Semalam aku n asben bayar maintenance opis untuk buat bayaran, since boleh bayar ansur2 aku bayar separuh sahaja. Menurut pekerja maintenance ramai juga orang di situ bertanyakan bagaimana hendak membeli rumah lelong aku menang ni. Dia tak tahu procedure macam mana nak membuat bidaan. Macam terkilan ajer mukanya bila dia bercerita dan bila aku beritahu harga yang aku dapat. Dia beritahu ada orang baru beli rumah di ground floor dengan RM120K dan katanya mv rumah aku tu around 70k. Aku n asben just diam ajer. Air akan disambungkan esok, asben pun dah ambil nombor HP orang yg buat maintenance di apartment tersebut.
Tombol pintu depan dah rosak, yang ada cuma pintu grill, berbekalkan kunci2 gril di rumah, asben cuba membuka tapi gagal. Cuba cungkil2 cangkuk gril pun gagal, at the end terpaksa mengunakan cara kasar iaitu mengopek grill.. Bila pintu dah berjaya di buka, wowow keadaan rumah seperti baru di serang garuda, bersepah2,macam2 barang ada.. pc, printer, helmet, rim motor, akuarium, kasut2, beg2, termasuklah beberapa plat no. . semasa buka pintu tadi ada jiran yang datang tengok juga. Yg besh nyer ada asoh jiran selang satu rumah ambil barang2 plastik dan tin2 minuman. Ada bangkai tikus mati, bau pun menusuk hidung. almaklumlah tikus tu kebuluran sbb takde apa nak di makan agak nyerlah.
Keadaan rumah standardlah rumah lama, cuba dinding bilik air dan dapur kena buka dan ganti sbb banyak yg terkopek. Kena cari indon yg buat, anggaran cost termasuk upah dan barang2 tak lebih dari RM1K. Kira jimat jugaklah sbb rumah ni dah ada kipas di hall, lampu2, dan bergrill. Piping di bilik air kena buat lagi sekali sbb tak berapa kemas. Yg ini asben boleh buat sendiri dengan bantuan isterinya iaitu akulah... projek bersama asben n wife..
aduhh.. pening juga mula masuk rumah ni kan.. bila tgk keadaan rumah tu macamtu
ReplyDeletemmg pening EY, inilah rumah yg dibeli thru lelong paling banyak barangan tinggalan .. pelan2 mengemas, insyaallah dalam 2 week dapat setelkan..
ReplyDeletesalam kak.. agak interested untuk tahu proses beli rumah2 lelong ni!
ReplyDeletenk attend bidding, tapi xde teman la pulok..
good luck kak!
waalaikumussalam.. proses nak beli rumah lelong ni tak lah susah sangat tapi kena berhati2..
ReplyDeletedun worry masa bidding nnt boleh dpt ramai teman :)