Assalamualaikum semua...
Lama jugak aku tak mengupdate blog ni.. sibuk dengan kerja2 di opis dan di rumah... Kadang2 tu ada masa sikit tapi takde mood nak menaip...
Perkembangan terbaru ialah aku berjaya mendapat unit lelong di cheras pada RP. Tak sangka betul rasanya sbb rental di kawasan agak bagus dan berbaloi dari segi pulangan sewa. Ini adalah unit pertama dalam sejarah hidup aku, mempunyai rumah di Kuala Lumpur, sbb yang lain2 adalah di selangor, perak. Apa yang aku pelik ialah tunggakan2 tak lah banyak mana ;
TNB : RM62.40
Air : RM29.00
Cukai Pintu DBKL : RM172.00
Maintenance : RM800.00
Dari perbualan aku dengan jiran yang tinggal selang lima pintu rumah ni, dahulunya ada pelajar yang memyewa rumah ini dan baru berpindah dua bulan yang lepas sebab mengetahui unit ini akan di lelong oleh bank. Sebab itulah tunggakan TNB dan Air sikit ajer. Menurut jiran tersebut beliau mengenali owner dan pelik mengapa rumah boleh terlelong. Katanya beliau sudah menyewa di siti almost 5 years dgn kadar sewa RM450 dan sekarang ini dah naik ke RM500 bagi unit "penthouse". Bagi unit 1st dan 2nd kadar sewa melebihi RM650.00 dan majoriti penyewa adalah pelajar....
Seperti biasa aku appoint lawyer yang sama mengendali rumah2 yang di beli melalui lelongan. Asben sudah apply loan dari a fews bank dan semuanya akan memberi jawapan dalam minggu depan. Harap2 boleh dapat 90% MOF, tapi chances tu very2 slim... Since loan rumah ni less than 50K ada bank yang tak nak bagi loan termasuklah MBSB..
Weekend ni plan dengan asben nak buang sampah sarap. Tak boleh nak cuci lagi sebab JMB dah cabut meter air sebab ada tunggakkan maintenance. Dah called JMB dorang bagi tahu boleh buat 3 kali installment untuk bayar maintenance, bila pembayaran di buat barulah dorang pasal meter. Since bank cover semua, jadi aku akan bayar semua OS esok..
Kawan asben called semalam yang jirannya hendak menjual rumah di section 7 shah alam dengan harga RM70K [3r 1b 1t 650sft]. Harga pun agak bagus untuk unit section 7 yang senang untuk mendapatkan penyewa dan sewa yang baik. Insyaallah malam ini hendak kesana. Kalau jadi ini adalah projek pertama JV dengan adik aku ...
Just nak sharing info. kalau nak check tunggakan cukai pintu, just pergi Pejabat DBKL jalan raja laut, hanya perlu bawa POS dan bayaran RM40 di kenakan. Untuk lain2 Majlis Perbandaran, seperti MPKJ, MBSA, MBHS ..etc. just call dan dorang akan beri info, tiada bayaran di kenakan. Untuk TNB pun just call Call centre dorang.
Jangan lupa grab terus flat seksyen 7 tu. Walaupun harganya lebih kurang dengan market value tapi rental area tu busuk2 pun RM600 satu rumah.
ReplyDeletedah terlepas ae, blm pergi view lagi kawan asben bagitahu dah ada orang yg confirmed beli rumah tu..... takde rezeki..
ReplyDeletekak, sy tgh consider untuk beli unit kat central residence @ sungai besi.. agak2 ok ke for investment? 429,200 less 13% discount for 731sf... soho unit.. freehold.. commercial lot.. mothly 1.6K++ la..
ReplyDeleteavtually starting today, price for units facing swimming pool has increased by 3%...
ayah berat nak kasi beli.. abang pulak risau sbb saya xde back up katanya.. dia ckp better beli emas.. tapi tgk kepada location mcm good good.. fenin.. esok last day dorang kasi can untuk reserve.. lol!
btw, dah beli 1 low cost apartment kat taman segar, cheras.. so ayh kata focus yg 1 tu dulu.. dah beres baru cari lain... tehehe...
appreciate ur advise sis.. :)
wowow .. bnyk duit ni .. pada pandangan akaklah betul juga cakap abg dan ayah awak sbbnya harga nyer agak tinggi. pada akak high price high risk. akak suggest cuba focus pada rumah yg below than 150K [lg murah lg bagus] tapi ROI at least 8% pa .. low cost segaria kan ?
ReplyDeleteas salam kak..
ReplyDeletex adelah banyak.. sbb belom spend banyak lagi.. LOL!
itu high end place tu.. ehe... entah le rumah skang ni sume dah tinggi2 harga dia..
ok... 150K below ye...
pdpendapat sy la kan, sy rase rmh sub sale ni akn incur high cost la.. kalo under developer ni, dpt free legal fees.. tehehe.. cuma kne tunggu sikit la.. dan future can't be predicted..
ha'a... low cost segaria... tapi de msalh title la pulak.. jadi lawyer asked to hold first.. duit pon xyah kluarkan lagi dari bank..kut x, kne bayar monthly sesia je..
agent desak suh sign SPA cepat (sbb die nk komisen cpt..lol)..tapi lawyer ckp x boleh.. haha!
thx kak.. :)