah lelong dah approved. Takut jugak tak lulus sebab loan tak sampai 30K .. Yalah sekarang ini ada bank yang tak layan loan bawah 100K.  Lagipun bank loan aku apply bukan dari bank pelelong, takut dorang tak nak layan. almaklumlah bukan NPL dorang

Ada juga aku baca di forum2 yang mengeluh bank tak nak finance bawah 50K. So far aku takde masalah mendapatkan loan dari bank untuk loan bawah 50K. Kebiasaanya bank pelelong akan beri pinjaman kepada bidder yang berjaya dalam lelongan hartanah mereka. Yalah nak reduce NPL, tapi tak semestinya pakej pinjaman dorang menarik. 

Tak semestinya kita perlu apply loan dari bank pelelong, boleh cuba lain2 bank juga. Kalau semua approved, bandingkan kaedah BLR/BFR yang dorang offered. Once dah finalised, baru sign Letter of Offer. Jangan pulak gatal2 signed semua LOO, nanti tak pasal2 kena penalty. 

Tak perlu nak takut masuk lelong kalau kita yakin boleh lagi buat loan kalau tak pasti bolehlah jumpa mana banker minta dorang kirakaan\nilaikan kelayakkan kita dan juga berapa banyak  boleh pinjam. Lagipun ada bank yang tak bagi loan pada 3rd party walaupun ada hubungan kekeluargaan. Kalau tak yakin boleh letakkan 2 nama dalam POS. 

Kata banker aku, kalau CCRIS  okay, DSR okay takde masalah loan untuk diluluskan. 

Sunday, January 20, 2013

1st Rumah Lelong Tahun 2013

Baru2 ini aku berjaya mendapat semua unit menerusi lelongan. Permulaan yang baik untuk tahun 2013.
Pada survey sebelum bid aku dah tahu ada orang yang menghuni rumah ini. 

Hari ini aku dan asben pergilah ke unit ini untuk memberitahu yang rumah ini sudah di beli melalui lelongan. Kebetulan jiran sebelah rumah tengah buka pintu dan asben bertanyakan siapa yang menghuni rumah sebelah. Menurutnya ada dua orang lelaki menduduki rumah tersebut. Asben ketuk pintu dan memberi salam  tapi tak berjawab. Masa survey dulupun pintu rumah ini tak berkunci dan penuh sampah sarap. Sambil di perhatikan oleh jiran sebelah asben uka pintu dan mendapati salah sebuah bilik ada orang. Asben pun buka pintu dan mendapati orang seorang lelaki tengah tidur.

Setelah mengejutkan barulah lelaki tersebut tersedar dari tidur. Asben pun bertanya awak ini siapa yang duduk rumah ini. Menurut lelaki tersebut dia adalah penyewa [ yang peliknya kalau penyewa takkanlah bekalan letrik di tamatkan pada pertengahan tahun 2011 ]. Asben pun tanya balik, awak tahu ke sapa owner rumah ini. Akhirnya lelaki dengan longhat sebuah negeri ini mengaku  " yang dia dan kawannya duduk aje kat sini  ". Maksudnya dorang ini illegally tinggal di rumah ini dan owner mmg tak ambil tahu langsung tentang rumah ini. Asben pun bagitahu yang rumah ini telah dilelong dan telah dibeli. Lelaki tersebut mengetahui yang rumah ini telah di lelong dan memberitahu dia akan pindah keluar tengahari esok. 

Keadaan rumah ini sekarang yang tak macam manusia duduk.  Bau busuk, masam macam2 ada,, aku naik mual dan pening di buatnya. Tapi yang peliknya satu puntung rokok pun aku tak jumpa dalam rumah ini, kata asben dari air muka lelaki tersebut tak nampak macam penagih dadah  yang confirmed adalah pengotor ... 

katil free 

di yard .. masa survey dulu aku ada nampak baju perempuan warna purple  ..hmm




asben meninjau2... kena panggil bangla bawa turun sampah nih 

lepas makan terus tidur .. takde masa nak mengemas2 

timbunan sampah sarap

Sunday, January 6, 2013

Closed Deal rumah adik

Syukur alhamdulillah hari ini asben dapat closed deal penjualan rumah adiknya di Seksyen 19 Shah Alam.
Ada beberapa potential buyer nak tengokkan akan tetapi sebab penyewa selalu tiada di rumah jadi buyer takleh nak tengok keadaan dalam rumah. 

Masa tengok rumah tu buyer tu dah tertarik hati walaupun rumah ini di tingkat 5, ruang dapur dan bilik air sudah bertiles. Katanya dia tak payah nak risau bocor sebab bumbung adalah jenis slab simen dan atas slab ada bumbung lagi. Asben dah pesan pada adiknya suruh diam aje semasa buyer datang rumah sebabnya kalau buyer dapat tahu mesti dia akan nego2 lagi. 





