Monday, September 12, 2011

"Pertarungan Dua Alam "

Hari Sabtu lepas aku n asben mencuba nasib mebida 2 buah rumah di " Dua Alam ". Homework kedua2 rumah aku lakukan bagi mengelak kerumitan jika menang unit yang di bida. 1st rumah masih baru lagi, township yang dibangunkan oleh sebuah pemaju besar. Yang uniknya unit ini adalah berstatus lowcost tapi tidak seperti lowcost yg lain yg pernah aku tengok. Walking distance ke Sekolah, infrastruktur lengkap, design rumah mengalakkan unit rimba2. Aku juga menghubungi Lembaga Perumahan Hartanah Selangor bahagian perundangan bagi mendapat kepastian mengenai kelulusan pindahmilik bagi pembelian melalui lelongan. Mengikut OIC jika pembelian melalui lelongan mereka tidak akan reject tapi kalau melalui subsale mereka akan memberi kelulusan mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Sampai di NCM, alangkah malangnya unit tersebut last minutes call off. Jadi kitaorang breakfast di NCM dan masuk bilik lelongan melihat unit2 lain yang di lelong. Yang menariknya unit Desa Mentari dari RP 55K naik ke 80K !! . Tak banyak unit yg di lelong dan kebanyakkannya dapat RP.

Selepas NCM, kami bergerak ke Istana Hotel untuk membida unit kedua. Masa asben buat pendaftaran aku sempat mendengar Milan Doshi talks. Ramai betul yang datang almaklumlah FOC. Acara lelong delayed almost 1:30pm. 1st time bawa anak2 ke auction, teruja dorang tengok, asyik menanyakan rumah mana yang nak beli. Acara lelongan dimulakan dengan unit yg mempunyai banyak pembida. sengit2 betul.

Terdapat 12 pembida untuk unit yang kitaorang masuk. wowow, tipis, nipis itulah 1st impression aku ... tup2 Mr Wong dari NCM terus upkan 20K dari RP... wowow dah melebihi maksimum price yang aku n asben tetapkan. Aku merasakan adalah tidak masuk akal membida unit tersebut melebihi 120K almost market price tuh.. mungkin pemenang tersebut dah buat sedalam2nya research potential lokasi tersebut.

Pencarian di teruskan lagi samada unit lelong atau subsale, yang menjanjikan return yang bagus.

4 comments:

  1. Syok gak aku membaca blog hang ni.. Tengkie

    ReplyDelete
  2. hang orang perak jugak ker ? perak belah mana ?

    ReplyDelete
  3. salam...syah dok kat perak ke? sy keje kat ipoh..umah beli kat kl n selangor,heheh..kalo kat ipoh jgk blh la jumpa n borak2

    ReplyDelete
  4. waalaikumusalam .. tak sy orang perak tapi dok di selangor keje di kl. insyaallah ada masa boleh sembang2 pasal property

    ReplyDelete