Just nak shared karenah-karenah penyewa rumah aku.. Kadang2 sakit kepala n hati di buatnya terutamanya mereka yang baru mula menyewa rumah. Dalam Tendancy Agreement jelas di nyatakan bahawa sewa rumah harus dilangsaikan sebelum atau pada 5 hari bulan. Kalau 6hb tak masuk lagi maka satu SMS akan di hantar kepada mereka, kadangkala ada juga yang tak reply. Kalau duit belum masuk lagi pada 6hb baru call dorang, selalunya dorang akan pickuplah.. terus dorang bagitahu yang dorang akan bank in selewat-lewatnya petang ni or malam ni ... Ada jugak penyewa yang bagus bayar sewa advanced, terus dua bulan, dapat gaji terus bayar.
Sekurang-kurangnya kita educated penyewa-penyewa kita supaya membayar sewa promptly. Dorang kena faham bahawa dari duit sewaanlah kita membayar hutang bank. Sekarang ini pun kalau lewat bayar bank loan pun customer services akan called dan bertanyakan bilakah kita nak bayar loan. Bank yang besar pun yang banyak duit still call customer-customer bertanyakan ni kita pelabur ikan bilis yang income tak seberapa.
Begitu juga dengan bil elekrik dan air, kena-kena rajin call services provider. Jangan ingat good tenant yang bayar sewa promptly dia akan bayar bil utilities. Kalau ada tunggakan tu suruh dorang bayarkan, kalaulah dorang busy sangat, boleh suruh dorang masukkan sewa + bayaran bil. Yang ini aku praktikkan untuk rumah di Kajang, sekurangnya-kurangnya aku tak perlu pening pasal bil.
So far alhamdullilah, overall penyewa-penyewa aku okla... ada juga yang tak berapa ok, kena push ajer,, yang tertungak2 tu takdelah ..
Ada jugak yang suka bagi alasan ini dan itu, sebagai manusia of courselah kita akan memberi peluang sekali dua. Kalau berkali-kali kenalah ambil pendekatan yang agak tegas iaitu served notice pindah keluar..
Satu info yang menarik. tq
ReplyDelete