Katanya rumah ini dibeli untuk tujuan pelaburan dan katanya dia nak kekalkan penyewa sekarang. Asben bagitahu kalau dia nak naikkan sewa itu terpulang pada dia.Inshaallah malam esok buyer akan buat pembayaran duit booking, katanya nak datang dengan lawyer. 

Esok kena bangun awal2 sebab nak pergi bid rumah untuk kakak. Almaklumlah lelongan mahkamah kena deposit bank draft sejam awal dari masa lelongan. Harap2 tak delay lah sebab petangnya ada lagi lelongan yang aku perlu hadir, kalau tak sempat ada someone akan bid on behalf.  


Thursday, January 3, 2013

Nak Masuk Lelong

Sudah beberapa hari kita melangkah tahun 2013, Adakah apa yang kita impikan dan rancangkan untuk tahun 2012 tercapai ?

Pada tahun lepas impian untuk mengenapkan 2 angka jumlah rumah tercapai, dua unit dari lelongan, satu unit dari lelongan kerajaan negeri, satu unit diret dari developer. Alhamdulillah syukur kepada Allah dengan rezeki yang di berikan. Tahun lepas aku tak let go satu rumah pun sebab menjangkakan harga akan meningkat seiring dengan pelaksanaan gaji minimum dan inflasi. Gaji meningkat, kos akan meningkat, harga  akan meningkat. Kalau dulu orang gomen gaji naik semua harga naik, ini pulak sektor swasta terutamanya sektor perkhidmatan dan pembuatan. Kalau syarikat tak naik harga barangan macam mana nak bayar peningkatan gaji. Kalau company banyak bungkus, pengangguran meningkat, banyak orang yang menderita. Kalau gomen bagi insentif, tax payor mmg kena kejar sampai lubang cacing. Kata kakak kebanyakkan transaction di AUD takde resit untuk ngelat tax. My ex-boss bagitahu ada negara jiran kita setiap loan application kena bagi rasuah baru approved. My ex officemate dari SATXXX INXXX pun bagitahu,  di sana kalau nak minta kerja apa2pun kena hulur.  ...macam ceramah pulak aku ini ..

BTW, kita yang kena manage sendiri apa yang kita hendak, jangan pulak asyik kata ini naik, itu naik tapi bila spending tak ingat langsung. Kalau kita tak tolong diri kita sendiri sapa nak tolong kan ..

Inshaallah dalam masa terdekat ini aku akan turun ke high court untuk membida sebuah rumah teres untuk kakak aku. Actually rumah sepupu aku sebaris dengan unit ini.. Aku pun dah minta lawyer buat carian di pejabat untuk mengetahui samada unit tersebut ada kaveat atau tidak .. Kakak mmg nak sangat rumah ini, katanya untuk di jadiakn rumah persinggahan bukan untuk tujuan pelaburan...Rumah ini didiami oleh penyewa.

Pada hari yang sama juga ada unit lelong yang aku masuk, tak tahulah lagi sapa yang nak aku wakilkan. Masa survey rumah sekali pandang takde orang duduk, rumah tak berkunci, sampah sarap bertebaruan dalam rumah, mmg rumah tinggal tapi salah sebuah biliknya aku merasakan ada orang duduk dan perasan ada baju perempuan berjemur di yard ... tak beranilah pulak nak tolak pintu tu takut jugak ada penagih dadah tengah " high", apa2 boleh jadikan .. Yang paling selamat kitaorang keluar dari rumah tu. Asben bertanyakan jiran yang tinggal berhadapan rumah tersebut samada ada orang ada duduk tak rumah tu ? kakak tu jawab saya tak nak ambil tahu !! macam marah ajer ... hmmm takpalah kak nanti kita berkenalan, jikalau saya menang unit tu ...

Next fews day pulak adik akan turun untuk membida sebuah unit. RP macam okay jugak versus dengan MV.. Unit kosong pulak tu, siap bergrill lagi. kalau ada rezeki adalah ..Tunggakkan taklah banyak sangatlah lagi pun bank akan tanggung setakat tarikh lelongan. Adik berharap sangat nak dapatkan unit ini.

Kemungkinan juga pada awal bulan 2 aku akan turun lagi untuk bidaan sebuah apartment..itupun kalau tak called off ...

Apa2pun tahun ini aku n asben targeted untuk beli dan flip untuk dapatkan modal pusingan. Aku mmg tak prefer untuk buat refinancing sebab aku kena tambah bayaran bulanan dan juga loan aku tak boleh pinjam banyak. Tapi untuk mereka2 yang nak dapat modal tambahan,   refinance adalah yang terbaik, tapi kena ingat.  kena tengok pay slip juga.

Nampaknya dalam masa terdekat kakak, adik dan aku sendiri akan turun ke gelanggang lelongan . Harap2nya adalah rezeki kami,yea, Semoga Allah permudahkan rezeki kami ..

Esok asben akan ke INSPEN untuk pedaftaran PCEA.. Berkobar2 nampaknya ..Tak lama coursenya selama setahun ajer ..