Monday, September 5, 2011

Sanggupkah kita ..

Kali ni nak shared kisah rumah lelong di Ipoh. Rumah ini berdekatan dengan rumah pak cik, kira jiran jugaklah. Actually pakcik pun tengah mencari2 rumah untuk tinggal di Ipoh since dia akan bersara tahun depan. Aku pun terkeluarlah cerita pasal rumah lelong di taman rumah pakcik, RP pun mmg menarik juga, berdekatan dengan TESCO Ipoh. Ada sebuah rumah lagi yang di lelong takde bidder masa aku check sebelum balik ke kampung. Mengikut isteri pakcik owner rumah masih mendiami rumah tersebut dengan keluarganya, hidup agak susah kerana kehilangan kerja dan anaknya di sahkan mengidap kanser yang mana sekarang ini berulang alik ke hospital buat kimoterapi. Sedih betul aku mendengarnya. Pakcik aku cakap janganlah bid rumah tersebut sebab kasihankan owner yang akan kehilangan tempat tinggal. Itu sebabnya sebelum membida sesebuah rumah aku akan menyiasat siapakah yang mendiami rumah tersebut. Aku pun beritahu pakcik supaya dia dapat menasihati owner rumah tersebut untuk berbincang dengan bank dengan kadar segerea sebelum rumah terlelong.

Walaupun semurah mana RP rumah tersebut janganlah kita ketepikan kesedihan, kesusahan orang lain. Bayangkanlah kalau kita di situasi owner tersebut, hilang perkerjaan, anak mengidapi kanser .. anak demam pun kita dah tak boleh tidur malam ...

Sebelum pulang aku meminjam laptop pakcik dan mendapati lelongtips telah mengupdate bahawa unit tersebut telah terlelong, dari RP 59K naik ke 82K. Apakah nasib keluarga owner ini, sedih aku memikirkannya.

4 comments:

  1. apa salah kita masuk lelong tu..bila menang bagi balik kat dia..kalau tak org lain jugak dapat.

    ReplyDelete
  2. idea yang bagus tapi kalau menang tak sampai hati pula nak ambil duit sewa. btw, thanks kerana sudi melawat blog saya ini..

    ReplyDelete
  3. saya dah kena macam tu ...sekarang owner baru minta saya keluar dalam 2 bulan...saya dah cuba selamatkan rumah nitapi apa daya segala usaha saya akan dapat bulan julai

    ReplyDelete
  4. Saya bersimpati dengan ajoi. tabahkan hati, mungkin ada hikmah disebaliknya. jgn sesekali ingat ini adalah halangan, jadikan ia sebagai pengajaran supaya ajoi lebih berhati2 dalam pengurusan kewangan. Insyallah dimana ada kemahuan di situ ada jalan ..

    ReplyDelete